webnovel
avataravatar

Lelaki Ini Amat Berbahaya!

Editor: EndlessFantasy Translation

"Tak perlu. Orang-orang dewasa di dalam van ini orang jahat. Mereka culik kita dan minta wang daripada Mama." Li Jianqian berpaling dan berkata, "Tolong buka ikatan Abang. Kita perlu lari sekarang."

"Okey." Li Jianyue segera memahami apa yang perlu dilakukannya. Jari-jemari kecilnya memegang tali yang mengikat abangnya lalu wajahnya terus berkerut. "Macam mana nak buka ikatan ni? Kita perlukan gunting!"

"Mungkin ada lagi gunting di bawah tempat duduk. Pak cik tadi kan ada keluarkan gunting?"

"Oh ya." Li Jianyue merangkak ke bawah dan mengintai di bawah tempat duduk mereka. Dia melihat beberapa bilah pisau dan mengambil pisau yang paling kecil. Dia agak teruja dan berkata dengan ceria, "Banyaknya pisau! Tengok ni Abang!"

"Hati-hati, jangan cederakan diri sendiri. Gunting tali ini. Kita perlu lari sekarang."

"Okey!" Li Jianyue memotong tali yang mengikat abangnya dengan berhati-hati. Akhirnya Li Jianqian kembali bebas. Mereka keluar dari kereta itu. Ketika itu barulah mereka menyedari kedua-dua penculik tadi sedang terbaring di lantai tanpa bergerak.

Lelaki yang membuatkan penculik-penculik itu berkeadaan begitu kini berjalan ke arah mereka. Lelaki itu tinggi dan sasa, jelas menunjukkan dia mempunyai kekuatan yang luar biasa dan tidak kurang hebatnya daripada pak cik mereka. Lelaki ini sangat berbahaya!

Li Jianqian merasakan bahaya datang dan wajahnya bertukar agak pucat. Dia terus menjerit, "Ersu, lari!"

Li Jianyue terkejut mendengar jeritan abangnya yang tiba-tiba. Wajahnya turut berubah dan dia menjerit, "Lari lari, Abang, lari!"

Li Jianqian menarik adiknya dan terus berlari ke arah bertentangan, tetapi lelaki di belakang mereka mempunyai kaki yang panjang. Lelaki itu berjaya menghampiri mereka dalam sekelip mata.

Kedua-dua kanak-kanak itu dapat merasakan bayang-bayang seseorang menyelubungi mereka. Mereka amat ketakutan dan terus menjerit, "Tolog, tolong!"

*****

Sebaik tiba di tempat yang dijanjikan, Su Qianci terus memarkir keretanya di hadapan pintu. Selepas menunggu seketika, Yang menghantar wang tunai yang dimintanya. Su Qianci meminta Yang menunggu Li Jinnan di situ dan mendail nombor penculik tadi. Apabila tiba di kedai teh boba di tingkat tiga, Su Qianci membeli secawan teh lalu duduk sambil melihat sekeliling. Tiba-tiba panggilan daripada wanita itu masuk.

"Aku dah nampak kau. Sekarang letak wang itu di bawah. Anak-anak kau ada di tempat letak kereta bawah tanah. Aku akan suruh mereka lepaskan budak-budak itu dank au boleh terus ambil mereka."

"Kau nak aku percayakan kau? Macam mana kalau kau ambil wang ini tapi tak lepaskan mereka?" Mata Su Qianci kelihatan berjaga-jaga. Dia memandang sekeliling tetapi tidak melihat sesiapa yang mencurigai berhampirannya.

"Jangan pandang. Kau tak boleh nampak aku. Kau datang seorang?" 

"Kau ada nampak orang lain?"

"Bagus, kau jujur, jadi aku akan jujur juga dengan kau. Sekarang kau keluar melalui pintu rintangan api, aku akan perhatikan kau. Bila kau dah nampak anak-anak kau, letakkan wang itu ke bawah. Aku cuma perlukan wang itu."

Su Qianci berfikir seketika sebelum bersetuju. Dia keluar melalui pintu rintangan api sambil membawa beg berisi wang itu di tangannya. Tetapi sebaik sahaja membuka pintu, dia mendengar suara kanak-kanak. Dasu dan Ersu!

"Tolong, tolong!"

Riak wajah Su Qianci terus berubah. Dia berlari dengan kasut tumit tingginya ke arah Li Jianyue dan Li Jianqian. Ketika itu, dia melihat seorang lelaki tinggi sedang menghampiri anak-anaknya.

Next chapter