webnovel

Chapter 12

Youngjo dan Min yang masih meragui antara satu sama lain dengan rancangan masing-masing, saling perpandangan seolah-olah tiada pengakhiran untuk menyelesaikan perkara tersebut.

"Tak mustahil kalau dia adalah salah satu calon yang diutuskan" itu lah apa yang Youngjo katakan ketika itu,

"Yah!"

"boleh tak kau muncul macam biasa, guna pintu macam orang lain? ni muncul tetiba di tingkap bilik aku dah kenapa?" Min memberi pandangan tak puas hati dengan Youngjo, namun Youngjo hanya memandangnya bersahaja,

"kau jangan risau lah, dah semestinya aku tahu bahawa Hwanwoong adalah salah satu calon yang diutuskan" Min sudah seperti menyangkakan kebenaran mengenai rancangan Kim Clan, walaupun Youngjo belum menafikannya,

"aku nak kau bagi arahan untuk batalkan percalonan tu nanti, aku tak nak Hwanwoong terlibat dalam percalonan tu, benda tu akan bahayakan Night Raven, dan juga kau" kelihatan sedikit tegang diantara mereka berdua ketika itu, suasana malam yang sunyi sehingga mampu mendengarkan bunyi cengkerik di malam hari.

"Jadi kau nak buat apa sekarang?"

Min mengeluh perlahan,

"Aku ada rancangan tapi kau mungkin tak akan sukakannya" Min mengeluarkan sesuatu dari lengan bajunya, benda bersinar dengan ukiran pheonix itu membuat wajah Youngjo terkesima,

"Kau...macam mana cop mohor diraja ada di tangan kau? kau kan tak boleh masuk Crown Hall?"

"Ahh, well... ada lah" Senyuman Min itu membuat Youngjo tertanya-tanya gadis hadapannya adalah gadis yang sama atau bukan, saban hari diri Min semakin jadi lebih misteri, seperti Min mengejar sesuatu yang dia tidak bisa gapai,

Pesta musim luruh pun telah tiba, angin bertiup oh sungguh sejuknya, beberapa penduduk mula mengantung beberapa perhiasan di pokok besar yang terletak di tengah pekan, dihiasi dengan lampu tanglung dan juga reben-reben, bukan sahaja pokok, lampu dijalanan juga di gantung tanglung,

Tak kurang hebatnya dengan keriuhan di istana, keadaan istana sepertinya agak kucar kacir dengan kehadiran Min sebagai 'hantu' itu,

Min dibenarkan berada di Crown Hall atas kerana dia merupakan pemerintahan yang masih sah dan para bendahara tak mampu menghalangnya kerana dirinya yang dikatakan hantu itu.

"Sudah-sudah lah korang ketakutan di situ, berapa kali aku nak kena cakap yang aku bukannya hantu"

hanya dengan pandangan mata yang merenung salah seorang bendahara di situ membuatkan sang bendahara itu kaku lalu pengsan, sudah umpama medusa yang merubah sesiapa sahaja menjadi batu.

"Tuanku bukan sahaja menakutkan, dia juga mampu mematikan, bendahara jung dah mati!!" mendengar sahaja kenyataan itu semua orang mula langkah seribu keluar dari Crown Hall, Min mengerutkan dahinya dan mengeluh,

"YAH!!" semua berhenti begerak setelah mendengarkan suara Min, Min turun dari kerusi tahta dan keluar dari pintu Crown Hall menghadap semua kaki tangan istana itu,

"Kau, cuba kau pegang tangan aku ni!" arah Min, dayang istana itu menangis-nangis mendengarkan suara Min ketika itu dan takut akan diri Min yang dikatakan hantu itu,

"Pegang lah!" Min memaksa gadis itu menyentuhnya tangannya

"Kau fikir, kau akan boleh menyentuh aku kalau aku ni hantu? kau fikir, hantu boleh berdiri di bawah matahari!?" Mendengar sahaja apa yang Min katakan semua terdiam dan tertunduk-tunduk meminta ampun,

"Tidak, Tuanku" Min memberikan pandangan yang mengerunkan kepada mereka, pandangan yang diberikan oleh sang pemerintah kepada pengikut-pengikutnya, umpama Min adalah pemangsa yang akan memburu mangsanya,

"Tsk, aku tak faham kenapa kamu semua ni bodoh!"

"Ingat aku tak tahu ke rancangan korang!," Min memberikan jelingan tajam ke pada barisan kanan kakitangan istana ketika itu, aura nya yang membara cuba dikawal perlahan,

" Tsk, jangan sampai aku mati, lepas tu bangkit jadi hantu..baru kamu nak sedar!" Min perlahan melangkah keluar dari kawasan Crown Hall tersebut dengan karismanya sebagai pemerintah, sudah masa untuknya mengubah apa yang perlu,

Dalam istana, tiada siapa yang boleh dipercayai kecuali diri sendiri, Puteri Haemin terlalu poor dan innocent, sebab itu dia mudah diperdaya, dia mula berasa selesa dengan orang disekelilinya, namun disebabkan keluarganya menjadi mangsa, dia mula sedar,

Dalam istana ni sentiasa ada yang dengki, dan tiada sesiapa yang mampu menyelamatkan diri melainkan diri sendiri,

Berbalik kepada persediaan pesta malam itu, seperti biasa Min akan memantau semua kakitangan dari dewan terbuka, Skyfall Hall yang terletak di kawasan berdekatan dengan pintu utama dan juga kawasan tempat performance Xion malam nanti. Tanglung dan reben di mana-mana dalam kawasan istana, sangat colorful dan sejuk mata memandang,

Seketika itu, Min mula teringat apa yang dirinya dan Youngjo bincang tempoh hari, rancangan sebenarnya memang ingin membantu Youngjo naik tahta, namun resikonya tetap ada,

"Jadi kau setuju lah untuk berkahwin dengan pilihan mereka?" Youngjo menhentikan langkah Min yang ingin berlalu pergi,

"Yah! hell no lah aku nak kahwin! kau pun tahu aku baru 16 tahun"

'16 tahun lah sangat, haish umur kau pun dah tua,'

'pfft kahwin my butt kau lah, uhh khawin dengan Hwanwoong, ughh'

'haish dia tu memang betul-betul menyusahkan,'

"Jadi ape? Seolma...kau nak naik tahta sebagai Raja? bukan Pemaisuri? Yah kau dah gila?" Youngjo seakan memahami isi hati Min ketika itu

"Dengar lah dulu, bukan sebagai raja, sebagai putera of course" dengan bangga nya Min bersinar umpama putera di hadapan Crown Prince sendiri,

"Kau tahu kan risiko dia apa kalau kau tertangkap dalam penyamaran? aku tak nak korang dua terlibat dalam hal ni, jadi ikut cakap aku dan tulis scroll pemerintahan tu"

"Yah Youngjo ah, kita ada cop mohor tu, aku akan guna untuk kebaikan uh.., lagi pun Kim Clan tak tahu pasal cop mohor diraja ni dah hilang, jangan risau lah aku tak akan libatkan Hwanwoong kesayangan kau tu" Min sengaja membuat Youngjo menjelingnya dengan pandangan 'apa kau cakap?'

"Min-ahh, dengar, kau masih muda, aku akan munculkan diri aku sebagai Crown Prince, "

"eh kejap? ahh sayang Hwanwoong? aniya..baik aku sayang kuda aku daripada sayang dia" Min tak mampu menahan gelak ketika mendengarkannya,

"Ahh, kalau kau tak sayang dia , then tak kan aku pula yang sayang kat dia?" Min dan Youngjo berpandangan sesama sendiri

"Aaa aniya" mereka berdua sama-sama mengelengkan kepala,

"Jap, kau cakap apa tadi?" Min memandang Youngjo dengan penuh penasaran,

"Aku akan muncul sebagai Crown Prince lah"

"Yah! kau nak muncul sebagai putera mahkota? Hello Kim Youngjo ahh, kau dah hilang akal ke? semoga berjaya lah dengan rancangan kau untuk 'meyakinkan' mereka kau adalah Crown Prince Kim yang dah mangkat tu" Min siap buat jari simbol untuk 'Krik Krik' or tak kena layan kepada Youngjo di hadapannya ketika itu

Then...

"Putera mahkota?????"

" kamu cakap kamu adalah Putera mahkota Kim?,"

"Tuan muda patut pergi berjumpa perawat, muda-muda dah tak waras, ish ish ish"

itu lah apa yang para pengawal istana milik Kim Clan katakan dihadapan Putera mahkota mereka sendiri yang masih layak dikira sebagai crown prince itu,

"Ini dah masuk kali ke-99 ada yang mengaku Putera Mahkota" itu lah ulasan yang diberikan oleh pengawal istana setelah Youngjo pergi meninggalkan perkarangan pintu utama,

Youngjo pun kembali berjumpa dengan Min di hadapan Daisy Palace menggunakan pintu belakang dimana Min menunggunya dengan wajah 'im win you loser'

"Kau dah faham?" Min menepuk bahu Youngjo yang kelihatan tak puas hati itu.

"Haish, apa yang sebenarnya dah berlaku kenapa istana ni? kenapa macam..."

"Ahh lembab? well, aku tak pasti sejak bila tapi, keadaan istana memang macam ni, kau je tak tahu,"

"dan aku nak kau jangan teruskan rancangan kau untuk naik tahta tu, even aku nak sangat tolong kau untuk jadi pemerintah yang seterusnya, tapi kau pun tahu apa jadi kalau mereka tahu hubungan aku dengan kau" Youngjo memandang Min di sebelahnya,

"Ahh yes you right, i had regains my unconscious, aku dah tahu apa yang jadi, tapi bukan semuanya yang aku ingat"

" and kau mesti nak sangat cari tahu perempuan tu kan? yang selamatkan kau semasa kau terjatuh dalam tasik tu? "

Youngjo mula melarikan pandangannya ke arah lain setelah seketika bertentang mata dengan Min,

"Tapi kau tetap selamat kan aku, walaupun kau tak tahu berenang, jadi kita sama-sama berhutang nyawa eh, Kim Youngjo-shii"

"kalau kau nak tahu, Puteri Haemin lah yang selamat kan kau masa tu, the real Haemin,"

" tapi aku bukan lah dia,yang di hadapan kau ni Min bukan Puteri Haemin, Haemin yang kau cari tu dia dah mati, soul dia dah selamanya hilang"

"kebetulan nasib aku malang jadi soul aku masuk dalam badan ni, sebab kita mungkin ada berkait satu sama lain di masa depan"

Min hampir-hampir membocorkan rahsia mengenai Elixir bunga kematian itu, mereka mungkin akan berkait satu sama lain pada masa itu namun Min sudah tahu perakhirannya seperti apa,

"Apa maksud kau?" Youngjo tak faham dengan apa yang Min bicara kan, walaupun Min sudah menerangkan dengan slow motion with action kepada Youngjo ketika itu,

"Ahh lupakan, bazir air liur aku je cakap dengan kau, bukannya kau faham pun"

"ohh ya, tu baju baru korang, baju Night Raven yang baru, eosseo wa, "(Welcome)

Min tersenyum dan membaling set pedang baru untuk Youngjo, ukiran pada badan penyimpan pedang atau sarung pedang itu diukirkan dengan corak bunga ros malam yang menjadi simbol Night Raven.

"Korang masih Night Raven, tapi kalau orang tanya siapa korang, jawapannya adalah Pahlawan Malam, Oneus"

"Pahlawan Malam?" Youngjo memandang Min dia tak pasti nak bagi reaksi apa,

"Haish, Bulan, the moon knight? arraseo?"

"Arra, Gongju-nim"(Princess) Youngjo mengambil pakaian di letakkan di manequin dengan namanya,

"Ye lah Hwanju-nim"(Prince) mereka tergelak kecil dengan pangillan masing-masing,

Persiapan untuk majlis malam itu pun diteruskan lagi di sebelah petang, Min seperti biasa pergi ke dapur istana untuk memeriksa hidangan yang diuruskan oleh Chef Choi untuk majlis pada malam itu, bukan apa, dia telah memberi resepi-resepi masakan yang dia tahu kepada Chef tersebut,

"Your Highness, ni betul-betul tuanku kan? Sepanjang ketidakberadaan sya di istana, sya asyik terdengarkan beberapa khabar angin tentang tuanku"

"Macam mana dengan anak-anak kamu?" Min sengaja mengubah topik tentang rumor yang melibatkan kematiannya dan jadi roh jahat itu, dan mula bertanyakan tentang Triple Choi anak sang chef tersebut,

"Ahh mereka selamat sampai ke rumah dan mereka mula bekerja di kedai Mee milik keluarga Kang" Min berfikir sejenak,

'Keluarga Kang? Kang Clan?'

'hummm, mana eh aku pernah dengar pasal nama ni,'

'jakaman jakaman,'

'aaaaa dalam scroll utusan Kim Kingdom tu,'

'ahh Kang Hyun Gu? salah seorang member asal night raven utusan emperor Kim?'

'hurm bagus lah tu mereka bertiga tu dapat kerja di kedai ramen yang terkenal tu,'

'thanks kat aku juga kalau bukan sebab aku bagi sebahagian harta Kim Clan mana mungkin mereka boleh balik dengan selamat.'

'Well im so clever, harta aku sendiri disimpan, harta kim clan digunakan,'

'Hohoho(Dengan gaya)'

"Tuanku?"

"Ahh ye?" Min tersipu-sipu dan tersenyum janggal ketika ditegur oleh Chef Choi.

'Malunya haish..kenapa lah kau buat tersengih-sengih, aigoo aigoo'

Min melihat segala menu yang akan dihidangkan kepada para tetamu dan mereka akan gunakan 2 kaedah satu hidang di meja bagi para atasan dan bagi tetamu dan penduduk yang datang dan dijemput akan makan secara buffet.

"Bu..bbu..feteu?"

"Buffet is a meal consisting of several dishes, which guests will serve themselves"

Min menerangkan bagaimana buffet dihidangkan kepada para dayang istana dan para pembantu chef, Min terangkan dengan gaya lakonan bagaimana buffet digunakan,

Keonhee yang kebetulan melalui kawasan tersebut untuk menunjukkan betapa kacaknya dia menggunakan baju baru yang Min sediakan untuk mereka, Keonhee memandang Min yang menerangkan kepada para chef dan dayang-dayang tentang Buffet,

'Hurm buffet, ahh dia nak guna kaedah macam kerajaan barat, hum hum not bad,'

Keonhee pun masuk ke ruangan dapur istana dengan megah dan bergaya bersama baju barunya itu,

"Buffet adalah makanan yang terhidang di atas meja, dan para tetamu akan mengambil makanan itu dengan sendiri, dengan kata lain layan diri," ujar Keonhee perlahan dan Min menoleh ke arah Keonhee dan tersenyum ke arahnya,

'Kalau hari-hari dapat tengok senyuman dia, kan bagus'

"Ohh jadi makanan untuk para penduduk di hidangkan di meja yang panjang, lepas tu mereka berbaris untuk mengambil makanan masing-masing, para dayang dan pembantu chef akan menjaga di meja untuk mengawal keadaan? kan?" ujar Chef Choi dan Min mengangguk perlahan

"Ahh betul lah tu, ahh haha, gomawo keonnajhwshhwzasje" mulut Min ditutup dengan tangan Keonhee , keonhee takut identitinya terbongkar, hal ini kerana beberapa kakitangan di istana sudah pernah melihat wajah Tuan muda Lee, anak Cendiakiawan Lee yang terkenal itu,

Keonhee seakan-akan mengheret Min keluar dari dapur istana seperti Min adalah guni beras. Min melambaikan tangannya dan memberi simbol yang dia 'okay' setelah para Chef dan dayang istana melihat Min diseret pergi oleh Keonhee yang merupakan salah seorang pengawal peribadi Min,

"Yah! kau dah kenapa!?" ujar Min menepis tangan Keonhee yang masih menutup mulutnya

"kau tu yang dah kenapa? kau tahu kan aku pernah tertangkap di istana"

"ahh yang tu ke, tak akan ada yang perasan lah, lagi pun aku je nampak kau dengan keadaan yang menyedihkan..hehe" Min tersengeh-sengeh,

"Ahh lupakan, terima kasih sebab benarkan kita orang tinggal di dalam istana," Keonhee seakan-akan berdiri dengan megah, dia ingin Min memujinya, namun Min hanya memberi pandangan bersahaja,

"Ahh ye lah, jumpa nanti aku masih perlu pergi melihat persiapan yang lain"

Min melangkah pergi dari situ dengan tersenyum, dia sengaja ingin mengusik Keonhee, dia tahu Keonhee nak dia memujinya, dari jauh kelihatan Keonhee mula mencebik merajuk dengannya,

"Keonhee ahh! You look so handsome today!" jerit Min dari kejauhan dan melambaikan tangannya kearah Keonhee,

sepertinya Keonhee gembira sampai tersenyum lebar sehingga tak perasan ada orang lain berada di situ memerhatikan mereka,

"Ehem, tersenyum sampai ketelinga sampai tak sedar aku dari tadi dekat sini??"

"Tsk Kau buat apa kat sini"

'Praak'

bunyi bukaan kipas mula kedengaran, ternyata Hwanwoong duduk bersantai di dahan pokok, sudah seperti burung kakak tua bertengek hinggap di jendela,

"Ahh, aku pun ingat nak dengar dia puji aku, lagi pun kita orang akan berkahwin nanti" Hwanwoong terjun dari dahan dan mula mengejar langkah Min yang sudah menjauh, dia sempat menjelirkan lidahnya di hadapan Keonhee, sengaja nak membuat Keonhee cemburu,

"Chagiya, tunggulah!!"

Min yang mendengar suara Hwanwoong dari kejauhan be like

"Omo! Yah!! jangan kejar aku lah!!!" Jerit Min dan mula melangkah dengan laju, sudah seperti acara larian pecut 100m

"Mwo!? Chagi!? Yah! Aira Shii! you better explain to me!!!" kali ni Keonhee pun ikut mengejar langkah mereka berdua yang sudah kejauhan,

"Yah!! Jangan kejar aku lah!!!" Min melangkah sangat laju sehingga terpaksa melalui beberapa kawasan rahsia dalam istana untuk mengelak dari terserempak dengan Hwanwoong, dia pun tidak mahu berdepan dengan Keonhee,

Bunyi seruling mula kedengaran talkala senja mula menjelma, tiupan merdu bersamaan dengan angin musim luruh yang bertiup perlahan, langit yang kian berubah warna itu kelihatan sungguh indah di matanya,

"Kau ikut aku lagi?"Leedo berhenti meniup serulingnya lalu memandang kearah gadis berpakaian hanbok berwarna peach itu dengan bakul herba dan ubat-ubatan di tangannya,

"Siapa yang ikut kau, tsk aku just lalu kawasan ni, lagi pun ni jalan untuk ke Daisy Palace, permisi ya 'Gunhak-Shii'.." Rena dengan sombongnya mengflipkan rambutnya yang meninggalkan haruman peach yang manis dan berlalu pergi,

"tsk kawan dia pun berperangai macam dia, " bisik Leedo perlahan dan melihat kepergian Rena,

Dari jauh kelihatan Min yang sepertinya baru terlepas dari pandangan Keonhee dan Hwanwoong, termengah-mengah dia menarik nafas perlahan dan memandang Leedo yang kelihatan bergaya bersama serulingnya itu,

"ohh, Orabeoni!!" kelihatan Min melambai tangannya ke arah Leedo yang bersandar di pokok, Leedo tak mampu menahan senyumannya setelah melihat kelibat gadis itu, cantik anggun menggunakan baju hanbok berwarna lavender manis,

"Orabeoni.. lama dah tunggu?"

"Tak lah, tak pe, kamu pergi lah dulu arrachi, jumpa nanti!" Jerit Leedo kembali dan tersenyum, entah mengapa dia ingin tersenyum setelah melihat senyuman Min, mungkin kerana Min mengingatkan dirinya kepada adiknya Yoonmin,

"sepertinya kau sudah jumpa kembali senyuman kau tu , aku ingatkan dah lama hilang"

Haruman bunga ros mula terhidu, Youngjo muncul bersama dengan kelopak bunga ros sebagai extra set up,

"Jap, mana datangnya kelopak bunga ros ni?" Leedo menepis bunga-bunga yang terkena bajunya barunya, dia tidak mahu lah mengotori baju pemberian Min itu,

"Kau suka Haemin?" Leedo hanya tergelak kecil mendengarnya

"Yah!? Hyung dah kenapa? Min tu macam adik aku, tak mungkin lah aku akan menyukainya,"

" Untuk pengetahuan Hyung dia Min, mana Haemin nya, ye lah dia kan 'pinjam' tubuh Haemin, tapi roh dalam tubuh tu adalah Min, cukup-cukup lah dengan Haemin, kau tu hyung" Kata-kata Leedo dihadam perlahan,

'yeah, betul cakap leedo yang dihadapan aku selama ni adalah Min, Min gadis yang lain dari yang lain, tapi aku masih tak boleh lupakan Haemin, puteri tu'

Pada masa yang sama, di Moon Palace,

"Cik Xion, tunggu lah, Cik! Cik kena guna pendati," Jerit Harin yang mengejar Xion yang mula berjalan kaki untuk ke istana,

"Tak perlu, Cik Xion akan bersama dengan sya" dengan baju ala-ala kerajaan cina itu, warna merah dan biru dengan corak hiasan emas di rambut, wajah kacak bagaikan pangeran jepun itu mula menarik perhatian semua orang setelah wajahnya terpancar oleh cahaya bulan yang mula menderang,

"Min-shii" Min muncul dengan menunggang kuda putih yang lalu menghulurkan tangannya untuk Xion naik dan menunggang kuda bersamanya, para Night Raven turut bersamanya ketika itu dengan kuda masing-masing,

Bukan setakat terpaku dengan wajah ketampanan milik Min yang menyamar jadi Mujin, para penduduk mula terpaku dengan wajah-wajah Night raven yang tampil tanpa mengunakan mask lask mereka, well mereka mana tahu tu Night Raven, mereka hanya ingat itu adalah Pengawal Istana,

Tak ketahuan ke mereka night raven? Tak sebab Min dah buat topeng kulit yang mereka boleh gunakan sebagai penyamaran, jadi tiada siapa tahu bagai mana wajah para pahlawan malam itu,

Min telah sediakan beberapa costume dan baju hanbok baru untuk Night Raven, yang terbaru adalah warna merah yang membawa maksud Pahlawan yang gagah dan berani, semangat kental dan tak mengalah.

Ketika siang tadi, mengapa Keonhee menutup mulut Min kerana, Keonhee terlupa memasang penyamaran alat soleknya,

Gaya rambut dan suara pun turut berubah, ini adalah berkat ubat-ubatan atau vitamin yang Rena bagi mengikut resepi yang Min berikan.

Min sepertinya ingin menjaga identiti mereka sebaik mungkin, untuk bawa Night Raven kembali ke istana amat lah berisiko, sudah pasti Min mengetahui tentang pekara tersebut, salah seorang ahli Night Raven adalah Crown Prince Kim yang dikehendaki,

Min sudah sediakan beberapa persiapan silap matanya, dan akan ditunjukkan setelah selesai persembahan Xion, namun rancangan mereka sepertinya akan gagal, seperti biasa Kim Clan masuk campur dan menghuru harakan majlis itu,

semasa persembahan berlangsung dengan penari dari Moon Palace, mereka mula diserang dengan assassin milik Kim Clan,

Assassin itu mula menyerang kawasan singgah sananya dimana Min letakkan patung yang diawet persis seperti dirinya disebalik langsir lut sinar yang bertujuan untuk menutup wajah Min itu mula ditusuk dengan pedang ,

langsir putih itu pun mula berlumuran darah akibat terpecik oleh pedang milik assassin tersebut,

kelihatannya semua mula panik setelah melihat kejadian itu lalu bertiampiaran lari kerana takut diserang pula oleh para assassin tersebut,

"Seronok korang main?" suara Xion mula kedengaran,

Xion yang masih berdiri di atas stage itu memandang tepat ke arah ketua Assassin yang masih belum berhenti menusuk patung yang disangkakan Puteri itu,

Min yang menyamar jadi namja itu memberi signal untuk para Night Raven bersedia sekiranya nyawa Xion terancam, namun jangan begerak sedikit pun dari posisi mereka kalau tak rancangan kemungkinan akan gagal,

"Tsk? kau siapa berani masuk campur?" Ketua assassin itu pun terjun dan pergi berdekatan dengan Xion, begitu juga dengan ahli-ahlinya yang lain mula berkerumun di sekeliling Xion,

" aku tengokkan ,lirikan mata kau ni memedihkan mata aku, aku tak suka dengan pandangan mata kau, buat aku rasa meluat dengan perempuan" kata assassin yang memandang Xion yang berpakaian wanita itu. Merasakan keadaan semakin tegang nak tak nak, Min terpaksa masuk campur,

Bunyi tepukan perlahan meredakan keadaan, Min mula bangun dari tempat duduknya dan membawa segelas minuman bersamanya,

minuman anggur yang kelihatan seperti warna darah itu dihirup perlahan, wajahnya mula terpancar oleh sinaran bulan membuat para assassin tersebut mula ketakutan dan mengigil,

"Kkkau...Putera Mujin dari Kingdom of Sakura"

"Tapi dia...."

"Ahh dah mati? Gurae, mungkin aku telah bangkit dari kematian, " Min mula ketawa perlahan namun kedengaran agak menyeramkan,

Youngjo perasan yang mata Min seakan-akan bertukar ke warna merah setelah memberikan pandangan tajam kepada para assassin ketika itu,

'Aku tak salah tengok ke? mata dia seperti bertukar warna?'

"Kau nak tengok tak macam mana bangkitnya dari kematian?" tiba-tiba seperti bunyi seakan-akan tulang berkeriuk umpama filem seram,

kelihatannya patung yang merupakan penyamaran Min tadi mula kelihatan bangun seperti mayat yang hidup,

langsir yang menghalang pandangan itu perlahan-lahan mula tertanggal ketika angin malam mula bertiup perlahan, menampakkan patung yang berdiri dengan berlumuran darah, sudah seperti zombie, Night Raven sendiri kelihatan sangat terkejut dengan trick halus yang Min gunakan,

wajahnya sangat persis seperti wajah Min sendiri, patung yang ditikam berkali-kali tadi mula bangkit sendirinya setelah terkena cahaya bulan,

Para assassin mula mengundurkan diri , Min hanya memberikan senyuman yang memuaskan dalam masa yang sama pandangan yang diberikan membuat Youngjo agak mencurigai diri Min yang sebenar,

'siapa kau sebenarnya Min? kenapa kau sangat berlainan?'

Para assassin yang melarikan diri tadi seakan-akan ketakutan dan menjerit-jerit, sebenarnya... apa yang berlaku adalah,

"Jadi kau nak kena kan mereka?"

"Haah, listen here, patung-patung tu dah dilumur dengan cecair yang akan mengaktifkan molekul molekul yang digunakan untuk aku buat manequin ni, well senang cerita patung-patung tu seakan-akan hidup, tapi sebenarnya itu hanya lah ilusi,"

"dan Xion kemungkinan akan jadi mangsa, jadi kau akan bebaskan haruman ni semasa mereka jadikan kau sebagai tebusan, " Xion memngangguk perlahan dengan rancangan Min,

"dan korang jangan dekat dengan Xion semasa kejadian itu nanti, aku akan bagi signal, so focus tau, "

"korang bersedia di bawah stage, aku guna kain lut sinar untuk perangkap para assassin tu nanti, jadi hanya mereka akan menghidu haruman bunga tu"

Min menerangkan plan mereka untuk gagalkan rancangan Kim Clan lagi, Min tahu setelah pengumuman dirinya yang masih hidup akan mengancam nyawanya lagi,jadi Min mengambil keputusan untuk menyamar jadi Mujin lagi sekali,

Ternyata Mujin adalah nama anak Emperor kerajaan seberang, Kingdom of Sakura aka Shin Clan, Emperor Jinmu ada anak lelaki bernama Mujin, namun putera itu telah gugur dalam expedisi untuk membantu para tentera yang bertungkus lumus untuk menjaga benteng ketenteraan dari di jajah oleh para kerajaan Woo ketika itu,

Min tidak percaya awalnya yang putera itu betul-betul sudah mangkat, kerana tiada data mengenainya seolah-olah segala sejarah mula hilang perlahan-lahan begitu juga dengan keadaan kerajaan moon tersebut,

'Betul ke aku di Joseon? aku rasa aku memang di zaman Joseon tapi di kawasan lain, maksud aku di wilayah lain?'

'ahh bingung aku, ke aku di sebuah kerajaan yang hilang dari sejarah, ke aku di dunia lain?'

'omo asal aku tak terfikir, jangan-jangan aku di dunia lain? macam parallel universe?'

'ahh tak mungkin lah, tapi kan apa yang aku alami semasa aku tak sedarkan diri tu, kenapa aku rasa aku di tempat lain?'

"Tsk tak mungkin lah"

Berbalik kepada para assassin tadi...

Para Night raven bersama Min memeriksa jalan di luar istana yang penuh dengan para assassin yang saling bertikam badan, darah di mana-mana, dengan patung yang pecah kepala, hilang tangan dan kaki, mayat para assassin pun turut ada di situ,

"Haruman yang kau suruh aku guna tu...?" Xion seakan terkejut dengan apa yang dilihatnya, sungguh sadis dan membuat dirinya menutup matanya, tak sanggup memandang para assassin yang saling membunuh itu,

"Ye, haruman tu akan buat sesiapa sahaja yang menghidunya akan mengalami ganguan halus di mindanya untuk membunuh sesiapa sahaja yang mereka nampak, seperti bisikan-bisikan halus yang membuat mereka berfikiran tidak waras"

" patung tu hanya mampu berdiri dan begerak, tapi di mata mereka nampak seperti hantu dengan wajah mengerikan yang ingin membunuh mereka,"

"untuk selamatkan diri mereka, mereka akan menikam apa sahaja yang menyerupai 'hantu' sebab tu mereka mula bergelut dan saling membunuh,"

"kalau tak pun, mereka akan bunuh diri, itu lah penangan dari bunga azalea, haruman bunga yang aku suruh kau bebaskan dalam ruangan tersebut"

"Tapi..." Xion tidak menghidu apa - apa ketika dijadikan tebusan sebentar tadi,

"Kenapa kau tak menghidunya? sebab haruman tu dah bergumpul dekat bunga di sanggul kau" bunga di sanggul Xion merupakan kuntum bunga azalea sendiri, untuk menghapuskan effect haruman extract azalea, hanya melaui bunganya sendiri,

Min mengambil bunga di sanggul Xion, ditenung perlahan, lagi sekali matanya seakan bertukar warna,

"Bunga ni jarang dijumpai, tapi untuk jumpa bunga ni, ada nyawa yang perlu dipetaruhkan, dan bendahara kim membayarnya dengan nyawa orang lain untuk mendapatkan bunga ini,"

"Dalam dunia ni, ada benda yang kamu tak boleh tanya atau kata mahupun dapatkan, dia hanya akan mendatangkan keburukan kepada diri kamu sendiri"

Bunga Azalea tersebut tiba-tiba terbakar setelah Min membuangnya ke udara

"Kau.."

"Just a trick, chills" Min menepuk perlahan bahu Youngjo yang kelihatan mula mencurigai Min lagi sekali,

'Hari tu dia membakar kertas-kertas azimat tu dengan hanya membaling ke udara, sekarang membakar bunga tu?'

Setelah bunga itu terbakar, kebun yang ditumbui bunga-bunga tersebut mula perlahan-lahan terbakar bersama,

'Kau dah terima balasannya Bendahara Kim sanggup kau nak hasrat kau tercapai dan hantar salah seorang orang kanan aku untuk dapatkan benih azalea untuk permintaan kau,'

'sekarang kau terimalah padahnya, kebun kau dah terbakar, kau tak mungkin mampu membuat racun yang membunuh perlahan seperti yang kau buat dengan Tuanku raja dan pemaisuri,'

'Yonghwa, kematian kau sangat misterius, dan aku tahu kematian kau juga melibatkan bunga azalea sama seperti Kim Clan hapuskan Emperor Moon dan Empress Moon,'

'Kim Clan, tsk...tak cukup lagi ke apa yang korang buat selama ni!?'

Di kediaman para Night Raven,

lampu di kediaman mereka masih bernyala terang, mereka mula berbahas tentang diri Min yang kelihatan sangat mencurigakan saban hari,

"Kau tak rasa dia macam orang lain?" Youngjo mula dahulu dengan pendapatnya,

"Tapi bukan ke dari awal memang orang lain?" Seoho mula dijeling oleh para night raven yang lain,

"Maksud aku, dia macam ada, teknik istimewa dia sendiri," terang Youngjo dengan gayanya sekali agar yang lain faham

"Tu sebab elixir dalam badan dia, kalau kau nak tahu dia selamat kan kau, kalau tak kau dah jadi mayat yang mereput dah," Seoho tak sengaja mengatakan hal tersebut yang menjadi rahsia diantara dirinya dengan Min,

"Hah!? selamatkan aku? sejak bila?" lagi sekali kes-kes memori hilang, kali ni Youngjo pula yang mula tidak ingat akan sesuatu,

namun sepertinya apa yang Min rasakan seperti beberapa sebahagian dari kingdom tersebut mula perlahan-lahan hilang termasuk memori.

"Kau lupa? dia kan selamat kan kau semasa..." Seoho mula berhenti bercakap,

'takkan lah masa dia semakin singkat? tapi kenapa?'

"Apa eh?" Seoho pura-pura lupa,

"Kau pun lupa?"

"Apa yang dah berlaku sebenarnya" kini Keonhee pula yang berfikir, seolah-olah mereka seperti semakin lama semakin lupa akan sesuatu,

"Aku rasa, apa yang berlaku ada kaitan dengan diri Min" Xion mula berkongsi pendapatnya

"Maksud kau?"

"Korang pernah cerita yang sejak dia sedar dari tidur yang panjang selama 3 hari tu, dia totally different right?" mereka mengangguk mendengar kenyataan Xion

"Selama 3 hari tu apa yang terjadi dekat Min?" kilat mula menyambar dan bunyi guruh mula kedengaran hujan mula turun dengan perlahan, mereka saling berpandangan, namun Seoho mula memerhati Daisy Palace yang masih cerah itu

'dia masih berjaga,?'

Di bilik, Min merenung wajahnya di cermin, pandangan sayu dan kebingungan diberikan

"Aku dah tak banyak masa lagi, hampir 2 bulan dah berlalu sejak aku ada di sini, aku pun tak pasti apa yang aku rasakan.. memori? kisah? cerita?"

"aku nak ubah takdir aku, tapi bukan puteri ni, yang penting, mereka semua hidup, itu je, yang aku nak setakat ni"

"tapi kenapa aku tak pernah jumpa tentang kerajaan Moon di buku sejarah selama ni? betul ke aku di masa lalu? ke aku sebenarnya di kawasan lain? maksud aku macam dunia yang lain?"

"aku pasti apa yang aku alami semasa tu adalah nyata,"

"tapi apa yang aku rasa di dunia modern tu juga bukanlah seperti kehidupan sebenar aku, melainkan memori seseorang, jadi tempat ni mungkinkah.."

"sebuah memori?..."

To Be Continued...

Wow, lama dah author tak update kan, so what did you think? adakah hanya memori semata-mata?

knj_99creators' thoughts