webnovel

Bab 8

"Assalammualaikum, mummy"

Aku memberi salam kemudian hulurkan tangan untuk menyalam Tengku Zati.

Tengku Zati tersenyum.Dia suka sangat dengan perangai gadis ini yang hormat orang.Dia menyambut huluran tangan aku.

"Walaikumsalam. Duduk lah"

Adik-adik sepupuku juga buat benda yang sama iaitu menyalam tangan Tengku Zati.Tengku Zati sambut dengan senyuman.

Aku ambil tempat di sebelah kanan Tengku Zati,manakala Haikal pula mengambil tempat kiri Tengku Zati.Wafa pula duduk berhadapan dengan Tengku Zati.

"Kenapa mummy nak jumpa?"

"Mummy nak pergi butik pengantin sebenarnya ni masa mummy nak keluar tadi.Alang-alang kamu dah keluar, mummy ajaklah kamu"

Aku kerut dahi.

"Bukan mummy cakap mummy nak buat suprise ke?"

Wafa dan Haikal hanya berdiam diri.Memberi laluan untuk orang dewasa bercakap.Walaupun mereka ni dikira dewasa.Haikal menyedut minuman yang dipesan oleh Tengku Zati.Wafa pula membelek-belek barang kpop yang dibeli tadi.

"Memanglah mummy nak buat suprise, tapi, ni baju untuk Wafa dan Haikal pula.Especially Wafa.Diakan pengapit kamu"

Aku memandang Wafa.Kenapa aku tak tau pun?Kena tanya ni.

"Kenapa Sya tak tau pun?"

"Biar Wafalah yang bercerita"

Tengku Zati memandang Wafa sambil tersenyum.Dia suka sangat tersenyum.Aku yang tengok ni pon lapang dada tau.

"Tu sebenarnya....kitaorang dah bincang semalam.Masa nak tunggu akak sampai tu...Mulanya Wafa taknak.Tapi macam kesian pula dekat akak nanti.Akak kan jenis malu nak cakap dengan orang yang akak kenal.Tapi bila dah kenal akak dengan lebih dalam, akak ni macam jauh panggang dari api.Perangai tak sama macam mula-mula kenal.Bila dah kenal lama-lama mulalah nak mendajalkan orang.Tu sebabnya Wafa dengan rela hati terima cadangan mummy untuk jadi pengapit"

Huh...panjangnya dia bercerita.Terselit lagi kata-kata yang berunsur sindiran.Sempat lagi ye...aku ganyang kau lumat-lumat jadi sambal belcan baru tau.Aku jeling Wafa.Haikal pula tergelak.Tengku Zati tu pun aku tengok sedang tahan ketawa.

"Amboi...sukalah ye.Sempat Wafa sindir akak ye.Akak seligi karang baru tau"

Wafa tersengih macam kerang busuk.

"Terlepas lah.Tak sedar pula masa cerita tu boleh pulak terlepas"

Aku jeling Haikal yang tak henti ketawa.

"Bila nak berhenti ketawa?"

Haikal perlahankan ketawanya.Alamak....mak singa dah bangun...tadi anak kucing...matilah aku...silap-silap aku kena sembur juga macam Kak Wafa.Gerutu Haikal.

Haikal berdehem.

Baru sahaj aku nak mulakan senaman mulut, Tengku Zati dah halang.

"Dah..jangan nak gaduh lagi.Kalau takde depan mata, rindu.Bila dah ada depan mata pula, asyik bergadyh je.Jom kita gerak sekarang"

Aku akur.Kami semua menuju ke luar restoran setelah Tengku Zati membayar minuman yang dioder.

"Mummy dah tunggu berapa lama dekat sini?"

"Emmm., .tak adalah lama sangat.Dalam lima belas minit rasanya"

Ooo....

"Sebelum tu mummy pergi mana.Kitaorang dekat kedai kpop tu rasanya lama dekat sana,sampai Haikal pun marah.Mummy tak beli apa-apa ke sementara tunggu kitaorang?"

"Ade ni.Kan mummy bawa beg kertas banyak-banyak"

Tengku Zati menunjukkan beg kertas yang berda di sebelah tangan kirinya.Aku mana nampak sebab beg kertas itu berada pada sebelah lagi tangan Tengku Zati.Tapi, aku dikira buta jugalah sebab beg kertas itu sebesar alam boleh tak nampak.Nilah padahnya bila tak guna cermin mata.Buat pekasam dalam almari.

"Tak perasan pula"

Aku tersengih.Tengku Zati pula hanya menggeleng-geleng.

"Kita nak pergi butik pengantin dekat mana?Dekat sini ade ke?"

Aku kehairanan.Tak pernah dibuat orang butik pengantin dalam shopping complex.

"Dekat sini mana ada.Dekat luarlah.Nanti mummy tunjuk.Kita naik satu kereta je ye.Mummy bawa kereta BMW.So, muatlah untuk kita berempat"

Aku kerut dahi.

"Habistu, siapa nak bawa balik kereta Sya?Takkan dia berjalan sendiri kot?"

Tengku Zati tergelak.

"Ade ke kereta berjalan sendiri?Mummy suruh Pak Mahmud lah yang ambil kereta tu"

Lagi sekali aku kerut dahi.Berapa kali nak kerut dahi daa.

"Bila pula Pak Mahmud ni ikut mummy?ooo...pergi dating ye...patutlah mummy lepak dekat sini"

"Hisy...kamu ni.Mummy memang bawa Pak Mahmud pun.Mummy balik rumah sekejap tadi tukar kereta.Mummy suruhlah pak Mahmud bawa kereta tu"

oooo....Aku mengangguk.

"Mummy, pengapit pon kena pakai lawa-lawa ke?Bukan ke pengapit ni pakai baju kurung je?Karang ade juga tertukar pengantin ni kan.Yelah...baju pengapit pon bila dekat butik.Surelah cantikkan.Nanti orang pun confuse mana satu pengantin, mana satu pengapit"

Kali ni aku perlahankan suara.Taknak orang belakang dengar.Almaklumlah, aku ni tengah cakap tentang anak dara dekat belakang tu.Nak bisiklah konon.

"Akak jealous ye?Nanti mesti baju Wafa cantik gila.Kalah pengantin.Alang-alang nak tukar pengantinkan, apa salahnya"

Bila pula dia ade dekat sebelah aku ni? Kelihatan Wafa tersenyum penuh makna.Hanya aku, Wafa dan Haikal je yang faham makna ni.Cakap pasal Haikal, mana dia ye?Tapi lantaklah.Boleh pakai idea ni.Nanti aku just tambahkan purdah je.Mesti Tengku Rayyan terkejut beruk tengok pengatin dah bertukar.Aku tersenyum membayangkan wajah Tengku Rayyan.

"Tak payahlah nak berangan sampai macam tu.Haikal tau lah apa yang ade dalam fikiran akak tu"

Erk....bila pula Haikal ade sebelah Wafa ni?Dah sudah....jadi macam kitaorang berkawad pula dekat shopping mall ni.

"Mana ada.Akak bayangkan mesti Wafa cantik dalam persalinan baju pengapit"

Cepat-cepat aku dalih.Mana boleh bagi tahu hal sebenar dekat Haikal.Mesti bocor rahsia aku karang.