webnovel

Hadiah Hari Jadi

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Roland dapat tahu daripada Anna yang hari jadi ke-20 Tilly bakal menjelang.

Dia tidak pernah terfikir tentang itu sehinggalah sekarang.

Bukan sebab dia pelupa, sebaliknya Cheng Yan menganggap memori Putera Roland yang asal seperti pangkalan data yang dia hanya rujuk sekiranya perlu sahaja. Memori-memori Putera Roland yang asal jarang mengandungi maklumat berguna seperti tentang politik atau kuasa sihir tetapi hanya penuh dengan kerenah menjengkelkan, idea-idea keji serta kejadian-kejadian memalukan jadi Cheng Yan jarang mengingat kembali memori Putera Roland yang asal.

Tambahan lagi, Putera Roland yang asal seolah-olah tidak pernah mempedulikan adik bongsunya langsung dan sebarang insiden dengan Tilly ditanam jauh-jauh dalam ingatannya, seolah-olah dia mahu melupakan Tilly terus.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com