webnovel

Tetapi hati saya dah tawar~

Geral
Concluído · 18.7K Modos de exibição
  • 1 Chs
    Conteúdo
  • Avaliações
  • NO.200+
    APOIO
Sinopse

Kisah seorang wanita yang terpaksa menahan perasan apabila suaminya bernikah tanpa pengetahuannya. Kepercayaan dan kesetiaanya makin pudar tatkala, suaminya tidak menepati janji. Adakah dia tidak mencintai suaminya??

Chapter 1Tetapi Hati Saya Dah Tawar~

Hatiku remuk. Hancur berkecai berkeping-keping.

                "Hai..sayang. Selamat pagi! Erm..sedapnya nasi goreng, sayang buat!!" Sapaan mesra dan pujian manis, sudah kedengaran di awal pagi. Aku menoleh sekilas memandang, sekadar menjawab sapaan si suami. Aku kembali meneruskan tugasku sebagai seorang isteri, layaknya.Tanganku lincah, membancuh air milo susu seperti hari-hari kebiasaan.

                "Ee..Pak Usu ni, geli eh!!" rungut Hakimi, anak saudaraku. Sudah seminggu dia duduk bersama, semenjak cuti penggal. Mujurlah dia mahu tinggal bersama ketika musim cuti sekolah, jika tidak. Sunyi sepilah rumah ini. Seolah-olah tidak berpenghuni.

                "Suka hati Pak Usulah...kamu kawin nanti, kamu tahulah. Itu...belum kira, kawin lagi satu." Ujar Zaid, dengan sengihan panjang. Sempat juga menjeling pandang pada isterinya. Namun, reaksinya yang dinanti, hampa. Shahila tidak melayan kerenahnya seperti selalu. Hairan..

                "Mak Usu, tak geli ke dengan perangai suami Mak Usu ni, naik geli Kimi dengar. Inilah yang orang tua cakap, makin tua makin merenyam!" ulah Hakimi, lagaknya menampakkan kematangan usianya. Shahila ketawa kecil, tatkala mendengar celoteh anak buahnya. Walaupun sudah besar panjang, dirasakan anak itu kecil seperti dulu-dulu.

                Kepala Hakimi di sekeh. " Memandai je kamu. Mana kamu belajar ayat tu.." Zaid, menyekeh anak buahnya. Bergurau.

                "Dah cakap, orang tua. Takkanlah itu pun, Pak Usu nak tanya lagi. Haishh, tak alert!" Bebel Hakimi, menambah tawa mereka bertiga. Zaid turut ketawa sama. Bicaranya dipatahkan, bila bersoal jawab dengan anak belasan tahun. Namun, dari sudut pandang orang lain, tatkala memandang. Usianya sudah dua puluh tahun, lagaknya.

                "Sudah-sudahlah tu...awak bila nak masuk kerja." Tegur Shahila setelah suasana gamat menjadi reda.

                "Ya Allah..!!terlepas pandang. Abang, pergi dulu."Zaid menilik jam di pengelangan tangan. Tersedar dari kelalaiannya, dia bingkas bangun setelah menghabiskan minumannya. Bergerak pantas. Kunci serta helmet, di ambil. Shahila mengikut rentak suaminya, menghantar Zaid ke muka pintu. Setelah bingit kenderaan bermotor itu menghilang, Shahila melangkah masuk. Sempat dia menutup gril pintu utama. Kemudian, Dia datang menghampiri meja makan.

                "Sedap Mak Usu masak?" Shahila mencedok nasi goreng ke dalam pinggan miliknya.

                "Sedap! Macam biasalah. Mak Usu..kenapa diam je hari ini? Gaduh ea.." duga si anak, menyebabkan pengerakkan Shahila terhenti.

                "Eh, mana adalah. Tak nampak Pak usu sweet-sweet dengan Mak Usu, tadi?! Mustahillah kami gaduh." Nafi Shahila. Air milo yang di tuang ke dalam cawan teh, dihirup nipis. Terasa air manis itu, kelat dilidahnya. Shahila teguk jua.

                Hakimi mengeluh. "Mak Usu, Kimi ni bukan budak-budak. Dah dewasa pon. Kimi nampak, perangai Mak Usu lain sangat. Tak mesra macam dulu. Mak ayah Kimi, memang dari dulu tak mesra. Tak sweet macam keluarga Mak Usu. Mak Usu ada masalah?" tanya si anak, membuatkan hati Shahila betul-betul meruntun.

                Shahila mengeleng dengan senyuman dibibirnya. Manakala, Hakimi merengus, tak mampu untuk memujuk lagi.  Bukan Shahila tidak ingin untuk memberitahu, tetapi berbaloikah dia untuk menceritakan kedukaan yang mula memakan kasih dihatinya.

                ......

Hakimi sudah terlelap di atas sofa nipis di ruang tamu. Shahila pula, ligat melakukan tugas hariannya. Bukan sehari dua dia melalukan tugas-tugas yang sama, sudah hampir enam tahun, dia melakukan perkara yang sama berdasarkan dari usia perkawinannya. Mungkin mereka tidak mempunyai rezeki dari Allah, kerana masih belum mempunyai anak sendiri. Sekadar mengharap kasih dari anak saudara dan anak kawan-kawan.

                Fikirannya lagut dengan tutur si Hakimi. Takjub dengan kematangan dan kebijaksanaan si anak. Mudah meneka tingkahnya sedangkan suaminya sendiri masih belum perasan akan perbezaan ulah sikapnya.

                Mengenang kembali pertanyaan anak buah. Dia akui, tingkahnya sudah mulai berbeza. Walaupun, dia cuba mengawal perwatakannya. Apakan daya, hatinya tidak mampu. Malah, hatinya mendesah kesedihan. Dia tidak tahu..apakah ini satu ujian ataupun satu petaka buatnya. Sayu hatinya, bila dalam senyap. Suaminya sudah bernikah baru tanpa pengetahuan darinya.

                Adakah sebab, dia tidak memberi zuriat?

Matanya dipejam sementara air pili terbuka, menujah jatuh ke dalam singki. Aku kembali mengimbau kisah lalu. Saat aku...tahu...tahu di waktu itu, aku sudah dimadukan. Nafas berat dilepaskan.

......

"Abang! Abang!!" derapan langkah kasut tumit tinggi, berketak ketuk berlaga dengan batu kerikil di atas jalan. Wanita muda, sebayanya melangkah laju mendekati suaminya. Shahila yang sedang membawa bekal dan telefon bimbit suaminya, berhenti melangkah. Jarak mereka hanya kurang dari dua meter sahaja dari suaminya. Panggilan wanita pada suaminya, membuatkan dia berulah sangsi. Jasad wanita yang agak terselindung, membuatkan dia hanya dapat melihat tubuh suaminya. Suara yang agak perlahan, membuatkan dia sukar untuk menangkap percakapan mereka.

"Jangan panggil kuat-kuat. Nanti semua orang tahu.." balas Zaid, memperlahankan suaranya. Dia yang ingin meneruskan langkahnya, kembali pada wanita itu semula.

Shahila hanya dapat mendengar tingkah mereka berdua, tanpa tindakan apa-apa. Lagipun, langkah yang terburu-buru adalah langkah yang tidak bijak.

"Alah..biarlah orang tahupun. Saya isteri abang!" balas wanita muda itu, suaranya sedikit membentak. Suara yang agak kuat itu, jelas dipendengaran Shahila.

Kelu. Terasa halilintar menghentam ulu hatinya. Perit dan pedih hatinya kala ini, sangat-sangat melukakan menyasak hatinya tiba-tiba. Kenyataan spontan itu, walaupun tidak terlampir bukti. Cukup merabak-rabak sekeping hati wanitanya. Matanya bergenang. Jiwanya bergelora.

"Abang tahu." Balas suaminya.

Air mata Shahila mengalir. Suaminya akui. Kini, ianya bukan lagi satu gurauan manis di rumah. Bukan guarauan di pagi hari. Gurauan itu adalah kata-kata buat isteri untuk menyatakan dirinya sudah menikahi lagi. Bukan drama samarinda atau drma tv9 yang menjadi fenomena. Tangis isteri yang berduka, di duga dalam alam rumah tangga. Sang isteri menangis tersedu-sedu. Penamatnya bahagia. Bukan! Kini, ianya adalah kisah hidupnya. Hanya dia yang tahu, kelukaan itu.

Shahila tidak lagi menunggu. Dia mengatur langkah deras, keluar dari tempat kerja suaminya. Bukan sikapnya memaki hamun, tuduh melulu apabila suaminya benikah satu lagi. Dia lebih rela menanti, walau penantian itu tidak semestinya membuahkan hasil. Pasti, suaminya punya sebab.

Tetapi....

Hatinya terluka kerana, dia diketepikan. Siapakah dia....di hati suaminya? Tangisnya melebat. Jiwanya turut menangis. Tatkala dikenang memori bercinta, hanya dia satu sahaja suri di hati suaminya. Tak akan menikah lagi. Kini...janji tinggal janji. Bahkan, janji itu diulang saat malam pernikahan. Itulah lelaki...hanya pandai menuturkan janji. Akhirnya janji memakan diri. Dia sudahpun dimadukan.

.......

"Mak Usu!! Amboi, sampai membazir air bila mengelamun. Patutlah Kimi pelik, kenapa dari tadi asyik dengar bunyi paip air tak tutup. Rupa-rupa paip air sinki dapur.Mak Usu termenung apa tu??" tegur Hakimi. Shahila tersentak dari khayalannya. Kepala paip di tutup. Senyum hambar terukir kelat.

                "Mak  Usu tengah fikir nak masak apa." Ulah Syahila berdolak dalik.

                Hakimi tersenyum kecil. "Masaklah apa-apa pon. Kimi makan je." Kata Hakimi, beredar ke ruang tamu. Televisyen kecil, dibuka. Menayangkan siaran yang kurang jelas, menyebabkan dia kembali menutup kotak hitam yang mula membosankan dirinya.

                "Ada-ada sajalah kamu.." Shahila menyambung kembali kerjanya yang tergendala.

                "Mak Usu...petang ni, kita joging nak? Main badminton?!" jerit Hakimi dari ruang tamu.

                "Apa??" sahut shahila kurang jelas pendengarannya tatkala bunyi ayam goreng bergerincik, membingitkan telinga.

                "Joging! Joging!" ulang Hakimi, kali ini dia ke dapur semula.

                "Ouhh..ok." Shahila mengangguk. "Tapi, kena siapkan masakkan dulu. Baru boleh kita keluar. Dah lama tak keluar, berjoging." Sambungnya kembali. Hilang sedikit rasa sedihnya.

                "Cantek!! Mak Usu minta izin Pak Usu dulu. Nanti, Pak Usu tak bagi pergi pulak. Langsung cancel. Buat penat je."

                Shahila tersentak. Dia berkalih pandang. "Ha..nanti mak Usu minta izin. Pergilah siap, solat asar, tukar baju. Mak Usu nak habiskan masak je lagi. " bicaranya. Gelagat Hakimi, menghilang sebelum muncul semula dengan tuala di bahunya.

                Shahila termenung seketika. Bunyi ceburan air, kedengaran mengisi ruang dapur. Kata-kata spontan dari si anak, mengugah hati kecilnya. Rengkuhan yang terisi helaan nafasnya, dilepaskan berat. Hatinya berkecamuk. Di antara hatinya dan ketaatannya, mana pilihannya...

                Usai dia menyiapkan seberapa perkara lauk. Shahila mencapai handphone, lalu membuka ruang mesej. Jarinya, ligat menaip bait-bait patah kata sebelum dia menekan butang send. Selesai dia menghantar mesej, meminta izin untuk keluar, Shahila terus meletakkan gajetnya di atas meja. Menyiapkan diri dan menunaikan solat asar.

                Satu pesanan masuk dalamm peti masuk.

                                                               'Tunggu abang, kita pergi sama-sama.'

........

"Ya Allah!! Lambatnya Mak Usu lari. Cepat sikit!!"  rungut Hakimi. Dia yang sudah beberapa meter di hadapan, berlari setempat.

                Termengah mengah Shahila mengikut rentak anak buahnya. "Sabarlah!!" nafasnya lelah, tercungap-cungap dia menghirup udara. Sudah lama dia meninggalkan alam ini sejak dia berkahwin. Untuk kembali akif seperti dahulu, bukan mudah baginya.

                "Kita berhenti dekat sini jelah. Kita sambung main raket. Dah lama tak hentam orang ni..dahlah, kimi asyik kalah main raket dengan Mak Usu dulu. Kali ini, Kimi kena tuntut kemenangan." sengihnya ketawa kecil. "Mak Usu tunggu sini, Kimi ambil raket." Dia bergerak, mengatur langkah mengambil raket.

                "Lagi..aduh.." Lelahnya belum habis. Si anak sudah ingin mencabar dia untuk bermain raket pula. Kelibat Hakimi semakin jauh, melebarkan senyumannya. Mujur ada anak saudara yang rapat dengannya. Tidaklah dia sunyi menelan derita sendiri.

                Sementara menunggu, seberapa ketika dia membuat gelanggang ringkas. Shahila meraba poket seluarnya, mencari telephon miliknya. Hampa. Jenuh, di keluarkan beg kecil yang dibawa sama. Masih belum juga, dia terjumpa. Tercicirkah? Duga hatinya.

                "Mak Usu cari apa?" Hakimi mengaju soalan sebaik sahaja dia tiba dengan dua raket dan dua shuttle di tangannya. Shahila mengeleng.

                "Tak ada apa...Mak Usu lupa kowt. Tak apalah, bukan ada sesiapa yang nak call pon. Jom main. Nanti lewat sangat nak balik, rumah. " Shahila sudah ketengah gelanggang buatannya. Dia sempat juga membuat gelanggang, buatan sendiri semasa anak buahnya mengambil barang di dalam kereta.

                "Wah..sempat!" puji Hakimi. Shahila mengangkat kening dengan sengih bangga. Namun, tiba-tiba dia rasa terselit satu rasa yang kurang senang di hatinya. 'Ya Allah..peliharalah anak buahku dan peliharalah diriku. Amin...' monolognya, berdoa.

Zaid sudah memakir motor di halaman pakrir rumah. Matanya terus menangkap sesuatu yang mencabar egonya. Adakah isteri aku pergi tanpa aku?Ruangan parkir, kereta Myvi sudah kosong. Rumahnya juga, sudah terkunci dengan kemas. Hati lelakinya tersentak. Egonya tercabar. Terasa marah dengan sikap isterinya. Perangai isterinya benar-benar berubah sejak Hakimi duduk bersama mereka. Handphone yang berada di dalam poket, dikeluarkan. Nombor isterinya tertera di skrin, di call.

Tidak berjawab.

                Semakin sakit hatinya. Dia memasuki rumah dengan hati berang. Pergi tanpa izinya! 'Agaknya, biar eksiden!' marahnya dalam hati.

........

"Hah..haha..Kalah!" tawa shahila senang hati. Kelincahan dia dalam bermain badminton masih ampuh, walaupun sudah lama dia meninggalkan hobinya. Hakimi memuncungkan mulut. Dia yang kelelahan, baring menghadap langit. Manakala, mak Usunya duduk bersebelahan dengannya. Tercungap-cungap masing-masing menstabilkan nafas.

                "Tak apa...tunggu lain hari.." Hakimi masih belum berpuas hati. Kekalahan yang ke round 5 adalah sangat tipis. Hanya dua mata, dia ingin mencapai kemenangan. Mak Usu masih hebat, macam dulu! Detik hati kecilnya.

                "Jomlah balik." Shahila bingkas dari duduknya.

                "Ohh..lupa nak bagi tahu. Kimi nak jumpa kawan. Mak Usu balik dulu. Nanti, Kimi balik sendiri. " Hakimi, bagun dari pembaringannya.

                "Nak Jumpa siapa?"

                "Rakan sekolah. Kimi tidur rumah dia sehari. Esok, balik kowt."ujarnya lagi. Shahila mengangguk. Tidak pula dilarang.

                "Okaylah. Mak Usu pergi dulu. Nanti, Kimi send nombor dalam whatsapp. Hati-hati." Shahila beredar, berlalu ke keretanya walau masih risau akan anak saudaranya. Diminta jauh dari bala bencana dan petaka. Dalam langkahnya, hatinya sentiasa resah. Lubang libu hatinya, tak memberinya jawapan.

                "Arg..." perutnya sakit, tiba-tiba. "Aaa...ghh..." perutnya sakit lagi. Shahila menyandar di keretanya sehingga sakitnya mereda. "Kenapa ni?" duga dirinya. Hati tak senang, perut tiba-tiba sakit. Risau pada anak buahnya bersilih ganti.

                Digagahinya juga melangkah masuk ke dalam kereta. Takut hari makin lewat, bila dia menangguh-nangguh perjalanan. Sebaik enjin dipanaskan, dia memandu keluar dari persimpangan parkir kereta menuju ke jalan besar. Debaran di dada makin terasa. Perit perutnya mencucuk-cucuk. Fokus terganggu.

                BAM!!!

.........  

               

                Zaid menarik nafaz dalam-dalam. Hatinya yang masih bahang, cuba diredakan. Sofa di ruang tamu, menjadi alas untuknya merehatkan diri. Lama dia termenung, memikirkan hal berkaitan isterinya. Keluhannya terasa memberati rengkungan kerongkongnya, seolah memahami situasinya.

                Dia akui. Shahila seolah-olah menjauhkan diri. Adakah dia berbuat salah padanya. Fikirannya bejat. Akalnya buntu. 'wanita sukar diramal...' getus hatinya. Barannya masih tersisa. 'aku suaminya. Dia perlu taat pada perintah aku!' ujarnya geram, bergema dalam lubuk hatinya.

                Kedengaran bunyi enjin kereta, masuk ke dalam perkarangan rumah. Zaid tersentak. Khayalannya bersepai. Zaid bangun dari sandarannya, menuju ke muka pintu. Kelihatan isterinya sudah balik dengan wajah sugul. Zaid terjengul-jengul kepala mencari lagi seorang kelibat yang mula menambahkan api dalam amarahnya. Namun, hampa. Hanya isterinya seorang.

                "Awak cari siapa? Hakimi ke? Dia per.."

                "Awak dah melampau!" Cantas Zaid, sebelum sempat isterinya menghabiskan bicaranya. Shahila tergamam. Agak terkesima dengan lontaran kata dari suaminya.

                "Saya tak faham?" Shahila menyoal kembali. Terguris hatinya bila dikata sebegitu oleh suaminya. Namun, dia cuba mengawal sebaiknya emosi yang bergelora. Shahila, melangkah masuk ke dalam rumah, kerana takut mereka bertengkar di luar rumah, dan menyebabkan aib di mata jiran-jiran.

                "Saya tak nak tengok, Hakimi di rumah ini. Awak suruh dia balik." Zaid berlalu. Wajahnya tegas.

                "Abang!" teriak Shahila meninggikan suaranya. Arahan suami yang tiba-tiba, tanpa alasan membuatkan dia beriaksi tanpa sedar.

                Zaid menghentikan langkah. Dia mengalih pandang pada isterinya. Matanya membuntang. Amarahnya terasa semakin meluap-luap. Walau tadi dia cuba mengawalnya, namun kini marahnya makin menjadi-jadi. Telephone bimbit yang berada di tangan, dicampak ke lantai. Shahila terkejut dengan tindakan drastik suaminya.

                "Saya cakap, awak ikut jelah!!!" tengkingnya. Dadanya berombak-ombak, melempiaskan kemarahannya. Shahila terpaku. Sepi. Zaid berlalu. Sudah tidak dikira, telefonnya yang berkecai di sudut rumah.

                "Abang...a..abang..."

                "Apa!!" nada suaranya beroktaf tinggi.

                "Nggg..ngg..." Shahila mengigil. Mulutnya digigit, air matanya merembes. Tidak berganjak dari tempatnya berdiri. Hanya menanti reaksi suami. " Ngnnn....ngggngnnnn.." bibirnya menahan sakit yang mulai terasa.

                "Apa?" suaranya mengendur. kedengaran isterinya, menangis. Hakimi anak saudara yang paling dia sayang. Zaid tahu, akan hal itu. Tetapi, kenapa isterinya sudah sanggup ketepikan dia sebagai seorang suami. Rambutnya di gosok kasar, menunjukkan hatinya yang celaru. Dia melemparkan pandangan pada isterinya. Dia terkejut. Matanya membulat. "Ya Allah!!" jerit Zaid spontan, dia terus menerpa ke arah isterinya. Pantas, dikendongnya, apabila isterinya kelihatan sedang turun darah.

                "Sakit..."

                "Tak apa..tak apa. Abang, bawa sayang ke klinik. Tahan sikit."  Ujarnya walaupun cemas. Wajah Shahila pucat. Zaid tidak berlengah lagi. Setelah pintu rumah ditutup. Dia terus memecut laju. Memacu pacuan beroda empat, meninggalkan perkarangan rumah. Isteri yang berada di seat sebelah, dijeling sekilas. Amarah di awal tadi, menghilang.

                Shahila merintih. "Sakit!" rengek Shahila merintih kesakitan.

                "Sikit je lagi sayang. Sikit je lagi. Tahan sikit!" pujuknya sekadar memapu. Dalam hati berdetik kesal. Risau pula merajai hatinya.

........

"Zaid, aku tak boleh nak bantu kau. Isteri kau selamat, tapi bayi kau..aku tak dapat nak selamatkan. Takziah aku ucapkan untuk kau." Seorang lelaki berpakaian doktor, menepuk lembut bahu sahabatnya.

                "Isteri aku mengandung? Kau betulkah ni, Arman" ajunya tidak percaya.

                "Ya. Isteri kau hamil dua minggu. Eh, kau tak tahu?" aju Arman hairan.

                Zaid mengeleng. Dia meraup mukanya. Takkan isterinya, menyembunyikan hal-hal macam ni? perasaan sangsi, berdetik di hati.  "Erm..tak apalah. Aku nak jenguk isteri aku." Wajahnya muram. Zaid melangkah masuk ke dalam bilik isterinya.

                "Abang..kenapa? doktor ada cakap apa-apa?" suara serak Shahila memecah suasana. Zaid menarik kerusi, lalu di tarik ke sisi katil isterinya. Soalan yang di aju, tidak berjawab. "Abang?" Shahila mendesak. Zaid mengeluh.

                "Shahila tahu tak, yang Shahila hamil?" suaranya dikawal. Lebih baik dia bertanya dari membuat keputusan sendiri. Padah bila, suami isteri bersalah sangka.

                Dahi isterinya berkerut. "Abang, cakap apa? Bukan tadi darah..haid?" Shahila cuba mendudukkan dirinya. Ulah kata suaminya, membuatkan dia kehairanan. Namun, ada terbit bahagia di hujung bibirnya. "Saya hamil?" ajunya juga, walaupun ragu-ragu.

                Zaid mengeluh lagi. Tahulah dia, isterinya juga tidak tahu apa-apa. Suaranya, ceria walau terselit kehampaan. Walaupun dia keinginan untuk mempunyai anak, tetapi hampa. Dia tidak mahu menunjukkan kedukaan diwajahnya. Sebagai suami, dia perlu menjadi penguat hati isteri. "Ya, tapi awak keguguran." Ujar Zaid, lembut. Mula bersimpati pada isterinya. Shahila yang pada mulanya ceria, kembali muram. Hilang senyuman serta merta, tetapi matanya mulai bergenang. "Tak apa, nanti adalah rezeki lain. Apa yang pasti, abang nak sayang sihat." Pujuknya lembut. Lama isterinya berdiam, akhirnya bersuara dengan suaranya yang bergetar.

                "Abang..tinggalkan saya seorang." Pintanya dengan senyuman, sebelum membungkus diri dalam selimut. Zaid mengeluh. Dia bangun, bingkas berdiri meninggalkan isterinya. Dia semakin hairan dengan isterinya. Makin lama, makin asing. Malah, dia rasa isterinya menjauh.

                Shahila melelapkan diri.

........

Shahila telah selesai menukar pakaiannya.  Sudah empat hari, dia ditahan atas tahap kesihatannya yang merosot secara tiba-tiba. Hakimi dan kakaknya ada datang melawat, dua hari yang lalu. Banyak nasihat yang dia dapat.Cuma ibu bapa dan keluarga belah mentuanya, sengaja dirahsiakan. Dia risau, mereka akan berduka.

 Hari ini, dia telah di benarkan untuk keluar dari wad. Shahila duduk di birai katil menunggu Zaid, namun kelibat suaminya belum jua muncul. Bila bosan mula melanda hati, dia mula lelah menanti. Ulah Zaid melayannya, mengubat hatinya hingga dia mampu menerima takdir Allah. Dia belum mempunyai rezeki anak. Dan..mungkin suaminya akan bersikap adil walaupun mempunyai dua orang isteri.  Dia ingin melupakan masalahnya buat ketika.

                Dia bangun. "Mana suami aku ni?"  Shahila mengatur langkah mencari. 'Mana tahu, kalau-kalau terjumpa. Baik aku pergi ke parkir kereta.' Monolog hatinya. Emosinya, sudah mula terkawal apabila dia memikirkan suaminya tetap menanti, menjaganya semalaman. Kadang-kadang tersenguk mengantuk. Baik sangat suaminya.

                Satu suara bersuara. Dia berhenti melangkah. Shahila memincingkan pendengaran. Hatinya berdebar."Zira, janganlah cari pasal. Kalau isteri abang tahu, Zira isteri abang. Susahlah abang, nanti."

                "Alah, bukan Shila tu tahu yang Zira ni isteri abang. Biarlah, Zira nak lawat dia. Shila tu, kawan baik Zira. Nak susah apanya! Takkanlah Zira nak buat yang tak baik, pada kawan baik Zira sendiri." Desa si gadis. Shahila yang secara tidak sengaja terdengar bualan mereka, mencuri dengar. Degup nafasnya terhenti. Bukan sukar untuk dia meneka kedua-kedua suara itu. Salah satu dari suara itu, adalah suara suaminya dan satu lagi.... suara teman baiknya, Azira.

                "Zira..dengarlah cakap abang." Lelaki itu memujuk. Bicara lembut walaupun kelam.

                "Emm..yalah.." Azira mengangguk, lalu melangkah pergi selepas mencium tangan suaminya. Walaupun mencebik, tidak puas hati. Dia tetap akur dengan arahan suaminya. Zaid mengeluh. Nafasnya mengah, kelam kabut menghalang isteri muda. Risau rahsia mereka selama in terbongkar dihadapan isterinya, Shahila. Dia mengatur semula  ke dalam klinik, sebaik kelibat isteri mudanya telah pergi.

                Shahila yang memerhati, masih berdiri di tempat yang sama. Hatinya benar-benar terhiris. Kasihnya seakan pudar. Kepercayaannya hancur. Dia menapak perlahan, melangkah satu-satu meninggalkan klinik. Dia terus melangkah, seolah-olah hatinya berhenti dari berdegup. Fikirannya terhenti untuk berfikir. Apakah kebahagian sebenarnya?

                Keliru untuk mentafsirkan apa yang berlaku. Sewaktu dia sakit, suaminya sangat menjaganya...namun, kenapa dia diduakan? Malah kepercayaannya selama ini direntap. Bahkan sahabat sendiri, madunya. Persoalan yang cuba di anggapnya sudah selesai, kembali merunsingkan fikirannya.

                Tanpa duit, tanpa beg. Shahila berjalan tidak berarah membawa hatinya. Rawannya dia kala ini, hanya mampu berserah. Ingin dia menangis.. tetapi, perkara sudahpun berlaku. Lagipun, dia sudah terlalu penat untuk menangis lagi. Saat dia tahu, dia membawa diri dan menangis semahunya. Hingga tikar sejadah menjadi saksi tumpah air matanya. Bahkan, detik kehilangan janin memberikan dia satu tamparan yang hebat. Terasa jiwanya berperang. Kali ini, dia penat. Hatinya penat untuk menyoal lagi. Dia sudah tidak tahu..apa lagi rahsia yang disembunyikan oleh suaminya lagi. Suaminya begitu, menduakannya. Mendustai di belakangnya. Manakala, zuriat yang ditunggu sudah  tiada. Dia....tak mampu nak berujar apa yang ada pada dirinya kala ini.

                'Allah...'

......

"Nurse! Nurse ada nampak kelibat isteri saya?" Zaid yang baru menyedari ketiadaan isterinya, mengaju secara rambang pada jururawat yang bertugas. Cemas hatinya, apabila kelibat isterinya hilang. Sudah jenuh dicarinya namun masih belum jumpa.

                "Weh, Zaid. Aphal?" Arman yang baru keluar dari bilik kerja, secara tidak sengaja berselisih dengan Zaid. Menyoal hairan.

                "Isteri aku hilang!" keluhnya. Penat dia memusing dari tingkat atas hinggalah ke tingkat bawah. Isterinya tiada.

                "Woi..jangan buat lawak! Isteri hilang..kaun ingat isteri kau kana-kanak. Mungkin isteri kau pergi solat ke, ke tandas ke. Relak!! Hah, aku nak bagi kau satu hal." Arman yang teringat sesuatu, mengajak Zaid untuk masuk ke biliknya.

                "Isteri aku?!" Hatinya mendesak. Ketiadaan Shahila, merisaukan dirinya. Takut isterinya buat sesuatu yang diluar jangkaan. Hendak ditanya maknya, apa pantang larang orang yang keguguran. Ditegah isterinya. Risau mencemaskan orang tua, katanya. Tetapi, sekarang ini..dia pula yang rimas. Isterinya hilang?! `

                "Isteri kau bukan budak-budak. Adalah tu..Nih, aku nak tunjuk kau sesuatu." Satu rekod kesihatan isterinya, di ambil dari huluran sahabatnya.

                "Hah?!!" Zaid buntu.

                "Penyebab keguguran dia adalah, hentakan.. Kau tengok, rekod tu. Aku rasa dia jatuh atau ada eksiden yang berlaku yang sebabkan dia keguguran?. Kau tahu apa-apa tak?"

 Zaid terpana. Diteliti maklumat isterinya. "Ya Allah..aku tak tahu." Zaid menepuk dahinya. Rambutnya disebak ke belakang. Kenyataan yang dia perolehi dari sahabatnya, membuatkan dia agak terkejut.

                "Ya Allah..kau, tak tahu! Kau orang ni, kahwin main-main ke?!" Arman bersuara kehairanan. Terlalu takjub tatkala rakannya tidak tahu langsung pasal isterinya sendiri. Dia yang masih bujang, mengeleng berkali-kali. "Kau orang ni, gaduh ke?" ajunya pula.

                Zaid yang menunduk, membaca rekod kesihatan isterinya membuang pandang pada Arman. "Arman..aku rasa isteri aku lain sejak kebelakangan ni. Dia..macam menjauh dari aku. Aku rasa dia orang lain. Aku frustlah!!" keluh Zaid.

                "Zaid..zaid..biasalah alam perkahwinan. Mesti ada pasang surut. Kadang-kadang ada ribut. Kau ada buat salah dengan dia ke?" Arman menarik kerusi kerjanya. Sementara, Zaid masih berdiri. Menyandarkan badan pada dinding dengan muka yang penuh dengan masalah.

                "Kau rasa?" Zaid yang sudah lama berdiri, menarik kerusi yang berhampiran.

                "Kau rasa?!!, Mangkuk kau! Bini kaulah...bukan bini aku!" Mengeleng Arman mendengar persoalan yang dianggap bodoh olehnya. "Hai....makin pelik aku dengan perangai kau!" bebel Arman tidak semena-menanya. Zaid senyum hambar. Entah apa yang disoal, dia juga sudah tidak faham akan dirinya sendiri.

                Tiba-tiba, dia teringatkan pada isteri mudanya. Bibirnya menguntum, mengukir senyum. "Tapikan...itulah untungnya kawin dua. Kau frust isteri tua, kau masih ada isteri muda." Rekod kesihatan isterinya, diletakkan di atas meja.

                "Kau kawin dua?! Bila? Kau tak bagi tahu aku, pun!" Arman yang baru tahu, melonjak terkejut.

                "Ohh...aku baru je kawin. Antara ahli keluarga kami je, tahu." Zaid sengih.

                "Bini kau bagi. Bagus betul...dapat bini macam kau." Arman tersenyum nakal.

                "Tak..dia pun tak tahu yang aku dah kawin lagi satu. Kau ingat aku gila, nak bagi tahu dia." Ujar Zaid, bersahaja. Rasa cemasnya tadi, hilang. Diganti rasa bahagia yang memuncak.

                "Boleh ke. Bukan kena minta persetujuan dia?" Arman menyoal. Setahu dia, prosedur untuk berpoligami di Malaysia ni, kena minta persetujuan daripada isteri yang pertama. Dan bukan sesenang itu je dapat kelulusan untuk bernikah lagi satu. That why, ramai yang ambil jalan pintas, bernikah di seberang. "Kau bernikah di seberang ke?"

                Zaid tidak menjawab. Hanya anggukan sebagai jawapan.

......

Jam menunjukkan pukul lima setengah petang. Haripun sudah menjelang lewat petang. Dia ambil keputusan untuk pulang dahulu, mana tahu. Isterinya sudah pulang ke rumah. Sebaik sahaja dia sampai dirumah. Isterinya tetap tiada. Hatinya meresah. Rumahnya kosong. Jika, hendak dikatanya pulang, kelibat isterinya, masih belum juga kelihatan. Berkali-kali dia menelefon telefon bimbit isterinya, namun tidak juga berangkat. Menyesal juga, kenapa dia tidak mencari isterinya, malah sempat pula dia menghabiskan masanya dengan sahabat lamanya.

                Zaid menapak ke arah dapur, untuk menghilangkan cemas di dada. Membuang kerisauan yang memuncak.  Menuang air kosong di dalam gelas kaca. Air kosong itu, diteguk sehingga habis. Namun, tanpa sengaja dia terpandangkan telefon bimbit isterinya. "Ya Allah..dia boleh tinggal telefon bimbitnya pulak." Zaid menepuk dahi. Rasa risau meraja hati. 'Patutlah panggilannya tidak berangkat. Dahlah tak bawa phone. Bateri mati, pulak~'

                Pantas jari jemarinya mencari nombor isteri mudanya lalu, dia menelefon. Panggilannya diangkat. "Hello, Zira. Shila ada datang rumah?"

                "Tak. Kenapa abang? kenapa dengan Shila. Dia tak datang rumah, pon." aju Azira di corong telefon.

                "Tak ada apa. Baiklah. Abang letak dulu. Nak call mak, sekejap." Panggilan dimatikan. Dia terus membuat panggilan kedua. Panggilan kedua diangkat.

                "Hello, mak! Ada Shila dekat rumah?" ajunya tergesa-gesa. Semakin lama ditunggu, semakin cemas hatinya. Dia mula, berfikiran yang bukan-bukan. 'Jauhkanlah isteri aku dari buat perkara yang dilarang oleh-Mu' doanya ringkas. Teringat dia, bahwa wanita yang keguguran boleh mengalami hilang kewarasan. Gusar juga hatinya.

                "Assalamualaikum..haish bebudak zaman sekarang nih. Bagilah salam dulu! Bukannya mak tak pernah ajar. Hah!! Kenapa Zaid?"  sempat Mak Leha membebel.

                "Aaa! Waalaikumsalam. Ada Shila dekat rumah?" ajunya kembali. Dia yang terburu-buru, sudah menyarung kasutnya. Rumah pula, sudah dikunci. Dia menghidupkan enjin kereta.

                "Tak ada. Kenapa? Kamu gaduh ke, Zaid oiii..? nilah anak muda sekarang, sikit-sikit gaduh. Peninglah kepala otak aku!" ujar Mak Leha, separa merungut.

                "Eh, tak adalah. Zaid tanya je..Tak apalah, mak. Saya nak call ibu pulak." Panggilannya ditutup dengan salam. Enjin dipanaskan, telefon bimbitnya di pasang penyumbat telinga agar mudah untuk dia membuat panggilan ketika memandu. Kereta Myvi, sudah dipandu keluar.

                Nombor ibunya didail. Dalam masa yang sama, dia memerhati di sekitar persimpangan jalan. Takut-takut ternampak kelibat isterinya. Panggilan yang dibuat, sudah berangkat. "Assalamualaikum ibu, Shila ada di rumah?"

"Waalaikumasalam..hah? Shila?? Tak ada.." jawab Puan Khaira sebaik sahaja panggilan mereka disambungkan.

"Oh..tak apalah ibu. Saya letak dulu." Zaid bersuara hampa.

"Kenapa, Zaid?" pintas Puan Khaira. Timbul kerisauannya. Masakan tidak, Shila adalah anak bongsunya.

Terdengar Zaid mengeluh, berat. "Shila tak balik-balik rumah. Sejak dari pagi." Kata Zaid, serba salah. Berita tentang isterinya ditahan hospital, tidak pula dikhabarkan. "saya nak call dia, handphonenya tinggal."

"Kamu dah call kak Shaha?"

"Belum." Balasnya pendek.

"Hah..call dia. InsyaAllah..mungkin dia di rumah kakaknya. Bertuah betul, si Shahila." Luah Puan Khaira pada menantu sebelum, talian antara mereka diputuskan. Risaunya tetap ada, namun dia lebih menyerah segala-galanya pada Ilahi. Sebab, penjagaan yang sebaik-baiknya adalah penjagaan Allah.

Saranan ibu mentuanya, diikut. Jawapan yang diperolehi adalah sama. Isterinya, masih belum ditemui.

Zaid mengeluh. Dia memakirkan keretanya di tempat parkir di perkarangan masjid. Suara azan sudahpun berhenti, malah, kedengaran zikir-zikir bergema di corong masjid. Memberi ruang untuk para makmum mengambil wuduk dan bersiap sedia untuk menunaikan waktu fardu magrib. Dia menapak langkah ke tempat berwuduk.

                Usai menyucikan diri. Zaid melangkah masuk ke dalam ruang solat. Suara bilal bergema, melaungkan iqamat. Niat dibaca, takbir bergema. "Allahhu Akbar!!"

.....

Zaid termenung. Adakah, sebab.. dia tengking haritu, menyebabkan isterinya terasa?telefon bimbit, diteleknya. Nasiblah dia mempunyai dua telefon bimbit. Menyesal pon ada, menghempaskan telefon bimbitnya gara-gara dia terlalu marah akan isterinya.  Lama, dia berbuat begitu. Mengeluh perlahan. Apabila dia teringat, pagi tadi isterinya ceria. Langsung tidak menunjukkan rasa kecil hatinya. Buntu untuk mencari jalan penyelesaian.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Tertera nama Arman di skrin handphonenya. Panggilan diangkat."Hello, Assalamualaikum. Weh, Zaid. Isteri kau ada kat klinik aku ni. Kau pergi mana, lama dia tunggu kau." Suara Arman bergema di corong sebelah. Zaid bangun.

                "Ya Allah..!! dia ada dekat sana. Ok. Nanti, aku sampai sana." Dia mengusap rambutnya. Lega.

                "Weh, aku bawa isteri kau dekat tempat yang kita lepak selalu. Aku tak makan lagi, alang-alang aku nak pergi makan, boleh kita jumpa. Hah! Isteri kau, dia kata telefon dan beg duit, dia tak bawa. Waktu kau orang berdua datang sini, kelam kabut hari tu. Itu yang susah dia nak call kau." Arman memberitahu.

                "Ye ke??!! Kalau macam tu,  aku tunggu kau dekat sana." Panggilannya ditutup. Wajahnya yang sugul, mulai ceria. Sebaik sahaja dia melangkah ke dalam kereta, barulah dia perasan beg duit isterinya tertinggal di dalam kereta. Tersimpan elok, di sisi pintu bahagian pemandu. Dia mengeluh. 'Mesti isteri aku lapar.' Keluhnya lagi. "Hah..~"

                Enjin dipanaskan sebelum dia memandu keluar, pergi ke tempat yang dicadangkn oleh sahabatnya. Tempat yang selalu menjadi tempat mereka melepaskan tekanan. Dan kadang-kadang menjadi tempat mengumpulkan kawan-kawan.

Inilah kali pertama isterinya, hilang. Dan dalam masa yang sama,hatinya tercuit kesal. Dia tidak tahu, kenapa harini macam-macam berlaku. Bukan harini je..., boleh dikatakan dua tiga minggu ni. Adakah, ini rasanya bila isteri kita hilang. Hatinya mula berdetik, takut. Takut kehilangan isterinya. Walaupun dia sudah beristeri dua, dia tetap menyayangi isterinya sama macam dulu. Tiada luak, sikit pon kasihnya.

.....

Tiada kata-kata yang mampu dilafazkan. Shahila kembali semula ke dalam klinik, walaupun jujur dikatakan yang dia sudah jauh berjalan. Jika diturutkan rasa hati, dia ingin hilang terus dari pandangan suaminya. Biarlah dia pergi, mengubat hatinya sendiri.

                Tetapi...

                Syurganya di bawah kaki suaminya. Dia tidak mahu mengheret suaminya ke dalam neraka atas perbuatannya. Kerna dia seorang isteri, dia perlu taat pada perintahnya. Betullah... saat isteri terluka kerana sikap suami, dia tetap perlu menahannya. Kerna itu adalah suami. Berbeza kendudukannya dengan suami. Bila suami terluka kerana sikap isteri, isteri perlu memohon maaf. Walaupun kadang-kadang, suami yang bersalah.

                Kereta suaminya, sudah tiada di parkir kereta. Hatinya terguris lagi. Shahila berjalan perlahan-lahan masuk ke dalam klinik. Pergi ke ruangan menunggu. Namun hatinya, mulai tidak betah untuk bertahan. Shahila bangun, mencari ruang surau.

                Tatkala, dia bersandar di dinding surau. Air matanya tumpah juga. Berkali-kali tangannya menepuk-nepuk dadanya, perit. Tangisnya melebat. Jiwanya pedih, menahan sedih. Lukanya hati, Allah lebih mengetahui. Sehebat mana dia mengawal air matanya, sepenat mana hatinya pernah menangis. Dia tak mampu membendung tangis kali ini, yang akhirnya tumpah jua. Dalam sendunya yang lama, Shahila terlelap di sudut surau.

                Bibirnya gumam, 'Sakitnya Ya Allah~'

...

Shahila terjaga dari tidurnya. Azan berkumandang, membangunkan dia dari lenanya. Shahila terkebil-kebil, melihat jam di dinding. "Ya Allah..aku terlena." Bicaranya sendiri. Mukanya yang sudah kering, lencun dari air matanya diusap lembut. "Ya Allah..aku sudah terlepas zuhur dan asar. Astagfirullah..." gumamnya perlahan.

                Dia bangun, melangkah ke tempat wuduk, di hujung ruangan surau. Air wuduk yang mengenai wajahnya, membuatkan dia tenang. Usai mengambil wuduk, dia langsung menunaikan kewajibannya sebagai hamba Ilahi. Selelah mana, setenat mana..dia wajib menunaikan fardu ain. Kerana, Allah adalah pencipta-Nya.

                Seletah segalanya sudah dirasakan selesai. Shahila menapak keluar dari ruangan solat. Dia berjalan ke ruangan yang ditunggunya pada awal tadi, kalau-kalau dia terjumpa suaminya. Pasti, suaminya risau.

                "Eh, Shahila?! Tak balik lagi?" sapa seorang lelaki, berkemeja doktor. Tertera nama Arman, pada teg baju putihnya.

                Shahila menunduk hormat, mengukir senyum nipis. "Maaf?" Shahila binggung. Pandangan ditundukkan pada lantai. Kedengaran doktor itu ketawa kecil.

                "Maaf. Saya kawan baik suami awak, Zaid. Maaf, sekali lagi. Biar saya perkenalkan diri. Saya Arman, doktor yang merawat awak. Jika tidak keberatan, saya nak bincang sesuatu dengan awak." Ujarnya secara hemah.

                "Oh..maaf. Doktor, nak bincang pasal apa?" ajunya. Barulah Shahila mendongakkan wajahnya. Namun, matanya tetap dijaga.

                "Mari pergi ke pejabat saya." Arman, melangkah ke bilik kerjanya. Shahila mengikut tanpa membantah. Walaupun, dia agak tidak selesa. Bila memikirkan, lelaki ini adalah doktor yang merawatnya. Dia perlu juga mengambil tahu.

                "Silakan masuk." Arman membuka pintu biliknya, kemudian dia bergerak ke arah mejanya sebaik mempelawa isteri kawan baiknya masuk. Matanya ligat mencari rekod kesihatan Shahila. "Duduklah." Tuturnya tanpa memandang.

                Shahila akur. Kerusi yang tersedia, ditarik lalu diduduknya.

                "Okay, ini rekod kesihatan awak. " Rekod yang sudah dijumpainya, diserahkan pada Shahila. Rekod bertukar tangan. Arman mengambil duduknya. Kelihatan Shahila tekun menilik rekod kesihatannya sendiri. "Sebab awak keguguran adalah hentakan. Ada sesuatu ke yang berlaku, pada haritu?" ajunya secara profesional.

                Shahila tersentak. Dia mengangkat matanya. Agak terkejut dengan ajuan lelaki di hadapannya. Shahila serba salah.

                "Adakah sebab itu, saya keguguran?" tanyanya minta kepastian.

                "Jika meneliti dari rekod tersebut. Jawapannya ya. Ada apa-apa yang berlaku?" ajunya lagi.

                Lama Shahila terdiam. Pandangan matanya sudah kembali pada rekod yang berada ditangannya. "Ya. Haritu saya eksiden dengan sebuah motor." Katanya agak perlahan. Lambat-lambat bicaranya.

                Arman mengangguk. Betullah tekaannya. "Awak tahu tak, yang awak hamil?"

                Shahila mengeleng. Arman menepuk dahi, perlahan. "Awak tak kira waktu uzur? Sepatutnya awak tahu." Ada kesal dalam ketanya.

                "Kitaran haid saya tidak teratur. Jadi saya tak tahu." Jawab Shahila. Soal malu, cuba diketepikan. Tidak salah, membincang perihal yang penting seperti ini. Kerana, perkara ini adalah dalam skop rawatan.

                "Fahamlah saya. Kalau macam tu, saya sarankan awak untuk kerap berjumpa dengan pakar sakit puan. Jika diabaikan, takut menyebabkan kemudaratan. Saya sekadar memberi saranan yang baik."Arman mengambil kembali rekod yang diserahkan oleh Shahila.

                Shahila bangun. "Terima kasih doktor."

                "Erm, awak tunggu Zaid ke? Sebab, tadi dia ada mencari." Ulahnya, menyoal.

                "Ha ah." Balasnya pendek.

                "Awak tak call dia?" tanya Arman.

                "Saya tak bawak handpone." Bicaranya pendek.

                "Public phonekan ada?" Arman makin pelik.

                "Beg duit, tertinggal." Shahila menjawab, malu. Arman mengeluh. "Ya Allah...dah berapa lama awak tunggu? Macam mana, boleh tak bawa handphone dengan beg duit?" geli hatinya, apabila dia mengajukan soalan pada isteri kawan baiknya. Seolah-olah dia merisaukan anak muridnya yang sedang menunggu ibu ayah untuk ambil, ketika pulang sekolah.

                "Kelam kabut. Haritu." Shahila menunduk, menekur lantai. Malu lagi~

                Arman mengeluh. Mujur sahaja syiffnya sudah tamat. "Tak apalah. Saya call suami awak." Telephone bimbitnya dikeluarkan. Panggilan dibuat. Shahila sudahpun minta, untuk menunggu di luar. Arman hanya mengangguk, memberi jawapan.

........

Zaid sudah tiba di tempat yang diusulkan oleh temannya. Kelibat teman dan isterinya, sudah kelihatan dari jauh. Arman melambaikan tangannya ke arah Zaid. Sebaik terpandang isterinya, air mata Zaid, bergenang.

                "Wei, lambat!" sapa Arman.

                "Wei!" Zaid mengangkat tangan. Shahila bangun sebaik dia sampai di meja makan. Tangan suaminya disambut, dikucup lembut. Hati Zaid tersentuh.

                "Ke mana sayang pergi? Penat abang cari. Lain kali, jangan risaukan abang." Zaid mengambil duduk di sisi isterinya.

                Arman yang sedang makan, mencelah. "Weh..nak sweet-sweet, tempat lain. Ni, isteri kau tunggu kau! Aku tanya nak makan apa, dia tak nak order selagi kau tak sampai. So, aku makan dulu." Pintasnya. Air neslo ais, disedut rakus.

                "Ya Allah..Sayangkan, tak makan dari pagi. Order je. Tak payah tunggu abang. Lain kali, makan dulu." Tercuit hatinya lagi. Isterinya sanggup tunggu dia, walaupun terpaksa berlapar. Waiter yang mengambil order, dipanggil. Hatinya meruntun serba salah.

                "Weh, isteri kau tak boleh makan bukan-bukan. Dia masih dalam pantang. Bagi dia makan sup ikan." Tegur Arman, menegur sahabatnya. Menu yang diorder, ditukar. Zaid mengangguk, mengikut saranan sahabatnya. Saranan yang baik, perlu diikut. Jika yang sebaliknya, dia akan pertimbangkan.

........

Hampir empat minggu berlalu. Zaid mengurut pangkal tengkuknya. Tulang belakangnya, rasa sengal-sengal sejak dua tiga hari yang lalu. Mungkin disebabkan, dia tidur tak selesa . Azira datang, menghampiri. Mukanya berkerut, tatkala suaminya terkial-kial meletakkan minyak di belakang badannya.

                "Abang, kenapa?" Azira menegur. Zaid menoleh, kelakuannya tadi terhenti.

                "Belakang abang sakit. Tolong kejap." Pintanya. Botol minyak panas, sudah bertukar tangan. Belakang baju diselak tinggi, membelakangi isterinya.

                "Bila abang sakit ni. Kenapa tak dari tadi, minta tolong dari saya." Ujarnya. Kehadiran suaminya dirumah, dihujung minggu sudah menjadi kebiasaan. Bukan dia tidak berkecil hati, namun dia terpaksa merahsiakan status perkahwinan mereka atas pemintaan suaminya sendiri. Kata suaminya, dia masih belum bersedia. Andai dia mempunyai masa yang sesuai, dia sendiri yang akan memberitahunya. Begitulah jawapan suaminya, setiap kali dia menyoalnya.

                "Mungkin sejak Shila masuk hospital haritu." Ujarnya pendek. Lega diurut isterinya.

                "Em...kesian Shila. Zira tahu, perasaan dia." Azira agak terkesan apabila sahabat baiknya keguguran. Bukan dia saja bermuka-muka, dia sememangnya bersimpati. Bukan kerana dia sudah berkahwin dengan suami sahabat baiknya, sahabat baiknya itu disingkirkan. Dia juga wanita. Ikutkan hatinya, dia juga sebenarnya tidak rela mengambil suami sahabat baiknya.

                Dia juga tidak menyangka yang suami sahabat baiknya ada menaruh hati, sama sepertinya. Atas desakan umur dan cinta, dia akhirnya rela walaupun terpaksa bernikah di seberang.

                "Hai..masa bila pula ayang ni suka termenung?" Zaid menegur.

                Azira yang tersentak dari khayalannya, tersenyum cuma. "Barang rumah, dah nak habis. Boleh teman Zira beli barang dapur." Sengaja dia menukar topik bicara. Dia bangun dari duduknya. Minyak ditutup, lalu disimpan di dalam laci meja. Zaid sudah menurunkan belakang bajunya yang diselak.

                "Erm..bolehlah. Abang tak ada urusan apa-apa petang ni. Pergi siap." Arahnya. Zaid menyandar pada sofa. Azira tersenyum lagi. Bukan senang untuk mereka meluangkan masa. Jarang sekali dia mempunyai ruang berdua. Minggu lalu pun, suaminya tak dapat datang sebab Shila sakit. Dia terus masuk ke dalam bilik, bersiap-siap.

......

Shahila merengus geram. Sudah beberapa kali, dia membuat panggilan. Tetapi panggilannya tidak berjawab. Jarang suaminya tidak mengangkat panggilan. Dia ingin meminta izin untuk keluar berjumpa dengan kawan-kawannya pagi ini, namun suaminya masih belum dapat dihubungi. Satu petikan pesanan sudahpun dihantar kepada suaminya.

                "Shah, kau jadi tak keluar ni" Ieyda yang berada di luar rumah, menjenguk.

                "Saya call suami, tak berangkat. So, saya hantar pesanan. Nanti dia bacalah tu." Shahila, sudahpun siap bersiap. Sebelum suaminya keluar pagi tadi, dia telahpun meminta izin. Suaminya pun, tidaklah melarang.

                "Aku tak berani nak bawa. Kau betul ni.." tutur Ieyda, sangsi. Hukum tetap hukum. Tak naklah pulak, dia membuat sahabatnya menjadi isteri derhaka. Itupun, semata-mata nak jumpa.

                "Usah risau. Pagi tadi, saya dah minta izin. Dia bagi je. Cuma, saya nak pesan lagi sekali. Takut-takut dia lupa." Ujar Shahila bersahaja. Pintu rumah sudah dikunci dari luar. Sebelum keluar pun, dia sempat melihat dapur. Risau terlepas pandang. Setelah dipastikan semuanya selamat, Shahila keluar rumah.

                "Hmm..tak lah aku risau. Jomlah, aku rasa dah lambat ni. Kawan yang lain mesti dah tunggu kita." Ieyda menghidupkan enjn kereta. Dalam beberapa minit, kerata proton saga yang dipandunya, membelah jalan raya.

                "Kak Ieyda, nak bawa pergi mana je?" Shahila di sebelah, menyoal.

                "Hah!! Sebab kak Ila teringin nak shell out. Itu yang dia ajak kita semua. Lagipun, dah lama akak tak dengar cerita kamu, so mereka nak buat perjumpaan sekali. Hangout sama-sama macam dulu-dulu." Ieyda yang sedang memandu, sempat melirik ke arah Shahila. Umur mereka hanya jarak dua tahun, namun dia mudah mesra dengan Shahila sebab perangai yang lembut dan menyenangkan hati.

                Shahila mengangguk. "Erm, dekat mana?"

                "Cuba buka whatsapp group phone akak. Rasa ada alamat yang dia bagi." Phone bimbit Ieyda diambilnya. Group whatsapp di buka.

                "Ada. Nak saya buka waze ke?" tanya Shahila.

                "Hah, boleh juga. Pasang waze terus dekat situ. Lepastu, connect phone akak dengan power bank. Takut, mati tiba-tiba pula." Arahan yang dipinta oleh ieyda, di turutkan saja.

....

"Wahh..takkan nak balik dah. Dah lama tak jumpa pulak tu... Hampir enam tahunkan. Sejak Shahila kawin, langsung tak ada khabar berita. Akak rindu betul dengan Shah." Tubuh Shahila dipeluk erat. Perjumpaan yang singkat itu, betul-betul mempertemukan mereka kembali. Bertapa akrabnya mereka, dulu. Kini, membawa haluan masing-masing.

                "Alah akak ni. Shah pun rindu sangat nak jumpa semua orang. Tulah, masa Shah kawin, kak Ieyda seorang je datang. Sedih tau.." Shahila berujar manja. Pelukan mereka kejap. Rindu sangat~

                "Hei..rugi tau tak datang kenduri Shah. Suami dia hensem..." Kak Ieyada bersuara.

                "Haha..ingatkan Shah ada bawa suami sekali." Kak Chah mencelah.

                "Tak. Dia ada hal lain, katanya. Okaylah, Shah nak balik dulu. Kesian kak Ieyda nak drive nanti." Shahila berbasa basi. Siapa kata hatinya tidak sedih. Bukan senang untuk bertemu lagi. Ada umur, insyaAllah mereka akan bersua kembali.

                " Hah, akak. Saya balik dulu. Apa-apa nanti, kita roger dalam whatsapp. Gambar, jangan lupa send. Nak buat album kenang-kenangan." Masing-masing berpelukan sesama sendiri. Sebagai tanda perpisahan yang sementara.  Walaupun berjauhan, ikatan persahabatan tetap utuh.

                "Akak nak singgah Mydin Mall, nak beli barang sikit. Boleh kan.." aju Ieyda tatkala mereka beriringan menuju ke parkir kereta.

                "Elok jugak tu. Saya nak beli barang rumah sikit. Rasanya, barang rumah dah nak habis."

                "Bagus sangatlah tu. Dekat sana nanti, nak akak temankan kamu?" Ujar Ieyda. Dalam waktu yang sama dia, mengeluarkan kunci kereta dalam tas tangannya.  Pintu kereta dibuka. Masing-masing memboloskan diri ke dalam kereta.

                Shahila mengeleng. "Akak cari je barang yang akak nak ambil. Saya pergi beli barang sendiri. Nak jumpa, akak call je."

                "okay."

......

Satu pesanan ringkas masuk. Zaid hanya membuka, dan membaca lalu menutup kembali. Tangan isterinya yang sedang menggamit ke arahnya, dari jauh, diberi perhatian. Troller yang dipenuhi dengan barang-barang dapur, ditolak ke arah isterinya.

                "Siapa?" Tanya Azira, walaupun matanya sempat mencari barang yang ingin dibelinya.

                "None." Pendek.

                "Erm, hujung minggu depan. Abang nak saya masak apa?" Azira yang malas mengambil tahu, terus menukar topik perbualan.

                "Aaaa..Ayang boleh masak gulai rindu tak?" usik Zaid.

                "Eee...Abang ni! Saya cakap betul-betul ni. Main-main pulak. Nak masak gulai apa?" tanya Azira, sempat mencubit pinggang suaminya. Pipinya merah, bila diusik suaminya. Lain yang ditanya, lain pula suaminya jawab.

                "Sambal udang masak petai." Zaid mencuit hidung isterinya. Azira tersenyum.

                "Itu jeke. Mesti abang dah lama tak makan udang masak sambal petaikan." Ulah Azira. Teringatkan dia pada alam kolej.  Shila elergik dengan makanan laut seperti udang, setiap kali dia makan udang. Pasti sahabat baiknya itu, tidak boleh bernafas dengan baik.

                "Eh, kenapa ayang cakap macam tu? Tak adalah, hari-hari Shila masak sambal udang masak petai. Shila pun suka sangat lauk kegemaran abang. Menu tu, wajib ada di rumah. Hah, lepas ni..Ayang pon kena adakan menu tu setiap kali abang datang." Zaid menyenggih panjang. Troller di tolak ke arah kaunter.

                'Shila pon suka...' Hati Azira tersentap.

                "Ayang! Ada nak beli apa-apa lagi?" tanya Zaid apabila isterinya masih berada di rak-rak barang. Azira mengeleng, lalu menapak menghampiri suaminya.

                'Maafkan aku Shila~' detiknya perlahan. Jauh di lubuk kalbunya. Dia rasa bersalah.

.....

"Adik, udang ni kena timbang dulu. Timbang dekat sana." Seorang jurujual yang berada di kauter menegur Shahila. Sempat dia mempamirkan senyum, dengan menunjukkan arah ke arah kaunter yang menimbang barang basahan.

                Shahila menunduk. "Maaf. Maaf.." ujarnya berbasa basi.

                "Danny!! Kau tolong adik ni." Jurujual tadi memanggil salah seorang rakannya. Rakan yang dipanggil, bergegas ke arah kaunter.

                "Apa?" tanya Danny ringkas.

                "Ni, tolong cik adik ni." Jurujual menunjukkan ke arah Shahila.

                Merah mukanya, namun ditebalkan seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Dia memandang ke arah lelaki yang dipanggil, Danny.

                "Ieyla?!! Shahila!! Oh my GOD! I don't believe it. It's you. You, Shahila?!!" Danny terkejut. Hampir-hampir dia melompat. Terasa matanya betul-betul menipu. Namun, ianya realiti. Shahila tercengang. Mukanya yang sedia merah, bertambah merah. "Ieyla, aku Dan. Aku kawan baik kau. Kau ingat tak!!" sambungnya lagi. Mereka sudahpun menjauh sedikit dari laluan ke kaunter.

                "Ya Allah... Dan! Danny?!! Astagfirullah...tak sangka!" Shahila yang teringat semula. Menekup mulutnya. Bertapa terujanya dia ketika itu, apabila dia dapat jumpa sahabat baiknya. Air matanya bergenang. "Ya Allah...Ya Allah..." Shahila yang tak dapat menahan air matanya, menangis. Dia bertinggung, sambil tangannya menekup kedua-dua belah wajahnya. Esaknya tangis.

                "Weh, janganlah nangis. Aku pun rasa nak nangis. Aku..aku.." Danny menahan sebaknya. Dia mengalihkan air mukanya ke arah lain.

                "Kau...kau.." Shahila yang masih dalam tangis juga, tak mampu nak bersuara." Terlalu lama dia menahan perasaan rindu. Rindu pada sahabatnya. Rindu pada gelak tawa mereka. Rindu pada dirinya yang dulu. Dirinya yang tak pernah hidup dalam kepura-puraan.

                "Dah..dah..kau ni! Sepatutnya, kalau kali pertama jumpa. Kenalah happy. Bukannya kau ajak aku nangis sekali.

                "Kau yang buat aku nangis. Tak baiklah!" suaranya masih serak. Walaupun tangis mula reda, dihujungnya masih bernada sebak. Kemunculan sahabat baiknya, betul-betul meruntun kalbunya. Menitiskan air matanya. Terlalu lama dia dan Danny tidak lagi berhubung. Atas apa sebabnya, dia juga tidak tahu. Namun, masing-masing membawa haluan sendiri.

                Beberapa tahun, terlalu lama sehinggalah masing-masing mempunyai impian sendiri. Kini, dipertemukan semula. Apakah takdir, yang di aturkan oleh Allah sebenarnya. Allah~

.....

"Siapa tu?" Aju Zaid tatkala ternampak kekecohan di kaunter yang berada di hadapannya. Dia hanya dapat melihat kelibat seorang wanita dan salah seorang pekerja di mall tersebut. Barang yang berada di dalam trollernya, di letakkan di atas meja kauter.

                "Kawan lama. Dah lama terpisah, itu mereka jumpa semula." Jawab jurujual wanita berbangsa india. Tertera nama di teg bajunya kerja, Vienna. Zaid hanya mengangguk. Dia lebih suka bersikap tidak mengambil endah.

                Usai sahaja dia membayar. Dia menolak troller yang berisi barang keluar dari kawasan kaunter.

                "Ayang, kenapa senyap je ni?" Azira yang tiba-tiba membisu, tersentak apabila ditegur suaminya. Namun, tanpa disedari Zaid, troller yang ditolaknya hampir-hampir terkena seseorang. Langkahnya terhenti.

                "Aaghh!!" Seorang wanita yang hampir terkena troller yang ditolak Zaid, menjerit kecil. Terkejut.

                "Maaf! Maaf!!" Ucapnya pantas sebaik dia menolak trollernya ke tepi. Kalut dia seketika, tatkala dia terleka menegur isterinya hingga alpa pada jalan di hadapan.

"Tak apa. Tak kena pun." Balas wanita itu. Berbahasa.

"Maaf ya. Suami saya tak sengaja. Maaf ya." Azira yang turut rasa bersalah, memohon maaf bagi pihak suaminya. Bukan suaminya sengaja, Cuma terleka seketika. Dia menghampiri wanita itu, melihat kalau-kalau ada yang tercedera.

"Suami?!"

"Maafkan saya.."bicaranya tergantung. Mata mereka bertemu. Lidah Zaid kelu, sementara Azira kaget. 'Siapakah wanita ini?' desis hatinya sangsi.

........

Zaid buntu. Fikirannya membeku. Ieyda..ya. wanita itu, adalah Ieyda. Teman sekerja isterinya. Sangat rapat dengan isterinya. Dia pasti, teman baik isterinya itu mengenalinya. Dari air muka wanita itu, jelas tampak berubah.

                "Abang, kenapa?" Azira yang berada di seat sebelah mengaju soalan. Tingkah laku suaminya sangat berbeza apabila bertemu dengan wanita muda tadi. Itupun gara-gara terlanggar. Mujur tak ada apa-apa perkara serius yang berlaku.

                Zaid mengeluh. Kenapa hatinya cemas. "Tak ada apalah. Ayang, nak balik terus ke?" Zaid menyoal. Kereta dipandu keluar. Azira hanya mengangguk sahaja. Sepanjang perjalanan, masing-masing membisu. Mengembara alam khayalan sendiri.

                Dalam diam, hatinya mengumam sesuatu yang dia tahu akan tingkah suaminya aneh, tiba-tiba. Suaminya menyembunyikan sesuatu, dari pengetahuannya. Namun, tidak pula dipaksa untuk menceritakan. Lebih baik, berdiam.

                InsyaAllah...dia akan memberitahunya sendiri, apabila waktunya telah tiba~

......

Ieyda menghentikan langkah. Dadanya berdebar, berterabur rentak degupnya kerana perasaan yang bersilih ganti. Apakah suratan yang tertulis buat Shahila. Hatinya terhiris, benar-benar terluka. Entahkan Shahila tahu atau tidak bahawa suaminya sudah memadukannya.

                Dadanya yang terasa sakit, diketuk lembut. Sedangkan dia masih belum berkahwin pun masih terasa peritnya, apatah lagi Shahila. 'Allah...adakah dia sudah tahu? Jika dia tahu, pasti sudah dikhabarkan pada aku. Tapi....ini aib keluarganya. Kisah rumah tangganya...Shahila...Shahila..." rintihnya kesal.

                "Akak!!" tegur Shahila.

                "Hah? Haa..kamu, Shah. Erm, dah beli barang?" tersangkut-sangkut ujarannya.

                "Akak..look's here! My bestfriend, Dan." Suara Shahila riang. Soalan Ieyda, tidak dijawab. "Akak ingat Dan yang selalu ejek saya dalam phone? Ingat tak??" ajunya pula. Lelaki yang duduk berhampiran, tersenyum cuma. "Alahh..Dan is Danny." Katanya pula. Pelbagai soalan di aju serentak. Ieyda mula berfikir. Fikirannya kosong. Permasalahan tadi, masih membebani akalnya.

                "Kak Ieyda..saya yang tanya akak bahasa arab?" Danny bersuara.

                "Oh..Dan..oh, Danny! Ingat, ingat!" ingatannya diraih. Senyuman mula terukir, dibibir. "Kerja di sini?" tanyanya pula, sebaik sahaja melihat tag yang tersemat di bajunya.

                "Ha ah..kerja sini. Nak buat macam mana, disini je rezeki yang ada." Danny merendah diri.

                "Yelah akak. Bukan boleh percaya sangat dengan si Dan ni. Dia Manager dekat sini. Chief Manager pulak tu." Sindir Shahila.

                "Ye ke. Boleh belanja makan...alang-alang jumpa kan." Usik Ieyda. Bernada gurau. Hilang sedikit gejolak perasaannya tadi. Wajah Shahila dikerling, sekilas. Tiada satupun tanda-tanda, wanita itu mengalami kesedihan atau terluka.

                "Boleh, nak makan mana?" tanya Danny.

                "Ish, aku tak boleh nak jalan-jalan sangat. Tak boleh balik lewat. Aku nak bergurau, je. Lain kali, jelah." Ieyda menolak pelawaan. Sememangnya dia hanya berniat untuk mengusik.

                "Hm..aku pun. Oh, barang. Thanks tolong aku, tadi." Shahila turut menolak. Ucapan terima kasih tidak dilupakan. Barang yang masih berada di dalam troller, ditarik.

                "Tak ada rezekilah tu. Kalau macam tu, lain kali datang boleh belanja." Kata Danny berbasa basi. Sejujurnya, dia tidak mempunyai masalah untuk belanja. Tak jangka boleh berjumpa semula walaupun sudah terpisah lama.

                "Kalau macam tu, kami gerak dulu. Assalam.." Tutur Ieyda, mengundur diri. Shahila sekadar melambai. Bibirnya tidak lekang dari senyuman. Apakah makna yang tersirat dari raut kebahagiaan itu.

......

Lauk sambal udang sudah terhidang di atas meja, bersama lauk kerang rebus. Jam menunjukkan lewat malam, namun bayang suaminya masih belum muncul. Shahila terus menutup lauk, dengan tudung saji apabila penantiannya mula dianggap sia-sia. Mungkin jika dulu, dia sanggup menunggu.

                Matanya mengantuk, mulutnya menguap. Kakinya sengal-sengal, akibat terlalu banyak berjalan siang tadi. Shahila terus menapak ke bilik tidur, lalu melelapkan mata di atas tilam. Lenanya bertandang. Shahila tenggelam dalam mimpi.

                Zaid yang baru pulang, membuka kunci dari luar. Sebaik sahaja masuk, dicari kelibat isterinya seperti biasa yang rajin menunggunya walaupun lewat malam. Namun, kelibat sang isteri tiada seperti selalu.

Pintu bilik dibuka. Isterinya lena. Hatinya disuntik rasa terkilan. Zaid melangkah ke luar, menuju ke arah dapur. Tudung saji dibuka, lauk sambal udang terhidang tidak terusik. Lauk kerang pun masih banyak di dalam mangkuk.

                "Isteri aku tak makan ke?" luahnya, tatkala nasi yang berada di dalam periuk tidak luak.

                "Erm..abang baru balik?"

                "Ya Allah!! Astagfirullaah...haih!!  Shila!!" sapaan yang tiba-tiba membuat Zaid melompat ke tepi. Dadanya diurut perlahan. Shahila menguap kecil.

                "Sorry, saya tak sengaja. Saya nak pergi tandas." Shahila yang baru terjaga, berjalan ke arah tandas. Matanya masih mamai. Zaid masih lagi terkejut dengan sapaan yang tiba-tiba oleh isterinya. Walhal, dia baru sahaja, menjenguk isterinya di dalam bilik.

                Zaid terus mengambil pinggan, kemudian disenduk nasi lalu diletakkan di dalam pinggannya. Di rumah Azira, dia sudahpun menjamah nasi. Namun, hanya sedikit sahaja. Sekadar mengisi perut. Lagipun, dia lebih banyak mengelamun dari menjamu nasi yang terhidang. Apabila dia pulang sahaja dari rumah isteri yang kedua, perutnya mula terasa lapar.

                "Awak tak makan lagi ke?" Shahila yang baru keluar dari bilik air, datang ke meja makan. Kerusi yang berdekatan, di ambil. Duduknya berhampiran dengan suaminya seperti kebiasaan yang dilakukan.

                "Dah. Tapi lapar balik, bila tengok sambal udang yang awak masak ni." Sambal udang, hampir separuh dari pinggan, disudunya. Shahila tersenyum kecil. Sememangnya, itulah tabiat suaminya. Terlalu sukakan lauk sambal udang.

                "Kalau sambal ini ada petai, mesti awak tambah lagikan.." ujar Shahila, sambil-sambil memerhati suaminya makan.

                "Ish, sama je. Tak ada siapa yang boleh tanding sayang masak. Sedap sangat." Puji Zaid. Ikhlas. Jika menurutkan citarasanya, sejujurnya Shahila lebih pandai masak jika nak di bandingkan dengan Azira. Malah, masakan Shahila sentiasa kena dengan tekaknya. Tidak kisah jika dia menambah, apabila isteri pertamanya masak.

                "Abang, esok saya nak jemput mak ayah. Kalau boleh nak buat makan-makan sikit. Jemput kawan-kawan." Shahila bersuara. Dia bangun, mengambil gelas lalu diisi air suam sebelum menghulur pada suamiya.

                "Oh..okaylah. Haritu, awak ada beritahu saya. " Air suam diteguk habis.

                "Saya jemput mak ayah dekat stesen bas. Abang jangan lupa, teman saya beli barang." Pesan Shahila. Pinggan dan gelas suaminya diambil. Lalu dibawa ke sinki untuk dicuci. Zaid, bangun lalu membasuh tangan kemudian bergerak ke dalam bilik. Seketika kemudian, menukar bajunya dengan t-shirt kelabu dan berkain pelekat. Mulutnya menguap. Ngantuk mulai menyapa.

........

Zaid cemas. Dahinya berkeringat walaupun rumah yang dikunjunginya mempunyai alat pendingin hawa. Berpeluh-peluh, sehingga belakang bajunya basah . Manakal isterinya, Shahila sudah ke pergi ke dapur.

                "Besarnya rumah kau. Dah lama aku tak datang ziarah kau kan..tengok kau pun dah lain." Shahila membantu sahabatnya, menghidang biskut di dalam pinggan.

                "Ha ah." Jawab Azira pantas. Kedatangan mengejut, Shahila dan suaminya mengejutkan dia. Mujur sahaja, suaminya sempat memberi pesanan ringkas dalam whatsapp. Sempat juga dia menyorok semua gambar dan potret dia dengan suaminya.

                "Zira, mana gambar kau? Aku tengok, rumah ni kosong je. Kau kan suka, bergambar?" ulah Shahila, mengambil duduk di sebelah suaminya.

                "Gambar? Aku tak sempat nak gantung. Sibuk dengan kerja." Azira memberi alasan. Suaminya yang berada di hadapan, dijeling sekilas. "Kenapa kau datang tiba-tiba ni. Mujur aku ada dekat rumah, kalau tak. Tak jumpalah." Sambungnya dengan persoalan pula. Hatinya makin cemas apabila sahabatnya itu, lama-lama di rumahnya.

                "Oh ya. Aku nak ajak kau datang rumah malam ni. Aku ada nak buat makan-makan sikit." Air teh yang dihidang, dihirup nipis.

                "Malam ni.."

                "Ha ah malam ni, kan abang." Shahila berkalih pada suaminya. Zaid tersentak, kemudian mengangguk. Tidak lama, dia membisu semula. Bahang panas semakin terasa. Malah, belakang bajunya kian dirasakan lencun dengan peluh.

                "Datanglah. Kau kan, sahabat baik aku. Mesti kena datang, dahlah lama tak jumpa." Shahila memujuk.

                Azira serba salah. Di kerling suaminya sekali lagi. Tiada respon yang diinginnya. "InsyaAllah. Aku tak janji." Ujar akhirnya, setelah lama dia berdiam. Shahila tersenyum lebar. Azira turut membalas senyum. 'Apakah maksud semua ini?...' hati Azira berbisik.

.....

Lebar senyumannya tidak mudah untuk dia ukirkan. Hampir-hampir sahaja dia menangis tatkala memandang keletah suami dan sahabatnya. Dia bukan buta untuk mengetahuinya. Jika dirinya tidak kuat, sudah lama dia minta lafaz cerai dari suaminya. Terkenangkan tegahan agama, dia tunduk pada syar'i. Allah lebih mengetahui.

                "Shila..kenapa dengan kamu ni?" Shahada yang menyapa adiknya, menyoal. Sejak balik dari membeli barang, adiknya kelihatan sugul. Jika membalas senyum pun, nampak tidak ikhlas.

                "Hah?!! Tak ada apalah akak." Shahila berdalih. Tetamu yang mereka jemput hanya dikalangan saudara dan sahabat dekat. Dijenguk-jenguk ke luar rumah, kelibat yang dicari masih belum muncul.

                Shahada tidak puas hati. Bukan sehari dua dia mengenali sikap adiknya, malah dia terlalu arif untuk menegnali tingkah adiknya. Pasti, ada sesuatu yang disembunyikan. "Mari! Ikut akak sekejap." Shahada menarik tangan adiknya ke luar rumah, di tepi pintu pagar garaj. Shahila hanya menuruti sahaja. Hatinya bagai tiada jasad.

                "Kimi ada cerita dengan akak. Kamu ada masalah dengan Zaid, ke?" aju Shahada. Wajah adiknya ditenung selepas dia melepaskan pegangannya sebentar tadi. Shahila diam. Hatinya mula bergetar.

                "Akak kenal kamu, Shila. Cakap dengan akak. Tak apa, akak dengar." Pujuk Shahada, lembut. Shahila sudah menunduk ke tanah. Matanya mula bergenang.

                "Tak ada apalah, kak." Suaranya mulai kedengaran serak. Matanya di toleh ke arah lain.

                "Shila...cerita pada akak." Tangan adiknya diraih. Digemgam lembut.

                Esakkan halus kedengaran. Shahila tak mampu membicara apa-apa. Hatinya sakit! Perit! Tapi...hanya Allah yang tahu, kepedihan yang dia rasainya. Satu persatu air matanya tumpah ke bumi, namun tidak juga meredakan sesak yang berada di dalam hatinya. "Akak!!!" lirihnya dalam sendunya.

                Shahada membawa adiknya jauh dari perkarangan rumah supaya dia dan adiknya mempunyai ruang untuk berkongsi cerita. Shahila tetap mengikuti langkah kaki kakaknya. Hanya kepada kakak, dia mampu meluah. Berkongsi segala-galanya dan tempat untuk dia mengadu.

                Lama Adiknya menangis. Shahada tetap menanti.

                "Akak..suami saya sudah berpoligami." Tangisnya mereda. Sudah lama dia menunggu untuk meluahkan. Bertapa lama dia memendam seorang diri. Tiada siapa yang mengetahuinya.

                "Bila? siapa"

                Shahila mengeleng. Air matanya mengalir lagi, dikesat perlahan. "Dengan Zira." Ulahnya lagi. Kenyataan suaminya berkahwin lagi satu adalah tamparan hebat baginya. Malah, tamparan itu tidak juga mampu tertanding apabila sahabatnya, adalah madunya sendiri.

                Shahada terkedu. "Azira..Azira!"

.....

"Ya Allah...sampai juga kak Ieyda. Akak datang seorang je? Yang lain tak datang ke?" Shahila datang menyambut, terus memeluk wanita muda yang baru sahaja tiba.

                "Hamboi..meriah kau." Pelukkan mesra dibalas. Dalam masa yang sama, matanya meliar mencari kelibat yang sudah lama dinanti-nantikan. Jika ikutkan hati, memang dia tak hingin untuk bertamu, namun Shahila beriya-iya menyuruhnya datang.

                "Alah kak ni..meriah sikit je. Marilah masuk ke dalam lagi. Saya buat khas, nasi kerabu untuk akak." Tangan Ieyda ditarik. Tanpa semena-mena, matanya telirik pada seseorang yang menarik perhatiannya. Matanya membulat.

                "Akak nak tambah apa pon boleh. Dekat sini, semuanya free." Shahila menunjukkan kepada kak Ieyda tray-tray yang berisi ulam-ulam dan lauk-lauk lain.

                "Siapa tu?" Ieyda yang tidak memberi perhatian, segera menyoal. Jarinya ditunding pada wanita muda berkurung biru tua. Kehadiran wanita itu, membuatkan dia tertanya-tanya. Apa hubungan dia dengan Shahila? Dan, kenapa dia ada disini?!!

                "Itu..kawan baik saya waktu sekolah dulu. Kejap ye, Zira! Oi, Zira! Sini kejap!!" sahabat baik, dipanggil. Azira datang, menghampiri. Wajahnya, serta merta berubah.

                "Zira, nilah kak Ieyda yang saya selalu cerita. Ingat tak?!"

                "Assalam, saya Azira." Tangan dihulur.

                "Maaflah, akak tak sempat nak basuh tangan jadi tak boleh salam. Shah, akak nak makan, lapar sangat ni." Huluran tangan tidak disambut. Ieyda terus berlalu, mengambil makanan. Shahila yang tercengang, hanya menurut perlahan. Hairan.

                Azira menurunkan tangannya. Walaupun dia terkejut dan mula mengetahui kenapa suaminya berperwatakan aneh, tatkala bersua muka dengan wanita ini. Dalam masa yang sama, dia malu, lalu beredar pergi. Tersentak hatinya, bila diperlakukan sedemikian rupa. Terasa maruahnya tercalar. Hina sangatkah dia jika bernikah dengan suami orang? Tiada bantahan dalam agama. Kenapa, budaya di sini terlalu prejudis. Dia bukannya berzina. Hubungan dia dengan suaminya atas syariat Islam.

                Salah diakah? Ini takdirnya, jika diturutkan hati. Dia juga tidak mahu mengambil suami sahabat baiknya. Dia juga tidak mahu~

........

"Akak...kenal dia ke?" aju Shahila. Pada mulanya dia tidak mahu menyoal, namun hatinya mendesak. Seperti ada sesuatu yang berlaku antara kak Ieyda dan Azira. Cara percakapan Kak Ieyda juga, tidak mesra. Seolah-olah mereka pernah berjumpa.

                "Mmm?? Tak. Tak pernah kenal dan memang tak nak kenal. Kenapa?" pinggan yang terisi ulam, dibawa bersama hingga dia menjumpai tempat yang sesuai untuk makan nasi kerabu kegemarannya.

                "Akak..." Shahila memuncungkan mulutnya. Geram dia dengan perangai kak Ieyda yang tidak serius bila ditanya.

                "Bagilah akak makan dulu, ini air pun tak ada. Al-tercekiklah jawabnya." Ieyda masih terus beralasan. Shahila yang baru perasan, tersenyum sumbing. Dia lekas bangkit mengambil minuman.

                "Sayang, biar abang bagi. Nak bagi dekat Ieydakan. Abang nak menyembang sikit dengan dia. Sayang pergilah ke dapur, kesian ibu dan mak buat kerja." Zaid menegur. Shahila yang memandang ke arah dapur, mula perasan. Air di dalam gelas. Diserahkan pada suaminya. Shahila lekas membantu kedua0dua ibunya. Tidak betah jika dia lagut menyembang sahaja.

                Ieyda mengeluh, berat.

                Air minuman dihulur. " Terima kasih, Shah...akak.." bicaranya terus terhenti. Huluran tangan ditarik semula. "Kenapa kau yang hantar? Mana Shila"

                "Saya nak cakap sikit."ujar Zaid berbisik. Aju pertanyaan Ieyda, tida dijawab. Dia kemudian bergerak ke suatu tempat yang terpencil. Jauh dari kawasan yang agak terbuka.

                Ieyda bengang. Wajahnya mencuka tiada senyuman.

Hatinya sakit. Salah apa isterinya, Azira? Kami hanya berpoligami, malah Shahila juga tidak dapat menghalangnya. Dia punya hak untuk bernikah lagi, malah dia juga mempunyai kuota lagi dua. Hubungan dia dan Azira, adalah hubungan suami isteri yang sah di sisi syarak. Hati siapa yang tak terguris, apabila ada orang yang buat isterinya. Azira itu isterinya.

Sedari tadi dia sudah memerhati gelagat Kak Ieyda, sejak pertama kali wanita itu melangkah masuk ke rumahnya. Bahkan, hatinya berdebar-debar, risau rahsianya didedahkan. Ulah wanita itu, ketika bersama Azira, yang memaparkan kejijikkan, membuatkan hatinya sedikit terluka apabila Azira diperlakukan sebegitu. Tiada hukum haram yang jatuh pada lelaki yang berpoligami. Hubungan dia dan Azira adalah sah!

......

Shahila mengeluh kecil. Badannya sengal-sengal, tatkala dirinya sibuk menguruskan dapur sehingga alpa apa yang terjadi di ruang tamu. Suasana kecoh di ruang tamu, menyentak tangkai hatinya. Lekas langkahnya di atur, ke ruang tamu.

                "Kenapa ni?" ajunya hairan. Mujur juga, sebahagian yang hadir sudah pulang. Hanya tinggal dua tiga buah keluarga. Suasana tegang dan kelam kabut.

                "Syila tak berhak nak halang aku, kalau aku nak bernikah lain. Yang kau nak sibuk, kenapa!" suara meningkah kedengaran kuat. Memecah keributan yang melanda. Zaid tidak puas hati, tatkala dipersoalkan haknya. Shahila terpana.

                "Ya, memang! Sekurang-kurangnya dia tahu, bukan kau sorok belakang dia. Kau lelaki jenis apa, hah! Pengecut!" Hangin Ieyda makin meluap-luap. Wajah Ieyda, memerah. Air matanya bergenang.

                "Suka hati akulah! Kalau aku nak ceraikan dia pun, dia tak boleh halang aku! Ini rumah tangga aku!" Zaid meningkah lagi. Oktaf suaranya seperti tidak terkawal.

                "Kalau macam tu..umum. kau mampu ke, pengecut?!" cabar Ieyda. Suaranya sudah bergetar.

                "Baik, aku akan umumkan." Tangan Azira diraih. "Azira Binti Mustafa, adalah isteri saya yang sah. Dia adalah isteri kedua saya. Puas! Kau dah puas!" Zaid menunjukkan lontaran katanya pada Ieyda. Shahila muncul, di sebalik manusia yang memerhati. Dihadapannya adalah suaminya dan Azira yang saling berpengang tangan, dilepaskan. Semua mata, kini terarah kepada Shahila. Senyap.

                Kehadiran Shahila yang tiba-tiba, membuatkan semua orang termasuk Zaid, Azira dan Ieyda diam tidak berkutik. Menanti reaksi Shahila, apakah tindakannya. Wajah Shahila basah degan air mata.

                "Mak Usu..." Hakimi yang turut ada, lantas menghampiri Mak Usunya. Dia menarik tangan ibu saudaranya beralih, menghadapnya. Telinga Mak Usunya, ditekup dengan kedua tangannya. "Kimi ada." Ujarnya lagi. Suara Hakimi bergetar.

                Shahila memejam matanya. Kosongkah hatinya? Kosongkah jiwanya. Adakah ini yang dia minta? Adakah in yang dia harapkan? Air matanya mengalir, membasahi pipi. Perlahan-lahan, matanya dibuka. Terpamer wajah anak saudaranya. Tangan anak saudaranya, dilurutkan ke bawah. Dia memerhati sekeliling. Wajah ibunya, menjadi perhatiannya. Ibunya menunduk menekur lantai sebelum menhilang di sebalik keramaian manusia. Kemudian wajah kakaknya menjadi sasaran. Air tangisnya tumpah.

                "Syila.." Azira menegur. Azira yang sentiasa tenggelam dengan rasa bersalah, cuba memanggil nama sahabatnya. Air matanya turut mencurah turun. Dia ingin memohon maaf. Hatinya berbisik kekesalan.

                "Jangan kau dekat dengan kawan baik aku!" lengking Ieyda. Amarah tak terkawal. Air matanya, lebat. Kasihan dan marah silih ganti.

                "Kau jangan masuk campur Ieyda!" Zaid memberi amaran. Hormatnya melayang.

                Shahila menangis lagi. Hatinya retak, ditindih-tindih rasa yang bersilih ganti. Luntur kekuatannya. Meskipun dia sudah tahu akan rahsia suaminya, malah dia yang menanti suaminya memberitahunya, tetapi..dia tetap jua menangis. Rasa hati yang tidak bisa ditahan. "Allah..." bibirnya bergema.

                "Shila."panggil suaminya. Wajah Zaid keruh. Bukan ini yang dia minta. Bukan dengan cara ini yang dia ingin memberitahu isterinya. Bukan.. Shahila tidak memandangnya. "Shila.." panggilnya lagi.

                "Sudahlah Pak Usu..Pergi bawa Cik Zira balik. Biar Kimi, jaga Mak Usu." Hakimi yang hanya mendiamkan diri, akhirnya bersuara. Lagaknya terlalu matang, roman mukanya serius. Zaid tercabar. Tiba-tiba cemburunya bertandang. Dia cuba mendekati, namun tindakan Syila yang memeluk anak saudarannya membuatkan Zaid terpempan. Terasa tangkai hatinya disentap.

                "Pergilah abang..pergi.." lirihnya dalam sendu.  Dia tidak memandang suaminya. Hatinya sudah berkecai sebelum ini, namun malam ini hatinya sudah tak tertanggung rasa pedihnya. Lebih baik ianya rahsia.

                Zaid akur jua.

.......

Sudah seminggu berlalu. Zaid hanya singgah sebentar di hadapan rumah Shahila, sebelum beredar. Rasa takut dan marah yang melanda hati, sukar untuk dia memberanikan diri. Dia terus memandu, ke kawasan bandar. Dalam tempoh seminggu juga, dia tidak menjenguk Azira. Hatinya kelu dalam membuat keputusan. Rasa marahnya juga, membuatkan dia menjadi keliru. Tindakan isterinya malam itu, membuatkan dia tidak tentu arah.

                BAM!!

Stereng kereta, di ketuk dengan kuat. Rasa sakit hati, mula menjalar di dalam hatinya. "Tak guna!" getusnya, marah.

                Handphonenya berdering, Zaid memandang kosong saat skrin telefon bimbitnya tertera nama Azira. Panggilan isterinya tidak disambut. Dia terus memandu. Hatinya mati untuk mengangkat panggilan isteri mudanya. Berkali-kali Azira membuat panggilan, namun tidak jua di angkat. Apakah dia, sudah mula tidak menyanyangi isteri barunya. Zaid mengeluh.

                Tiba-tiba satu pesanan masuk, Zaid mengerling sekilas. Dia terus memberi signal ke kiri. Menghentikan kereta di pesimpangan jalan. Pesanan ringkas dari Shahila menarik perhatiannya. Lekas-lekas pesanan itu dibuka. Pesanan dibaca.

'Saya ada di rumah Azira.'

                Zaid terus memberi signal sebelum membuat pusingan-U. Dia terus memecut laju, memandu ke ruamah Azira. Kerisauan menjalar.

                Azira tidak membalas renungan sahabatnya. Rumah itu, seakan-akan berada di dalam gua. Masing-masing membisu. Panggilan yang dibuat, tidak diangkat. Sejak kejadian malam itu. Suaminya semakin dingin. Ada kalanya, dia merasakan suaminya mulai menjauh. Adakah ini akibatnya, apabila berkasih dengan suami sahabat baiknya.

                "Bila kau mula sukakan abang?" Shahila membuka bicara. Lama ayat itu disusun sebelum dinyatakan. Sangka suaminya duduk di rumah madunya, namun tekaan itu meleset.

                "Sejak kau orang berdua, bernikah." Azira menjawab jujur.

                Berderau darah Shahila, tersirap. Nafas di tarik lalu dihembus, perlahan. Hakimi yang menemaninya kala ini, duduk jauh sedikit dari mereka. Dialah peneman Mak Usunya.

                "Kau.." nada suara Shahila mula bergetar. Shahila mengalihkan pandangan ke arah lain. Suasan kembali sepi. Selang beberapa minit, Zaid muncul. Mukanya berpeluh, dia agak terkejut dengan kehadiran Hakimi di dalam rumah itu sekali. Namun, tidak diendahkan. Perhatiannya lebih dituju pada isi rumah.

                "Zira tak apa-apa ke?" aju Zaid, kelam.

                Azira mengeleng. Shahila terasa. Namun, hatinya dikeraskan. Perasaan yang dibawa kini, sangat tawar. Masih perlukah dia untuk terasa.

                "Shila..kenapa datang sini?" aju Zaid. Perhatian mula dikalih, pada isteri pertamanya.

                "Saya nak awak ceritakan dari mula. Saya inginkan penjelasan." Balas Shahila. Ada getaran dalam bicaranya. Siapa kata hatinya tidak merintih. Siapa kata, jiwanya tidak bergelora. Hanya dia sahaja yang tahu, kerna ini adalah hatinya.

                Zaid menghela nafas. "Baiklah." Dia mengambil tempat disisi Shahila, namun Shahila pula yang bingkas berdiri. Dia bangun, mengambil tempat yang bertentangan dengan suaminya dan bertentangan  juga dengan madunya. Azira terasa. Zaid terkesan.

........

"Baiklah. Anggap saya faham semuanya. Lagipun, saya tahu perkara ni lagi sebelum dari malam itu. Saya tahu, Azira madu saya. Cuma, saya diamkan." Shahila bersuara sebaik sahaja suaminya dan Azira menjelaskan semuanya. Nada suaranya, dikawal baik.

                "Shila tahu?!" Zaid tersentak. Shahila mengangguk.

                "Saya minta, abang adil.." Suara Shahila serak. Perasaan sebak, mulai mencengkam hati. "Saya minta, abang izinkan saya sambung kembali pengajian di luar negara dan izinkan saya bekerja." Dalam nadanya yang lembut masih terselit ketegasan.

                Zaid bangun. Kenyatan isterinya ingin menyambung semula pengajian, melonjak rasa tidak puas hati. "Abang, tak izinkan. Bukan Shila dah janji dengan abang masa kita kawin dulu." Zaid mengungkit perjanjian dahulu. Azira membisu.

                "Iya, dan abang tak mungkin lupa perjanjian abang dengan saya. Abang dah langgar, perjanjian kita. Jadi, perjanjian saya dengan abang juga telah terbatal. Saya minta keadilan dari abang." Shahila bersuara, cuba bertenang tika menghadap suaminya. Dia sudah tahu, suaminya tidak gemar dia melanjutkan pelajaran dan bekerja.

                "Tapi..itu adalah janji sayang." Zaid tetap mempertahankan kata-katanya. Suaranya mengendur.

                "Jika itu alasannya, saya terpaksa minta abang lepaskan saya. Saya tidak rasa abang, adil" air matanya tumpah, diseka selekasnya.

                "Syila! Bergegar aras Allah!" Zaid agak terkesima dengan pemintaan isterinya. Dia cuba mengawal emosinya. Shahila tidak memandangnya, apatah lagi membalas pandangannya. Dia kembali duduk. Dadanya bergetar. Terasa air matanya, ingin tumpah. Lama dia membisu. Azira direnung. Isterinya itu masih tunduk menekur lantai. Kelihatan air matanya tumpah, membasahi wajah dalam diam."Syila tak sayang abang?" ulahnya, menyoal. Shahila dipandang.

                Shahila mengalihkan pandangan ke luar rumah.

                "Shila..tak sayang abang??" duganya lagi. Shahila tetap tidak menjawab soalannya. Namun, dari jauh, badan isterinya terhenjut-henjut menahan tangis.

                "Shila..." panggilnya lembut. Cuba memujuk.

                Hatinya tersentuh. Panggilan suaminya, membuatkan dia tak mampu menahan deraian hatinya. Tetapi, dia perlu kuat. Jika berterusan hidupnya bergini, penuh sandiwara. Dia akan mati, akhirnya. Dia perlu mencari dirinya. Bukan dia inginkan penceraian, dia cuma inginkan hidupnya. Dia ingin bernafas semula. Tiada cara yang lebih sesuai saat ini, selain menyambung semula pengajiannya. Dan..niat sebenarnya, dia perlukan masa untuk mencari ruang, bagi dia menerima sahabatnya adalah madunya.

                "Abang...izinkanlah saya." Tegasnya. Matanya masih basah dengan deraian air mata.

                "Jawab soalan abang." Pinta Zaid.

                Shahila menyeka kelopak matanya. Nafas dihirup, dalam. "Maafkan saya abang, bukan saya tidak mahu menjawab tetapi hati saya dah tawar." Shahila bangun dari duduknya. Tangan suaminya diraih, dikucup lembut. Kemudian, dia melangkah ke arah sahabatnya. Dipeluk tubuh sahabatnya, kejap. Tangisnya bergema.

                "Aku sayang kau, sahabat.." bisiknya perlahan. Azira menangis tersedu sedan. Dia juga sayang pada sahabatnya, kadang kala dia rasa kesal apabila suami sahabat baiknya, menjadi suaminya.

Saat dia beredar, suaminya menarik lengannya. Langkah Shahila terhenti. "Maafkan abang." Bicara Zaid. Utara Shahila tentang hatinya, menyebabkan dia dirundung rasa kesal. Dia turut merasa serba salah.  "Abang izinkan Shahila belajar dan kalau Shila nak kerja. Abang izinkan." Putusnya, kemudian. Dirangkul tubuh Shahila. Tubuh isterinya dipeluk lama.

 'Maafkan abang sayang..'

-TAMAT-

Você também pode gostar

CEO itu bukan bos aku.

Lyn asyik menikmati kopi Americano yang dibeli bagi menghilangkan ketagihan kafein yang sangat dicintainya, seawal pagi yang sangat sibuk hanya sekarang sempat mencari kesukaanya itu,sambil matanya liar memerhati manusia yang lalu lalang menjalani kehidupan masing-masing.Cemburu melihat pasangan yang bermanja dan bermesra,dia mengalih pandangan matanya melihat jam di pergelangan tangan ."Sudah jam 9 malam, ahh cepatnya masa berlalu, baru nak mencuci mata sebentar",fikir Lyn yang lelah mengadap hari-hari yang sama setiap hari.Sudahlah hidupnya serasa tiada kebebasan tiada kesempatan untuk berlibur dan hampir tiap masa walau hari cutinya,ketuanya,Tuan Arman Shah yang sangat-sangat cerewet dan sentiasa mencari salah sentiasa mengarahkan dia untuk melaksanakan tugasan mengikut rentak dan suka beliau.Memang la dia di bayar untuk setiap kerja lebih masa tapi.... 'Aku pun manusia juga yang nak memanjakan diri dan menghabiskan masa dengan keluarga dan teman, tiada masa untuk bersosial hanya kerja dan kerja..'. Dia baru berkhidmat tidak sampai tempoh sebulan untuk sang ketua. Sebelumnya dia berkhidmat dengan Puan Kasmah.Andaian diri bila berubah ketua hidupnya lebih aman kerana selalunya ketua perempuan yang lebih cerewet namun dia silap kerana ketua yang baru ini walau nampak sebaik malaikat, bak kata orang tua-tua pijak semut pun tak mati. Mampu kah Lyn untuk terus menjadi setiausaha kepada Tuan Arman Shah, CEO muda yang berkaliber dan gila bekerja?

NorST · Geral
4.4
35 Chs