webnovel

Perempuan Lebih Penting daripada Kawan

Editor: EndlessFantasy Translation

Majlis sidang media itu akhirnya selesai. Kapten Li, Qin Shuhua dan saudara-mara mereka pulang ke rumah masing-masing. Tetamu juga kesemuanya beransur pergi. Ou Ming, Yu Lili, Luo Zhan, dan Cheng You masih berada di situ. Mereka duduk bersama-sama Li Sicheng dan Su Qianci di dalam satu bilik peribadi.

"Cheng You, bantu Luo Zhen cari hotel Australia yang kami duduki itu dan dapatkan rakaman kamera litar tertutup sewaktu kejadian."

"Baik Tuan!"

"Luo Zhan, bantu saya dapatkan maklumat penerbangan hari itu."

"Okey."

"Ou Ming."

"Poligraf, kan? Baik."

"Bukan, bukan itu." Mata Li Sicheng kelihatan mempunyai pelbagai maksud ketika dia menoleh ke arah Su Qianci. "Aku nak kau bantu buktikan yang aku tak bersalah. Isteri aku nampaknya tak percaya dengan kau. Bukan begitu?"

Su Qianci berasa sedikit bersalah mendengar kata-kata itu. Betulkah dia tidak mempercayai Li Sicheng? Dia mahu percaya, tetapi… Tang Mengying tidak kelihatan seperti berbohong.

"Pergh," kata Ou Ming. "Sejak bila Li Sicheng kisah dengan apa orang lain fikir? Kau tak minta aku buktikan yang kau tak bersalah pun sewaktu orang ramai sangka kau sukakan lelaki atau mati pucuk."

Luo Zhan turut terkejut. "Betul itu, Su Qianci. Ramai gadis yang mengejar Li Sicheng sebelum ini, tapi dia selalu bersikap dingin terhadap mereka dan menakutkan mereka. Satu lagi, dia pernah peluk saya sekali dan terus digosipkan sebagai teman lelaki saya. Saya, seorang lelaki yang sangat normal, telah terseksa dengan gosip itu!" Wajah Luo Zhan kelihatan kecewa dan marah. Nada suaranya tidak ubah seperti Lu Yihan.

Su Qianci tergelak kecil, tetapi tiba-tiba teringat tentang Lu Yihan. Lelaki itu cedera kerana menyelamatkannya. Dia tertanya bagaimana keadaan Lu Yihan di hospital…

Ou Ming mengangkat sebelah keningnya dan berkata, "Waktu di sekolah, dia tak pernah ada teman wanita. Sebaik dia memulakan bisnesnya sendiri, dia hidup seperti seorang sami. Apabila dia mendengar nasihat Kapten Li dan mengahwini kamu, saya ingat dia… Tetapi kemudian kamu mengandung. Walaupun bayi itu dah tiada, saya akhirnya tahu Li Sicheng bukan mati pucuk atau sukakan lelaki." Kemudian, Ou Ming menjeling Li Sicheng dan seolah-olah berkata: bagus tak apa saya cakap?

Su Qianci tersenyum dan mengangguk.

Li Sicheng akhirnya melepaskan nafas lega lalu memegang tangan Su Qianci. "Jom balik rumah."

"Kau tinggalkan kami lepas dapat apa kau nak? Sekurang-kurangnya belanjalah makan malam!" rungut Luo Zhan.

Walau bagaimanapun, Li Sicheng tidak menghiraukannya.

"Perempuan lebih penting daripada kawan?" Luo Zhan kelihatan jengkel sambil memandang Ou Ming.

Ou Ming memegang tangan Yu Lili dan ketawa. "Kami pun mahu balik dan tidur."

Luo Zhan tidak berkata apa-apa. Tidak adil betul kepada orang bujang. Dia mahu membuat bantahan!

Apabila mereka tiba di rumah, Su Qianci terus berasa malu. Dia tidak datang bulan, dan tiada sesiapa yang akan menganggu mereka. Adakah ia bermakna… Malunya…

Li Sicheng menyedari perlakuannya yang tidak senang. Dia menghampiri isterinya itu dan bertanya perlahan, "Apa yang kamu fikir?"

"Tak.. tak ada apa-apa…" Su Qianci tergagap-gagap. Melihat senyuman mengusik pada wajah Li Sicheng, wajahnya terus bertukar merah padam. Dia menolak Li Sicheng ke bilik air dan berkata, "Mandilah dulu."

Li Sicheng tidak masuk ke dalam bilik air itu. Dia menolak Su Qianci kepada pintu dan berkata sambil tersenyum kecil, "Dan selepas mandi?"

Selepas mandi…

Wajah Su Qianci bertambah merah dan dia menolak Li Sicheng dengan lebih kuat. "Mandi dulu!"

Li Sicheng ketawa kecil dan berkata dengan serius, "Baik Puan."

Next chapter