webnovel

My life challenges

Autor: FoodHunter
Geral
Contínuo · 51.7K Modos de exibição
  • 9 Chs
    Conteúdo
  • Avaliações
  • NO.200+
    APOIO
Sinopse

Royce nama diberi oleh keluargaku. Dia seorang gadis kampung yang dibesarkan di keluarga yang sederhana dan penuh dengan kasih sayang, berdisiplin serta hormat orang tua. Dia membesar dengan 2 orang abangnya, disebabkan itu perwatakan dia kasar dan dia boleh buat kerja lelaki. Tapi jauh disudut hati dia sebenarnya lembut. Walaupun penampilan dia seperti tomboyish dia masih lagi seorang gadis. Mama dan papa Royce terlalu sayangkan anak bongsu daripada 13 org adik beradik. Ramainya adik beradik itulah soalan biasa dia dengar dari mulut kawan-kawannya tapi dia dah biasa dengan soalan tu. Dia dari kecil dah diajar berdikari tapi dia tak boleh berjauhan dengan mamanya. Di waktu usia dia 11 tahun, dia bercuti ke tempat kakcik dia. Tak sampai sehari dia dah menangis nak balik rindu mama katanya. So kakcik aku takde pilihan lain malam tu juga dia bawak aku balik ruma mama. Tapi itu semua cuma sementara, dia latih dirinya supaya boleh bedikari bila jauh dengan mama kesayangannya dan dia berjaya melatih dirinya. Pada usia awal 20an dia keluar bekerja diluar negeri sebatang kara. Kakak-kakak dan abang-abangnya ada di merata negeri tapi negeri yang dia pilih takde sesiapa. Nasib tempat dia kerja sebagai volunteer sediakan segala kemudahan untuk dia. Jadi bermulalah kisah hidup dia sebagai perantau di negeri org. Cukup setahun dia bekerja sebagai volunteer, dia ambil keputusan untuk keluar dan mencuba bidang baru. Dia berhenti kerja dan tinggal dengan keluarga angkatnya merangkap keluarga teman lelaki yang dia. Oliver ialah lelaki yang sangat bermakna dalam hidup Royce. Susah senang mereka lalui bersama tetapi malangnya jodoh tak panjang, mereka berpisah juga akhirnya. Royce tak boleh terima dan tak percaya perpisahan mereka. Tiap malam Royce menangis dan tertanya tanya kenapa perpisahan itu terjadi bila dia sangat menyayangi dan mengasihi Oliver sepenuh hati.

Tags
1 tags
Chapter 1Anak manja

Royce nama diberi oleh keluarga tersayangku. Aku dilahirkan dalam keluarga yang sederhana tapi penuh dengan kasih sayang. Aku anak bongsu daripada 13 orang adik beradik. Aku ada 7 abg 5 kakak. Aku ada sorang kakak dan abang lagi tapi mereka meninggal dunia sebelum aku dilahirkan. Aku langsung tak pernah tengok rupa kakak aku yang dah meninggal tapi abang aku dia ada gambar jadi aku tahu rupa dia. Aku bahagia walaupun hidup tak sekaya raya kawan-kawan aku tapi aku kaya dengan kasih sayang keluarga. Sikap dan watak aku boleh dikategorikan seperti lelaki @ tomboy sebab aku membesar dengan abang. Mama dan papa aku besarkan kami penuh dengan kasih sayang yang orang lain takkan dapat diluar sana. Aku membesar dengan abang Ke-6&7 aku dimana mereka selalu jaga dan berikan apa apa sahaja yang aku nak. Diawal usia ku 9 tahun mama dan papa ajar aku berdikari dimana mereka ajar buat kerja rumah seperti basuh pinggan, masak nasi, basuh baju sekolah sendiri dan mengemas rumah. Tapi malangnya diusia ku 10 tahun, aku diserang gastrik yang sangat teruk sampai tak boleh berjalan, muntah-muntah dan sakit perut yang tak boleh diungkapkan. Mama panik dan bawa aku ke hospital, berkelah lah kita di hospital 2 malam. Mama dan papa bergilir gilir jaga aku masa tu. Abang aku sibuk belajar jadi mereka hanya datang melawat saja. Selepas keluar hospital jadual makan aku dikawal ketat oleh mama tersayang. Bermulalah rutin aku setiap pagi bersarapan susu kosong tanpa gula. Sebab aku tak suka makan manis tapi bila aku makan manis aku non stop makan macam makan untuk bekalan setahun dalam masa sehari. Selepas keluar hospital aku pergi sekolah seperti biasa. Aku ada kawan baik kami membesar sama sama namanya Marie. Kami tak boleh dipisahkan ibarat kami ni adik beradik kandung. Jadi, kami membesar bersama sehingga sekarang dah dewasa dan masing masing ada kehidupan sendiri. Hasil dari hidup berdikari semasa kecil membawa aku ke negeri orang dan hidup sendiri. Diwaktu usia ku menjangkau 19 tahun aku berhijrah ke Perak. Aku bekerja sebagai volunteerism disebuah pusat yang diasaskan oleh komuniti kristian. Centre ni ditubuhkan oleh orang kristian tetapi para penghuninya bukan hanya mereka yang beragama kristian tapi mereka yang beragama Islam, Buddha, dan Hindu. Disini aku belajar berkominikasi dengan orang ramai. Aku jaga dan ajar mereka untuk teruskan hidup dan jangan mudah putus asa. Centre ni boleh dikategorikan rumah untuk orang yang bermasalah. Aku tiap hari habiskan masa bersama dengan mereka semua. Masalah dan luahan hati mereka menjadi pengalaman dan pelajaran bagi aku. Disini aku belajar mengenal orang, belajar sikap manusia dan duniawi. Ini pengalaman yang sangat berharga buatku. Selepas setahun aku menjadi volunteer aku keluar dari bidang ini dan belajar bidang lain dimana aku mula bekerja dengan orang ramai. Dulu aku mendengar dan memberi harapan dan dorongan pada orang tapi sekarang aku mula dengan hidup aku tanpa orang tua ku disisiku. Aku mulakan hidup aku dari bawah bersama dengan kawan sekerja aku masa kat centre aku kerja dulu. Dia ajar aku banyak bende. Dia lah kawan dia lah keluarga ku diperantauan. Dia jaga aku macam mana mama dan papa aku jaga aku dulu. Aku sangat menyayangi dan mengasihi dia. Dimana dia lebih matang dan banyak pengalaman hidup yang aku jadikan sebagai teladan.

Dia tidak pernah putus asa mengajar aku untuk menjadi seorang yang lebih tegas, berani, tabah dan kuat dari segi fizikal dan mental. Walaupun beza umur mereka 7 tahun tapi itu bukan jadi penghalang mereka untuk terus memberi cinta dan kasih sayang sesama sendiri. Dia menjaga aku lebih dari abang-abang aku. Dia berjanji tidak akan sakiti hati dan perasaan orang yang dia sayang. Dia menerima aku seadanya dan menyayangi aku ikhlas dari hati dia. Dia selalu ingatkan aku pasal sikap manusia di sekeliling aku. Ajar aku macam mana nak lindungi diri sendiri dan jangan pernah takut berdepan dengan orang ramai. Ajar aku macam mana nak jadi lebih peramah lagi. Setiap malam sebelum tidur mereka akan meluangkan masa untuk bersembang dan setiap topik ada pengajaran yang Oliver akan kaitkan supaya aku faham. Oliver berharap dia dapat membimbing dan dia mahu tengok Royce dapat mengingati setiap kata-katanya dan tak akan melupakan dia seumur hidupnya. Dia mahu tengok perkembangan diri dan macam mana hidup Royce suatu hari nanti sekiranya mereka tidak lagi bersama. Dia berharap Royce tidak akan melupakan dia selamanya kerana cinta dan kasih sayang dia pada Royce ikhlas dari hatinya. Oliver dan keluarganya terlalu manjakan Royce, mereka menganggap Royce sebahagian dari keluarga mereka.

Oliver sudah banyak pengalaman hidup dan dia pernah jatuh dengan teruk sekali tapi dia bangun semula dengan dorongan dan nasihat dari keluarga dan kawan-kawannya. Sebelum ini dia telah menutup pintu hatinya untuk bercinta sekali lagi tapi dia tidak dapat menghalang dan menyembunyikan perasaan sayang dan ambil berat dia pada Royce. Selama 5 tahun dia bergelar bujang, dia merendahkan diri dia dan belajar mengubah sikapnya yang dulu ego dan berdendam dengan orang yang menjatuhkan dia semasa dia ada segalanya, kemewahan hidup yang dia jalani sebelum ini dengan kekasih lama dia. Dia takut untuk bercinta lagi disebabkan dia pernah kecewa dengan teruk sekali sebelum ini. Sebelum dia jumpa Royce dia tidak tinggal bersama dengan keluarganya. Dia tinggal berasingan dengan keluarganya di bandar Ipoh bersama dengan kekasih dia tapi malang sekali dia dikecewakan dan buat keputusan untuk melepaskan segalanya dan balik ke pangkuan keluarganya. Semasa dia jatuh dengan teruk keluarganya tidak pernah tinggalkan dia dan mereka sentiasa menyokong dan menjaga dia dengan baik. Selepas setahun dia tinggal dengan keluarganya dia buat keputusan untuk mencari dirinya yang sebenar dan mengubah sikapnya sebelum terlambat. Selama 3 tahun dia mencari ketenangan serta menganut agama kristian dia banyak membantu orang-orang susah dan yakin dengan keputusan yang dibuatnya, sudah tiba masanya dia balik ke pangkuan keluarganya dan menjalani hidupnya dengan Oliver yang baru. Dia dah berubah tidak seperti dirinya yang sebelum ini. Oliver yang baru telah dilahirkan semula dengan sikap yang baru dan hati yang lebih berperikemanusiaan dari sebelum ini.

Selepas dia balik ke pangkuan keluarganya dia mendapat tawaran sebagai sukarelawan di sebuah pusat yang diketuai oleh nun@sister. Nun@sister ialah mereka yang tidak berkahwin dan melayani Tuhan kepercayaan mereka sebagai seorang kristian(RC) seumur hidup. Dia menerima tawaran dan sambil itu dia boleh belajar lebih banyak lagi. Dia meminta kebenaran dari orang tuanya untuk meninggalkan mereka sekali lagi dan berjanji setiap minggu dia akan balik melawat mereka. Dari bandar Ipoh ke rumahnya tidak lah mengambil masa yang lama untuk sampai, 45 minit boleh sampai ke rumahnya. Berat hati mama dan papanya untuk melepaskan dia tetapi mereka tidak dapat mengalang anak mereka untuk hidup seperti biasa sekali lagi. Mereka menerima anaknya seadanya walaupun sekarang mereka berlainan agama tetapi Oliver tetap anaknya selamanya. Oliver ada masa 3 hari lagi sebelum dia berangkat ke tempat kerja pertama dia selepas 5 tahun tidak bercampur dan terdedah dengan environment luar yang terlalu mencabar. Selama 3 hari itulah dia meluangkan masa bersama mama dan papanya. Papanya membeli sebuah kereta untuk memudahkan Oliver balik setiap hujung minggu seperti yang dia janjikan pada mereka. Oliver yang baru dia seorang yang murah hati, baik hati, menerima pendapat orang dan sentisa merendah diri. Dia berubah 360 darjah dari Oliver yang sebelumnya.

Semua barang keperluan yang perlu dibawanya ke tempat baru sudah selesai dikemas. Dia turun ke tingkat bawah meluangkan masa bersama mama dan papanya. Esok dia akan bertolak awal pagi kerana dia diminta melaporkan diri pada jam 9am. Dia kena keluar awal untuk mengelakkan daripada sesak jalan ke bandar Ipoh. Setibanya dia ke pusat tersebut, kedatangannya disambut dengan meriah sekali. Dia diberi rumah sewa bersebelahan dengan pusat tpt dia bekerja dan mudah untuk dia memantau keselamatan mereka. Peranan Oliver terlalu penting dan tanggungjawabnya begitu besar untuk menjaga keselamatan bukan sahaja pada penguni pusat tapi keselamatan orang atasan dia sekali perlu dipantau. Dia jadi volunteers, gardener, dan semua kerja berat ialah tanggungjawab dia. Dia menikmati hari-harinya dengan gembira dan dia menganggap mereka semua seperti adiknya. Setiap pagi dia pergi ke pasar beli barang-barang dapur dan jika pelajar-pelajarnya mintak tolong belikan barang dia akan bantu mereka tanpa menharaokan balasan.

Tiga bukan berlalu, ketuanya memaklumkan padanya bahawa hari ini ada volunteer baru akan masuk. Oliver diminta menjemput staff baru itu di stesen bas gopeng, tidak jauh dari pusat tempat kerjanya. Dia tidak menyangka staff baru itu ialah seorang gadis muda. Dia langsung tidak tahu latar belakang staff baru dia hanya melaksanakan tanggungjawab yang diberi padanya. Tibanya dia di stesen bas dia mendail nombor yang ketuanya bagi sebelum keluar tadi. Matanya meliar ke arah bas-bas yang baru sampai sambil menunggu jawaban dari panggilannya. Tiba-tiba matanya berhenti melihat seorang budak remaja huru hara mencari bunyi hp nya. Dia lupa dimana dia letak hpnya sendiri. Sambil tergelak dia memerhatikan budak remaja itu. Dia tidak menyangka budak yang dia gelakkan tadi ialah orang yang dia tunggu. Dia membuka bonet kereta dan meletakkan semua barang-barang remaja itu. Dalam perjalanan mereka langsung tak berbual. Masing-masing malu dan tak berani bersuara. Oliver pulak berfikir budak remaja sebelahnya mesti sebaya dengan pelajar-pelajarnya di pusat itu. Tiba-tiba hp Oliver berdering mintak dijawab. Dia tengok screen hp, mamanya menghubungi di. Dia langsung menjawab panggilan itu dan bersembang selama 15 minit dengan mamanya. Sepanjang perbualan dia dengan mamanya, penumpang sebelahnya mendengar dengan telilit, dia ialah Royce. Royce mendengar dengan teliti loghat Oliver. Dia faham apa yang Oliver cakap tapi dia tak reti nak menyebut dan bercakap loghatnya. Oliver bertutur mandarin sembang dengan mamanya. Dia juga memberitahu mamanya dia dimana dan buat apa kesana. Inilah pertama kali selepas 5 tahun Oliver bercakap pasal perempuan. Oliver suka melihat Royce dengan penampailannya sederhana. Royce ada sesuatu yang menarik dalam dirinya sampai Oliver boleh menjadikan dia topik perbualan antara dia dengan mamanya. Mamanya terdiam sambil berfikir dan yakin anak manjanya sudah berubah dan boleh terima hidup barunya sekarang.

Oliver memutuskan panggilan mamanya dan mematikan enjin keretanya. Dia membawa Royce ke office untuk lapor diri. Selepas dia menghantar Royce ke office dia memanggil ketuanya dan bagitahu staff baru ada di office menunggunya. Ketuanya ialah Helena. Selepas itu dia diarahkan membawa barang-barang Royce ke rumah sewa khas untuk para volunteers. Di rumah itu hanya mereka berdua penghuninya. Jadi Oliver memutuskan bilik Royce di tingkat bawah dan Oliver tingkat atas. Tingkat atas ada 3 bilik 1 bilik mandi dan tingkat bawah ada 2 bilik 1 bilik mandi. Rumah itu sangat bersih dan besar. Oliver bersyukur sebab dia dapat house mate akhirnya, tak de lah dia bosan setiap hari. Sekurang-kurangnya dia lega bila ada orang tinggal di tingkat bawah. Helena memanggil semua staff untuk sesi suai kenal dengan staff baru iaitu Royce. Helena menyuruh Royce untuk memperkenalkan dirinya kepada kawan-kawan sekerjanya. Hai semua, saya Royce berasal dari Sabah, umur 19 tahun. Sila beri tunjuk ajar pada saya dan betulkan saya kalau ada kesilapan, itulah kata-kata yang keluar dari mulut Royce. Oliver mendengar dengan tekun dan dia sangat kagum dengan Royce. Royce masih muda dan sangat berani serta seorang yang berdikari. Dia mengikuti setiap perkembangan Royce. Dia sangat menyukai karekter gadis serumahnya itu. Sebulan mereka tinggal sebumbung baru mereka menjadi rapat. Dalam masa mereka tinggal sebumbung mereka menjadi rapat dan kenal hati budi masing-masing. Setiap pagi mereka bersarapan bersama dan malam mereka bergilir-gilir memasak untuk makan malam. Setiap hujung minggu Royce akan rasa kesunyian tanpa Oliver dirumah sebab mereka selalu menghabiskan masa bersama setiap hari selepas makan malam sambil bersembang pengalaman hidup masing-masing. Mereka sebenarnya sudah jatuh hati dan menyayangi sesama sendiri tetapi mereka tidak berani berterus terang tentang perasaan mereka. Oliver menyayangi Royce selepas 3 bulan mereka jadi housemate. Oliver hari pertama melihat Royce sebenarnya dia sudah menyukainya tapi dia tidak yakin dengan perasaan sendiri sampai dia memutuskan untuk memendam perasaannya. Jadinya, setiap hujung minggu Oliver akan mengajak Royce ikut dia balik rumah mamanya. Dan sebenarnya Oliver setiap kali balik rumah mamanya dia akan bercerita tentang Royce. Mamanya teringin sangat berkenalan dengan perempuan yang berjaya membuka pintu hati Oliver untuk bercinta lagi. Hari-hari Royce sentiasa gembira dan dia sangat berterima kasih pada Oliver dan keluarganya kerana menerima dia dalam keluarga mereka. Bukan senang untuk menerima seseorang yang berlainan bangsa dan loghat apalagi agama mereka tidak sama. Tapi mereka sungguh baik menerima Royce seadanya. Mereka lah tempat Royce mencurahkan kasih sayang selain keluarganya di kampung.

Sudah setahun mereka tinggal sebumbung dan akhirnya Oliver membuat keputusan untuk berhenti kerja. Royce tidak bersetuju dengan keputusan Oliver tetapi dia tidak berhak untuk menghalangnya. Jadi dia hanya mampu bersetuju dengan keputusan itu. Walaupun mereka bukan house mate lagi tetapi mereka sentiasa berhubung. Lagipun setiap minggu mereka akan berjumpa dan pergi gereja bersama-sama. Setiap malam selepas makan malam Royce akan menghubungi atau whatsapp Oliver. Begitu jugak Oliver. Mereka tidak pernah menyatakan cinta mereka tetapi mereka tahu perasaan masing-masing. Mereka saling menyayangi dan mencintai sesama sendiri. Cara mereka meluahkan rasa cinta sangat berbeza dengan orang lain. Mereka takut nanti bila mereka menyuarakan perasaan masing-masing, hubungan mereka akan berubah. Jadi mereka mengambil keputusan untuk tidak berterus terang tetapi cara mereka menyampaikan rasa dan perasaan mereka menunjukkan yang mereka ialah pasangan kekasih. Masing-masing senang dan yakin sesama sendiri yang membuatkan mereka terus bersama. sebenarnya Oliver seorang yang sangat setia orangnya. Berbeza dengan Royce, dia ramai peminat semasa dia sekolah menengah. Royce pernah bercinta dan dikecewakan di usianya yang masih mentah. Di umurnya 15 tahun dia menyintai lelaki sekampung dengannya. Dia menyayangi bekas teman lelaki nya tetapi dia dikecewakan hingga dia buat keputusan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur sebab itu kenapa dia berada di pusat tempat dia bekerja sekarang. Di masa dia dapat tahu teman lelakinya ramai kekasih dia berubah sekelip mata. Dia jadi sosial mempermainkan perasaan lelaki yang ada kaitan dengan teman lelakinya. Sepupu dan adik teman lelakinya dia keluar dating. Sampai dia dapat tahu teman lelaki dia bertunang dengan jiran rumahnya. Masa hari pertunangan teman lelakinya mata kiri Royce sakit dan dia tidak boleh pergi ke majlis itu sebab matanya akan berjangkit kepada orang lain. Esoknya mata kedua belah matanya merah dan sakit sekali demam. Itulah pengakhiran hubungan dia dengan bekas teman lelakinya. Dan sekarang dia ada di Perak merantau dan jatuh cinta sekali lagi. Sudah sebulan Royce berhenti kerja sebagai volunteer. Dia berpindah ke rumah keluarga Oliver di Batu Gajah,Perak.

Lamunan Royce terhenti bila dia terdengar mama memanggil namanya. Dia terkenang kisah lalu dan bagaimana dia dan Oliver berkenalan sampai ke tahap serius hari ini. Mama masuk dalam biliknya dan bertanya kalau dia ada masa lapang hujung minggu nanti. Mama mahu buat kejutan buatnya. Mama mahu bawa dia pergi shopping. Beli baju baru sambil mencari baju untuk majlis tunang mereka nanti. Royce cuma mengikut saja kehendak mamanya. Sebelum tidur dia menghubungi mama dan papanya di kampung, bertanya khabar dan merancang untuk membawa mereka datang ke Ipoh krismas tahun ini. Dia saja bertanya pada mama dan papanya kalau mereka mahu menaiki pesawat dari Sabah ke Kuala Lumpur hujung tahun ini untuk menyambut krismas bersama-sama di Perak. Tetapi mama menolak ajakan Royce sebab mama takut naik kapal terbang katanya. Jadinya Royce tidak memaksa mereka datang, dia akan pulang ke Sabah dan balik ke Kuala Lumpur sama-sama supaya mama dan papa tidak takut. Selesai bersembang dengan mama papa di kampung dia turun ke tingkat bawah minum air. Dia terlalu dahaga selepas lama bersembang dengan mamanya. Papa dan Oliver masih dibawah bersembang pasal kerja papanya. Papa ingin pendapat dari orang bagaimana cara nak uruskan pekerja asing. Dengan pengalaman yang Oliver ada, dia mengajar papa cara-cara uruskan pekerja asing. Royce tidak dapat menahan matanya dari mengantuk jadi dia meminta kebenaran untuk naik ke atas untuk tidur lagipun sudah lewat malam, esok pagi mereka kena keluar awal untuk mengelakkan kesesakan jalan nanti. Selesai bersembang dengan papanya Oliver whatsapp Royce ucap selamat malam. Hari lahir Oliver semakin hampir, dia terfikir apa yang akan Royce hadiahkan padanya nanti. Sementara itu di bilik sebelah pula, Royce tengah imbas kembali dan memikirkan semua sikap Oliver sepanjang perkenalan mereka. Dia sangat gembira dan bersyukur kerana diberi peluang untuk bercinta dan dicintai lelaki seperti olive.

Você também pode gostar