webnovel

Pergi Balik Dan Buat Anak

Editor: EndlessFantasy Translation

Mata Li Sicheng menjadi gelap ketika dia menundukkan kepalanya dan terus mencium bibir Su Qianci. Mata Su Qianci terus terbeliak kerana tidak menjangkakannya. Seketika kemudian, lidah Li Sicheng mula meluncur masuk ke dalam mulutnya. Lengan lelaki itu yang kuat menariknya supaya tidak bergerak. Ciuman itu sungguh lembut sehingga Su Qianci merasakan hatinya seolah-olah digeletek dengan bulu pelepah. Hatinya menjadi cair.

"Hei kamu berdua…" kedengaran suara Kapten Li.

Su Qianci membuka matanya dan terus menolak Li Sicheng. Wajahnya seolah-olah terbakar ketika dia melihat senyuman mengusik Kapten Li. "Atuk…"

"Atuk faham. Kamu masih muda… Tapi ingat sedikit kamu sekarang di mana."

Wajah Su Qianci bertambah merah dan dia ternampak Li Sicheng tersenyum. Dia terus merenung lelaki itu dengan tajam dan mencubit tangannya. "Jangan senyum."

Tetapi senyuman Li Sicheng semakin lebar ketika dia menarik Su Qianci merapatinya. Dia berkata, "Atuk, kami balik dulu."

"Sekarang dah lewat, kamu sepatutnya dah balik dari tadi."

Dah lewat… Hmm… Apa maksud Atuk? Su Qianci tiba-tiba merasakan dia berfikir terlampau jauh. Dia cuba melepaskan diri daripada Li Sicheng, tetapi lelaki itu tidak mahu melepaskannya. "Betul, dah lewat jadi kami akan balik. Tidur nyenyak, Atuk."

"Pergilah balik dan buat anak supaya Atuk boleh main dengan dia."

Li Sicheng mengangguk dan berkata, "Kami akan buat."

Pipi Su Qianci kelihatan merah padam. Setelah gagal melepaskan diri, dia berpura-pura tidak mendengar apa-apa.

Li Sicheng mengangkat Su Qianci dan berkata dengan kuat, "Ayuh balik rumah dan buat anak."

"Janganlah sebut! Memalukan!" Su Qianci berharap dia dapat mengunci mulut suaminya itu.

Kapten Li hanya ketawa. Sambil berpaut pada leher Li Sicheng, Su Qianci dibawa ke kereta dan diletakkan di tempat duduk belakang. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja Li Sicheng membuka pintu kereta, seorang wanita muncul tidak jauh dari kereta itu.

Apabila melihat Li Sicheng mendukung Su Qianci hingga ke kereta, Tang Mengying mencubit lengannya sendiri dan hampir mengoyakkan bibir bawahnya dengan giginya yang digetap.

Sebaik menyedari Li Sicheng telah ternampak dirinya, Tang Mengying terus tersenyum dan cuba menghilangkan rasa cemburu dan kecewa yang terpapar pada wajahnya. "Abang Sicheng, saya nak cakap dengan…"

Li Sicheng langsung tidak sudi memandangnya dan terus memandu keretanya pergi. Ditinggalkan di sebalik asap kereta, Tang Mengying menjadi bertambah berang. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering dan ia daripada nombor yang tidak dikenali. Ia pasti si Rong Rui tidak berguna itu. Tang Mengying tidak menjawab panggilan itu dan terus mematikan telefonnya.

Rong Rui berdiri di tepi jalan sambil memegang telefon dengan perasaan terdesak.

"Wahai sepupuku yang tak guna, perempuan itu hanya seorang perempuan jalang yang Li Sicheng tak mahukan. Kalau keluarga kita tahu kau tak mahu warisi perniagaan keluarga kerana mahu bekerja untuk dia, mereka pasti bunuh kau." Seorang wanita cantik menguap sambil mengecat kukunya. "Kau patut balik rumah dan jadi Tuan Muda iaitu diri kau sebenar." 

"Diamlah," kata Rong Rui sambil menggenggam kuat telefon di tangannya sebelum mencampakkannya ke atas tanah. "Rong Anna, jangan campur urusan aku."

Rong Anna memegang hidungnya dan berkata, "Baiklah, aku dah agak."

"Mana Mak Cik Rong Xuan?"

"Dia tunggu kau di rumah. Ayah aku dan ibu bapa kau pun ada di sana."

"Ayuh pergi."

Next chapter