11 Adakah Saya Menakutkan Awak Semua?

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Suasana di dalam rumah perlahan-lahan menjadi dingin. Hubungan Ye Wan Wan dan Si Ye Han telah kembali seperti sebelum dia dilahirkan semula.

Ketakutan Ye Wan Wan kepada lelaki di hadapannya mula menjalar semula ke dalam tubuhnya.

Nasib baik, pada masa itu, sepasang tapak kaki memecahkan suasana itu.

Xu Yi membawa bersamanya sekumpulan tukang kebun, penjual bunga dan pembina ke dalam dewan makan dan berkata, "Tuan ke-9, kerja pembaikan di taman… um…"

Xu Yi melihat seorang gadis yang duduk di kiri Si Ye Han. Dia berhenti sejenak sementara pekerja di belakangnya memandang satu sama lain dengan muka hairan.

Dia bukan hanya terkejut dengan kecantikan gadis ini tetapi semua orang tahu Tuannya mempunyai kes OCD yang teruk dan berasa jijik dengan perempuan. Hanya ada seorang perempuan yang Tuannya boleh tahan dan itu sudah semestinya Ye Wan Wan.

Jadi siapakah gadis ini sebenarnya?

Ye Wan Wan melihat pada Xu Yi dan pekerja di belakangnya. Dia menggigit ladu udangnya dan berkata sambil memohon maaf, "Uh, saya lupa memakai solekan saya hari ini, adakah saya menakutkan awak semua?"

Ye… Ye Wan Wan!!!

Setelah mendengar suara yang biasa didengari itu, semua orang termasuk Xu Yi tercengang terkejut.

Penampilan makhluk itu memang hodoh tapi dia mempunyai suara yang merdu, seperti anak sungai yang jernih di Jiang Nan, jelas dan terang.

Namun suara yang cantik itu juga menyebabkan mereka mempunyai reaksi menjijikkan yang sama. Lagipun, semenjak ketibaan gadis ini di taman Jin, semua mereka yang berada di sana telah merana.

Gadis yang muncul di sisi Tuannya sekarang, cantik seperti bunga Lotus yang timbul dari bawah air itu ialah Ye Wan Wan?

Melihat reaksi semua orang, Ye Wan Wan berfikir dengan serius, "Sudah tentu penampilan saya lebih baik dari semalam bukan? Saya masih ingat awak semua paling terkejut bila saya warna rambut saya menjadi hijau! Mungkin saya patut berubah semula esok?"

Mereka bukan terkejut, mereka dengan jelas sedang ketakutan.

Xu Yi tersedar dari lamunan dan dengan laju menggeleng kepala, "Tak, tak, Cik, awak nampak sangat cantik begini!"

Dia tidak menyangka Ye Wan Wan akan kelihatan seperti ini tanpa solekan.

Jadi selama ini Cik Ye tiada masalah menyusun warna, tapi sebenarnya, ada masalah mental?

Mata Tuan pasti sungguh tajam. Bagaimana dia boleh lihat keadaan asal Ye Wan Wan menerusi solekannya yang tebal seperti dinding?

Jika Ye Wan Wan tahu apa yang difikirkan oleh Xu Yi, dia pasti akan menjawab yang Tuannya bukan melihat menerusi "dinding", sebaliknya, Tuannya rasa sayang pada "dinding" itu!

"Adakah awak semua di sini untuk berbincang kerja pembaikan di taman?" tanya Ye Wan Wan.

Xu Yi mengangguk, "Ya."

Ye Wan Wan menyambung, "Bolehkah saya berikan beberapa cadangan?"

Memikirkan saya akan tinggal di sini untuk jangka masa yang lama, mengapa tidak mengubahnya mengikut kesukaan saya?

Saya tidak dibenarkan pergi sekolah, tapi ini tiada masalah, bukan?

Dia teringat, selain daripada meninggalkannya, Si Ye Han akan bersetuju dengan apa sahaja yang dia mahukan.

Tetapi mendengar permintaan Ye Wan Wan, Xu Yi terasa mahu membunuh diri. Dia dengan pantas berpaling pada Si Ye Han untuk bantuan, berharap dia boleh membuat keputusan sendiri.

Tuan ke-9! Tolong, saya merayu! Jangan biarkan dia memusnahkan taman lagi!

Si Ye Han membalas kepada Ye Wan Wan dengan tiga perkataan, "Terpulang pada awak."

Xu Yi, "..."

Baiklah, saya sudah tahu apa permintaannya.

Xu Yi hanya boleh menerima nasibnya dengan rela dan bertanya, "Cik, apakah permintaan awak?"

Ye Wan Wan berfikir dengan dalam buat seketika. "Saya tidak suka bunga mawar dan bunga lavender, bolehkah awak tukar plot itu kepada bunga matahari?"

Xu Yi termanggu tanpa kata seketika. Dia bertanya ingin tahu, "Cik, awak suka bunga matahari?"

Berbanding dengan permintaan seperti "Bakar bunga itu" atau "Cabut semuanya", permintaan Ye Wan Wan sekarang terlalu normal.

Ye Wan Wan berfikir sebentar sebelum menjawab. "Boleh tahan."

Xu Yi tidak faham, "Jadi mengapa…"

Mata Ye Wan Wan bercahaya, "Supaya di masa hadapan, benihnya boleh digoreng dan dimakan!"

Xu Yi: "..."

Si Ye Han: "..."

Ye Wan Wan menunjuk ke bahagian paling hujung, "Kemudian, kolam di sebelah sana, jangan simpan ikan Koi yang begitu mahal. Mereka terlalu lemah dan tidak boleh dimakan. Masukkan sedikit ikan kap rumput, ikan kap perak, udang kecil… Ubah pergola bunga mawar itu kepada pergola anggur… Sebenarnya, awak juga boleh tanam ubi keledek…"

avataravatar
Next chapter