webnovel

Mimpi Luo Zhan

Editor: EndlessFantasy Translation

Su Qianci memandang Li Jinnan dan jantungnya berdegup semakin laju. Tekaannya itu seakan telah terbukti benar. Semakin dia memikirkannya, semakin logik ia dirasakan. Waktu ini pada kehidupan lalu, Li Jinnan sedang melakukan sesuatu yang membuatkan Atuk dan ibu ayahnya kecewa. Pada kehidupan ini pula, sekarang Li Sicheng yang hilang tanpa dikesan. Walaupun dia masih hidup, dia tidak mahu pulang ke rumah. Sekarang apabila difikirkan kembali, Su Qianci merasakan perkara inilah yang dihadapi Li Jinnan pada kehidupan lalunya. Li Jinnan hanya cuba menangkap sindiket pengedaran dadah itu. 

Ya. Pasti begitu. Jika ia benar, maka semuanya boleh diterima akal. Perkara sebenar tentang semua yang berlaku perlahan-lahan menjadi lebih jelas.

Betulkah begitu, Encik Li?

Su Qianci telah melalui dua kehidupan, tetapi inilah kali pertama dia membuat tekaan setajam itu.

Jika ia benar, dia akan menunggunya. Dia telah menunggu selama empat tahun dan jika dia perlu menunggu selama empat tahun lagi, dia akan tetap menunggu suaminya itu kembali.

Tetapi… bagaimana dengan Lu Yihan?

*****

Empat tahun sememangnya amat lama untuk semua orang.

Bagi Luo Zhan, ia terasa seperti empat abad lamanya.

Sejak empat tahun lalu, dia tinggal bersama-sama Lu Yihan. Luo Zhan makan dan minum dengan percuma setiap hari, kadangkala membantu Lu Yihan mengemas, kemudian mereka akan menonton filem dan bermain permainan video. Entah kenapa, selepas tinggal bersama Lu Yihan, Luo Zhan sudah jarang bermimpi tentang perempuan. Hari ini, selepas mandi Luo Zhan terus berbaring di atas katil. Walau bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini dia sukar untuk tidur. Selepas beberapa lama berbaring, akhirnya dia mula tertidur lalu bermimpi.

Dalam mimpinya, dia sedang berbaring di atas katilnya tanpa seurat benang.

Diam-diam dia berasa teruja: Adakah saya akhirnya akan bermimpi melakukan perkara itu bersama seorang wanita?

Sudah lama dia tidak bermimpi begitu, jadi dia amat menantikannya. Luo Zhan bersedia untuk melakukannya bersama orang yang sedang berbaring di atas lengannya. Tetapi sebaik menoleh, dia melihat wajah seorang lelaki. Luo Zhan terus terbangun dengan peluh dingin membasahi wajahnya.

Dia mengangkat selimut dan mendapati celah kelangkangnya basah… Tetapi kenapa orang itu… Lu Yihan…

"Tak guna! Apa sedang berlaku ni!"

Luo Zhan bangun dari katil lalu masuk ke bilik air dan mandi. Apabila dia keluar dari biliknya, dia melihat Lu Yihan sudah pulang.

Lu Yihan kelihatan luar biasa kacak hari ini. Dia duduk di sofa dengan laptop di ribaannya dan sedang tersenyum sendiri. Jelas lelaki itu sedang gembira, malah dia sedang memakai sut mewah dengan rambut yang sangat bergaya.

Luo Zhan mengeringkan rambutnya dengan tuala lalu mendekati Lu Yihan dan menghidunya. Haruman bunga dapat dihidu dari lelaki itu. "Hei, apa kena dengan kau harini?" Luo Zhan melemparkan tuala itu kepada Lu Yihan sambil bertanya. "Musim bunga dah tibakah?"

Lu Yihan melempar tuala itu kembali dan ketawa. "Pergilah kau!"

Satu perasaan aneh tiba-tiba menyelusup ke dalam diri Luo Zhan. Dia teringat mimpinya tadi. Ototnya menjadi tegang dan kakinya dirapatkan. Dia memandang Lu Yihan dan merasakan mulutnya menjadi kering.

...

Tak guna…

Luo Zhan terbatuk kecil, kemudian mendekati sofa itu untuk melihat skrin laptop Lu Yihan. Ia satu hantara Weibo oleh… Su Qianci? Sejurus membaca teks dan melihat gambar yang dimuat naik Su Qianci itu, mata Luo Zhan terbeliak dan dia terus menjerit, "Tidak!!" Sebaik sahaja mengatakannya, barulah Luo Zhan tersedar reaksinya agak keterlaluan.

Bab berikutnya