12 Adakah Saya Buat Awak Kebulur?

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Rumput di bahagian timur terbakar, bukan? Apa kata kita bajak kawasan itu dan tanam beberapa kobis, memandangkan tanah di kawasan itu subur?"

Ko… Kobis?

Xu Yi kehilangan kata-kata dan riak wajah Si Ye Han sukar dibaca. Ye Wan Wan merendahkan suaranya dan berkata lembut, "Apa masalahnya?"

Si Ye Han mengetuk cawan putih porselin dengan jari dan memandang ke atas, "Adakah saya buat awak kebulur?"

Ye Wan Wan tersedak, "Um… Tak…"

Sejak dia kecil, dia tidak pernah kekurangan pakaian atau makanan. Di kediaman Si Ye Han, perkara ini juga tidak pernah berlaku. Tukang masak di taman Jin akan mencipta hidangan kreatif yang berbeza setiap hari hanya untuk memastikan dia makan. Jika dia makan kurang dari penanda aras yang Si Ye Han tetapkan, tukang masak itu akan dipecat.

Tapi dia juga tidak tahu apa masalah dengan dirinya -- dia ada satu tabiat mengumpul makanan seperti hamster. Lagi banyak makanan di sekelilingnya, lebih selamat dia rasa.

Di kehidupan sebelum ini, disebabkan pengawasan ketat Si Ye Han, dia berasa suram dan perlahan-lahan hilang selera makannya.

Peluang untuk dilahirkan semula sangat sukar untuk didapati, jadi selain dari menghias dirinya, dia mahu menikmati hidangan yang sedap. Jika tidak, peluang kedua ini akan membazir begitu sahaja.

Setelah sekian lama, Si Ye Han melihat kepada Xu Yi, "Buat perubahan seperti diarahkan."

Xu Yi menjawab dengan kecewa, "Ya…"

Dia terlalu kolot, memikirkan perempuan itu telah berubah.

Ye Wan Wan mahu menukar taman peribadi Jin yang berprestij ini kepada ladang sayuran, ini memang gila…

Ye Wan Wan melompat kegembiraan melihat Si Ye Han setuju. Dia menjerit dengan teruja, "Bagus! Kalau begini, kita akan ada makanan sedap bila musim luruh tiba!"

Bila musim luruh tiba…

Apabila Si Ye Han mendengar empat patah perkataan itu, riak wajahnya berubah, begitu juga dengan matanya.

Ye Wan Wan yang dulu hanya berfikir untuk melarikan diri daripada dia, sejak bila dia berfikir tentang masa depan?

Sehari suntuk, Ye Wan Wan berbincang dengan terperinci tanaman yang akan ditanam di setiap kawasan dengan Xu Yi dan memberikan tugasan kepada orang gaji.

Selepas senja menyingsing, taman Jin yang dimusnahkan oleh Ye Wan Wan sebelum ini kelihatan baru semula.

Kobis di timur, bunga matahari di barat, dinding telah dipenuhi dengan rak anggur, seluruh ladang yang mahal telah diganti dengan sayur-sayuran dan buah-buahan. Air di dalam kolam telah ditukar dan ikan kap yang cantik dan udang hidup kelihatan sedang berenang dengan gembira di dalamnya…

Setiap bunga dan pokok di taman Jin sebelum ini sangat jarang ditemui dan tidak ternilai harganya sehinggakan pekerja perlu berhati-hati apabila melangkah. Jika tidak, mereka dengan tidak sengaja boleh membunuh pokok berharga beratus-ratus dan beribu-ribu dolar. Sekarang, walaupun sudah menjadi ladang sayuran, sebarang kemalangan akan dipandang pelik.

Mungkin dia telah melakukan banyak aktiviti fizikal untuk hari ini, tapi selera makan Ye Wan Wan telah kembali semula. Dia makan dengan banyak semasa makan malam.

Selepas memenuhkan perut dan bertenaga semula, dia mengenang kembali apa yang terjadi hari ini.

Bukan sahaja isu dia mahu kembali ke sekolah, tetapi hubungan dan situasi antara dia dan Si Ye Han juga bermasalah.

Untuk melakukan perubahan, dia perlu bercakap dengan Si Ye Han.

Bilik Si Ye Han terletak di tingkat atas, bilik yang dia tidak pernah dekati sebelum ini.

"Dong dong dong--"

Ye Wan Wan berdiri dengan gugup di hadapan pintu, menarik nafas dalam dan mengetuk pintu.

*Squek* pintu dibuka dan sepasang mata dingin dan dalam menyapa Ye Wan Wan.

"Hei, saya ada sesuatu untuk berbincang dengan awak. Adakah sekarang masa sesuai?"

Lelaki itu seperti sudah mengjangka ketibaannya. Tanpa riak wajah yang terkejut, dia berpaling dan berjalan masuk kembali ke dalam biliknya, dalam diam menyatakan persetujuannya.

Ye Wan Wan dengan pantas mengikut langkahnya.

Saya perlu selesaikan perkara ini malam ini juga!

avataravatar
Next chapter