webnovel

"Kenapa... Kenapa kanda beri dinda ini?" Tilly akhirnya melepaskan pelukan daripada anak patung itu dan memandang Roland.

"Dinda ingat apa yang terjadi semasa hari jadi ke-18 dinda?" Roland bertanya dengan suara perlahan.

Tilly mengecilkan mata. "Jadi itu angkara kanda?"

"Bukan, bukan. Timothy dan Garcia yang melakukannya." Roland menceritakan apa yang terjadi sekali lagi. "Tetapi kanda tetap rasa sedikit bertanggungjawab. Jika kanda beritahu ayahanda tentang rancangan mereka, ia tentu dapat dielakkan."

"Tetapi mereka juga tentu akan belasah kanda nanti. Dinda tak salahkan kanda kerana tidak memberitahu ayahanda."

"Kanda janji semua itu tidak akan berulang lagi."

"Dinda ingat kanda hanya berubah untuk menjadi lebih bijak sahaja." Selepas itu Tilly tidak menyambung kata-katanya untuk masa yang sangat lama. "Jadi apa lagi yang ada selain beruang pan... beruang panda ini?"

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com