webnovel

Perceraian Ke-99

Author: Wan Lili
Urban
Ongoing · 2.9M Views
  • 916 Chs
    Content
  • 4.7
    602 ratings
  • NO.6
    SUPPORT
Synopsis

Pada kehidupannya yang lepas, mereka telah berkahwin selama lima tahun. Lelaki itu adalah segala-galanya bagi Su Qianci, tetapi dia telah dibuang bagaikan sampah. Setelah dilahirkan semula, dia terlebih dahulu bertindak dengan memberikan kontrak cerai kepada suaminya — "Perceraian selepas setahun, syarat-syarat adalah seperti berikut: suami dan isteri tidak boleh berkongsi bilik atau katil. Hubungan mesra dilarang?" Lelaki itu menaikkan keningnya. Siapa tahu, satu hari setelah Su Qianci mabuk, lelaki itu bersandar di kepala katil sambil merenung wajahnya. "Kau dah langgar kontrak, Puan Li."

Chapter 1Siapakah Pembunuhnya?

Su Qianci merenung ke dalam mata suaminya dan tidak berkata apa-apa.

"Mainan nafsuku yang sah." Sambil memegang dagunya, Li Sicheng mencium perempuan itu. Mata Su Qianci terbuntang luas dan dia mulai bergelut.

Mainan nafsu yang sah?

Bergelut lebih kuat dengan segala kudratnya, Su Qianci cuba mengalihkan kepalanya dan menjerit, "Li Sicheng, kita sudah bercerai. Ini adalah rogol!"

Li Sicheng berhenti dan berasa bingung, matanya gelap dan keningnya kelihatan berkerut.

Bercerai?

Mereka baru sahaja berkahwin selama tiga hari, tapi wanita ini sudah fikir tentang bercerai? Apa lagi muslihatnya?

"Lepaskan aku!" Tidak mempedulikan langsung reaksi Li Sicheng, Su Qianci cuba bergelut dengan seluruh daya upaya. "Kau kotor! Jangan sentuh aku…"

Mulut dan tubuhnya sudah banyak kali bersama dengan Tang Mengying. Sungguh kotor… Lelaki yang sudah bersama dengan perempuan itu.

Di luar bilik, seseorang mengetuk pintu dengan bunyi yang sayup-sayup kedengaran. "Abang Sicheng, kamu sudah bangun?"

Itu adalah dia, Tang Mengying!

Li Sicheng sudah menenangkan dirinya dan melihat ke arah pintu. Su Qianci mengambil kesempatan itu untuk menolaknya ke tepi. Ketika Li Sicheng sedang leka, dia telah ditolak ke bahagian tepi katil. Su Qianci menarik selimut dan menggulung dirinya di bawah katil.

"Disebabkan kamu tidak bersuara, jadi saya akan masuk ke dalam?" Suara Tang Menying manis mendayu dan comel, seperti anak dara pujaan ramai. Namun, hanya Su Qianci seorang yang tahu betapa licik perangainya yang sebenar.

Pintu itu ditolak terbuka. Apabila Tang Mengying cuba melihat ke dalam, satu bantal merah dibaling ke arahnya, dan Li Sicheng bersuara dingin, "Pergi dari sini!"

Bantal yang terkena tepat pada mukanya menyebabkan Tang Mengyin tidak nampak apa-apa sebelum ditolak keluar. Pintu itu ditutup dan dikunci serta-merta.

Li Sicheng berpaling ke belakang, melihat Su Qianci yang sedang bersembunyi di bawah selimut seperti mumia dan dia berasa geli hati.

Apa lagi yang perempuan ini cuba lakukan?

Wajah Su Qianci berlinangan air mata. Sambil tertunduk, wajahnya bertukar merah padam. Su Qianci berpaling ke belakang dan menutup wajahnya. Alangkah terkejutnya, dia mendapati kulit wajahnya amat licin sekali!

Bimbang kemungkinan dia tersilap, Su Quanci terus menyentuh wajahnya. Ia memang licin dan tanpa cela. Tiada bekas parut disebabkan api kebakaran! Tambahan pula, Su Qianci mendapati bilik itu dihiasi serba merah.

Terdapat hiasan perkahwinan berwarna merah pada katil, pintu, malahan juga bantal yang dibaling oleh Li Sicheng kepada Tang Menying. Semuanya berwarna merah, selimut dan kain...

Su Qianci melihat ke arah cadar. Ada kesan darah kering tertinggal atasnya.

Mana mungkin?

Rumah lama, hiasan perkahwinan dan kesan darah tersebut…

Degupan jantungnya semakin kencang. Su Qianci berfikir tentang sesuatu yang mustahil dan helaan nafasnya semakin laju. Dia memandang ke arah Li Sicheng dan bertanya, "Ini tahun apa? Dan apa tarikh hari ini?"

Li Sicheng hanya melihat dia seperti seorang yang lembab. "Kita baru sahaja berkahwin selama tiga hari, dan kau ini pelakon yang hebat. Su Qianci, aku telah pandang rendah pada kau." Dia tidak lagi menumpukan perhatian terhadap perempuan itu. Menahan hasrat hatinya, dia terus berjalan ke bilik air.

Degupan jantung Su Qianci masih kencang. Dia berjalan ke hadapan sebuah cermin besar. Wanita di dalam cermin itu cantik rupa parasnya. Kulit wajahnya licin dan tiada langsung kesan parut. Tiada!

You May Also Like

THE MAFIA IS MY HUSBAND

Tengku Melissa Bin Tengku Razlan merupakan seorang gadis yang cantik, lemah lembut dan peramah... Tetapi, kejadian yang menimpa mama kesayangannya iaitu Tengku Maria ketika dia berumur 15 tahun membuatkan gadis itu menjadi gadis yang paling kejam dan digeruni.. Dia bersama-sama dengan abang kembarnya iaitu Tengku Danial dan Tengku Danish mula berkecimpung dalam dunia gelap. Tidak lupa juga, dua orang sahabatnya yang selalu menyokongnya dan turut serta dalam dunia gelap ini, tak lain tak bukan, Zahirah dan Amanda.. Mereka berkawan sejak dari tingkatan satu lagi, tetapi selepas mengetahui tentang kemalangan yang menimpa mama Melissa, mereka bernekad untuk turut serta dalam perjuangan untuk membalas dendam... Tetapi, dalam dia mencari jawapan, Melissa terpaksa berkahwin dengan Tengku Amirul yang merupakan adik kepada Tengku Hafiz.. Tujuan utama Tengku Razlan (papa Melissa) menyatukan anaknya Tengku Melissa dengan Tengku Amirul ialah untuk membalas dendam kepada keluarga itu, tetapi keluarga itu sedikit pun tidak menyangka tentang hal itu... Melissa akur, kerana itu merupakan peluang keemasan dia untuk membunuh Tengku Hafiz yang telah membunuh mama kesayangannya. Tengku Razlan memberi tahu kepada Tengku Harith, merangkap daddy kepada Tengku Hafiz dan Tengku Amirul yang dia mahukan Melissa dan Amirul bersatu untuk mengukuhkan lagi urusan business diorang... And Tengku Harith bersetuju dengannya.. Tetapi dia tidak tahu, yang ajal anak sulungnya sudah dekat.. Tengku Amirul merupakan lelaki yang kejam, turut berkecimpung dalam dunia gelap dan merupakan ketua mafia yang terkenal dan digeruni.. Dia tidak menyukai perempuan and selalu berwajah dingin, tetapi wajah dinginnya itulah yang membuatkan ramai perempuan diluar sana cair... Adakah Melissa akan turut cair? Adakah Dendam Melissa akan terbalas? Adakah mereka akan jatuh cinta diantara satu sama lain? Kalau korang nak tahu, korang wajib baca...

Syafika_1111 · Urban
Not enough ratings
37 Chs
Table of Contents
Volume 1
Volume 2
Volume 3