webnovel

Di mana aku sekarang?

Rin sorang remaja misteri telah tekandas di sebuah bandar di Jepun. Apabila dia tersedar dia berada di sebuah lorong dan mengalami kesan tikaman di bahagian perutnya. Namun memori tentang kejadian yang telah menimpanya agak samar. Tanpa diduga dia telah diselamatkan oleh seorang wanita yang kebetulan lalu di kawasan itu. Apakah dia menyelamatkan Rin atas rasa simpati atau adakah motif lain di sebaliknya? Ketahuinya dalam novel ringan Where am I now.

FrostHunter · Games
Not enough ratings
44 Chs

Bekerja bersama Tsumiki-senpai

Cuti umum, Rin berasa bosan duduk di rumah. Dia memutuskan untuk bekerja di kafe pada hari itu.

"Ano.. saya pekerja baru di sini. Yoroshiku." kata Rin dengan sopan sebaik sahaja masuk di kafe.

Cik Kagamine telah memberikan Rin pakaian seragam kafe iaitu pakaian butler.

"Wah, kawaii." kata Tsumiki.

"Arigato, Hehe."

"Tsumiki, kamu senpai dia kan. Sila berikan Rin tunjuk ajar ye." kata Cik Kagamine.

"Okey, sensei."

Rin terus sahaja memulakan tugas pertamanya iaitu menjadi tukang cuci pinggan. Dia berada di dapur sepanjang masa sambil Tsumiki memantau kerjanya

"Memandangkan kamu baru hari ni bekerja di sini, kamu dapat kerja yang senang je." kata Tsumiki. "Lagi lama kamu kerja di sini, lagi banyak pengalaman kamu dapat."

"Okay senpai. " kata Rin dan terus menyambung kerjanya.

"Ganbate kudasai."

Dia kemudian meminta diri sebelum keluar untuk melayan pelanggan. Hari sudah lewat, Akhirnya Rin menyelesaikan semua tugasnya pada hari itu. Dia duduk berehat di sebuah meja dekat dengan tingkap sebelum menutup kafe tersebut. Rin teringat semula saat Tsumiki-senpai memantau kerjanya.

"Rin, fikir pasal apa tu?" kata Tsumiki dengan nada yang lembut.

"Eh takdelah. Hehe." kata Rin. Dia tidak perasan yang Tsumiki sudah duduk di depannya.

"Awak buat kerja yang bagus hari ni. Tahniah." kata Tsumiki sambil menghulurkan kopi latte yang menjadi kegemaran Rin.

"Arigato.." kata Rin. Dia agak malu untuk menerima pemberian senpainya itu. "Senpai, boleh tanya?"

"Ye?"

"Kenapa senpai kerja di sini? Saya dengar senpai antara pelajar cemerlang di sekolah. Kenapa tak buat kelas tuisyen ke?"

"Luculah awak ni Rin. Saya kerja sini sebab saya suka pakai pakaian maid dan lagipun saya dah biasa dengan Kagamine-sensei. Dia sendiri yang tawarkan kerja ni kat saya." jawab Tsumiki-senpai. "Sejak saya dengar awak mula kerja sini saya jadi lebih bersemangat." sambungnya. Tsumiki-senpai nampak sangat gembira.

"Senpai belum mahu pulang? Saya nak tutup kedai ni. Lagipun dah lewat." ujar Rin.

"Kejap lagi saya pulang."

"Oh kalau begitu saya temankan awak pulang. Sejak kebelakangan ni keluar malam-malam agak bahaya."

"Baiknya hati kamu Rin. Arigato."

Rin pun menutup kafe tersebut sebelum menemankan Tsumiki-senpai pulang. Mereka tidak menyedari yang mereka diperhatikan dari jauh. Seorang lelaki berpakaian gelap sedang memerhatikan Rin dari jauh menggunakan binocular. Dia membuka laptopnya untuk memuatnaik maklumat. Terdapat tulisan ESCOM pada laptopnya.

"Rin.." kata Tsumiki.

"Ye?"

"Eh, takde apa-apa. Hehe."

Mereka telah sampai ke rumah Tsumiki-senpai.

"Arigato Rin, sebab temankan saya. Kalau sudi datanglah ke rumah saya sekali-sekala." kata Tsumiki-senpai.

"Eh, takpe hehe." kata Rin. "Sebenarnya, saya sangat gembira dapat kerja sama-sama dengan senpai."

Tanpa diduga Tsumiki-senpai tiba-tiba sahaja memeluk Rin.

"Eh, kenapa ni?" bisik hati Rin. Jantungnya berdegup dengan kencang.

"Jumpa esok." Tsumiki-senpai berbisik di telinga Rin. Dia kemudian melepaskan pelukannya dan terus masuk ke rumah.

"Jumpa esok juga." kata Rin separuh berbisik.

Tsumiki masih berada di puntu rumah sedang bersandar. Jantungnya berdegup dengan kencang sekali. Adakah kata-kata mendiang teman lelakinya itu menjadi nyata?

"Kenapa sensei, anak buah sensei seiras dia. This is too cruel. Is this some kind of joke?"

Setahun lalu, ia merupakan hari pertama Tsumiki berada di sekolah tinggi. Dia baru berpindah dari Hokkaido jadi tiada seorangpun rakan yang dikenalinya bersekolah di sekolah tersebut. Tsumiki sangat pendiam di kelas tetapi dia cepat menangkap apa sahaja subjek yang dipelajari. Dia menduduki tempat pertama di kelasnya iaitu kelas 1-B.

Walaupun mempunyai ramai peminat, hanya seorang sahaja yang berjaya memikat hatinya. Dia ialah Sakagami Rin. Mereka bekerja bersama-sama di kafe milik keluarga Kagamine. Banyak kenangan manis sewaktu dia bekerja bersama-sama Sakagami Rin. Walaupun begitu, dia tidak pernah meluahkan persaannya yang sebenar kepada Rin.

Hinggalah suatu hari, hari tersebut ialah hari yang istimewa bagi Rin. Tsumiki telah membelikan hadiah yang sangat istimewa. Dalam perjalanan ke rumah Sakagami-kun, dia terlihat seorang budak sedang melintas di jalan tersebut dan tidak menyedari sebuah kereta yang bergerak dengan laju menuju kearahnya. Dengan pantas Rin menolak budak tersebut ke tepi. Budak tadi terselamat tetapi Rin mengalami kecederaan yang teruk di kepala. Tsumiki terus pergi kearah Rin yang sedang terbaring kaku.

"Sakagami-kun,.." kata Tsumiki. Dia seperti tidak percaya semua itu berlaku di depan matanya."Sakagami-kun, Sakagami-kun!" Kata Tsumiki.

"Maafkan saya. Saya tak nampak tadi. Awak, tolong saya angkat dia masuk ke dalam kereta. Saya akan hantar dia ke hospital." kata lelaki tersebut.

Semasa dalam perjalanan ke hospital.

"Tsumiki,.." kata Sakagami-kun.

"Ye?"

"Kalau saya tak .. saya nak awak tau yang saya .. sukakan awak."

"Saya pun sama. Janganlah cakap macam tu."

Mereka tiba di hospital, Sakagami-kun dibawa ke wad kecemasan. Tsumiki, Kagamine –sensei, dan kawan-kawan Sakagami-kun sedang duduk di tempat menunggu. Mereka dengan sabar menanti keputusan doktor.

Berberapa jam kemudian, akhirnya doktor keluar dari wad tersebut. Dia perlahan-lahan mendekati mereka.

"Maafkan saya," kata doktor tersebut. "Kami tak dapat selamatkan dia." Sambungnya.

Tsumiki terus memeluk Kagamine-sensei. Dia berasa sedih yang teramat sangat. Suasana hiba memenuhi ruang menunggu.

"Tadaima." kata Rin.

"Rin kamu pergi mana tadi?" tanya Kagamine.

"Saya temankan senpai pulang tadi. Gome, sebab tadi saya tak masak apa-apa. Tapi, saya ada belikan neesan makan malam." kata Rin sambil menghulurkan sebungkus beg plastik.

"Takpe." kata Kagamine sebelum merenung wajah Rin untuk berberapa saat. "Now we can finally move on huh.." Kagamine nampak sedih.

"Eh? Neesan ok tak ni? Nak saya masak?"

"Eh takpe. Itadakimasu!" kata Kagamine sebelum menjamah makanan yang terhidang. "I really prefer your cooking though."

"Haha neesan ni. Esoklah saya masak."

"Yeay, tak sabar nak rasa masakan chef Rin."

"Ish neesan ni."