5 Sebenarnya aku adalah..

Pagi itu Rin berjalan seorang diri ke sekolah. Dia teringatkan kata-kata Okumura-san semalam. Sedang dia mengelamun dia secara tidak sengaja terlanggar seorang budak lelaki.

"Nii-san kalau jalan tengok depanlah." marah budak tadi.

Dia agak kurang ajar dengan Rin. Okumura yang ternampak situasi tersebut bergegas ke sana.

"Maafkan adik saya. Dia memang macam ni. Dia ada cakap apa-apa yang tak baik ke? Sumimasen."

"Eh, takpe-takpe." kata Rin.

"Ni adik saya Okumura Kinra. Dia juga salah seorang Tester." jelas Okumura.

"Eh, Nii-san ni seorang Tester? Yelah, seingat saya ada seseorang yang muka serupa seperti nii-san. Rin kalau tak silap username dia."

"Dia lah Rin. Kamu tak ingat ke?" kata Okumura.

"Tch, tak sangka dapat jumpa di Jepun. Nii-san tak ingat ke raid terakhir tahun lepas? Nii-san last hit boss dan curi Saber dari saya." marah Kinra.

"Kinra, tak baik tau cakap Rin-kun macam tu. Minta maaf cepat." kata Okumura sambil mencubit telinga Kinra.

"Tak nak, nii-san yang sepatutnya minta maaf." kata Kinra sebelum berlalu pergi.

"Ish, Kinra ni." kata Okumura-san. "Oh, memandangkan kita dah terserempak saya akan ceritakan semuanya. Awak dah sedia?" sambungnya.

Rin sangat ingin tahu tentang dirinya yang sebenar. Selepas kejadian yang membuatkannya terkandas di Jepun, dia telah kehilangan kebanyakan memori silamnya.

Okumura-san menjelaskan yang ibu bapa Rin adalah pelopor kepada teknologi kelas tentera terbaru iaitu Portal. Portal bukanlah pintu ke dimensi lain. Tetapi, ia ialah pintu ke dunia virtual yang telah lama diidamkan oleh manusia. Projek Portal ialah projek rahsia dari syarikat ESCOM (Electronic Security Commerce Of Malaysia) iaitu syarikat yang berpusat di Putrajaya. Syarikat tersebut telah memberikan dana kepada kedua ibu bapa Rin untuk menyiapkan Projek tersebut. Projek itu bertujuan untuk merapatkan jurang yang besar antara manusia dan dunia virtual. Ia dirahsiakan kerana peranti membenarkan apa sahaja benda atau material di dunia ini bertukar menjadi data dan juga sebaliknya. Dunia belum bersedia untuk menerima teknologi sebegitu. Setelah projek tersebut siap, mereka telah menguji ia dengan program yang dimiliki oleh mereka dahulu iaitu dengan membuka program permainan video ElderGuard Online. Elderguard Online telah menjadi permainan video yang pertama yang 'diportalisasikan' dengan projek Portal. 10 peserta yang berjaya menjawab 99% soalan berkaitan permainan video ElderGuard Online dengan betul dipilih untuk menguji projek tersebut.. Sesi Testing yang berlangsung selama 2 bulan itu berakhir dengan jayanya. Selepas itu, game tersebut ditutup. Mereka diminta untuk tidak memberitahu sesiapa tentang kewujudan Portal. Setelah selesai menerangkan perkara tersebut, tanpa disedari mereka telah sampai di sekolah.

"Panjang ceritanya kan. Diorang kata tu teknologi pintu ke dunia virtual tapi jujur saya tak rasa macam tu. Dunia tu sangat detail. Even Npc dalam dunia tu rasa seperti seseorang. Seorang yang wujud. Tak mungkin coding mampu mencipta benda sebegitu. Kalau awak faham maksud saya."

Rin cuba menghadam cerita Okumura tadi.

"Rin, saya perlu ke kelas. Jumpa lagi." kata Okumura sebelum berlalu pergi.

Walaupun Okumura telah menerangkan segalanya kepada Rin, masih ada perkara yang membingungkan Rin seperti bagaimana dia terkandas di Jepun, kenapa dia jadi sasaran dan bagaimana dia boleh lupa tentang banyak perkara.

Pada waktu rehat tengah hari, Rin telah terserempak dengan Tsumiki-senpai di cafeteria. Tsumiki telah mengajaknya duduk bersama di sebuah meja di tengah-tengah kafeteria. Semua orang terutama pelajar lelaki sedang memerhati mereka berdua.

"Rin! Rin!" Tsumiki-senpai menyedarkan Rin dari lamunannya. "Dengar tak ni?"

"Oh, sumimasen. Tak sedar tadi." kata Rin.

"Jadi apa pendapat awak tentang sekolah ni?" tanya Tsumiki.

"Eh, hmm .. macam mana nak cakap eh. Lebih baik dari sekolah saya dulu rasanya." jawab Rin.

"Eh, ye ke? Kenapa pula?"

"Hmm.. yelah pelajar kat sini agak ramah dengan saya."

"I see. Awak tak terfikir nak ambil kerja sambilan?"

Rin teringatkan dirinya yang hanya duduk di rumah cik Kagamine tanpa berbuat apa-apa pun. Dia merasakan dirinya banyak menyusahkan cik Kagamine.

"Nanti saya fikirkan." kata Rin.

"Harap awak jumpa kerja yang bagus."

Mereka berbual sampai tamat masa rehat.

"Tak sangka pula dapat menghabiskan masa yang berharga dengan Tsumiki-senpai." kata Rin sambil tersenyum sendiri.

"Rin gambira nampak.. Ada apa-apa yang baik berlaku ke?" kata Akira.

"Eh, takde apa-apalah."

Dalam perjalanan pulang, Rin telah terserempak dengan sekumpulan pembuli yang sedang memukul seorang pelajar lelaki yang nampak sebaya dengan Rin.

"Lepaskan dia." Kata Rin cuba menghalang pembuli tersebut dari memukul pelajar itu.

"Oi, dah rase kuat sangat ke huh!" kata salah seorang pembuli.

"Boss, biar saya uruskan dia."

"Haha, dia nak mati awal tu."

Tsumiki, Minori dan Akira kebetulan lalu di kawasan tersebut dan mereka terlihat ramai orang berkumpul di kawasan itu.

"Apa kecoh-kecoh ni?" kata Akira.

"Jom tengok." ajak Minori.

Mereka terkejut melihat Rin sedang berhadapan dengan 5 orang pembuli. Belum sempat salah seorang pembuli melepaskan tumbukan, kedengaran seseorang sedang berjalan mendekati mereka.

"Ehem. Nak kena tindakan disiplin ke?" kata Tsumiki.

"Hmph jom blah." kata salah seorang pembuli.

Rin menghulurkan tangan untuk membantu pelajar tadi berdiri.

"Kamu tak apa-apa?" tanya Rin.

"Ye, saya tak apa-apa. Terima kasih sebab tolong saya. Nama saya Suzuki Kazuo. Selamat berkenalan."

"Nama saya Rin. Kagamine Rin."

"Oh, patutlah macam pernah nampak sebelum ni. Awak pun kelas 1-B kan." kata Kazuo.

"Eh, awak pun kelas 1-B juga?"

"Berani juga awak ye Rin. Lawan 5 orang pembuli sorang-sorang. Tapi peraturan tetap peraturan, tak boleh bergaduh di kawasan sekolah." nasihat Tsumiki.

"Eh, Kazuo! Ingatkan siapa tadi." kata Akira.

"Saya minta diri dulu. Apapun terima kasih Rin." kata Kazuo.

Mereka pun meneruskan perjalanan ke rumah masing-masing.

Setibanya Rin di rumah, dia mendapati pintu rumah masih berkunci.

"Nasib baik ada kunci pendua." katanya lega.

Dia kemudian mengambil kunci di begnya. Sebaik sahaja dia masuk ke rumah, dia terus duduk di sofa dan membuka televisyen.

"Berita terkini, sebuah pesawat tidak bertanda yang telah terhempas di Bandar **** pada minggu lalu dipercayai angkara pengganas. Siasatan awal polis telah menemui serpihan bom dan juga mayat 4 orang yang dipercayai pengganas serta 2 lagi mayat pemandu pesawat." Kata pemberita tersebut.

"Apa! Hari itu hari yang sama dengan masa saya terkandas di sini!" dia terkejut mendengar berita tersebut. Memorinya kembali kepadanya sedikit demi sedikit.

"Ye saya dah ingat! Kapal itulah yang sepatutnya membawa saya ke.." memorinya kembali kabur. Kepalanya terasa sakit.

Rin terus ke biliknya dan berehat. Dia terbangun pada jam 4.30 petang. Dia mendapati yang cik Kagamine masih belum pulang.

"Hmm.. mungkin dia sibuk hari ni. Baik saya masakkan sesuatu untuk neesan." Bisik hatinya dan dia terus memulakan kerja.

Jam telah menunjukkan tepat pukul 6.30 petang.

"Tadaima." Kata Cik Kagamine sebaik sahaja masuk ke rumah. Dia terhidu bau yang sedap.

"Eh, Rin! Kamu pandai masak?"

"Ye, bolehla sikit-sikit hehe. Ni khas untuk neesan. Rasalah hehe."

"Arigatou, Rin. Itadakimasu." Katanya dan terus menhirup sedikit kuah. "Oishiii. Apa ni Rin? Makanan dari negara kamu ke? Nampak macam ramen tapi rasanya unik."

"Ini ialah Laksa Penang."

"Oh. Kalau begini dapatlah saya rasa makanan luar negara setiap hari." kata Kagamine bergurau.

"Boleh. Saya boleh masakkan untuk neesan setiap hari asalkan neesan gembira." kata Rin.

"Wah! Yosh. Khawin dengan saya." kata Kagamine sambil memegang kedua bahu Rin.

"Eh?"

"Gurau je la."

Selesai sahaja makan, Rin teringatkan perbualan dia dengan Tsumiki.

"Neesan."

"Ye?"

"Saya nak cari kerja."

"Saya dah agak kamu akan cakap macamtu."

"Eh macam mana neesan tau?"

"Kamu rasa diri kamu menyusahkan saya kan. Sebab itulah kamu nak cari kerja betul tak?"

"Yep. Di mana ada nak cari kerja eh?"

"Ehem, maybe saya perlu seorang lagi pekerja."

"Eh, kedai keluarga Kagamine?" kata Rin sambil membayangkan suasana bekerja dengan Tsumiki-senpai.

"Ye, kebetulan pula kami kekurangan seorang pekerja. Bila-bila masa je kamu boleh apply kerja di sana."

"Ok, arigatou neesan!" kata Rin bersemangat.

"Ganbate kudasai.."

avataravatar
Next chapter