webnovel

Mahu Mencekik Adiknya

Editor: EndlessFantasy Translation

"Nanti saya jelaskan. Bukan salah saya. Lelaki ini curi loket jed yang Atuk beri dan tak mahu pulangkan."

Wajah Li Sicheng berubah. "Loket jed yang Nenek tinggalkan selepas dia meninggal?"

Li Jinnan berpaling ke arah lain dan berkata, "Kalau saya tahu dia ni sangat tak tahu malu, saya tak akan pakai loket tu."

Li Sicheng berasa seperti mahu mencekik adiknya itu. Dia telah lama mengimpikan loket jed itu tetapi Atuk tidak akan memberikannya kepadanya. Akhirnya ia diberi kepada Li Jinnan, tetapi adiknya itu telah kehilangannya…

Li Jinnan berasa semakin bersalah apabila melihat wajah Li Sicheng yang berang.

"Aku kira sampai tiga. Kalau kau tak nak berjudi, berambus. Aku tak ada masa nak tengok kau berdua bergaduh." Lao melambaikan tangannya. "Satu, dua, tiga."

"Aku akan main dengan kau," kata Li Sicheng lalu menarik kerusi dan duduk. "Kau nak main apa?"

"Bagus!" Lao Jin ketawa dan duduk berhadapan Li Sicheng. "Lima kad."

Pada mulanya, Su Qianci hanya bertaruh sebanyak 500 setiap kali. Walau bagaimanapun, dia menambah pertaruhannya selepas tidak henti-henti menang. Akhirnya dia bertaruh sebanyak ratusan ribu setiap kali bermain. Orang ramai di situ memandang segunung token di sebelah Su Qianci. Wanita itu telah bermain permainan yang sama selama dua jam dan tidak pernah kalah. Su Qianci berasa bosan dan mengeluh. "Tak bolehkah saya kalah satu kali?"

Seorang lelaki merenungnya dan berkata dengan nada yang baik, "Gadis muda, kamu akan dipukul jika bermegah-megah seperti itu."

Su Qianci tersenyum, mengambil tokennya dan bermain baccarat. Ketika dia mula bermain, dia memegang bakul yang kecil. Tetapi selepas beberapa pusingan, dia telah menukar bakul kecil itu kepada bakul yang besar dan berat sehingga dia tidak mampu mengangkatnya lagi. Menyedari ramai orang sedang merenungnya, Su Qianci berasa sedikit gerun lalu pergi ke permainan lain.

Seorang lelaki pendek menghampiri Su Qianci sambil merenung bakul token di sisinya. "Gadis kecil, kamu agak bertuah. Kamu nak main permainan apa selepas ini?"

"Saya dah selesai. Saya nak cari suami saya sekarang." Su Qianci tidak mahu melayannya. Dia dapat merasakan lelaki itu adalah penipu.

Walau bagaimanapun, lelaki pendek itu tidak berputus asa dan cuba memujuknya, "Kamu nak cuba main lima kad? Ia permainan yang hebat. Mari sini."

"Saya tak pandai main."

"Saya akan ajar. Marilah. Jangan takut."

"Saya memang tak tahu main." Su Qianci berhenti dan kelihatan marah. "Boleh tak kamu cari orang lain? Saya tak berminat."

"Pai gow?"

"Tak tahu main."

"Kamu mesti tahu cara nak lempar dadu."

Su Qianci menjeling lelaki itu dengan perasaan bingung. Kemudian dia mengeluarkan telefonnya untuk menelefon Li Sicheng.

Lelaki pendek itu membentak, "Cakap sajalah tak nak. Kenapa kamu perlu buat panggilan pula? Perempuan jalang yang menunjuk-nunjuk!"

Su Qianci berasa berang dan membalas, "Si sial bodoh."

"Oh kau pandai menyumpah. Tak ada kelas."

Panggilan itu dijawab. Su Qianci berkata, "Kau yang menyumpah dulu. Mana kelas kau?"

Li Sicheng mendengar kata-kata itu melalui telefon dan segera bertanya, "Kamu okey?"

"Abang, ada orang mendesak-desak saya."

Lelaki pendek itu mencebikkan bibirnya dan pergi.

"Kamu di mana? Saya hantar Jinnan ambil kamu." Suara Li Sicheng kedengaran tidak gembira.

Su Qianci memberitahu di mana dia berada dan Li Jinnan terus datang ke tempat itu. Li Jinnan terkedu sebaik melihat Su Qianci memegang sebakul besar token. "Kamu menang semua ni?"

Next chapter