4 Jun, malam.
Song Shuhang tidak dapat tidur. Dia berbaring pada katil dan langsung tidak dapat melelapkan mata. Kenapa dia begitu teruja? Adakah sebab dia akan berjumpa dengan Senior 'Mahaguru Ubat' daripada grup esok, belajar teknik asas meditasi dan teknik menulenkan badan, dan seterusnya mencapai Penubuhan Asasi Seratus Hari?
Atau, dia tidak lagi memerlukan tidur seperti biasa selepas badannya dikuatkan oleh Cecair Penguat Badan? Adakah itu sebabnya dia tidak dapat tidur?
Bagaimanapun, dia masih lagi berjaga.
Tiga rakan sebiliknya sudah kuat berdengkur dalam tidur, tetapi dia gelisah sepanjang malam, tanpa rasa mengantuk.
Minda dia sentiasa sedar walaupun dia menutup mata.
Dia berasa dia sudah menutup matanya untuk masa yang lama, tetapi apabila dia memandang telefon bimbitnya, sebenarnya hanya kurang dari lima minit telah berlalu.
'Oh Tuhan, macam mana saya nak melalui ni?'
Song Shuhang mengeluh.
❄️❄️❄️
5 Jun, cerah, masih panas.
Selepas semalaman tidak tidur, Song Shuhang kelihatan sedikit letih. Secara fizikal dia tidak letih. Sebenarnya, dia tidak berasa mengantuk walaupun tidak tidur semalaman.
Inersia hidup lapan belas tahun yang biasanya menyebabkan dia berasa dia patut letih selepas semalaman tidak tidur, oleh itu dia merasa letih secara mental.
Terdapat empat kelas pada pagi itu, dan Song Shuhang membawa telefon bimbitnya bersama. Kali ini, dia ingat untuk mengecas telefonnya supaya Mahaguru Ubat dapat menghubunginya.
Dalam keadaan terujanya, dua kelas yang pertama berlalu dengan cepat—tetapi, Mahaguru Ubat tidak menghubunginya.
Selepas sengsara kerana menunggu dengan penuh teruja, Song Shuhang berasa seperti dia sudah menunggu untuk beberapa tahun.
Kelas ketiga merupakan Inggeris Kolej.
Semasa masa rehat, Profesor Smith telah datang awal dengan menggunakan tongkat ketiak.
Orang tua yang begitu teliti ini tidak pernah membenarkan mana-mana pelajar datang lewat, malah dia sendiri pun tidak dibenarkan datang lewat. Dia tegas dengan orang lain, tetapi lebih tegas dengan diri sendiri.
Ia dikatakan dia telah digigit oleh anjing peliharaannya tiga hari lalu dan terpaksa dirawat di hospital. Apabila dia dibenarkan untuk pulang semalam, dia telah menghantar anjing itu ke kedai daging anjing, untuk dijadikan makanan stimbot.
Semakin mendalam rasa kasih sayang, semakin sakit hati seseorang itu jika dilukai oleh orang yang tersayang. Adakah disebabkan dia tidak dapat menerima pengkhianatan anjing peliharaannya?
Memandang orang tua Inggeris itu yang rambutnya disikat rapi, Song Shuhang berasa kasihan kepadanya.
Berdasarkan Bulu Lembut, dia telah memberi suatu pampasan kepada Profesor Renshui dan Profesor Smith yang kasihan itu. Song Shuhang tidak bertanya dengan betul-betul apakah pampasan yang telah diberi.
"Malangnya Profesor Smith sudah dibenarkan keluar dari hospital. Saya ingat dia akan tinggal di sana lebih lama." Tubo berasa darahnya membeku apabila nampak Profesor Smith.
Dia tidak pandai dalam Bahasa Inggeris. Lagipun, lelaki yang tegas itu bukan jenis orang yang dia manpu hadapi.
"Saya akan pindah ke belakang," dia bertanya. "Macam mana dengan awak?"
"Ya, saya pun." Li Yangde mengangguk.
Berbeza dengan Tubo, Li Yangde pandai dalam Bahasa Inggeris dan sudah memperoleh kecekapan dalam pelajaran penting kelas itu. Oleh itu, dalam kelas ini, dia juga akan duduk di belakang, dan memikir tentang kod yang ingin dituliskan.
"Saya nak bersama dengan Yayi, oleh itu saya akan juga akan pindah ke belakang." Rakan sebilik yang akhir, Gao Moumou1 menolak cermin matanya ke atas dan senyum.
Nama keluarga Gao Moumou adalah Gao, dan namanya Moumou. Sama dengan Tubo, dia juga mempunyai nama yang akan membuat orang lain mempercayai dia bukan anak ayahnya. Dia sangat membenci namanya.
Secara kebetulan, dia juga telah mencuri pendaftaran keluarganya dan pergi ke balai polis untuk cuba menukar namanya semasa masih kanak-kanak lagi. Malangnya, dia pun gagal. Sebab itulah namanya masih Gao Moumou.
Dia menerima balasan yang lebih berat berbanding dengan Tubo, untuk tindakannya.
Lagipun, Tubo hanya dipukul oleh ayahnya, tetapi Gao Moumou telah dipukul oleh kedua-dua ibu bapanya.. Pada hari itu, dia menangis dengan kuat, menjerit, dan tidak dapat bangkit dari katil pada keesokan harinya.
Yayi yang dia baru sebut tadi merupakan teman wanitanya, seorang gadis comel yang hanya 1.43 meter tinggi. Song Shuhang sentiasa berfikir macam mana dia boleh menyentuhnya. Gadis itu kelihatan seperti pelajar junior sekolah menengah, atau lebih muda. Kecuali lolicon, ia sangat susah untuk lelaki biasa untuk mempunyai nafsu berahi terhadap gadis seperti dia, bukan?
Lelaki itu mesti peminat loli. Sebab itulah dia mendapatkan teman wanita yang kelihatan serupa loli.
"Betul ke? Kita semua pindah ke belakang?" Song Shuhang mengeluh dan mula mengemaskan buku teksnya, bersedia untuk menemani rakan sebiliknya.
Pada masa itu, Tubo tersengih-sengih dan menghalang Song Shuhang: "Shuhang, awak patut duduk di sini. Jadilah pelajar baik dan dengar kata cikgu dengan baik-baik."
"?" Song Shuhang berasa pelik, dan tidak faham apa maksud Tubo.
"Rebutkan peluang. Bukan ke awak selalu cakap yang awak nak dapatkan teman wanita di kolej?" Li Yangde berbisik kepada Shuhang, dan meninggikan bulu keningnya dengan nakal, dengan ekspresi muka 'faham-fahamlah'.
"Tak payah berterima kasih dengan kita, tolong panggil kita 'Lei Feng yang hidup'2." Gao Moumou bercakap dengan wajah yang bergaya.
Selepas itu, ketiga-tiga rakan sebilik itu beredar satu demi satu.
Song Shuhang tercengang dengan kata-kata mereka dan ditinggalkan di sana.
Selepas seketika, Song Shuhang memusing ke belakang dan memandang sekelilingnya, dan selepas itu mendapat tahu sebabnya.
Di tepinya, hanya satu tempat duduk daripadanya, terdapat seorang gadis yang seksi. Selepas nampak Shuhang memandangnya, dia menajamkan mata dan memberikan senyuman yang manis.
'Tiga budak ini mesti salah faham sesuatu, bukan?'
❄️❄️❄️
Pada sebelah lagi, tiga rakan sebilik itu telah berpindah ke belakang kelas.
Tubo melapkan peluh di dahinya. "Celaka, kenapa panas sangat ni? Tadi dingin saja!"
"Awak tak perasan ke?" Gao Moumou menolak cermin matanya ke atas dan bergaya seperti Conan, "Sebabnya kita sudah meninggalkan Shuhang."
"Apa pula kena-mengena ini dengan Shuhang? Dia boleh mengawal cuaca ke?" Tubo mengipas diri dengan buku dan merungut.
Gao Moumou bercakap dengan nada yang membingungkan, "Dia memang bukan seorang yang boleh mengawal cuaca. Tetapi, untuk sebab tertentu, dia seperti boleh melepaskan udara yang nyaman, hampir seperti alat penyaman udara manusia. Saya hampir percaya dia selalu membawa ketulan ais yang besar bersamanya.
"Ya, saya pun rasa begitu. Lagipun, awak perasan tak kulit Shuhang menjadi sangat cerah? Pagi semalam ia tidak kelihatan begitu cerah kan? Dia menjadi lebih cerah selepas setengah hari semasa kita bertiga keluar untuk mencari apartmen," Li Yangde bercakap dengan tenang dan menutup komputer tabletnya.
"Yangde, awak gay ke? Macam mana awak boleh perasan kulit Shuhang telah menjadi cerah?" Tubo memerli dengan nada yang kelakar.
"Tubo." Li Yangde senyum, "Awak masih nak simpan "video demonstrasi"3 yang tersembunyi dalam Cakera F dan kandungan lima cakera maya komputer awak ke?"
"Abang Yangde tersayang, saya salah." Tubo menyerah diri dengan segera. Itu merupakan khazanahnya yang disimpan sedikit demi sedikit selama tiga tahun semasa sekolah menengah. 'Bagaimanapun… walaupun Yangde tahu tentang video dalam Cakera F, macam mana dia dapat tahu kandungan lima cakera maya itu? Celaka, tak boleh ke saya jaga privasi diri? Saya tidak akan bergurau dengan nerda komputer lagi.'
"Saya rasa… mungkin dia mengguna krim pemutihan? Sebabnya… mungkin dia telah jatuh cinta dengan seseorang?" Gao Moumou sambung bercakap dengan nada membingungkan. Dia menunjuk ke arah Song Shuhang dan gadis yang duduk di sebelahnya yang dipanggil Lu Fei, "Saya bertaruh seratus… sen! Sesuatu pasti telah berlaku di antara mereka. Saya sudah perasan tak kira kelas apa semalam, Lu Fei mesti mencari peluang untuk duduk di sebelah Shuhang."
"Oleh itu, kita membuat perkara yang betul untuk memberi mereka ruangprivasi."
"Apabila ia selesai, Shuhang terpaksa belanja kita."
Berfikir mereka sedang berbuat baik tanpa mengejar penghargaan, tiga rakan sebilik itu terharu dengan jasa kepahlawanan mereka.
❄️❄️❄️
Malangnya, anggapan ideal ini bukan realiti.
Song Shuhang tidak ada keinginan untuk memupuk hubungan baik dengan gadis itu. Dia memandang telefon bimbitnya dari masa ke semasa, tertanya-tanya bila 'Mahaguru Ubat' akan tiba.
Pada platform, Profesor Smith menulis satu siri perkataan pada papan hitam. Mungkin sebab dia sudah berumur, tetapi walaupun terdapat pelbagai aplikasi pengajaran yang canggih di dalam kelas, dia masih suka mengguna aplikasi pengajaran yang paling mudah—papan hitam.
Kelas itu senyap. Dalam kelas Smith, kalau awak tidak sukanya, awak boleh menyandar pada meja dan tidur. Dia tidak akan memaksa semua orang untuk mendengarnya. Tetapi jika sesiapa berani untuk mengeluarkan apa-apa bunyi untuk mengganggu kelasnya, awak tidak akan dapat kredit untuk semester itu.
Sebagai pelajar kolej, kalau awak datang ke kelas, maksudnya awak hendak mendapatkan kredit itu. Tiada sesiapa yang akan menolak kredit. Paling teruk pun, awak boleh menyandar pada meja dan tidur.
"Krak! Boom, boom!"
Tiba-tiba, satu siri bunyi kuat dan pelik muncul. Bunyi itu sangat kuat dalam kelas yang senyap.
Semua orang memusing ke arah sumber bunyi-bunyi itu—pintu kelas.
Pintu terkunci itu kelihatan seperti berada di bawah tekanan yang kuat, dan bolt dalam kunci terkeluar daripada pintu kayu sedikit demi sedikit.
"Krak!" Kunci pintu memecah keluar.
Seluruh kunci terbang keluar, seperti pintu istana yang diketuk sampai pecah semasa perang kuno. Ia memang melampaui imaginasi!