webnovel

Bab 4

  "Banyaknya notifications ," satu persatu Ika membuka chatnya namun satupun tak dibalas .

"Dasar lelaki ! Gila seks ." Terkejut Ika melihat moment we chat teman lelakinya. Hati Ika mula panas membaca dan melihat gambar-gambar yang dihantar melalui moment we chat.

Ika menulis moment di we chatnya tanda untuk melepaskan semua kemarahannya .

"Tak faham perasaan permpuan!! Kalau betul awak dah matang kenapa awak buat perbuatan yang kotor macam ni . Tak sangka , makin lama saya kenal awak, makin saya kenal sikap awak biarpun kita mempunyai hubungan jarak jauh . Saya tak tahu kenapa saya sayang dengan awak sedangkan awak layan saya macam murahan . Saya tak nak semua tu . Semua kata-kata yang awak ucapkan dulu bohong . Sebelum bercinta awak cakap awak akan jaga saya. Awak akan jaga maruah saya. Tapi sekarang saya kenal awak . Baru saya sedar janji yang awak ucap selama ni kosong . Makin hari saya tawar hati dengan sikap awak. Awak tak faham perasaan cinta dan sayang Awak tak faham apa tu maksud setia. Begini rasanya setia , dan jawapannya tetap sakit ."

Biarpun Ika tahu , mana mungkin teman lelakinya terasa sedangkan we chat yang digunakannya pun menggunakan nama tipu .

Ika membuka chatnya . "Encik bomba chat , " desis hati Ika.

Perasaan gembira pun ada , marah pun ada gara-gara teringat teman lelakinya.

Chris : Hai , marah nampak ?Marah bf ke ?

Ika : Encik Bomba ! Haha.. Biasa la tu .

Chris : Encik Bomba?? Macam saya pernah dengar ja ayat tu?

Ika : Haha.. Salah orang maybe..

Data internet Handphone segera Ika matikan . Sengaja dimatikan kerana takut pertanyaan bertubi-tubi dibaling kepadanya. 

"Macam mana aku boleh terlepas panggil dengan panggilan yang sama ? Tak ! Tak ! Ramai lagi manusia dalam dunia ni boleh panggil gelaran Encik Bomba , bukan aku seorang je , " . Desis hati Ika yang cuba menenangkan hatinya .

Tak mungkin aku memungkiri kesetiaan . Tapi mengapa semakin aku tanamkan kesetiaan pada diriku kau makin mendesak diri ku . Apakah terlalu lama kau menunggu diri ku . Perlukah aku tinggalkan dirimu? Perlukah ? Kita jauh . Mungkin kerana kau terlalu terdedah dengan pergaulan negara timur , kau kian berubah . Tak mungkin dengan sekelip mata kau berubah . Tidak mungkin aku mencintai kerjaya mu . Aku bukan wanita seperti itu .