webnovel

Selepas bertarung dengan penjahat itu, Song Shuhang berasa sangat lega. Dia menyenandungkan sebuah lagu dan berjalan ke pangsapuri Li Yangde.

"Berlatih lagi? Jenaka apa itu, berlatih hanya untuk ditumbuk dengan lebih teruk lagi?"

"Tak guna, sial. Lelaki itu pasti menyerang aku dengan sengaja! Aku yakin!" Mohawk menangis dengan rasa sesal. Dua minit yang lalu, dia fikir yang lawannya seorang lelaki bodoh. Tetapi rupanya merekalah lelaki bodoh di situ.

Pihak lawan nampaknya cuba bergaduh hanya untuk menyeksa mereka!

"Ah Sen, ingat permusuhan ini. Lepas ini, kita akan mencari lebih ramai ahli untuk menghancurkannya! Jika lima orang tidak cukup, jadi kita cari sepuluh orang. Dan jika sepuluh orang tidak cukup, kita cari dua puluh, atau sehingga lima puluh orang! Aku tidak percaya yang dia seorang Superman. Dia pasti tidak dapat melawan seratus orang pada satu masa!" Penjahat berambut emas berkata dengan garang.

"Ya, kita kena hancurkan dia." Mohawk berkata sambil mengetap giginya.

Keputusan mereka sepadan dengan niat Song Shuhang.

Saat penjahat itu sedang bercakap, seorang gadis berambut pendek menguap dan mendekati mereka.

Dia adalah seorang gadis yang sangat cantik. Walaupun tanpa solekan, dia masih kelihatan cantik. Dia juga mempunyai tiga ciri yang berharga dan gaya gadis bersifat dingin itu sesuai dengannya.

Biasanya, mohawk dan sahabat-sahabatnya pasti akan mengelilingi gadis itu, menolak dia ke dinding kemudian mengacaunya dan mengusiknya. Kemudian, mereka akan membawanya ke sebuah motel berdekatan dan melakukan beberapa perkara yang memalukan.

Walau bagaimanapun, hari ini mereka tidak berbuat apa-apa.

Gadis berambut pendek itu semakin dekat dan mata gelapnya melihat ke arah penjahat yang sedang terduduk itu. Selepas beberapa ketika, dia bergumam, "Saya tidak percaya, ada orang yang cuba cium saya?"

'Apa? Cium? Apa kau cakap ini? Adakah gadis ini sedang mempermainkan mereka?'

Mohawk kelihatan keliru, kemudian dia merasakan kesakitan di punggungnya.

Gadis berambut pendek berjalan di atas badan mereka seolah-olah mereka sampah sambil menguap. Dia berlalu pergi.

"Perempuan jalang. Tak guna, bodoh. Lebih baik kau mati!" Mohawk berasa sakit di belakangnya dan dia terus menyumpah gadis itu. Dia bukanlah seorang lelaki masokis yang akan merasa nikmat apabila disakiti.

Tetapi, penjahat berambut emas itu melihat ke arahnya dengan pandangan iri hati, 'Aku cemburu. Kenapa gadis itu tidak memijak badan aku tadi.'

Seorang lelaki masokis berada di sebelahnya.

Dalam perjalanan, Song Shuhang membeli tiga bakul ladu kukus dan tiga kotak susu kacang soya. Dia menuju ke pangsapuri sewa Li Yangde. Dia mengetuk pintu dengan kuat.

Selepas beberapa ketika, Tubo menyeret dirinya untuk membuka pintu. Matanya merah dan badannya berbau arak. 

"Yo, ini kawan kau, Shuhang." Selepas dia membuka pintu, dia melihat Shuhang dari kepala hingga kaki. 'Tak guna, lelaki ini nampak segar dan tidak mabuk macam aku. '

'Sejak bila dia boleh tahan daripada mabuk sehingga begini?' Dia masih ingat yang Shuhang hanya mempunyai tahap toleransi pada alkohol seperti Gao Moumou. Dia boleh minum empat gelas Gao Moumou dan tiga Song Shuhang pada masa itu.

Tetapi, malam tadi, Song Shuhang minum lebih banyak darinya. Li Yangde dan Gaomou yang hampir mabuk sudah pengsan. Apa yang sedang berlaku?

Atau mungkinkah lelaki ini hanya minum air biasa dan bukannya arak?

"Kau baru bangun? Kau orang semua sudah terlepas dua kelas." Song Shuhang tersenyum, kemudian mengangkat ladu kukus dan susu kacang soya, "Aku beli sarapan untuk kau. Kau mahu makan?"

Tubo mengambil sarapan dari Shuhang dan berkata, "Sekurang-kurangnya kau masih berfikiran waras." 

Li Yangde menggaru kepalanya ketika dia keluar dari bilik, "Aku terbau sesuatu yang harum. Masa yang baik, aku dah lapar!"

"Di mana Gao Moumou?" Shuhang bertanya.

"Masih tidur mati. Lelaki ini sangat menjengkelkan malam tadi kerana dia menjerit dalam tidurnya. Dia menyebut tentang 'keperawanan' dan 'Saya tidak layak untuk awak Yayi,' dan 'tidak, tolong jangan' dan lain-lain masa dia tidur." Li Yangde ketawa dan berkata. 

Song Shuhang mencubit dagunya, "Kita boleh gunakan semua tu untuk peras ugut dia bila aku tidak mempunyai wang. Kita boleh paksa Gao Moumou untuk belanja kita makan."

"Ya, patut dipertimbangkan. Mungkin kita boleh buat begitu dua atau tiga kali saja. Lepas tu, mungkin dia sudah tak pedulikan kita lagi." Tubo bersetuju.

"Cadangan, ada tempat yang bernama 'Kepala Ikan Sepuluh Aroma' di utara bandar kolej yang mempunyai makanan yang sangat sedap sampai air liur aku kecur bila terfikirkannya." Li Yangde mengangguk. 

"Kau bertiga... mahu mati sepuluh ribu kalikah?" Gao Moumou berkata dengan wajah yang suram ketika dia menggosok pelipisnya. Dia merasakan yang nasib malang paling besar dalam hidupnya ialah apabila dia dimasukkan ke asrama yang sama dengan tiga orang di hadapannya itu.

Kesemua mereka bangsat yang suka mengambil kesempatan.

Selepas berehat di pangsapuri sewa Li Yangde, Song Shuhang mendekati Li Yangde dan bertanya, "Yangde, bolehkah kau bantu aku mencari kedai ubat Cina di kawasan Jiangnan menjual ubat-ubatan ini?"

Song Shuhang mengeluarkan nota yang Mahaguru Ubatan berikan padanya. Empat ubat herba Cina yang jarang dijumpai tertulis di dalam nota itu.

"Kau tidak sakit, bukan?" Yangde bertanya saat dia mengambil nota itu.

"Badan aku rasa hebat. Ini ubat-ubatan herba Cina yang 'kawan' aku perlukan. Dia tidak pasti di mana ia dijual di Jiangnan, jadi dia meminta aku untuk membantu dia. Sebab itu aku teringatkan kau. Lagipun engkau seorang pakar komputer yang terbaik di asrama ni." Song Shuhang cuba memujuk. 

"Untuk mencari memang mudah sekarang kerana kedai-kedai perubatan Cina di negara ini telah ditambah ke dalam sistem perubatan herba Cina. Aku hanya perlu memasukkan nama ramuan ubat dan gunakan penapis untuk mencari kedai yang menjualnya. Kalau tak berjaya, aku boleh gunakan forum dan kumpulan yang berkaitan dengan menghantar mesej kepada kedai-kedai yang menjualnya, tetapi belum ditambahkan ke dalam sistem. Cara ini juga mungkin berkesan. Paling kurang, aku akan beritahu kau esok." Li Yangde berkata dengan tegas.

"Aku percayakan kau!" selepas berkata begitu, Shuhang menjanjikan ganjaran, "Kalau kau berjaya, kau tak perlukan si Gao Moumou tu. Aku akan belanja kau makan Kepala Ikan Sepuluh Aroma selepas acara sukan nanti. Aku janji!"

"Baiklah." Li Yangde menjilat bibirnya, mulutnya penuh dengan air liur.

"Janji mesti ditunaikan." Song Shuhang ketawa.

Selepas dia berpusing, dia mengepalkan penumbuknya.

'Dengan bantuan Li Yangde, aku dapat mengecilkan kawasan carian ke had tersebut dan cari di mana empat ramuan ubat ini dijual di kawasan Jiangnan. Jika 'dalang musuh' itu benar-benar membeli empat herba ubat ini, aku boleh mengikuti petunjuk itu dan mencari dia.'

Sepuluh minit kemudian.

Song Shuhang meninggalkan pangsapuri Li Yangde dan menuju ke kediaman Mahaguru Ubatan.

Rakan asramanya memutuskan untuk berehat seketika selepas makan untuk membiarkan mabuk mereka hilang. 

Memandangkan waktu masih awal, Song Shuhang pergi untuk membantu Mahaguru Ubatan.

Mahaguru Ubatan telah membantu dia dan satu-satunya cara untuk dia membalas kebaikan Mahaguru Ubatan untuk menyiapkan resipi untuk 'Cecair Penguat Badan Mudah'.

Untuk kemudahan Shuhang, Mahaguru Ubatan secara khusus membeli jenama dan model dapur elektrik yang sama dan periuk panas.

Proses dan resipi untuk penapisan Cecair Penguat Badan tidak berubah, tetapi hari ini, Mahaguru Ubatan telah buatkan Shuhang menggantikan 'air' dengan 'sup herba' yang telah dicampurkan.

Sup herba ini dibuat dengan mendidih lima jenis herba Cina biasa.

Ini langkah pertama yang Mahaguru Ubatan gunakan untuk mengubah teknik penapisan pil Song Shuhang menggunakan 'dapur elektrik' dan 'periuk panas' kepada menggunakan relau pil.

Walaupun kaedah Song Shuhang baik-baik saja, tidak mungkin semua pakar perubatan dalam dunia pertapaan belajar bagaimana untuk menggunakan dapur elektrik dan periuk panas untuk menyempurnakan Cecair Penguat Badan, bukan?

Semua mahaguru ubatan dalam dunia pertapaan dengan periuk panas dan dapur elektrik mereka sendiri. Bila difikirkan semula tentang pemandangan itu, kepala Mahaguru Ubatan terasa sakit.

Oleh itu, dia perlu membuat perubahan!

Selain itu, berdasarkan anggaran Mahaguru Ubatan, 'sup herba' ini dapat mengurangkan masa penyulingan Cecair Penguat Badan.

Tiga jam kemudian, pukul tujuh petang.

Seperti yang dianggarkan oleh Mahaguru Ubatan, masa penapisan telah berkurang dengan banyak.

"Ia berjaya." Song Shuhang mengambil nafas panjang dan memicit hidungnya. Seterusnya, cecair ubat itu menolak tudung periuk panas dan kabus hitam tebal dan bau yang tersebar di udara.

"Haha, tidak perlu memicit hidung kamu. Perhatikan ini." Mahaguru Ubatan ketawa dengan kuat dan melemparkan objek berbentuk manik, kemudian membentuk meterai dengan kedua tangan, "Balik!"

Tiba-tiba, sedutan datang dari dalam manik itu dan menyerap semua kabut hitam yang mengisi rumah itu.

Mata Song Shuhang berkilauan. Dia berharap dia dapat menggunakan mantera sekarang. 

"Saya ada di sini." Mahaguru Ubatan melemparkan manik ke arah Shuhang, "Berhati-hati dan cuba untuk tidak menjatuhkannya atau ia akan meletup apabila ia menyentuh lantai. Nanti ia akan melepaskan bau busuk dan kabus dari dalam.

Song Shuhang menangkap manik dalam keadaan tergesa-gesa, "Tuan janganlah berikan saya masa yang sukar!"

Selepas menangkapnya, Song Shuhang mendapati manik ini menjadi cangkerang ubat herba.

"Itulah kulit buah ceri. Ia tidak boleh digunakan sepenuhnya dan biasanya akan dibuang. Saya mendapat idea hari ini untuk menggunakannya bagi membungkus asap dan bau tebal dari Cecair Penguat Badan yang kamu dah buat." Mahaguru Ubatan tersenyum dan berkata, "Selain itu, seperti yang saya nyatakan sebelum ini, bau yang dihasilkan dari Cecair Penguat Badan kamu ialah mimpi ngeri untuk pertapa Tahap Satu yang telah membuka Bukaan Hidungnya. Pada saat itu, mereka tidak dapat mengawal deria bau mereka. Sekiranya, pada suatu hari, kamu akan bertemu dengan Mahaguru Agung Tahap Kedua yang akan menjadi musuh kamu, perkara ini boleh membawa kesan yang tidak dijangka. Jika kamu menggunakannya dengan baik, ia mungkin boleh menjadi kunci kemenangan dalam pertempuran."

Perkara ini datang pada masa yang tepat!