webnovel

Topeng Kecantikan (1)

編輯: EndlessFantasy Translation

"Suka dengan apa yang kamu lihat?" Jun Wu Xie bertanya dengan tiba-tiba. Suaranya tidak berperasaan dan dingin. Gema suaranya di dalam ruang bawah tanah ini kedengaran seperti hanya satu khayalan.

Wajah Ke Cang Ju menguntum senyuman. Matanya kelihatan hampir menggila dan dia langsung tidak mendengar apa yang Jun Wu Xie katakan. Dia merenung bayang di dalam air itu, tidak mampu berpaling. Kemudian dia mengangkat tangannya yang sedang menggeletar untuk menyapu kesan darah pada muka yang sempurna itu.

Kecantikan seperti ini tidak boleh dibiarkan mempunyai sebarang cela.

Dia membersihkan darah itu dengan lembut, sedikit demi sedikit. Sepanjang tempoh itu, dia mengagumi ketampanan dirinya.

Tiba-tiba, imej bayang di dalam air menunjukkan ada rekahan pada muka yang tampan itu. Kulit senipis kertas itu merekah dan mula berdarah!

"TIDAK! TIDAK! JANGAN! JAAANGAAN!!!" Ke Cang Ju memandang muka di dalam air itu yang beberapa saat tadi kelihatan sempurna. Lebih banyak rekahan muncul sedikit demi sedikit. Pandangan matanya bertukar daripada kagum menjadi gerun. Dia mengangkat tangan ke mukanya dan cuba menyelamatkan wajahnya.

Perbuatan itu sia-sia sahaja dan mustahil dapat dilakukan. Kulit muka Ke Cang Ju ketika itu ibarat kulit yang diregangkan di permukaan gendang dan kulit senipis kertas itu tidak dapat menahan daya tarikan itu, lalu mula koyak.

Carikan demi carikan muncul di seluruh wajah Ke Cang Ju, seolah-olah ada orang telah menoreh mukanya dengan pisau. Keadaannya amat memualkan.

Ke Cang Ju hilang akal, menggenggam mukanya dengan kuat dan merasakan kegerunan yang tidak pernah dirasainya sebelum ini!

Wajahnya yang tampan itu tidak boleh musnah!

"TIDAAAK!!!"

"TDAAAKKKK!!!"

"Apa yang beri pada aku?" Ke Cang Ju berpusing menghadap Jun Wu Xie. Dia menyedari perubahan yang berlaku itu bermula sebaik dia menelan Pil Pereput Tulang yang Jun Wu Xie berikan!

Jun Wu Xie berdiri sambil berpeluk tubuh dan memandang Ke Cang Ju tanpa sebarang perasaan.

"Kamu yang kata pil itu ialah Pil Pereput Tilang, bukan? Salahkah?"

Ke Cang Ju tidak terkata apa-apa. Sememangnya dia menganggap pil yang Jun Wu Xie berikan kepadanya itu ialah Pil Pereput Tulang kerana rupa bentuk dan baunya sama sahaja.

Tapi kini dia percaya dia bersikap amat naif.

Eliksir itu telah memberikan kesan ke atas badannya dan langsung tidak menyerupai Pil Pereput Tulang.

"Apa itu? Apa sebenarnya yang kau berikan pada aku? Muka aku!! Kembalikan muka aku!!" Tangan Ke Cang Ju masih lagi memegang mukanya sewaktu dia merenung Jun Wu Xie. Darah mengalir dari tangannya, bercampur dengan cebisan-cebisan daging.

Jun Wu Xie menjawab dengan suara yang lembut dan tenang.

"Topeng Kecantikan."

"Apa?" Ke Cang Ju bingung. Dia tidak pernah mendengar nama pil ini.

"Pil yang saya berikan itu dinamakan Topeng Kecantikan. Tak kira betapa hodohnya seseorang itu, asalkan mereka menelan pil ini, mereka akan mendapat wajah yang cantik." Jun Wu Xie mengecilkan matanya dan senyumannya menjadi semakin berseri-seri, ibarat mentari musim bunga. "Tetapi kecantikan itu hanya bertahan sekejap saja."

Sangat sekejap, lama sedikit daripada satu kelipan mata.

Ke Cang Ju memandang Jun Wu Xie dengan perasaan tidak percaya. Pada mulanya dia menyangkakan pil yang Jun Wu Xie tunjukkan tadi ialah Pil Pereput Tulang, tetapi rupa-rupanya pil itu ialah sesuatu yang tidak pernah didengarinya sebelum ini….Topeng Kecantikan.

Topeng Kecantikan ini telah memaksa dia menghadapi nasib yang lebih menyeksakan berbanding kematian!

"Beri balik muka aku….. Kembalikan….." Kesakitan pada wajahnya semakin memuncak. Ke Cang Ju bergeliang-geliut sewaktu dia rebah ke lantai. Dia tidak dapat lagi melindungi wajahnya dan merangkak dengan bersusah-payah untuk mendapatkan Jun Wu Xie. Rambutnya kusut-masai, mukanya berdarah. Dia langsung tidak kelihatan seperti Tuan Tua Puncak Berawan yang kejam dan angkuh sepertimana sehari yang lalu sewaktu penilaian akhir para rekrut.

"Apa saja yang kau mahu, aku akan berikan. Kembalikan saja wajah aku. Kalau kau kembalikan…" Ke Cang Ju tidak pernah berasa gerun seperti itu. Wajah yang diidamkannya akhirnya sudah menjadi miliknya tetapi musnah dalam sekelip mata. Dia kini lebih hodoh daripada sebelumnya.

Setelah merasai perasaan memiliki wajah yang tampan, dia tidak dapat menangani kehilangan yang memilukan ini. Sekarang ini, dia tidak mungkin dapat menerima keadaan wajahnya yang semakin hodoh!