Ia agak pelik. Landak laut di hadapan mata Song Shuhang mempunyai ekspresi dingin pada wajahnya dan kelihatan sangat terkilan dan marah ketika bercakap...
Tetapi selepas sekilas pandang, Song Shuhang dapat meneka dia sedang membaca dari ingatan!
Ia adalah kesimpulan yang dia dapat buat dengan bergantung pada hidupnya yang kaya dengan pengalaman. Song Shuhang ingat-ingat lupa dia mungkin telah berjumpa dengan seseorang yang berkelakuan sebegini, membaca draf yang disediakan terlebih dahulu atau hanya membaca bait-bait berdasarkan ingatan. Jadi, dia dapat membuat pertimbangan semasa berdasarkan pengetahuan yang diperoleh pada masa itu!
"Kau... kau curi dialog aku! Perempuan tak guna!" pahlawan landak laut itu mengamuk. Apabila seseorang sedang membaca berdasarkan ingatan dan tiba-tiba diganggu, mereka kadang-kadang akan terlupa apa yang mereka sedang katakan dan itulah yang berlaku kepada pahlawan landak laut ini.
Support your favorite authors and translators in webnovel.com