webnovel

Bab 7

"Saya nak bagi tahu yang saya dah bagi tahu abang awak pasal pernikahan kita tu"

"ooo....cakaplah awal-awal.Takdelah saya kalut semacam je"

Kali ni Tengku Rayyan tersenyum.

"Macam mana saya nak bagi tahu.Awak tak bagi saya cakap"

Okey.Aku mengaku kesalahan diri.Aku tersengih. Rasa bersalah pula kerana aku letak kan kesalah dekat Tengku Rayyan.

"Dia terima ke pernikahan ni?Bukan ke terlalu terburu-buru?"

Seboleh mungkin aku nak elak perkahwinan ini.Ni sajalah cara yang paling halus aku boleh gunakan.Perkahwinan ini pun bukannya perkahwinan paksa bagi aku.Aku terima dengan redha.Sekurang-kurangnya aku kahwin dengan orang yang aku kenal hati budi.Cuma,perkahwinan ini terlalu cepat.

"Dia terima saje.Dia kata,sekarang ni dah ade orang yang boleh kata adik kesayangannya 24 jam.Tak adelah dia risau sangat.Lagipun Riz kan sekarang ni dah lebar kan lagi sayapnya dekat Dubai tu.Jadi dia busylah sekarang ni.Dah tak boleh Nak selalu tengok adiknya yang seorang ini"

Tersentuh hati aku.Walaupun Harriz bukannya abang kandung aku,tapi dia dah anggap aku macam adiknya sendiri.Die selalu tanya khabar dan,paling kurang pun sebulan sekali mesti dia kena balik sini untuk tengok aku.

"Kalau abang saya pun terima,saya kena terima jugalah kan"

"Mesti lah awak kena terima.Siapa lagi nak terima awak yang manja ni selain saya saje"

Aku mencebik.Mula dah dengan perangai berlagaknya.

"Amboi....karang saya batalkan perkahwinan ni baru tau.Macamlah takde orang yang nak dekat saya"

"Saya gurau jelah....Yelah....Bakal Isteri saya kan orang yang ramai peminat.Siapalah kita ni kan..."

"Eeeeee....buruknya kalau Tengku Rayyan merajuk.Dahlah.Saya nak pergi naik atas dulu"

Aku terus saje mendaki tangga menuju ke tingkat atas tanpa menghiraukan Tengku Rayyan.

Tengku Rayyan tercengang.

"Aku merajuk ni dia buat tak tau je?Buat penat je aku merajuk.Ingatkan dia naklah pujuk aku.Tapi tak.Hai....bakal bini sapelah ni"

******************

Semakin dekat dengan tarikh perkahwinan, semakin jarang pula Tengku Rayyan lekat dekat rumah.Aku pun tak tau die pergi mana.Maybe jumpa Kawan lama kot sebelum dia tamatkan zaman bujangnya.

"Wafa.....jom"

Wafa kerut dahi.Ketika itu aku baru sahaja keluar dari bilik dan menuju ke ruang rehat yang berada di tingkat 2 yang sama aras bilik dengan aku,Wafa dan Haikal.Bilik Tengku Rayyan pula berada di tingkat 3,tingkat paling atas dengan paklong dan maklong serta Tengku Zati.Ketika itu Wafa pula sedang menonton television. Haikal pula kena paksa dengan Maklong supaya mengikuti Maklong ke pasar tadi.Aku nak ikut tetapi Maklong tak bagi pula.Wafa disuruhnya temankan aku.

"Pergi mana?"

Dia bertanya tanpa palingkan muka hadap aku pun.Takpe.Aku tau macam mana nak buat dia pandang aku.

"Akak ade jumpa satu kedai baru yang jual barang Kpop ni.Kedai ni baru je bukak tau.Akak jumpa kedai ni 2 hari lepas.Jomlah"

Wafa terus sahaja berpaling memandang aku dengan mata yang bersinar.Dah agak dah.Kami memang berkongsi minat yang sama.Kami juga meminat group Kpop yang sama.

"Kedai tu ade jual barang BTS tak?Barang BT21 ade juga tak?"

"Banyak tanya pula makcik ni.Akak mana tau.Akak just bagi tahu ade kedai baru je.Akak tak masuk lagi pun.Cepatlah....nak ikut tak ni?"

"Ooo....Akak tunggu kejaplah.Wafa nak tukar baju"

Belum sempat Wafa bergerak aku dah halang.

"Tak payah.Pakai je baju ni.Bukan buruk pun.Cantiklah ni"

Sempat lagi aku tilik baju Wafa sebelum dia bangun tadi.Dia hanya memakai seluar jean dan blouse.Dia ni suka main pakai je baju ape-ape pun dekat rumah.Walaupun baju tu untuk keluar.Tengok jelah macam sekarang ni.Aku pula hanya memakai seluar sukan dan T-shirt je.Lagi sempoi.Tudung pula aku pakai tudung hitam sarung.

"Yelah....Wafa nak ambil tudung Kejap.Akak tunggu tau"

Cepat-cepat dia berlalu menuju ke biliknya yang terletak di sebelah bilikku.Aku pula menuruni tangga menuju ke keretaku sambil melambung-lambungkan kunci kereta yang memang sejak tadi ada di tangan ku.Aku hanya bawa handphone dan beg duit yang kecil.Cukuplah dalam 2 keping 50 ringgit dan kad-kad penting je.

Aku menekan alam kereta.Belum sempat aku masuk,ada suara yang menegur.Terhenti sekejap perlakuanku.Aku menoleh ke arah punca suara tadi.

"Akak nak pergi mana?Amboi....mentang-mentanglah Maklong yang ajak Kai pergi pasar dia pula yang senang-lenang nak keluar"

Macam ade orang merajuk je.

"Akak nak pergi shopping mall.Lah....dah Maklong yang ajak Kai,takkan akak nak paksa Maklong bagi akak ikut pula"

Haikal dah menarik muka.

"Nak ikut tak?"

Aku lambung-lambungkan kunci kereta lagi.

"Nak...nak"

Emm...dah agak dah.Aku baling kunci kereta ke arah Haikal.Tindakan spontan Haikala,cepat-cepat menyambutnya.

"Kai drive.Hari ni akak jadi co-pilot je"

Aku dah berlalu menuju ke sebelah tempat duduk pemandu.Aku masuk dan duduk di kerusi sebelah pemandu.Haikal pula tanpa banyak bunyi masuk dan terus menghidupkan enjin.Wafa ni pakai tudung ke buat tudung.Lamanya.

"Ha...kamu dua orang ni nak pergi mana?"

Soal Tengku Zati yang ketika itu sedang menuju ke arah kereta nya.

"Kami nak pergi shopping mall.Beli barang Kpop.Ade kedai Kpop yang baru bukak ni"

Jawab aku dengan teruja.

"Lah.....akak nak pergi mall sebab Nak beli barang Kpop ke?Ingatkan nak pergi beli baju"

"Kai fikir akak rajin ke nak pergi mall semata-mata nak beli baju?Baik beli baju dekat pasar malam je.Murah.Tak adelah sempit duit akak nanti"

"Eleh....habis tu beli barang ni tak sempit duit ke?"

Baru sahaja aku nak balas,ada suara yang menegur

"Dah....dah....kamu berdua ni....asyik nak bergaduh je.Sya,kamu nak pergi mall mana?"

"Emmm....dekat JJ"

"Kalau macam tu,lepas dah habis pergi Mid Valley pula nanti tau"

"Kenapa?"

"Datang jelah.Mummy pergi dulu ye"

Kereta Tengku Zati keluar dari perkarangan rumah dan terus menuju ke destinasinya.

"Akak,jom"

Kami serentak berpaling menghadap Wafa yang ketika itu baru sahaja masuk ke dalam kereta.

"Akhirnya,keluar juga"

Haikal bersuara.

"Wafa pergi mana?Lambatnya"

Giliran aku pula yang bersuara

"Wafa tolong mama Kejap tadi"

Melihat Haikal yang nak berbahas sesuatu,aku potong.

"Dah...jangan bergaduh.Haikal,jalan"

Akhirnya.Bergerak juga kereta ini.Tak lama kemudian,kami sampai ke tempat yang dituju.Aku dan Wafa beli banyak barang dari BT21 dan BTS.Hampir sejam jugalah.Kalau tak kerana Haikal yang bising,kami takkan bergerak lagi.Membebel je dia sepanjang perjalanan kami menuju ke Mid Valley.

Próximo capítulo