webnovel

Pertemuan Tanpa Kata Putus

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Akhirnya Otto bertemu juga dengan Putera Roland dari Kerajaan Graycastle yang sekian lama diperkatakan orang selama ini.

Selepas mengesahkan dia benar-benar orang bangsawan dari Kerajaan Dawn, Carter membawa dia masuk istana. Di sana, orang-orang gaji istana memberi dia kelengkapan untuk mandi, baju bersih, serta makanan panas. Selepas itu, Carter meraba dia dari atas hingga bawah untuk memastikan dia tidak membawa senjata.

Otto tidak pernah disambut sebegini rupa dan selepas itu rasa seperti dicabul pula.

Putera Roland duduk dalam sebuah kamar menghadap arah utara di tingkat tiga istana itu. Jendela panjang dari siling hingga lantai adalah perkara utama yang disedari Otto sebaik sahaja pintu kamar putera itu dibuka. Pemandangan salji yang terang-benderang menguasai penglihatannya tetapi dia masih rasa panas walaupun tidak ada sebarang pendiang api yang memanaskan ruang itu.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com