webnovel

Bab 6

  Keluar sahaja dari ward , seperti biasa dia bersama dua orang rakan karibnya pulang bersama-sama.Tidak sah ada sahaja perbualan yang dibincangkan sepanjang perjalanan mereka ke bas .

"Boleh tak hari ni kita turun tangga ," kata Ika sambil bermain handphone.

"Kau gila Ika, ! Aku dah cukup kurus , takut pula aku kalau terlampau kurus , " jawab Mira beralasan.

"Bukan selalu tau . Boleh tambah stamina untuk dapat body goal , kalau korang dua tak nak tak pa , aku satu orang je ." Terus menuju ke anak tangga .

Mira dan Sukanya akur mengikuti Ika . Tak sanggup melihat Ika keseorangan .

Ika tahu Mira dan Sukanya pasti mengikuti dia . Bukan dia tidak mengenali sikap rakan karibnya .