webnovel

Jed Penenang Roh (1)

Dịch giả: EndlessFantasy Translation Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Jun Wu Xie meminta mereka meninggalkan Jun Gu di halamannya. Disebabkan dia tidak boleh menyentuh Jed Roh, Jun Wu Xie hanya boleh memeriksa tubuh fizikal Jun Gu.

Apa yang ditemui melangkaui jangkaannya. Tubuh badan Jun Gu seolah-olah telah dibekukan sewaktu kematiannya. Semua organ dalamannya dalam keadaan baik, tidak ada tanda-tanda kerosakan atau reput.

Sepuluh tahun sudah berlalu, bukannya sepuluh hari. Ini pastinya disebabkan oleh Jed Roh. Jun Wu Xie tidak boleh memikirkan sebab lain mengapa tubuh badan Jun Gu terpelihara dengan sempurna.

Oleh sebab dia telah menyentuh Jed Roh tadi, dia tahu yang jed berkenaan akan mengeluarkan kuasa yang kuat untuk menyerap roh yang tidak stabil. Sewaktu Jun Gu meninggal dunia, dia cepat-cepat dihantar pulang ke Istana Lin dan dikebumikan keesokan harinya. Separuh kepingan Jed Roh itu telah diletakkan di dalam mulutnya ketika itu dan kekal di situ selama ini.

Jun Wu Xie percaya yang roh Jun Gu tidak tersebar sepenuhnya dan kemungkinan besar masih terperangkap dalam Jed Roh.

Kalau dia boleh mencari roh Jun Gu, dengan keadaan badanya yang sempurna ini, kebangkitan semula itu tidak mustahil.

Tetapi dia berhadapan satu halangan besar.

Dia langsung tidak boleh menyentuh Jed Roh. Kalau dia buat demikian, Jed Roh akan menarik keluar rohnya dengan kuat. Dia tidak dapat melihat bahagian belakang Jed Roh itu sekalipun, dan tidak dapat membuat pemeriksaan teliti.

Berkenaan dengan Jed Roh, Jun Wu Xie cuma boleh memandangnya. Perasaan jengkel kerana hanya dapat membuat tekaan tanpa pemeriksaan, membuatkan dia tidak dapat tidur.

Teratai Kecil berjalan terkedek-kedek sambil berkaki ayam dan sampai ke sisi kerandan itu. Dia menjengket untuk mengintai ke dalam keranda itu dan melihat wajah Jun Gu. Dia memandang Jun Gu, dan kemudian berpaling untuk memandang Jun Wu Xie. Matanya yang tadi suram, kini dipenuhi kehairanan.

"Tuan! Abang ni serupa mukanya dengan Tuan!"

Teratai Kecil sudah bertemu Jun Xian, Jun Qing dan Jun Wu Yao. Dia sudah melihat semua orang yang ada hubungan darah dengan Jun Wu Xie. Tapi inilah kali pertama dia melihat seseorang yang begitu seiras dengan Jun Wu Xie.

Abang…. Jun Wu Xie memandang wajah naif Teratai Kecil. Dia menghulurkan tangan dan mengusap rambut Teratai Kecil, lalu berkata, "Dia ayah saya."

Abang…. Cukuplah ada seorang….

"Ayah?" Teratai Kecil bertanya sambil menelengkan kepalanya.

"Kenapa Ayah Tuan ada barang dari Dunia Roh saya?"

Jun Wu Xie duduk tegak, "Barang dari Dunia Roh?"

Jun Wu Xie bukannya pertama kali mendengar Teratai Kecil menyebut tentang Dunia Roh. Dia tidak tahu tempat apakah itu, tetapi berdasarkan apa yang didengarinya daripada Empat Kecil, tak susah untuk membuat kesimpulan yang itulah tempat tinggal roh berkontrak.

Dia ada bertanya pada Jun Xian dan Jun Qing tentang tempat tinggal roh berkontrak ini sewaktu pertama kali mendengar tentangnya daripada Teratai Kecil, tetapi mereka tidak pernah dengar apa-apa tentangnya.

Dia memang sudah menjangkanya. Walaupun ramai orang ada roh berkontrak, kenayakannya adalah dalam bentuk roh senjata atau roh binatang. Mereka berjaya membentuk hubungan dengan roh berkontrak tetapi tidak boleh berkomunikasi secara verbal. Teratai Kecil mungkin merupakan roh tumbuh-tumbuhan, tetapi dia mempunyai kebolehan untuk bertukar rupa menjadi manusia. Kebolehan ini membuatkan Jun Wu Xie mendapat maklumat yang tidak diketahui oleh orang lain, melalui roh berkontraknya.

"Bukankah itu Jed Penenang Roh?" Teratai Kecil memanjat keranda itu dengan kekok. Dia perlu menggunakan semua kaki dan tangannya. Jari kecilnya menuding ke arah Jed Roh di dalam mulut Jun Gu. "Ehh….. Jed Roh ini sudah rosak. Kenapa terpatah dua?" Teratai Kecil menggaru-garu kepalanya yang kecil dengan bingung.