webnovel

Tidak Sesuai

Editor: EndlessFantasy Translation

Sejak meninggalkan rumah lama, Su Qianci telah menyibukkan dirinya dengan memberi tumpuan terhadap pelajaran dan kerja. Lu Yihan semakin hebat dalam menguruskan perniagaan. Hanya dalam masa sebulan, dia telah berjaya mengeluarkan perisian "Kegembiraan Qian" yang kemudiannya dimuat turun oleh ramai orang. Sebagai rakan kongsi, Su Qianci turut mendapat bahagiannya yang memuaskan.

Su Qianci memakai baju tebal kerana cuaca sudah menjadi semakin sejuk. Hari ini adalah hari solstis musim sejuk iaitu perayaan untuk keluarga berkumpul. Song Yifan masih di London dan tidak dapat pulang untuk meraikan hari ini bersamanya. Rumah lama telah menghubunginya awal-awal lagi untuk menyuruhnya pulang bagi meraikan pesta itu. Hujan mencurah turun dan menjadikan ia perayaan yang basah. Su Qianci yang sedang memandu kereta sedan putih yang baru dibelinya terperangkap di dalam kesesakan trafik. Jam ketika itu menunjukkan sudah lebih dua petang. Dia tidak tahu apa yang sedang berlaku di atas jalan. Keretanya langsung tidak dapat bergerak.

Hon terus dibunyikan di sana sini dan membuatkan fikirannya berserabut. Tiba-tiba telefonnya berdering. Panggilan itu datang dari rumah lama. "Helo."

"Kamu dah nak sampai?"

"Belum lagi. Hari ini solstis musim sejuk jadi jalan sangat sesak."

Dia melihat awan hitam di langit. Hujan masih mencurah turun.

"Oh. Puan dengan Encik Li kah? Kapten Li cakap dia nak makan daging yang Encik Li pernah beli dulu."

"Daging apa?"

"Saya pun tak tahu. Kapten Li juga tak tahu nama daging itu. Tapi ia memang agak sedap. Saya yakin Encik Li tahu. Boleh Puan telefon dia dan tanya?"

Dia telefon Li Sicheng? Su Qianci menggigit bibirnya dan berkata, "Liu Sao, boleh kamu saja yang telefon dia? Saya rasa tidak sesuai kalau saya yang telefon."

 "Saya dah cuba telefon dia, tapi tak dapat. Kebetulan saya sedang sibuk sekarang. Kapten Li dan Tuan Li Xiao bermain permainan dan saya kena kemaskannya." Kedengaran seseorang memanggil Liu Sao. "Ya saya datang!" Kemudian dia berkata kepada Su Qianci, "Boleh kamu tolong? Kalau tak boleh, nanti saya akan telefon dia lagi. Saya cuma risau Kapten Li marah…"

"Okey," jawab Su Qianci. "Kamu pergilah buat kerja, saya akan telefon dia."

"Terima kasih banyak-banyak. Jangan lupa balik awal. Seluruh keluarga dah ada di sini."

"Baik."

Apabila panggilan itu tamat, dia masih terperangkap dalam kesesakan. Su Qianci mencari nombor Li Sicheng dalam telefonnya sebelum menyedari ia sudah tiada. Dia tidak perlu berfikir lama untuk mendail nombor Li Sicheng. Ia adalah nombor yang berada dalam ingatannya sepanjang dua kehidupannya.

Panggilan itu tidak berjaya disambung. Kereta-kereta di hadapannya akhirnya mula bergerak. Su Qianci terus memandu sambil menelefon Cheng You yang segera menjawab panggilannya. Cheng You memberitahu dia sedang berada di kampungnya untuk menyambut perayaan itu.

"Sekarang dah jam tiga lebih, jadi dia pasti ada di pejabat. Saya rasa Puan Li boleh cari dia di sana."

"Okey… Terima kasih."

"Encik Li pasti sangat gembira kalau nampak Puan datang ke pejabat."

Su Qianci mencebikkan bibirnya dan berkata, "Betulkah?"

"Dah tentu. Puan pasti tak tahu. Anginnya sangat tidak baik beberapa hari ini dan dia akan bekerja lebih waktu setiap hari. Tiada seorang pun pekerja yang berani buat bising, takut dia marah. Sebab itulah saya gunakan cuti saya dan balik kampung untuk sambut perayaan ini."

Li Sicheng kedengaran seperti sedang mengalami saat-saat sukar. Adakah ia disebabkannya? Jika lelaki itu melihatnya, adakah anginnya akan bertambah buruk?

Next chapter