webnovel

Sekiranya Aku Bertukar Menjadi... Kejap, tunggu!

編輯: EndlessFantasy Translation

Imaginasi Song Shuhang mula menerawang. Apa yang akan berlaku jika dia menggunakan 'kerongsang penukar bentuk' bersama dengan ❮Teknik Penyembunyian Aura Pahlawan Landak Laut❯? Mungkin dia dapat menyelesaikan teknik itu dan membuatkannya berfungsi?

'Patut ke aku cuba?

'Lagipun aku tak akan rugi apa-apa!'

Teknik Penyembunyian Aura adalah berbeza dengan teknik penanaman dan seseorang tidak akan mengalami kesan negatif jika dia menyalahgunakannya.

Selepas memikirkan perkara ini, Song Shuhang membuat keputusan untuk mencubanya.

Dia mengendalikan tenaga mentalnya mengikut arahan ❮Teknik Penyembunyian Aura Pahlawan Landak Laut❯ dan menyekat qi sejatinya.

Langkah terakhir ialah menggunakan keupayaan penyamaran semula jadi pahlawan lamdak laut untuk menyelesaikan proses tersebut. Oleh itu, Song Shuhang berfikir untuk menyelesaikan langkah ini dengan bergantung kepada 'kerongsang penukar bentuk'.

鎖定章節

在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者