webnovel

Bab 39

  Sampai sahaja hospital , Ika memakaikan Kimy mask bagi mengelakkan jangkitan dari luar. Ika masih menunggu kelibat Chris .

Chris yang baru sahaja sampai dari kerjanya , terus mendapatkan Ika . "Ika apa dah jadi ? Kenapa ibu saya boleh jadi macam tu ? " , Chris memegang lengan Ika bagi mendapatkan jawapan yang pasti .

"Saya tak tahu , saya jumpa ibu awak dah terbaring dekat ruang tamu " , Ika menipu Chris biarpun dia tahu keadaan yang dia ceritakan tidak sama apa yang dia lihat petang tadi .

Chris bersandar . Masih menanti jawapan dari doktor . " Siapa sini ahli keluarga Puan Ana ? " , panggil doktor .

"Saya " , jawab Chris bingkas bangun dengan cepat . " Ibu awak terkena serangan stroke .Sebahagian badan dia lumpuh sebelsh kiri. Buat masa ni , dia susah untuk berjalan dan bercakap . Tapi dia boleh kembali pulih sekiranya dia dijaga dengan rapi . Dalam masa beberapa hari mungkin dia boleh keluar tapi mesti bergantung dengan keadaanya " , jelas doktor .