39 Jangan Risau, Saya Hanya Patahkan Satu Kaki!

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Di bawah tumpuan semua, pintu kelas terbuka, dan seorang lelaki yang kurus tinggi muncul di pintu tersebut, tangannya dihulurkan seperti menolak pintu untuk membukanya.

Tinggi lelaki tersebut lebih kurang satu meter lapan puluh, rambut panjangnya mencacak ke arah langit seperti terkena kejutan elektrik. Di antara gaya rambut 'Shamate1', inilah yang paling berkualiti tinggi.

Kedua-dua matanya mempunyai mata panda yang gelap, ia kelihatan seperti solekan 'smokey-eye'? ia trend popular tahun-tahun dahulu — pada masa itu, seorang selebriti wanita kelas dunia mempunyai 'smokey-eye' yang ikonik.

Semua pelajar merenung lelaki ini tanpa berkelip.

Di bawah renungan ramai, lelaki itu menggaru kepalanya dengan malu dan ketawa semasa bercakap, "Nampaknya sekarang di pertengahan kelas, minta maaf kerana mengganggu awak semua."

"Who are you?" Kapur dalam tangan Profesor Smith terpatah semasa dia bertanya dalam Bahasa Inggeris. Profesor sangat marah; akibatnya buruk!

"Orang putih?" Lelaki kurus tinggi itu melambai dan berkata, "Ke tepi sikit, saya akan pergi selepas saya cari seseorang. Saya tak akan mengganggu awak untuk masa yang lama."

Urat timbul pada dahi Profesor Smith—dia sedang bersedia untuk memarahi lelaki kurus tinggi.

Namun, semasa lelaki kurus tinggi itu melambaikan tangannya, Profesor Smith tiba-tiba menyedari dia tidak dapat bergerak, seperti seluruh badannya telah dibekukan pada satu tempat. Dia bukan sahaja tidak dapat bergerak, malah bibir dan lidahnya juga dibekukan. Matanya juga tidak dapat dipusingkan! Akhirnya, fikirannya juga mula menjadi beku.

Lelaki kurus tinggi itu memandang sekeliling kelas, cuba untuk mencari seseorang.

Semua pelajar merenung lelaki itu dengan mulut ternganga… kecuali Song Shuhang—dia memandang kunci pintu yang telah dipecahkan dengan satu 'tolakan'. Satu prarasa negatif tertimbul; menolak pintu dengan perlahan mengakibatkan kunci pintu yang rosak… itu pastinya bukan orang yang normal, betul?

Paling kurangnya, ia harus merupakan seorang pertapa yang telah menggunakan Cecair Penguat Badan untuk mampu berbuat begitu.

'Lelaki ini, adakah dia Mahaguru Ubat?'

Shuhang menggelengkan kepala dengan segera.

'Tidak, tak mungkin! Senior Mahaguru Ubat Kumpulan Sembilan Wilayah, walaupun bercakap sedikit, kelihatan seperti senior yang boleh diharapkan, macam mana dia boleh menjadi 'shamate' yang ada di depan matanya?'

Malangnya, begitulah kehidupan, menjadikan apa yang ditakuti satu kebenaran.

"Kawan Kecil Song Shuhang, keluarlah, saya Mahaguru Ubat!" Lelaki tinggi kurus merenung Shuhang, ketawa dengan terbahak-bahak dan melambai dengan kuat. 

Tiba-tiba, semua pelajar memandang Song Shuhang.

Pandangan mereka tajam dan keliru…

Song Shuhang mengeluh—dia tidak akan dapat hidup dengan tenang lagi.

Bagaimanapun, macam mana Mahaguru Ubat tahu dia berada di sini tanpa memanggilnya? Mungkin dia menggunakan sihir untuk mencari lokasinya?

Akhirnya, Song Shuhang pergi memberi salam kepada Mahaguru Ubat dengan berani.

"Profesor, saya meminta cuti untuk dua kelas." Song Shuhang bercakap dengan segan kepada Profesor Smith.

Mata Profesor Smith tidak berkelip sekali pun, malah kesedarannya pun sudah terhenti.. Apabila dia kembali nanti, dia hanya akan ingat dia terhilang fokus… dia tidak akan tahu seorang pelajar telah beredar..

"Apa lagi ni, cepat ikut saya." Mahaguru Ubat bercakap sambil menarik Song Shuhang.

"Tubo, tolong saya simpan buku teks." Song Shuhang menjerit ke arah Tubo sebelum ditarik oleh Mahaguru Ubat.

Di belakang kelas, dengan keliru, Tubo bercakap, "Itu bukan seorang lagi penghantar barang, kan?"

"Rasanya bukan." Gao Moumou menolak cermin matanya sambil bercakap, "Tapi, sebelum ni, lelaki yang lagi satu tu juga tak nampak macam penghantar barang."

Dalam perjalanan, Song Shuhang bertanya, "Senior Mahaguru Ubat, macam mana awak boleh jumpa saya?"

"Servis berasaskan lokasi, saya boleh mencari posisi awak hanya dengan memasukkan nombor awak. Selepas itu, saya boleh nampak siapa dalam kelas yang telah mengalami 'penguatan badan' dan saya akan tahu siapa yang perlu saya cari. Selepas mengambil Cecair Penguat Badan, perbezaan awak dengan orang biasa memang ketara." Mahaguru Ubat bercakap dengan puas hati.

Song Shuhang berasa fantasi dalam mindanya dihancurkan lagi—rupanya servis berdasarkan lokasi telefon bimbit dan bukan apa-apa sihir daripada jarak seribu batu yang digunakan untuk mencarinya?

'Tapi, pengesan posisi servis berdasarkan lokasi bukan ke perlu dibenarkan dalam telefon saya sebelum posisi saya boleh dikesan oleh orang lain? Adakah Mahaguru Ubat juga merupakan seorang penggodam yang mahir, dan boleh menceroboh program telefon bimbit saya serta mengesan lokasi saya secara paksa?'

Song Shuhang bercakap, "Sebenarnya, saya tidak sangka, Senior Mahaguru Ubat, yang awak akan memakai baju yang begitu fesyen."

"Fesyen? Bagaimana pula?" Mahaguru Ubat terpegun.

"Sebagai contoh, gaya rambut yang meletup awak?" Song Shuhang menjawab.

"Oh, awak cakap pasal tu. Sebenarnya saya menaiki pedang terbang dari Wilayah Haibei terus ke kawasan Jiangnan semalam, menyeberangi dua wilayah. Lagipun, angin memang lagi kencang di kawasan tinggi, oleh itu rambut saya ditiup sampai macam ni." Mahaguru Ubat bercakap dengan malu.

"..." Song Shuhang senyap sebentar, enggan menyerah kalah. "Macam mana dengan solekan 'smokey-eye' Senior?"

"Solekan 'smokey-eye'? Oooh, tu saya tau. Anak murid saya selalu bercakap pasal ni, ia hampir sama dengan seorang artis yang bernama Avril Lavigne, kan? Tapi, ni bukan solekan 'smokey-eye', ia hanya lingkaran gelap yang biasa. Kami, mahaguru penapis ubat, perlu sentiasa berjaga malam untuk menapis pil ubat. Kadangkala, kami tak akan makan atau tidur berterusan selama beberapa minggu. Lama-kelamaan, lingkaran gelap akan terbentuk. Sampai sekarang pun, saya selalu menapis selama sepuluh hari lebih, oleh itu lingkaran hitam ini belum lagi hilang. Mungkin bila saya berjaya melepasi alam, lingkaran gelap ni akan hilang lepas tu." Mahaguru Ubat ketawa dengan kuat.

Song Shuhang berasa seperti sepuluh ribu alpaka berlari2 berkeliaran dalam mindanya.

'Berbanding dengan tanggapan Mahaguru Ubat dalam grup, di mana perkataannya sangat berharga seperti emas, Mahaguru Ubat dalam realiti suka bercakap-cakap, dan suka ketawa dengan bebas serta terbahak-bahak. Tanggapan asal saya tentangnya hancur habis.'

Asrama lelaki.

"Ini tempat tinggal awak, eh? Mana bilik penapisan pil?" Mahaguru Ubat bertanya.

"Bilik penapisan ubat… kurang tepat, tapi ia dekat sini." Song Shuhang menunjuk ke arah dapur.

"Ini bukan dapur ke?" Mahaguru Ubat mengurut keningnya, "Masuk akal juga, sebab awak guna dapur elektrik dan periuk makanan panas untuk menapis Cecair Penguat Badan, tentulah dekat dengan dapur."

Dekat dapur, alamak. Mahaguru Ubat kelihatan kecewa tiba-tiba, dan tidak dapat menahan diri dan mengeluh dengan mendalam.

Tetapi, dia cepat mengawal emosi diri.

"Kawan Kecil Shuhang, bolehkah awak menapis Cecair Penguat Badan sekali lagi, dan membenarkan saya memerhati?" Mahaguru Ubat bertanya.

Semalam, walaupun dengan simulasi penapisan, dia mengikut gambaran Song Shuhang tentang penapisan Cecair Penguat Badan dan menemui beberapa perkara menarik.

Namun, simulasi penapisan hanya satu simulasi sahaja, banyak perkara mungkin terlepas perhatian, oleh itu dia masih mahu memerhati cara Shuhang menapis Cecair Penguat Badan sekali untuk mengesahkan beberapa butiran.

"Sekarang?" Song Shuhang tengok masa—kelas ketiga sudah separuh habis, masa sekarang sudah pukul sembilan setengah lebih.

"Ada masalah ke?" Mahaguru Ubat terpegun dan bertanya.

"Tidak cukup masa, satu jam setengah kemudian, kelas-kelas pagi akan berakhir dan ia akan menjadi masa makan tengah hari." Song Shuhang menjelaskan.

"Oh, saya hampir lupa, orang biasa perlu makan. Susahnya, pertapa hanya perlu satu pil untuk menyelesaikan masalah remeh ini." Mahaguru Ubat bergumam. Sebentar lagi, dia tanya lagi, "Kawan Kecil Shuhang, awak ada masa waktu petang? Kita menapis Cecair Penguat Badan bersama-sama petang nanti?"

"Petang… saya ada kelas?" Song Shuhang berkata. Dia patut meminta cuti, lagipun dia sudah menyediakan surat bertulis.

"Awak ada kelas? Saya hampir lupa yang awak ni pelajar. Oleh itu, siapa cikgu kelas petang awak?" Mahaguru Ubat bertanya dengan semulajadi.

Soalan ini membuatkan Shuhang tidak selesa!

"Senior, minta maaf kerana berterus-terang. Walaupun saya percaya Senior seorang yang mulia, tetapi saya perlu Tanya, adakah awak sedang berfikir untuk memasukkan cikgu kelas petang saya ke dalam hospital?" Song Shuhang bertanya dengan serius—tragedi-tragedi yang disebabkan oleh Bulu Lembut berasa seperti mereka baru berlaku semalam! Alamak, baru berlaku kelmarin.

"Ahaha, awak pun berfikir tentang cara penyelesaian tu juga? Idea yang baik kan? Kalau awak menghantar cikgu ke hospital, awak akan lapang petang nanti, betul? Jangan risau, saya boleh mengawal kecederaannya, patah satu kaki pun cukup." Mahaguru Ubat bercakap seperti ia hanya hal kecil.

Menghantar seorang guru ke hospital dengan kaki patah sambil berlagak selamba, adakah ini tradisi yang dibanggakan Kumpulan Nombor Satu Sembilan Wilayah?

avataravatar
Next chapter