65 Mencari Jejak Musuh

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Inilah kali pertama Song Shuhang melihat ruangan ini kerana sebelum ini dia hanya menumpukan perhatian kepada log mesej. Dia tidak pernah tahu terdapat begitu banyak folder di dalam ruangan grup.

Fail-fail ini mungkin mengandungi ilmu yang akan membantu pertapa senior yang baru mengakhiri pertapaan terpencil untuk asimilasi ke dalam masyarakat moden dengan cepat. Tetapi, memandang folder ini menimbulkan kesangsian. Rupanya kad ID dan maklumat peribadi boleh dicipta sesuka hati? Dan kebolehan tersembunyi Kumpulan Nombor Satu Sembilan Wilayah termasuk pengaruh dalam dunia manusia biasa.

"Senior, siapa Xian Gong Yang Arif ni?" Song Shuhang menunjuk kepada folder terakhir dan bertanya. Tragedi apa ini?

Apabila Mahaguru Ubat mendengar soalan ini, dia mempunyai ekspresi yang kesal. "Ah, itulah senior yang berkuasa hebat.

Ia agak-agak dua ratus tahun dahulu. Xian Gong Yang Arif secara rahsia telah menjumpai tempat yang tiada kesan habitat manusia dan bermulalah pertapaan pemencil. Lebih kurang seratus tahun selepas itu… semasa menikmati pertapaan pemencilnya, tiba-tiba, sesuatu yang dipanggil bom atom terjatuh dan meletup di tempatnya.

Bagaimana saya harus bercakap, masa itu ia betul-betul berbahaya! Kalau bukan kerana Xian Gong Yang Arif seorang yang berkuasa dan tempat pertapaan pemencilnya mempunyai lebih seratus lapisan susunan pertahanan, dia mungkin akan mati masa itu. Tambahan lagi, meskipun dia mampu menjaga nyawanya, senior tersebut perlu berehat berpuluh tahun sebelum dia boleh pulih. Sekarang, nama bom atom merupakan perkataan terlarang. Sesiapa yang berani menyebutnya di depan dia, dia akan memutuskan hubungan dengan mereka."

Song Shuhang berasa Senior Xian Gong ini memang seseorang yang hebat. Kebolehan untuk terselamat daripada senjata terhebat manusia pada masa kini—serangan terus bom atom. Dia hanya boleh tunduk sebagai tanda hormat secara senyap.

Apabila Mahaguru Ubat bercakap sampai sini, dan masih ketakutan sambil menyambung. "Dalam beberapa tahun ini, kemajuan manusia biasa terlalu cepat dan pertapa seperti kita, yang selalu menjalankan pertapaan pemencil bertahun- tahun lamanya, berasa sukar untuk mengejar kemajuan. Rakan Dao yang baru keluar dari pertapaan pemencil perlu mempelajari banyak pengetahuan am. Lagipun, sikap manusia yang terburu-buru juga semakin mengembang, dan semakin kuat dari sehari ke sehari. Ia dikatakan jumlah senjata nuklear di seluruh dunia cukup untuk menghapuskan manusia berpuluh atau beratus kali, bukan? Saya tak tau adakah itu benar. Tetapi, sekarang banyak senior berasa bimbang pada suatu hari nanti, selepas mereka keluar dari pertapaan pemencil, dunia mungkin telah dimusnahkan. Tapi ini masih boleh dihadapi—apa yang lebih merisaukan, mungkin satu hari nanti, semasa mereka sedang bertapa, tanpa disedari beberapa ratus senjata nuklear akan terjatuh dari langit dengan tiba-tiba. Mereka akan mati tanpa tau apa sebabnya bukan?"

Tidak mungkin beberapa ratus senjata dijatuhkan di satu tempat bukan? Tidak kira betapa gilanya manusia, mereka tidak akan menjatuhkan begitu banyak senjata nuklear di satu tempat. Song Shuhang hendak berkata begitu tetapi dia tiba-tiba teringat akan situasi unik yang dipanggil 'menghapuskan senjata nuklear'.

Dia tidak boleh bercakap dengan pasti, mungkin satu tempat itu betul-betul boleh diserang dengan banyak senjata nuklear dan akhirnya dimusnahkan, dan seterusnya diletupkan?

"…" pada masa ini, dia tidak tahu ekspresi apa yang patut diguna untuk menghadapi Mahaguru Ubat.

Dia selalu berasa selepas bertemu dengan rakan Dao Kumpulan Nombor Satu Sembilan Wilayah, pandangan tentang pertapa di dalam imaginasinya asyik dihancurkan. Apa yang telah berlaku kepada imej seorang yang sangat menakjubkan, di mana pertapa abadi yang sepatutnya lemah lembut? Dia tidak nampak bayangan satu orang pun sekarang.

"Dah jumpa, inilah dia." Pada masa itu, setelah mencari untuk masa yang lama di dalam ruangan grup, Mahaguru Ubat berjaya untuk menjumpai satu fail.

< Penyelidikan Dan Perbincangan Tentang Kegunaan Asas Pengumpulan Tenaga Mental— Si Mabuk Rembulan Yang Arif >

Mahaguru Ubat menjelaskan, "Maklumat yang awak nak ada di sini, seperti menggunakan tenaga mental untuk mencari penyerang hendap dan kaedah seorang pemburu. Terdapat juga cara untuk pertapa Penubuhan Asasi meningkatkan kebolehan menggunakan tenaga mental, dan juga cara untuk meningkatkan rasa derianya. Ia sebenarnya agak senang, nanti awak tengok dengan sendiri dan cuba untuk melatihnya. Fail ini dibekalkan oleh Si Mabuk Rembulan Yang Arif secara percuma dan tak perlu apa-apa bayaran."

Seperti semua pakar di dalam grup yang lain, tahap kegunaan asas tenaga mental ini terlalu rendah untuk mereka. Seperti Mahaguru Ubat yang telah membuatkan Resipi Cecair Penguat Badan Versi Mudah terbuka kepada semua, orang yang menggunakannya secara automatik akan terhutang budi dengannya manakala orang yang tidak menggunakannya boleh tengok-tengok sahaja.

Mahaguru Ubat bercakap lagi. "Kalau ada apa-apa yang tak pasti, boleh datang dan tanya saya. Saya akan menyusun bilik penapisan pil pada waktu pagi sebelum ada masa lapang pada waktu petang. Masa tu, saya hanya perlu awak membantu saya dalam eksperimen Resipi Cecair Penguat Badan."

"Terima kasih, Senior." Song Shuhang menjawab dan nampak nama penulis, 'Si Mabuk Rembulan Yang Arif'. "Hmm, nama Si Mabuk Rembulan Yang Arif macam pernah dengar."

Dia agak-agak ingat yang senior ini selalu muncul dalam grup sembang, tetapi kenapa dia selalu tidak dapat mengingatinya?

"Haha, awak tak perlu kisah tentang Si Mabuk Rembulan Yang Arif. Kalau satu hari nanti awak akhirnya dapat mengingatinya, awak akan panggilnya sebagai Raja Pendeta Si Mabuk Rembulan."

"Raja Pendeta? Itu suatu alam ke?" Song Shuhang bertanya. Dia tahu bahagian depan beberapa nama Dao senior berkaitan dengan alam pertapaan mereka. Sebagai contoh, pentadbir utama grup Raja Agung Gunung Kuning, penolong pentadbir Pertapa Ketujuh Hemah Agung Yang Mulia, dan ayah Bulu Lembut yang dipanggil Roh Kupu-kupu Yang Mulia.

"Itulah Alam yang saya mampu memandang dari jauh, tapi tak pasti jika boleh dicapai. Menunjukkan ciri kedewaan di khalayak ramai, itulah Pemikir Pendeta Tahap Kelapan. Ia juga alam yang ingin dicapai oleh Yang Mulia di dalam grup." Mahaguru Ubat ketawa dengan kuat. "Alam itu sangat jauh bagi awak, tak payah fikir terlalu banyak dulu."

Song Shuhang mengangguk dan melihat masa. Ia sudah 6:37 pagi, dan dia perlu bersedia untuk menghadiri kelas pagi.

Sebelum beredar, dia bertanyakan isu yang lain. "Oh ya, Senior, nak tanya, ada tak apa-apa manfaat untuk saya sekarang jika mempunyai pengalaman pertarungan yang sebenar? Selepas saya bertarung dengan seorang semalam, walaupun hanya bertukar dua pergerakan, saya berasa pemahaman saya terhadap <Teknik Penumbuk Buddha Asas> telah meningkat dalam proses tersebut."

"Pengalaman Pertarungan sebenar memang boleh mendalamkan pemahaman awak tentang Teknik Tumbukan. Ia sama seperti orang yang hanya membaca buku hanya boleh bercakap tentang taktik tentera atas kertas. Dengan mempelajari dan menggunakannya, pengalaman pertarungan sebenar boleh memberikan beberapa manfaat kepada awak. Jika ada masa, cuba dapatkan banyak pertarungan." Mahaguru Ubat berkata dengan berkenan.

"Terima kasih, Senior, saya pergi dulu!" Song Shuhang melambaikan tangan.

Apabila sampai di pintu keluar, dia teringat satu lagi soalan dan memusing balik untuk bertanya dengan segan, "Erm, Senior, ada soalan terakhir. Selepas terkena racun awak, perlukah mereka membeli apa-apa bahan ubatan yang boleh didapati di farmasi ubat tradisional biasa?"

Mahaguru Ubat bertanya. "Adakah awak ingin menggunakan jejak ini untuk mencari pembunuh hendap yang diracuni itu? Oleh kerana dia dah kena racun, dia sepatutnya dah mati sekarang."

"Tetapi, pembunuh hendap itu kelihatan seperti mempunyai rakan subahat. Kalau saya rakan subahatnya dan tau dia mati kerana terkena racun, saya pasti akan cuba untuk mencegah kesan racun ini dan menyediakan cara untuk detoksifikasikannya. Persediaan mengelakkan bahaya!" Song Shuhang terfikir dan menjawab. "Kalau saya dapat mencari rakan subahatnya, mungkin saya ada peluang untuk mengikuti jalar pokok untuk mendapatkan buah dan mencari dalangnya. Ada kemungkinan juga, rakan subahat inilah dalang yang sebenar!"

"Untuk menganalisis situasi dengan tenang dan penuh perhatian apabila mengalami sesuatu kejadian merupakan tabiat yang bagus. Teruskan usaha awak ya." Mahaguru Ubat tersenyum. Sambil bercakap, dia mengeluarkan sekeping kertas dan pen dan cepat menulis beberapa nama ubat di atasnya.

"Selagi pihak lain merupakan pertapa yang ada ilmu tentang ubat dan racun, selepas bersentuhan dengan 'racun toksik' ini, mereka sekurang-kurangnya akan cuba mengumpulkan empat bahan ubatan ini. Tapi sebenarnya, empat bahan ubatan ini tak berguna." Mahaguru Ubat bercakap dengan bangga.

Kerja kebanggaannya tidak begitu senang untuk dicegahkan. Bahan ubatan yang akan difikirkan oleh pihak lain merupakan kesulitan yang tidak akan diduga. Dua daripada bahan ubatan ini sebaliknya akan menyebabkan kesan racun ini meningkat.

"Lagipun, empat bahan ubatan ini tidak mudah untuk didapati. Saya rasa hanya beberapa farmasi saja di seluruh Daerah Jiangnan ini akan ada bahan ubatan ini. Ini juga akan memudahkan awak mencari orang yang membeli bahan ubatan ini. Jika pihak lain memang ada membeli bahan ubatan ini, mereka pasti akan meninggalkan petunjuk." Mahaguru Ubat menambah.

"Terima kasih, Senior." Song Shuhang mengambil kertas itu.

Dalam situasi ini, dia tidak tahu macam mana untuk memulakan pencariannya, tapi sekurang-kurangnya dia mempunyai petunjuk ini. Seterusnya, dia perlu memegang kuat petunjuk ini dan mencari dalangnya.

avataravatar
Next chapter