webnovel

Perubahan Mengejutkan di Zephyr (2)

Dịch giả: EndlessFantasy Translation Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Selama bertahun-tahun ini Fan Qi dan Ning Rui sering makan bersama-sama. Ning Xin pula meninggal dunia setelah rancangannya untuk membunuh Fan Jin telah dibongkar. Pada ketika itu, Ning Rui dengan bijaknya memilih untuk mengorbankan anaknya sendiri demi melindungi dirinya. Dalam keadaan begitu tentulah Fan Qi sering berasa bersalah terhadap Ning Rui dan tidak akan berwaspada dengannya.

Jun Wu Xie tidak menyangka sebaik mereka pergi dari Akademi Zephyr, Fan Qi akan meninggal dunia secara tiba-tiba.

Hal ini pasti tidak mudah dapat diterima oleh Fan Jin dan Fan Zhuo.

Jun Wu Xie menundukkan kepalanya untuk mempertimbangkan situasi ini seketika. Kemudian dia berkata, "Buat sementara waktu, jangan beritahu Fan Zhuo tentang hal ini."

"Baiklah Cik Muda," kata Ye Sha.

Sewaktu Fan Zhuo kembali, Ye Sha sudah pun beredar dari situ. Pelayan rumah tumpangan menyediakan meja makan yang penuh hidangan. Fan Zhuo tersenyum sambil menjemput Jun Wu Xie untuk duduk dan makan.

Tak ada apa yang dapat dilihat melalui perwatakan tenang Jun Wu Xie. Setelah dua suapan, dia tiba-tiba meletakkan kembali kayu penyepitnya.

"Saya nak pulang ke Akademi Zephyr."

Fan Zhuo menjeling sekilas pada Tuan Embek Embek yang berada di atas katil lalu bertanya dengan ragu-ragu, "Tuan Embek Embek sudah cukup kuat untuk menempuh perjalanan?"

Jun Wu Xie menggelengkan kepala, "Saya ada sesuatu di hutan buluh yang boleh merawat keadaan Tuan Embek Embek. Kamu perlu tinggal di sini untuk memerhatikannya kerana buat masa sekarang Tuan Embek Embek tidak boleh banyak bergerak."

"Saya?" Fan Zhuo terkejut.

"Apa kata kamu beritahu saya apa bendanya dan saya akan dapatkannya untuk kamu. Kalau kamu pergi dari sini dan ada apa-apa berlaku pada Tuan Embek Embek, saya bimbang tak akan dapat menguruskannya."

"Saya perlu hasilkan ubat di sana dan kamu pun tak boleh tolong saya lakukannya. Jangan bimbang, saya dah stabilkan keadaan Tuan Embek Embek. Saya juga akan tinggalkan sedikit ubat. Kamu hanya perlu biarkan Tuan Embek Embek berendam di dalam mandian berubat itu tiga kali sehari. Itu saja." Jun Wu Xie diam seketika sebelum menyambung, "Tapi ingat satu perkara. Saya perlukan kamu untuk memerhatikan Tuan Embek Embek dnegan teliti sepanjang tempoh ini. Kalau berlaku apa-apa yang tak dijangka, cepat-cepat hantar orang ke Akademi Zephyr untuk maklumkan pada saya. Kamu boleh suruh pelayan naik ke sini untuk menghantar makanan pada setiap hari."

Fan Zhuo mengangguk dan tidak lagi membantah.

"Baiklah, saya akan ikut kemahuan kamu."

Jun Wu Xie meneruskan makan sambil menahan matanya daripada menunjukkan sebarang perasaan.

She tidak berniat mahu membiarkan Fan Zhuo tahu tentang kematian Fan Qi pada ketika ini. Fan Zhuo mungkin seorang yang bijak, tetapi Fan Zhuo adalah seseorang yang disayangi dan amat bermakna baginya. Malah Fan Zhuo pernah mempertaruhkan nyawanya untuk melindungi Fan Qi dan Fan Jin. Pastilah dia akan bergegas pulang ke Akademi Zephyr jika dia tahu tentang kematian Fan Qi.

Situasi sebenar di Akademi Zephyr tidak begitu jelas. Setelah kematian Fan Qi, Ning Rui yang memegang jawatan Naib Guru Besar pastilah akan mendapat jawatan Fan Qi. Kalau Fan Zhuo pulang ketika ini, Ning Rui akan berkomplot untuk mengapa-apakan dia. Di dalam situasi yang akan menyebabkan Fan Zhuo marah dan bertindak terburu-buru, Jun Wu Xie tak pasti dia akan bertindak dengan wajar.

Jadi Jun Wu Xie memutuskan untuk kembali ke Akademi Zephyr untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai situasi itu.

Jun Wu Xie juga tidak memberitahu Fan Zhuo hal sebenar di tentang keadaan Tuan Embek Embek. Sebenarnya, Tuan Embek Embek hanya perlu berehat sehari dua sahaja lagi sebelum dapat menempuh perjalanan dengan selamat. Tetapi Jun Wu Xie memerlukan alasan untuk membuatkan Fan Zhuo terus kekal di Bandar Chan Lin. Kecederaan Tuan Embek Embek merupakan alasan yang paling mudah dan boleh dipercayai.

Fan Zhuo disuruh memerhatikan Tuan Embek Embek sepanjang hari dan tidak dibenarkan keluar dari bilik untuk mengelakkan dia daripada mengetahui tentang kematian Fan Qi daripada orang lain.

Fan Zhuo yang sedang duduk berhadapan dengan Jun Wu Xie terus menikmati hidangan. Tidak pernah dia terfikir yang pada ketika ini ayah angkatnya sudah pun meninggal dunia.

Tiga hari kemudian, Jun Wu Xie mengucapkan selamat tinggal pada Fan Zhuo dan Tuan Embek Embek. Dia menaiki kereta kuda yang akan membawanya kembali ke Akademi Zephyr.

"Ning Rui, saya benar-benar mahu lihat kekecohan apa yang kamu cetuskan di Akademi Zephyr," kata Jun Wu Xie sambil mengecilkan matanya yang kelihatan begitu berbahaya.