69 Kenapa Tak Beritahu Saya Dari Awal? Baguslah!

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"Jangan risau, Cik Miao Xiao. Lebih baik sekiranya anda mencuci muka terlebih dahulu dan tenangkan diri. Kemudian jelaskan apa yang berlaku kepada pelajar. Bertenang. Anda guru yang sangat baik dan para pelajar sukakan anda." Kaunselor Song cuba menenangkannya.

"Terima kasih." Cik Miao Xiao mengelap air mata dan bergegas keluar dari pejabat.

"Song Shuhang, saya minta maaf dengan semua ini." Kaunselor Song mula bercakap tentang kekacauan itu.

"Tidak mengapa. Mungkin saya menunjukkan wajah menakutkan dan secara tidak sedar saya telah buat dia takut. Nasib baik Cik Miao Xiao tidak apa-apa. Mari kita lupakan pasal semua ini." Song Shuhang berkata dengan cepat. Dia akan rasa bersalah seumur hidupnya jika guru itu dipecat kerana dia.

Selepas melihat Song Shuhang yang baik hati itu, Kaunselor Song berasa terharu. 'Pelajar yang baik!'

Memandangkan Song Shuhang tidak kisah, pertikaian itu telah diselesaikan.

Kaunselor Song tertawa dan mengubah topik perbualan, "Saya mendengar kamu telah mendaftar untuk Pertandingan Lumba Lari 5,000 Meter Lelaki dalam acara sukan esok? Bagus, cuba yang terbaik dan dapatkan kemenangan untuk kelas kamu!"

Sudut mulut Song Shuhang bergerak. Dia sendiri tidak mahu menyertai Pertandingan Lumba Lari 5,000 Meter itu. Tetapi, dia masih tersenyum. "Sudah tentu, saya akan cuba mendapatkan kemenangan."

"Haha, lumba lari 5,000 Meter itu tidak mudah. Jangan terlalu memaksa diri kamu. Bagaimanapun, saya percayakan kamu. Pergi balik ke kelas. Cik Miao Xiao akan menjelaskan kepada pelajar mengenai apa yang berlaku di antara kamu dan dia. Jika dia tidak boleh beritahu, saya akan uruskannya dan saya berjanji ia tidak akan memberi kesan kepada kamu." Kaunselor Song berjanji.

❄❄❄

Selepas meninggalkan pejabat, Song Shuhang menghela nafas kelegaan yang panjang dan penuh dengan rasa bersalah.

Sekiranya ada peluang di masa depan, dia pasti akan meminta maaf pada Cik Miao Xiao.

Selepas kembali ke kelas, Shuhang tidak berani mencuba 'penindasan mental' atau 'pengesanan mental' di dalam kelas lagi. Dia hanya mengamalkan teknik 'kewaspadaan' untuk mengekalkan tenaga mentalnya supaya sentiasa aktif.

Di dalam kelas, sebagai seorang wanita yang kuat yang berpegang pada janji, Cik Miao Xiao dengan serius menjelaskan tentang tindakannya itu kepada semua pelajar, walaupun dia berasa sangat malu.

Pertikaian telah diselesaikan. Dia meneruskan pengajarannya tanpa emosi. Dia sememangnya seorang guru yang berkelayakan.

Song Shuhang akhirnya menamatkan dua kelas pada waktu pagi walaupun dia baru sahaja mengelak satu bencana yang hampir meletus.

Walau bagaimanapun, ketiga-tiga rakan sebilik Shuhang tidak hadir dalam kedua-dua kelas tadi. 'Banyak sangatkah mereka minum semalam?'

Kemudian, Song Shuhang berasa lega selepas mendapati fikirannya menjadi lebih jelas saat dia membuatkan dirinya lebih berwaspada. Walaupun dia tidak mendengar pelajaran dalam kelas dengan teliti, semua perkara yang diajar oleh guru itu masuk ke telinganya secara berterusan dan mudah difahami serta dikuasai olehnya.

Dan... selepas mengamalkan teknik itu untuk satu setengah pelajaran, dia berjaya menguasai teknik 'kewaspadaan' dan dapat memastikan ia diaktifkan lebih lama. Malah jumlah tenaga mentalnya telah meningkat.

Teknik 'kewaspadaan' hanyalah plug-in mudah untuk meningkatkan tenaga mental. Walaupun tenaga mentalnya tidak meningkat banyak, plug-in ini akan berfungsi dalam semua cuaca pada setiap masa!

'Sudah jam 9:30. Lebih baik aku periksa apa yang telah berlaku kepada tiga orang itu dahulu. Aku harap mereka tidak mabuk teruk.' Song Shuhang menggaru kepalanya dan membuat keputusan untuk pergi ke pangsapuri Li Yangde dan melihat apa yang telah berlaku kepada tiga rakan sebiliknya.

❄❄❄

Dalam perjalanan ke pangsapuri Yangde, dia berulang kali menggunakan tiga teknik untuk tenaga mental secara silih berganti. Dia cuba menggabungkan teknik-teknik 'kewaspadaan' dan 'pengesanan mental' bersama-sama.

Malangnya, jumlah tenaga mentalnya sangat kecil sehingga dia selalu berakhir dengan kegagalan.

Dia tidak berasa kecewa tetapi terus berusaha untuk mendapatkan pengalaman daripada kegagalan.

Selepas gagal sekali lagi, dia menggosok pelipisnya dan berhenti bereksperimen kerana dia kehabisan tenaga mental.

'Jumlah kuantiti tenaga mental aku terlalu kecil. Aku rasa aku masih dapat berlatih ❮Kitab Meditasi Diri Yang Sebenar❯ sekali atau dua kali hari ini. Aku akan buatnya bersama dengan teknik penumbuk asas petang nanti.' Dia berfikir.

Walaupun ❮Kitab Meditasi Diri Yang Sebenar❯ tidak mempunyai keperluan kuantiti qi dan darah yang ketat dalam tubuhnya seperti ❮Teknik Penumbuk Buddha Asas❯, ia juga akan dipengaruhi oleh keadaan tubuhnya. 'Aku perlu berhati-hati ketika mengamalkan ❮Kitab Meditasi Diri Yang Sebenar❯ dan mengelakkan penggunaan tenaga mental yang berlebihan. Jika tidak, aku mungkin menjadi bodoh.'

Oleh kerana tenaga mentalnya telah habis, tanpa memberi perhatian kepada apa-apa di laluannya, Song Shuhang terlanggar seorang lelaki di depannya.

Bahagian belakang tubuhnya bidang. Lelaki itu sekurang-kurangnya satu kepala lebih tinggi daripada Song Shuhang.

Selepas menguatkan tubuhnya, kekuatan Song Shuhang seperti tentera Hercules berbanding dengan orang biasa. Mudah saja untuk dia mengangkat satu gerabak kereta api. Dengan pelanggaran ini, lelaki di depannya jatuh sambil menjerit. Mukanya mencium tanah.

"Oh? Maaf, saya minta maaf, saya tidak perasan Encik di depan saya!" Song Shuhang mula sedar dan meminta maaf.

Dia memandang lelaki yang dilanggar itu... Nah, ini budak lelaki jahat yang biasa dijumpai di Jiangnan.

Lelaki itu, yang masih menjerit dengan mukanya masih mencium tanah, tinggi dan mempunyai gaya rambut Mohawk yang dicelup seperti warna pelangi.

Mungkin dia sering bergaduh dengan orang lain, jadi keadaan fizikalnya agak baik. Tidak lama kemudian dia melompat bangun.

Pada masa ini, mukanya disalut dengan lapisan debu dan hidungnya berdarah.

"Tak guna, awak tak ada mata di kepala awakkah?" Lelaki Mohawk itu berteriak dengan nada marah. Hidungnya berdarah dan dia meludah.

Semasa dia menjerit, lima lelaki jahat lain di sekelilingnya tersenyum dengan kejam dan datang mengelilingi Song Shuhang.

'Adakah aku dalam masalah besar?' Song Shuhang dengan meminta maaf sambil tertunduk malu, "Saya betul-betul minta maaf. Saya sedang memikirkan sesuatu, jadi saya tidak melihat di hadapan semasa berjalan. Saya minta maaf."

"Maaf? Jika 'maaf' dapat selesaikan masalah, mengapa kita masih perlukan polis?" Mohawk itu menyapu hidungnya dan menyentap leher baju Song Shuhang dengan kasar sambil menjerit dengan kuat.

Lagipun, dia yang salah kerana melanggar lelaki ini. Song Shuhang berkata secara dengan nada kasihan, "Awak betul. Mari kita bertenang dan cuba selesaikan masalah ini. Boleh?"

"Okey." Mohawk tersenyum dengan gaya penuh kemenangan, "Nampaknya kau dah langgar aku dengan kuat. Kau perlu beri pampasan kepada aku! Aku akan biarkan kau pergi jika kau beri 1,000 yuan. Jangan beritahu aku yang kau tak ada duit. Ini baru di awal bulan. Keluarga kau mesti beri duit pada kau untuk perbelanjaan hidup."

"Keluarga saya menghantar wang pada saya mengikut tahun dan saya tidak perlu risau lagi setiap bulan." Song Shuhang menjawab dengan jujur.

Mohawk gembira mendengarnya. Dia jarang bertemu dengan "mangsa" dengan jujur. Dia akan mendapat kekayaan daripada lelaki ini!

"Tetapi awak cuba memeras saya. Saya tidak akan membayar sebanyak itu. Saya fikir kita boleh mencari cara lain untuk menyelesaikan masalah ini, betulkan?" Song Shuhang berkata dengan serius. Melihat wajahnya yang polos itu, tiada siapa yang akan percaya dia cuba mengusik lelaki itu.

"Cari jalan lain? Hahaha." Mohawk itu sangat marah sehingga dia ketawa. "Bagus, mari kita berbincang dengan penumbuk dan kemudian bercakap mengenai wang itu."

Ketika dia selesai bercakap, empat orang lelaki jahat di sekelilingnya menyeringai kejam sambil mengepalkan tangan mereka dan meletupkan jari-jari mereka.

"Bercakap dengan penumbuk kita? Maksud awak kita boleh selesaikannya dengan pertarungan?" Apabila dia mendengar kata-kata itu, Song Shuhang gembira dan dia berikan senyuman yang hangat. "Kenapa tidak beritahu saya dari awal? Baguslah!"

Senyuman Song Shuhang ikhlas. Dia tersenyum kerana dia akhirnya dapat mencari beberapa orang kawan untuk berlatih teknik penumbuknya. Terdapat banyak budak lelaki jahat di sekitar Kolej Jiangnan. Dia boleh berlatih dengan mereka semua. Dia hanya perlu menggunakan satu atau dua pergerakan dengan setiap kumpulan mereka.

Melihat senyuman tulus Song Shuhang, Mohawk tiba-tiba memahami apa yang ada dalam fikiran Shuhang. 'Lelaki ini sangat bodoh.

'Alamak, dia lelaki psiko.

'Siaplah kau. Mari kita pukul dan ajar dia.'

❄❄❄ 

Dua minit kemudian.

"Kapow, kapow, kapow~!" Song Shuhang menghayunkan beberapa tumbukan lagi kepada Mohawk yang berbaring di atas tanah sambil menjerit.

Bagi budak-budak jahat yang lain pula yang sudah terbaring di atas tanah, mereka memandangnya dengan mata yang ketakutan dan tidak percaya. Shuhang berdiri, menyapu debu dari pakaiannya dan mengangguk kepuasan. "Maaf kerana menyusahkan awak semua. Boleh tahan. Walaupun serangan awak tidak teratur, ia benar-benar berkesan apabila anda menyerang saya secara beramai-ramai. Saya harap awak semua lebih banyak bersenam dan jadi lebih kuat pada masa akan datang."

Song Shuhang hanya menggunakan satu per tiga daripada kekuatannya kerana semua itu hanya untuk latihan untuknya. Dalam dua minit tadi, dia telah mencuba semua lapan belas gerakan ❮Teknik Penumbuk Buddha Asas❯ dan memperoleh banyak pengalaman dari pergaduhan itu. Dan betullah yang pertempuran sebenar cara terbaik untuk menguji teori itu.

Satu-satunya penyesalan yang dia ada lawannya terlalu lemah dan pergaduhan itu tamat dengan cepat. Tidak apa. Masih ada ramai budak lelaki yang jahat di sekitar Kolej Jiangnan. Kuantiti boleh menghasilkan kualiti.

avataravatar
Next chapter