webnovel

Akhbar Pertapa

編輯: EndlessFantasy Translation

Di persimpangan Laut China Timur dan Lautan Pasifik, terdapat sebuah pulau misteri yang tidak pernah muncul dalam mana-mana peta dunia. Pulau ini disembunyikan oleh kuasa ghaib yang mengelakkan manusia daripada menjumpainya. Alat yang paling canggih pun tidak akan dapat mengesan pulau ini.

Inilah kawasan liputan Roh Kupu-kupu Yang Mulia—Pulau Roh Kupu-kupu.

Banyak Kupu-kupu besar berterbangan di seluruh pulau, inilah ciri-ciri utama tempat ini.

Di kalangan mereka, terdapat kupu-kupu yang sebesar singki turun dari udara dan berhenti di depan gadis kecil di pulau tersebut, dengan sesuatu di belakangnya… senaskhah suratkhabar.

Ya, senaskhah suratkhabar.

"Minta maaf kerana menyusahkan awak." Bulu Lembut menghulurkan tangannya untuk mengambil suratkhabar di belakang kupu-kupu tersebut dan duduk pada kerusi batu di dalam astaka, rambut panjangnya diikat ke atas.

Ia kelihatan seperti suratkhabar biasa, tiada banyak perbezaan dengan yang ada di dunia biasa, tetapi kandungan agak berbeza.

Berita Utama: Mahaguru salah satu daripada empat sekta pedang, Sekta Pedang Panjang Umur Timur, telah bergaduh dengan pasangan dao dia kelmarin. Dia bersumpah dia akan menceraikan pasangan daonya. Tetapi, sampai masa berita dipaparkan, ia dilaporkan mahaguru sekta tersebut telah melutut selama satu hari pada sebuah 'durian besi infiniti', menjerit dengan kuat: "Saya bersalah, tolong maafkan saya. Saya bersalah, tolong maafkan saya…"

Mahaguru Sekta Pedang Panjang Umur Timur biasanya kelihatan sifat kelelakian, menawan dan agak popular di kalangan pertapa perempuan; tetapi, pasangan daonya kelihatan seperti perempuan yang lemah lembut.

Oleh itu, tidak terkejutlah berita gosip ini dipaparkan sebagai berita utama.

Di muka surat lain, ia dilaporkan anak murid Sekta Syaitan Infiniti, Raja Syaitan Penzalim Gila, muncul di suatu kawasan di China Timur, oleh itu para pertapa harus berjaga-jaga dan elak daripada membangkitkan kemarahannya. Setiap anak murid Sekta Syaitan Infiniti mempunyai sifat yang keterlaluan dan tidak dapat diduga. Raja Syaitan Penzalim Gila merupakan pengecualian dalam seluruh Sekta Syaitan Infiniti, dan dia tidak berbahaya kepada manusia dan haiwan—asalkan tiada orang membangkitkan kemarahannya. Dengan itu datanglah masalahnya—secara kebetulannya Raja Syaitan Penzalim Gila mempunyai kebolehan pasif semula jadi yang akan menyebabkan orang lain membangkitkan kemarahannya. Semasa dia berjalan sambil makan kebab daging, orang lain tiba-tiba akan berasa tidak berkenan dengannya dan datang untuk membangkitkan kemarahannya. Ia tidak menjadi masalah jika dia tidak kisah, tetapi sebagai anak murid Sekta Syaitan Infiniti, dia juga mempunyai sifat yang tidak dapat diduga. Oleh itu berlakulah pembunuhan disebabkan kebab daging…

Di samping itu, ia dilaporkan kebelakangan ini, seorang pertapa telah menjadi kaya dengan berjudi dengan batu rohani kasar.

Dan juga, seorang pertapa senior berjaya menyeberangi lautan dan sampai ke Barat untuk mencabar dewa asal tempatan dan mengambil semua khazanah mereka. Dalam beberapa tahun ini, dewa asal tempatan di Barat selalu terkejut dengan cabaran yang tidak diduga oleh rakan sejawat Timur mereka.

Terdapat juga muka surat istimewa untuk pertapa memaparkan iklan pembelian, penjualan, atau perdagangan khazanah semula jadi. Jika sesiapa berasa harganya berpatutan, atau memerlukan apa-apa khazanah, dia boleh menghubungi pemilik atau membuat perjanjian dengan akhbar itu sebagai orang tengah.

Inilah akhbar istimewa untuk pertapa. Berbeza dengan suratkhabar dunia biasa, kandungannya agak rambang dan meliputi hampir semua perkara, termasuk berita gosip, risikan, perdagangan, amaran keselamatan, dan sebagainya.

'Eh? Inikah "pulau misteri terapung" yang saya terdengar kebelakangan ini?' Bulu Lembut melihat mesej yang menarik hatinya.

Ia dilaporkan beberapa orang pertapa telah menjumpai 'pulau misteri terapung' legenda yang dibincangkan oleh orang kebelakangan ini, di atas Laut China Timur. Dia seolah-olah nampak pulau misteri itu penuh dengan bunyi burung, keharuman bunga, qi rohani, dan juga banyak makhluk yang sudah pupus.

Mungkin ia merupakan tempat kediaman seorang pertapa dari zaman kuno? Atau alam istimewa di dalam satu alam? Satu serpihan dunia atau benda seprti itu?

Di tempat seperti ini, krisis dan peluang wujud bersama-sama. Ia merupakan tempat ajaib yang bagus untuk pengembaraan.

Pertapa tersebut hanya mempunyai masa untuk mengambil beberapa gambar, sebab pulau misteri itu hilang semasa dia ingin memasukinya untuk pengembaraan.

'Laut China Timur, tidak jauh dari sini.' Bulu Lembut berminat. 'Mungkin saya patut mencari peluang untuk melarikan diri lagi sekali?'

Kaki panjangnya yang kelihatan seperti jed bersilang dan bergerak dengan lembut. Jari kaki yang kecil dan lut cahayanya terdedah dalam kasut sandal yang sedang dipakai, yang telah dibeli oleh Song Shuhang untuknya pada hari itu.

"Awak tengah baca apa, Bulu Lembut?" suara yang lembut dan tenang berbunyi, dan seorang lelaki pertengahan umur yang kacak hadir di belakang Bulu Lembut. Dia sangat kacak, kekacakan yang tidak dapat digambarkan, kekacakan yang keterlaluan—dialah Roh Kupu-kupu Yang Mulia, pemilik Pulau Roh Kupu-kupu.

"Saya tengah baca Berita Harian Pertapa. Ayah, saya jumpa tempat yang sangat menarik. Awak sangat lapang beberapa hari ni kan? Boleh tak teman saya ke sana?" Mata Bulu Lembut bersinar dan dia memegang suratkhabar itu dengan dua tangan, penuh dengan harapan.

"Awak nak keluar untuk berseronok lagi?" Roh Kupu-kupu Yang Mulia meninggikan bulu kening, dan tersenyum dengan penuh kasih sayang, "tapi, dalam beberapa hari ni, awak harus membiasakan diri dengan 'kontrak pendinding' roh hantu dulu. Selepas awak berjaya untuk membuat kontrak dengan roh hantu, saya akan membawa awak keluar untuk berseronok. Inilah janji awak kepada saya. Awak tak nak mungkir janji awak, kan?"

Walaupun dia menyelinap keluar untuk berseronok, ayahnya, Roh Kupu-kupu Yang Mulia, tidak memarahinya. Dia hanya memesan dia perlu menguruskan semua perkara yang dibawa baliknya. Oleh itu, sebelum dia berjaya untuk mencapai kontrak dengan roh hantu itu, dia perlu tinggal di Pulau Roh Kupu-kupu.

"Saya tak akan mungkir janji. Meskipun seratus, tak, seribu kuda pun tak boleh menarik balik kata-kata saya!" Bulu Lembut berkata dengan tegas, dan selepas itu bermuka pahit. Dia tidak tahu untuk mencapai kontrak dengan roh hantu merupakan perkara yang menyusahkan. Dia sudah gagal beberapa kali.

"Berusaha lagi ya." Roh Kupu-kupu Yang Mulia memandang kasut sandal kepunyaan anak perempuannya.

Mereka kelihatan ketinggalan zaman dan agak murah.

Dia tidak pernah melihat anak perempuan memakai kasut ini sebelum ini. Adakah dia membelinya semasa menangkap roh hantu kebelakangan ini?

Walaupun kasut sandal itu tidak begitu cantik, ia merupakan kali pertama anak perempuannya membeli sesuatu dengan sendiri. Sekurang-kurangnya dia boleh menggalakkannya sedikit.

Dia merupakan ayah yang baik.

Dengan fikiran ini, Roh Kupu-kupu Yang Mulia berkelakuan seperti dia suka kasut sandal ini dan mengangguk, "Bila awak beli kasut sandal ni? Bagusnya citarasa awak, memanglah anak saya ni!"

Ayah yang penyayang ini cuba untuk memuji anak kesayangannya dengan lebih, tapi memandangkan kasut sandal ini kelihatan begitu murah, dia tidak dapat memujinya dengan lebih lagi.

"Hehe, ayah, awak suka ni juga?" Bulu Lembut mengekek, mengangkat kaki kecilnya, dan menjawab dengan gembira, "Senior Song membelikannya untuk saya selepas kami menangkap roh hantu itu. Kasut saya dah patah semasa cuba menangkap roh hantu. Nampaknya dia pun ada citarasa yang bagus. Tengok, ayah pun suka kasut yang dibeli."

Senyuman Roh Kupu-kupu Yang Mulia menjadi kaku. Dia berasa sesak nafas, seperti dia dipaksa oleh seseorang untuk memakan ta*i.

Senior Song, seperti yang disebut oleh anak perempuannya, merupakan ahli grup yang menolongnya semasa dia cuba untuk menangkap roh hantu.

Anak perempuannya sangat mengambil berat tentang Senior Song.

Yang paling penting, Senior Song ini seorang lelaki!

Nampaknya Liu Jianyi, anak murid pertamanya, tidak melaporkan semua perkara yang telah berlaku. Pemalas betul, dia memang patut dipukul!

Ketika berfikir tentang pemalas itu, hujung bibirnya bergetar-getar. Pemalas itu berlatih 'Teknik Pernafasan Penyu' kerana terlalu malas untuk bernafas! Malah dia mendakwa dia berbuat begitu kerana dia seorang penyokong penjimatan tenaga...! Roh Kupu-kupu Yang Mulia berasa dia pastinya buta ketika memilih lelaki ini untuk menjadi pewarisnya.

Celaka, dia berasa lebih sesak nafas apabila berfikir tentang pemalas ini!

Kalau berterusan seperti ini, mungkin dia harus membawa 'Penenang Hati Bertindak Pantas' bersamanya?

❄️❄️❄️

Dalam perjalanan balik ke kolej, Song Shuhang tertanya-tanya bagaimana dia boleh mendapatkan peluang untuk mengumpul pengalaman pertarungan sebenar—adakah dia perlu mencari budak jahat untuk berlawan?

Lagipun, dia patut berlatih <Teknik Penumbuk Buddha Asas> lebih kurang pukul 4 atau 5 petang ini.

Dengan keadaan fizikalnya sekarang, ia akan mengambil masa lebih kurang 23 jam jika mahu memulihkan kuantiti qi dan darah untuk berlatih teknik tumbukan.

Erti kata lain, sekarang dia hanya mempunyai satu peluang untuk berlatih teknik tumbukan setiap hari. Jika dia hendak mencapai Penubuhan Asasi dalam masa 100 hari, dia perlu mengambil setiap peluang dan tidak membazir masa.

Sememangnya, kadar pemulihan kuantiti qi dan darah dalam badan manusia boleh ditingkatkan setelah kekuatan badan ditingkatkan. Seseorang itu mampu bertapa sebanyak satu dozen kali dalam sehari selepas mencapai alam-alam akhir dalam Tahap Satu.

Tambahan itu, untuk mempercepatkan kadar pemulihan kuantiti qi dan darah seseorang itu juga boleh memakan pil seperti 'pil qi dan darah'. Pertapa Bebas Sungai Utara telah memberitahunya tentang 'pil qi dan darah', yang diperbuat daripada bahan ubatan yang sangat berharga. Berbeza daripada 'cecair penguat badan', ia merupakan pil berpangkat satu yang sebenar.

Selepas mengambil satu 'pil qi dan darah', dalam setengah jam, seorang pertapa dalam Penubuhan Asasi seperti Shuhang boleh memulihkan kesemua kuantiti qi dan darahnya.

Pil jenis ini bukan sahaja boleh digunakan oleh pertapa dalam Penubuhan Asasi, tetapi juga digunakan oleh mereka yang berada dalam Alam Lima Bukaan Tahap Satu untuk meningkatkan kuantiti qi dan darah dalam badan.

Alangkah baiknya jika dia boleh mendapatkan beberapa pil qi dan darah. Kalau ada, dia boleh mencapai Penubuhan Asasi dengan lebih cepat dan mungkin boleh mempunyai peluang yang lebih baik jika bertembung dengan penyerang hendap bukan? Sekarang, dia betul-betul perlu meningkatkan kekuatannya!

Rasanya seperti... saya sedikit tamak.

Tanpa disedari, dia berjalan sampai ke lorong kawasan Jalan Bertuah.

Hari ini, dia tidak nampak gadis berambut pendek yang terperangkap dalam posisi 'Kabedon'. Mungkin sebab sekarang terlalu awal dan dia belum bangun lagi?

Tidak ada banyak orang di lorong ini.

Ia sangat sunyi.