webnovel

Bab 17

Jam sudah menunjukkan tepat jam 12 malam . Namun Kimy masih terjaga . Chris juga masih terjaga kerana menyiapkan dokumennya .

Chris yang perasan Kimy masih terjaga menghampiri adikknya yang sedang bersandar di bantalnya. Chris duduk bersebelahan dengan Kimy .

" Adik , kenapa tak tidur lagi ? " , Chris memegang tangan adiknya .

Kimy melihat abangnya . "Abang , abang sayang Kimy tak? " , memegang erat tangan abangnya.

Chris melihat adiknya yang berada di sebelahnya . Diusapnya rambut adiknya yang berguguran sedikit rambut adiknya kesan daripada kemoterapi.

"Dah tentulah abang sayang adik . Kimy satu-satunya adik abangkan " , membetulkan tiub pernafasan Kimy .

"Adik sayang abang . Abanglah satu-satunya abang yang Kimy ada . Kalau nanti Kimy dah tak ada satu hari nanti , Kimy nak abang dan Ibu tanamkan Kimy dekat sebelah kubur abah .Kimy akan jumpa dia tak lama lagi . Kimy teringin nak jumpa dia . Ibu cakap abah tak sempat nak tengok Kimy waktu ibu melahirkan Kimy . Abang , Kimy kadang-kadang cemburu bila tengok budak-budak berlari . Tapi Kimy tak boleh buat semua tu . Kimy bergantung dengan oksigen . Kimy tak ramai kawan macam budak-budak berlari dan ketawa " , sayu Kimy mengeluarkan luahan hatinya .

Chris menarik nafas. Dia cuba menahan sebak . Berat dadanya menahan tangisan . Ya Tuhan , berat sungguh dugaan adikku ini . Apakah aku terima bila kehilangannya nanti ?Dialah satu-satunya adikku . Dialah yang aku jaga semenjak dia dilahirkan sewaktu aku telah kehilangan seorang ayah .

"Abang tahu , kakak Ika nurse yang baik . Dia jaga kimy . Kalau boleh Kimy nak sangat abang dengan kakak Ika khawin . Nanti dia boleh jaga abang dan ibu " , Kimy melelapkan matanya .

Chris tiba-tiba terkejut dengan permintaan adiknya. Adiknya yang berusia lapan tahun sangat petah berkata-kata.

Tapi bagaimana boleh dia menurutkan permintaan adiknya itu ? Sedangkan hatinya milik Cindy dan Ika gadis yang dikenalinya hanya sebagai pertemuan yang tidak sengaja dalam hidupnya .

Tak mungkinlah dia boleh mencintai gadis itu dan hal ini tak mungkin berlaku . Cindy juga seorang nurse dan orangnya sangat baik dan cuma yang membezakan Ika masih seorang pelajar. Tapi mengapa itu juga pilihan adiknya ?