webnovel

Di mana aku sekarang?

Rin sorang remaja misteri telah tekandas di sebuah bandar di Jepun. Apabila dia tersedar dia berada di sebuah lorong dan mengalami kesan tikaman di bahagian perutnya. Namun memori tentang kejadian yang telah menimpanya agak samar. Tanpa diduga dia telah diselamatkan oleh seorang wanita yang kebetulan lalu di kawasan itu. Apakah dia menyelamatkan Rin atas rasa simpati atau adakah motif lain di sebaliknya? Ketahuinya dalam novel ringan Where am I now.

FrostHunter · Du hí
Không đủ số lượng người đọc
44 Chs

Surat Cinta

Bunyi loceng menandakan waktu rehat tengah hari sudah bermula. Suzuki Kazuo melambai kearah Rin.

"Ada apa Suzuki-kun?" Tanya Rin kehairanan.

"Takde Hehe. Saja nak panggil awak. Panggil je Kazuo." Kata Kazuo sambil tersenyum lebar.

"Je Kazuo." kata Rin.

"Kazuo jelah. Ka-zu-o. Apa kata kita makan tengah hari sama-sama."

"Hmm boleh juga." Rin menerima baik jemputan Kazuo.

"Konichiwa, Suzuki-kun, Kagamine-kun." kata Minori.

"Bincang pasal apa ni?" tanya Akira.

"Takdelah penting sangat." kata Kazuo sambil mengaru kepalanya. "Apa kata korang join kami makan tengah hari sama-sama. Hehe. Tak seronokla kalau takde perempuan, kan Rin."

"Eh kenapa saya pula?"

"Hmm boleh juga." kata Akira. "Lagipun saya ada bawa obento hari ni. Awak Minori-chan?"

"Saya takde bawa obento. Jadi terpaksalah saya beli kat cafeteria. Gome-gome."

"Takpe saya temankan awak." Kata Rin. "Sebenarnya saya pun lupa bawa obento hari ni."

"Ehh, jadi tinggal kami berdua kat sini?" kata Kazuo-kun.

"Jangan ambil kesempatan dengan Minori-chan saya." Kata Akira-san bergurau.

"Macamlah saya nak buat sesuatu yang tak baik." Bisik hati Rin.

Mereka berdua berjalan bersama-sama ke cafeteria. Minori-chan nampak agak nervous.

"Emm, Kagamine-kun."

"Ye? Panggil je Rin."

"Oh, ok. Rin, awak ada girlfriend tak?"

"Eh? Kenapa tiba-tiba ni?" bisik hati Rin.

"Sebab, saya nampak awak dan Tsumiki-senpai.." Kata Minori-chan sambil menoleh ke arah lain untuk menyembunyikan muka nervousnya.

"Eh, takdelah rapat sangat. Kitaorang kawan je la."

"Yosh ada chance." kata Minori separuh berbisik.

Rin berasa hairan dengan gelagat Minori-chan. Mereka pun sampai ke cafeteria. Tiada seorangpun pelajar kelihatan.

"Lucky." Kata Rin.

Dari jauh kedengaran bunyi tapak kaki. Sekumpulan pelajar yang sedang berpusu-pusu untuk ke cafeteria.

"Alamak, kita perlu cepat!" kata Rin sambil memegang tangan Minori-chan. Mereka terus ke kaunter dan sempat membeli sesuatu. Sebaik sahaja mereka hendak ke kelas, cafeteria telah dipenuhi pelajar.

"Pegang kuat-kuat." Arah Rin. Rin bergelut untuk membuka jalan. Akhirnya mereka sampai juga di luar Cafeteria.

"Fuh, memang macam ni ke tiap hari?" keluh Rin.

"A....a....ari...arigato."

"Takde apelah. Eh, awak menangis ke?"

"Mana adelah!" kata Minori. "Apapun kita patut cepat ke kelas. Mesti diorang tertunggu-tunggu.." sambungnya.

Mereka berdua tiba di kelas dan kelihatan Akira dan Kazuo sedang berbual.

"Eh, kenapa korang berdua lambat ni?" kata Kazuo.

"Haha Gome-gome." kata Rin.

"Tau la kafeteria tu macam mana. Tulah saya selalu bawa bento." ujar Akira. "Eh, Minori-chan. Muka awak nampak merah. Kagamine-kun, apa yang awak dah buat kat dia?" usik Akira-san.

"Eh, saya takda buat apa-apalah."

"Hehe gurau je." Kata Akira-san sambil tersenyum.

Petang itu, Rin hendak balik awal. Dia sedang mengambil kasutnya di loker kasut.

"Eh, Rin. Balik awal hari ni?" kata Kazuo-kun.

"Ye. Lagipun saya takde join mana-mana kelab lagi."

"Eh, samalah." Sebaik sahaja Kazuo membuka loker kastnya dia ternampak sepucuk surat. Dia serta-merta menganggap surat tersebut ialah surat cinta tanpa memeriksanya terlebih dahulu. Dia terbayangkan seorang perempuan sedang confess dihadapannya."Eh, ada surat cintalah kat sini." Kata Kazuo cuba untuk menunjuk-nunjuk. Kazuo kemudian menoleh ke arah Rin untuk melihat reaksi Rin. Dia sangat terkejut apabila melihat loker kasut Rin penuh dengan surat cinta.

"Alamak. Loker saya penuh." Kata Rin dengan reaksi selamba.

Tanpa menghiraukan Rin, Kazuo membuka surat yang diterimanya perlahan-lahan. Perasaan ingin tahunya membuak-buak.

"Apa!" jerit Kazuo terkejut.

"Kenapa Kazuo?" tanya Rin.

"Ceh, ingatkan surat cinta. Rupanya surat tagih hutang pula." jangkaan Kazuo meleset.

Rin mendekati Kazuo dan memegang bahunya.

"Kazuo, saya pasti ada wanita diluar sana yang sedang menunggu kamu."

"Rin-kun..." kata Kazuo terharu dan terus memeluk Rin.

"Eh!" kata seorang pelajar perempuan. "Kamu berdua ni yaoi ke?!" sambungnya.

Rupanya dia adalah Akira dan Minori sedang berdiri di sebelahnya.

"Tak sangka awak ni.." kata Minori.

"Takdelah!" Kata Rin dan terus menolak Kazuo.

"Gurau.. hehe gurau je." Kata Kazuo. "Jom balik sama-sama." Sambungnya.

Mereka berempat berjalan sama-sama untuk seketika sebelum pulang ke rumah masing-masing kecuali Minori dan Rin.

"Eh, awak tak nak balik lagi?" kata Rin.

"Saya nak singgah kejap kat kafe." jawab Minori-chan. "Boleh tak saya minta tolong awak sesuatu Rin?"

"Tolong apa?"

"Tolong temankan saya minum hari ni."

"Hmm.. boleh juga." kata Rin.

Mereka seronok berbual di kafe tersebut sampai terlupa masa berlalu.

"Alamak, hari dah lewat ni. Saya patut pulang sekarang. Arigato sebab temankan saya minum sekejap. Taklah sunyi sangat."

"Saya gembira dapat temankan awak. Nak saya hantarkan awak pulang?" kata Rin.

"Takpe-takpe, apapun terima kasih Rin. Mata nee." Kata Minori-chan sebelum pulang ke rumahnya.

Rin tengah memasak, dia teringatkan semasa dia berbual dengan Minori-chan di kafe tadi. Tiba-tiba jantungnya berdegup dengan kencang.

"Eh, kenapa aku tiba-tiba nervous ni?" bisik hatinya. "Minori-chan agak kawaii juga kan." Katanya sambil tersenyum sendiri.

"Tadaima." Kata Cik Kagamine. Dia terus duduk di meja makan dan meletakkan begnya di tepi kerusi. Dia nampak agak kepenatan.

"Neesan tak apa-apa ke?" kata Rin sambil membawa makanan ke meja makan.

"Tak, Cuma penat sikit." kata Cik Kagamine. "Jadi kamu dengan Kazuo, Akira dan Minori dah berkawan ye." sambungnya.

"Ye, macam mana neesan tahu?"

"Saya nampak kamu berempat pulang sama-sama tadi. Baguslah kamu dah ada kawan. Risau juga saya kalau-kalau kamu tak ada kawan di sekolah."

"Neesan tak perlu risau lagi sebab saya dah ada diorang." kata Rin sambil tersenyum.

"Jomlah makan. Itadakimasu." ajak Kagamine sebelum menikmati makan malam yang telah disediakan oleh Rin.