14 Tembikai Buruk

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Anak mata Si Ye Han membesar tatkala bibir lembut gadis itu menyentuh bibirnya.

Matanya menjadi lebih hitam dari biasa seperti mahu menyedut roh gadis itu.

Ciuman sukarela seperti itu tidak pernah terjadi sebelum ini.. ia terlalu manis sehingga jantungnya mula berdegup kencang…

"Itu sahaja?" Suara lelaki itu masih serak dengan riak bahaya jauh di satu sudut, jelas masih belum puas.

Ye Wan Wan batuk kecil, "Ini hanya pra tonton, saya tidak boleh beri lebih banyak kerana saya belum membesar menjadi tembikai manis!"

"Oh…" Lelaki itu ketawa kecil.

Ye Wan Wan berundur ke jarak yang lebih selamat dari pandangan membakar lelaki itu. Meneruskan perbualan tadi, dia menyambung, "Sebenarnya… Apa yang saya mahu hanyalah menjadi gadis biasa dan belajar untuk jatuh cinta…

Saya berjanji tidak akan melarikan diri lagi. Awak juga jangan paksa saya buat perkara yang saya tidak suka buat. Jangan berada dalam keadaan marah dan menakutkan sepanjang masa.

Gu Yue Ze itu -- sebelum ini, otak saya sarat dengan obsesi saya kepada lelaki itu, tapi sekarang saya faham.

Saya rasa dengan status tuan ke-9, selagi kita boleh bina semula hubungan yang normal, dalam masa yang sama saya pasti akan membesar menjadi tembikai yang manis!"

Ye Wan Wan bercakap sehingga tekaknya terasa kering. "Sebenarnya… Tembikai manis agak sedap, saya rasa awak patut cuba nanti. Bagaimana awak tahu jika awak suka atau tidak jika awak belum cuba, bukan?" Dia menunggu dengan cemas jawapan Si Ye Han.

Si Ye Han tersenyum nipis apabila "benih tembikai kecil" ini cuba bersungguh-sungguh menjual dirinya sendiri. Dia bertanya perlahan, "Apa jadi kalau ia buruk?"

Ye Wan Wan tersenyum nipis. Dia mengelap peluh dan berkata, "Ia tidak akan berlaku, ia tak akan berlaku! Saya akan bekerja keras dan membesar dengan berjaya! Saya pasti akan menjadi tembikai yang manis!"

Beberapa saat berlalu dengan senyap, dan baru sahaja Ye Wan Wan mahu berputus asa, akhirnya lelaki itu mengalah, "Baiklah."

Ye Wan Wan tergamam sebentar sebelum membalas persetujuan Si Ye Han. Mukanya dipenuhi kegembiraan, "Awak setuju? Jadi saya dibenarkan pergi ke sekolah? Boleh saya tinggal di asrama seperti pelajar lain? Bolehkah saya buat apa saja yang saya nak…?

Jadi… Saya akan mula kemas barang saya! Saya akan berpindah ke asrama sekolah mulai esok! Tapi saya akan pulang dan melawat taman sayuran bila-bila saya ada masa!"

Selepas selesai bercakap, dia terus melompat gembira dan beredar dengan cepat, takut Si Ye Han menukar fikirannya.

Melihat Ye Wan Wan beredar dengan begitu bersemangat, wajah Si Ye Han bertukar muram, seperti terus menyesal dengan keputusan yang dibuat.

Tapi apabila jarinya memegang kesan lembut bibir Ye Wan Wan di bibirnya, kemuraman wajahnya mula menghilang.

Wan Wan, ini kali terakhir saya percaya pada awak.

Dan ia juga peluang terakhir awak.

Jika awak mengkhianati saya…

Kembali ke bilik Ye Wan Wan:

Ye Wan Wan dengan cepat mengemas semua buku teks dan begnya.

Ia berhasil, rasa macam mimpi!

Kemudian, telefon bimbitnya berbunyi. Ia panggilan dari Shen Meng Qi.

Ye Wan Wan memandang skrin dengan marah dan menjawab panggilan, "Hello?"

Sebaik sahaja panggilan bersambung, suara resah Shen Meng Qi masuk menerusi telefonnya, "Wan Wan, saya banyak kali buat panggilan, kenapa awak tak jawab? Awak baik? Kenapa awak tak lari dengan Tuan Gu? Awak tahu betapa bersusah payah saya pujuk Tuan Gu?!"

"Saya tak boleh terangkan melalui telefon, kita cakap di sekolah esok!"

"Ap… Apa? Encik Si tidak hukum awak? Dia beri kebenaran untuk awak ke sekolah?" nada suara Shen Meng Qi berubah.

Selepas melihat Ye Wan Wan cuba kahwin lari dengan Gu Yue Ze, bagaimana Si Ye Han boleh lepaskan Ye Wan Wan dengan begitu mudah?

Atau… adakah Si Ye Han sudah mula benci pada Ye Wan Wan… Jadi Si Ye Han tidak mahu dia tinggal di taman Jin lagi?

Ye Wan Wan tidak mahu berfikir dengan dalam dan hanya menjawab, "Ya, saya akan berpindah semula ke asrama esok."

Shen Meng Qi bertanya cemas, "Adakah kerana Si Ye Han nampak awak dengan Gu Yue Ze bersama dan salah faham, jadi dia menghalau awak keluar?"

Ye Wan Wan mencebik dan mengambil masa untuk menjawab, "Bagaimana awak tahu Si Ye Han nampak saya dan Gu Yue Ze bersama? Dia tiada di rumah hari itu, bukankah awak tahu?"

"Saya… Saya hanya teka… Apapun, beritahu saya lebih lanjut bila awak datang ke sekolah semula!"

avataravatar
Next chapter