webnovel

CINTA PENJERAT HATI

Sci-fi
Ongoing · 170.3K Views
  • 71 Chs
    Content
  • ratings
  • N/A
    SUPPORT
Synopsis

Sebab aku bukan Cindy yang mampu membuat hati mu tertawan . Aku ? Cuma persinggahan dalam hidup mu yang juga watak tambahan dalam kisah hidup mu.

Chapter 1Bab 1

               Aku merenung di luar jendela. Melihat gerimis hujan membasahi bumi . Hati ku berbisik , " benarkah perhubungan kita ini hanya untuk bertemu dan kenal ? " . Aku masih menunggu kehadiran mu . Tapi aku tidak yakin , mampukah aku mengetuk dan mencari kunci untuk membuka hati mu . Aku tak cantik seperti gadis yang kau kenal . Aku takut cinta ku ini bertepuk hanya sebelah tangan . Aku malu jika hati mu sudah berpunya sedangkan aku telah cuba mencuri hati mu . Jika kau sudah berpunya , alangkah bertuahnya gadis itu . Tapi mengapa aku ingin memiliki hati mu Encik Bomba ? Tak mungkin hanya perkenalan yang singkat hanya melalui laman we chat aku mudah jatuh cinta dengan diri mu

Ika menghempap badannya di atas tilam . Sengaja dibiarkan jendelanya dibuka agar ada sedikit cahaya bulan memasuki kamarnya biarpun awan yang gelap samar-samar meredupkan ruang biliknya . Ika masih mengelamun . " Ika ! tak mungkin kau akan jatuh cinta . Tu laman we chat lah Ika , sekarang ni laman we chat bukanya betul , " desis hatinya yang kusut . 

              Tapi kenapa ? Biarpun ramai lelaki yang menegurnya di laman we chat , hanya satu sahaja dia berkenan . Ika bingung. Dia menarik nafas panjang . Gerimis hujan masih lagi membasahi bumi . Ika cepat-cepat menyedarkan diri. Dia lupa , tujuannya untuk membuat laman we chat adalah untuk memantau aktiviti "teman lelakinya" . Biarpun dia dan teman lelakinya jauh , Ika cukup berhati-hati dan tidak mahu tersakiti. Ika sengaja menggunakan nama tipu di laman we chat , agar dia tidak dikenali oleh teman lelakinya.Tujuh tahun sudah terlalu lama menjalinkan hubungan cinta dengan teman lelakinya , tapi Ika cukup berhati-hati . Terkadang Ika agak menyesal kenapa tiga tahun yang lalu dia memperkenalkan 'teman lelakinya' itu kepada orang tuanya .Sedangkan dia masih mentah dalam percaturan masa depan. 

"Tiga tahun dulu , aku terlalu mentah dalam soal kehidupan , kenapa aku bodoh membuat keputusan untuk bertunang . Ika , kau sepatutnya beruntung sebab ada orang tua yang melarang kau . Sebab mereka tahu bila kau belajar jauh nanti , akan ada ramai lagi lelaki yang kau akan jumpa . " Ika bermonolog. 

            Tapi kenapa hatiku tidak mahu melepaskan Ben , biarpun tujuh tahun menjalani hubungan ? Adakah kerana kerjaya Ben yang membuatkannya rasa kukuh apabila angan ku untuk membina mahligai bersamanya ? Tapi , sayangkah Ben dengan aku , sedangkan apa dia lakukan pada diri ku benar-benar melukakan hati ku yang tercalar . Hormatkah dia kepada ku sebagai seorang wanita ? 

             Kalau dulu anganku untuk membina mahligai bersamanya , tapi semakin hari dia makin menghancurkan anganku . Mengapa cinta ku semakin pudar ?  

You May Also Like

Tunang Paling Sweet

Apa yang korang akan buat bila ditunangkan dengan orang yang tidak dikenali ? Lebih-lebih lagi time korang baru break dan hati masih hancur kebaboom? Begitula nasib si Iliya Humairah.Sudahla bakal tunang poyo semacam! "kenapa awak setuju nak tunang dengan saya? Saya rasa boleh je awak tolak?"-Iliya Humairah "ada nampak muka saya ni macam kaunter pertanyaan ke?"-Tengku Harraz Arshad Semenjak bertunang si encik tunang sering buat hati cair tak henti! Oh tuhan, makin lama makin jatuh sayang! "orang suap pun comot. Nasib muka comel" "aik? Tadi kata muka saya cam monyet?" "yela monyet yang comel" Siapa sangka dulunya dingin sekarang pandai bermain kata? "kahwin lari la jom?" "pala bana,kalau ya pun orang kahwin lari kat siam. Awak bawa saya kat tepi curam,ni nak terjun sama-sama ke acaner?" Hal yang merunsingkan adalah,kenapa Encik tunang kacak sangat!? "lain kali tukar tinted cermin kereta, saya nak semua cermin kereta awak warna hitam biar orang tak nampak awak dalam kereta ni" "aik kenapa pulak?" "menyampah tau time awak jemput saya balik mesti ada budak sekolah saya puji awak lebih-lebih, saya pun tak pernah puji awak macamtu" "Alaaa firstime tunang saya jealous,happy pulak saya" "asal lak?" "yela, saya baru sedar awak sayang saya" "tunang saya kot..gi-gila tak sayang" Orang ketiga? Haha never ,tiada lansung konflik orang ketiga antara mereka. "Jangan berhenti sayangkan saya. Jangan berhenti cintakan saya. Jangan..tinggalkan saya" Tetapi dalam setiap kebahagiaan pasti ada cabaran,so jom baca kisah diorang!

qasha_lova · Teen
Not enough ratings
22 Chs

S.H.E

Kehidupan seorang anak yatim yang kehilangan keluarganya sejak kecil lagi bukanlah suatu yang mudah. Dia terpaksa menagih kasih daripada keluarga mak ciknya yang tidak pernah dia kenal sebelum ini. Terpaksa belajar apa itu peritnya kehidupan dan mengenal realiti hidup yang tidak pernah dia tempuhi selama ini. Hidup yang ibu bapanya berikan merupakan satu kehidupan yang sempurna, sempurna dari segi kasih sayang dan sempurna dari semua segi keperluan. Kini, sempurna itu tidak lagi wujud dalam hidupnya. Sempurna itu hanya ada di dalam cerita dongeng yang selalu papanya ceritakan dahulu. Kehadiran seorang lelaki membuatkannya menaruh harapan kembali. Mungkin deritanya akan berakhir tidak lama lagi, mungkin hidupnya akan menjadi sempurna semula. Lelaki yang berjaya mencuri hati dan perhatiannya itu mungkin lelaki yang akan membawakan kesempurnaan itu datang kembali. Namun, benar kata pepatah panas tidak akan berterusan hingga ke petang. Sekali lagi, kebahagiaan yang sepatutnya menjadi miliknya diragut oleh sepupunya sendiri. Membuatkan dia semakin jauh terjatuh dan akhirnya tidak lagi mahu menaruh harapan kepada kesempurnaan. Dia berserah kepada takdir yang membimbingnya. Takdir hidupnya bersama lelaki yang tidak mengenal erti kasih dan sayang, lelaki yang menganggap hidup adalah satu permainan. Sheena Heather Edward - Sempurna itu tidak pernah wujud dalam hidup manusia. Sempurna hanya wujud dalam hidup syaitan bertopengkan manusia. Mike Jacob - Jangan menaruh harapan untuk dibahagiakan oleh orang lain kerana setiap orang terlalu sibuk untuk membahagiakan diri sendiri. Adam Daniel - Hidup ditentukan oleh pilihan manusia dan cinta tidak menjanjikan kebahagiaan kerana cinta tanpa wang membawa kepada derita selamanya.

TheWhiteButterfly · Urban
Not enough ratings
15 Chs

ratings

  • Overall Rate
  • Writing Quality
  • Updating Stability
  • Story Development
  • Character Design
  • world background
Reviews
Liked
Newest
Sabariah_Hana
Sabariah_HanaLv10

SUPPORT