Walaupun dia dijodohkan dengan Tengku Rayyan namun,dia terima perkahwinan ni dengan redha.Dia amat menyayangi dan mencintai suaminya. Abang,Ros sayang abang sampai bila-bila ~Qalisha Abang pun sayang sangat dengan Ros. ~Tengku Rayyan Abang gembira tak kalau kita ade penghuni baru? ~Qalisha I love you,sweetheart ~Tengku Rayyan Sehinggalah satu hari,bila dia dapat tahu tentang sebab mengapa Tengku Rayyan mengahwininya.Dia tekad untuk balas dendam.Tapi dia tak sanggup.Lalu,dia hanya mencilkan diri. Tengku Rayyan rasa kehilangan bila isterinya tiada lagi disampingnya.Dia rasa yang dialah orang paling bodoh di dunia ini. Akan bahagia kah mereka selepas apa yang terjadi?Selepas suaminya sendiri telah mengkhianatinya dengan kasih sayang yang palsu
Sedang aku membuka pintu kafe,aku dikejutkan dengan bunyi hon kereta milik Tengku Rayyan.Aku berpaling.Dia memberi isyarat menyuruh aku masuk ke dalam keretanya.Mujurlah ketika itu aku ternampak Kak Milah,salah seorang pekerja di kafe ini dan juga housemate aku sementara.Kerana lagi 2 bulan,dia akan menamatkan zaman bujangnya dengan Abang Zahid.
"Kak Milah,boleh tak tolong saya jaga kedai ni sebentar.Dia datang lagilah"
Kak Milah tahu apa yang berlaku antara aku dengan Tengku Rayyan.Kalaulah dia tak berjumpa dengan Tengku Zati a.k.a mummy Tengku Rayyan hari tu Tak adalah aku terjebak dalam semua ni.
"Yelah....pergilah cepat.Jangan pulak balik lanbat.Kalau Sya takde siapa yang nak uruskan decoration tu.Tangan Sya jelah yang magic"
Aku mengangguk.Sempat lagi nak bersoloroh kat Milah ni.Aku berlalu masuk ke dalam kereta Audi milik Tengku Rayyan.
"Kita pergi sarapan dulu ye.Lepastu barulah kita bincang pasal kita"
Ujarnya sebaik sahaja aku selamat menaiki keretanya.Aku hanya mengangguk.
Teringat aku tentang kejadian minggu lepas. Tengku Zati awal lagi bahasakan dirinya Mummy.Dia menjaga aku sepenuh hati bagaikan aku ni anak kandungnya.Aku fikirkan dia ikhlas.Rupanya dia telah menyuruhku untuk berkahwin dengan satu-satu anak tunggalnya.Aku rasa sangat sedih ketika itu.Tapi disebabkan aku sangat terhutang budi dengan dia,aku turutkan katanya.Dia juga berkata yang anaknya telah setuju dengan perkahwinan ni.Hujung tahun ni tarikh yang kami akan kahwin.
Tapi,sayang.Hati aku terlalu keras untuk mempercayai orang.Perkara silam yang tidak akan aku lupakan.Tengku Zatilah satu-satunya orang yang paling aku percaya walaupun hati aku sakit untuk menikahi Tengku Rayyan.
"Jauh termenung"
Tegurannya membuatkan lamunanku terpadam.Aku mengalihkan muka memandang Tengku Rayyan.
"Fikir apa tu?"
Soalnya lagi.
"Tak ade apa-apa"
Jawabku mudah.Kedengaran dia mengeluh.
"Saya tahu awak sedang memikirkan hal minggu lepas.Percayalah,walaupun mummy tak suruh saya kahwin dengan awak pun saya akan kahwin.Saya betul-betul cintakan awak"
Sudah banyak Kali aku mendengar dia sebut perkataan yang sama.
"Awak nak pergi mana ni?Boleh tolong cepat sikit tak?Saya nak kemaskan lagi kafe tu"
Tujuan aku berkata begitu hanyalah untuk lari dari topik.Kedengaran dia mengeluh lagi. Aku hanya buat bodoh sahaja.Aku kerling jam di tangan.Jam telah menunjukkan pukul 7.45 pagi.Kafe aku pula di buka pada pukul 9 pagi.
Tiba-tiba kereta berhenti di sebuah warung makan.Aku kerling Tengku Rayyan.
'Selera pulak nak masuk warung.Aku ingatkan kau tu biasa makan dekat restoran 5 bintang'
Sempat lagi aku kutuk bakal suami sendiri.Aku keluar dari perut kereta dan memilih tempat duduk di penjuru dinding.Tengku Rayyan duduk di hadapanku.Di tangannya pula terdapat sebuah fail.
Seorang pelayan datang ke arah kami.Aku hanya memesan teh 'o' panas manakala dia pula memesan Milo panas.Dia menghulurkan fail yang dipegangnya tadi di hadapanku.
"Saya tahu awak taknak kahwin dengan saya.Jadi saya telah buat kontrak perkahwinan kita.Awak tengok lah"
Aku membuka fail tersebut dan membaca isi kandungan kontrak itu.
1.Tidur bilik berasingan di rumah kita sahaja
2.Berpura-pura bahagia di depan orang lain dan mummy
3.Saya tak akan tuntut hak saya kecuali kalau awak rela.....
Aku terus menutup fail yang mengandungi kontrak tersebut dengan geram.Aku memandang wajah Tengku Rayyan yang tersenyum.
"Kenapa semua permintaan awak tu macam berat sebelah sahaja?Kalau macam ni baik tak payah buat kontrak",bentakku sambil merenung tajam wajah Tengku Rayyan yang nampak tenang lagi.
" Boleh je kalau awak nak buang.Saya rela.Lepas ni bolehlah saya kongsi bilik dengan awak,dengar awak panggil saya dengan manja,tuntut hak..."
Tak sempat dia habis bercakap aku menjerit kegeraman.
"Cukup!Bab tu tak payah sebut.Saya setuju"
Kataku lantas terus menandatangani kontrak tersebut tanpa membacanya sampai habis.Tujuanku adalah,sekurang-kurangnya ade jugak kebebasan aku.Tak adelah aku terkongkong sangat.Jangan dia cakap batal semua tu sudah.Dekat situ juga aku bagi flying kick dekat dia.
Tengku Rayyan tersenyum lebar.
'Bagus....lepas ni senanglah aku nak tackle dia',kata Tengku Rayyan dalam hati.
"Nah.Dah siap.Lepas ni,jangan ganggu saya lagi"
Baru sahaja Tengku Rayyan nak jawab,pelayan yang mengambil pesanan makanan tadi,menghantar makanan kepada kami.Aku terus menjamah makanan dengan laju tanpa menghiraukan Tengku Rayyan.
"Makanlah perlahan-lahan.Nanti tercekik pulak.Nanti siapa susah?Saya jugak"
"Ade saya minta tolong awak ke?Takde kan.Jadi,jangan banyak bunyi.Lagi cepat awak makan,lagi bagus.Saya nak cepat ni.Cuba awak tengok dah pukul berapa sekarang?Dah pukul 8.15 tau.Kalau saya lambat,saya minta ganti rugi daripada awak"
Aduh....apa pasal lah aku bebel dekat dia?Lagi lambat pula aku nak pergi kerja ni.
Tengku Rayyan pula terkulat-kulat kena bebel.Seketika kemudian dia tersenyum.Agaknya inilah perangai gadis kesayangannya yang sebenar selain sifat dinginnya.