13 Makan Tembikai Manis

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Ini kali pertama Ye Wan Wan masuk ke bilik tidur Si Ye Han.

Dia melangkah masuk dan terasa satu tekanan yang kuat.

Skim warna bilik itu sungguh suram. Matanya tertumpu pada satu set sistem pemain audio berkualiti tinggi yang sedang memainkan muzik lembut sebagai bunyi latar. Langsir telah ditarik, menutup bilik itu sepenuhnya.

Banyak alkohol di dalam bilik ini -- satu barisan arak keras tersusun rapi dalam kabinet alkohol.

Selain dari Si Ye Han, ada orang lain di dalam bilik itu.

Hipnotis Si Ye Han.

Dari keadaan ini, nampaknya Si Ye Han sedang bersedia untuk tidur.

Banyak betul persiapan hanya untuk tidur…

Melihat dia tidur dengan nyenyak malam semalam, adakah kerana dia tidak cukup tidur untuk 3 hari berturut-turut?

Apabila Ye Wan Wan masuk, hipnotis itu telah beredar.

Di bawah cahaya hangat di atas kepalanya, Si Ye Han menuju ke bar, duduk dan menuang segelas wain merah untuk dirinya, "Cakaplah."

Ye Wan Wan sudah bersedia menyusun skrip jadi tanpa melengahkan masa, dia terus ke tujuan utamanya, "Saya mahu bercakap tentang hubungan kita."

"Hubungan kita?" Lelaki itu menaikkan keningnya, berminat dengan topik itu.

Ye Wan Wan mengangguk dan berkata dengan serius, "Ya. Si Ye Han, apa pendapat awak tentang hubungan kita sekarang?"

Si Ye Han: "Awak milik saya."

Ye Wan Wan: "..."

Ye Wan Wan tidak boleh meneruskan perbualan yang baru sahaja bermula.

Seperti soalan yang ditanya Ye Wan Wan pada Si Ye Han sebelum ini, mengapa mesti dia dan Si Ye Han membalas: "Sebab ia mesti awak."

Dia tidak boleh terima jawapan itu.

Ye Wan Wan memaksa diri mengendahkan jawapan lelaki itu dan menyambung, "Si Ye Han, selama ini, saya tak faham kenapa awak suka pada saya. Dengan status awak, awak boleh dapat mana-mana gadis yang awak nak. Walaupun awak suka pada gadis gemuk atau pelik, ramai lagi gadis yang boleh memenuhi citarasa awak.

Tidak kisah apa punca sebenarnya, memandangkan kita tidak boleh mengubahnya pada saat ini, apa kata kita cuba ubah hubungan kita?

Awak selalu marah kerana saya selalu melarikan diri, tapi itu kerana tak ada siapa boleh tahan apabila dipantau, dikawal dan kebebasan mereka ditarik. Lebih kuat awak cuba kawal dan paksa saya, lebih kuat saya akan cuba lepaskan diri dari awak. Seperti kata pepatah, tembikai yang dicabut dari tangkainya tidak akan manis. Saya pasti awak tahu pepatah itu!"

Lelaki itu mendengar dengan senyap sehingga dia habis bercakap. Dia merehatkan kepala di tangan dengan malas sambil memutar wain di dalam gelas. Dia menjawab, "Siapa kata saya suka tembikai manis?"

Ye Wan Wan: "..."

Tidak mungkin boleh berbincang secara munasabah dengan lelaki ini!

Dia faham apa yang dimaksudkan oleh Si Ye Han. Selagi dia "harta" kepada lelaki itu, perkara lain tidak penting, termasuklah segala hajat dari "harta" dia.

Oleh kerana perbualan ini telah sampai ke tahap ini, tidak guna untuk menyambungnya semula.

Masa mula bergerak perlahan...

Tidak pasti berapa lama mereka telah diam, Ye Han Han tiba-tiba bangun dan menuju ke arah lelaki itu.

Si Ye Han mendiamkan diri dan masih mengekalkan wajah tanpa emosi sambil melihat dia menghampiri.

Akhirnya, Ye Wan Wan berdiri di hadapan lelaki itu. Dengan tiba-tiba dia mendorong ke depan dan bibir lembutnya mendarat pada bibir sejuk lelaki itu--

"Awak… Pasti?"

Suara lembut gadis itu melekat pada bibirnya. Ye Wan Wan bertanya dengan wajah tidak bersalah yang sungguh menggoda, "Awak pasti… Awak tak suka tembikai manis?"

avataravatar
Next chapter