webnovel

Chapter 11

Suatu ketika dahulu, semasa Empire Kim masih meneguh...

"Tuanku, tuanku kena bagi arahan sebenar untuk menghentikan serangan, kalau tidak, kerajaan Kim akan musnah,"

"Tuanku satu-satunya pemerintah ketika ini, Tuanku Raja Kim sudah mengarahkan Tuanku untuk jadi pemerintah yang akan uruskan kerajaan ini sepanjang ketidakberadaan baginda raja" itu lah apa kenyataan yang diberikan oleh Bendahara Kim semasa perjumpaan dengan Putera Mahkota pada ketika itu,

"Bendahara Kim, jadi kamu nak beta pergi dari istana! Beraninya kamu!" bentak putera mahkota yang berpakain serba merah ketika berada di atas kerusi tahta di Crown Hall tersebut.

"Tuanku, bagi arahan tuanku" semua bendahara kiri dan kanan menunduk hormat inginkan Putera Mahkota tersebut pergi ke tapak yang dikatakan tempat pemerontak dan pelarian tersebut. Sepertinya Kim Clan sudah melampau ketika ini,

"tsk! jadi kamu betul-betul nak gulingkan Putera Mahkota kamu sendiri" bisiknya perlahan dan berlalu keluar dari Crown Hall dengan megahnya tanpa mendengar apa yang para bendahara bincangkan,

"Gunhak, agaknya apa patut kita buat?" tanya Putera Mahkota tersebut kepada Pengawal pribadinya Leedo, Leedo merupakan pengawal istana dan sudah berkhidmat dengan Tuanku Putera sejak dirinya masih berbelasan tahun.

Kemahiran ilmu pertahankan dirinya sangat dikagum oleh Late Emperor, lalu dibawa ke istana mempelawanya untuk jadi sebahagian dari keluarganya untuk menutup kemangkatan anak bongsunya yang meninggal,

Sebab itu kenapa Leedo dan Youngjo sangat rapat.

"Tuanku, kita tak perlu rancang untuk larikan diri," Leedo memandang Youngjo, Putera Mahkota Kim yang diinginkan kemangkatannya seperti mereka buat kepada Late Emperor Kim,

"Tak, kalau kita nak menang, kita kena teruskan dengan rancangan kita tu" Youngjo berjalan masuk ke Rose Palace, bunga-bunga ros di kawasan itu tidak pernah mekar walaupun sudah di siram mahupun dibaja oleh dayang-dayang istana, seolah-olah hidupnya dalam sumpahan yang tak terungkai,

"Agaknya bunga-bunga ni akan mekar ke tidak suatu hari nanti, biji benihnya diberi oleh tuanku pemaisuri sebelum kemangkatannya, sekarang mereka menyasarkan tuanku raja pula, apa masalah Kim Clan !? mereka dah ambik Youngjin semasa berumur 9 tahun dan tak lama lepas tu tuanku pemaisuri, apa dosa keluarga aku dah buat dekat Kim Clan!?"

"Tuanku kami dah sedia"

"Ahh Harin, jadi kamu semua sudah bersedia?"

"Ye, tuanku kami akan berkhidmat untuk tuanku sehingga ke titisan akhir hayat kami,"

"Baiklah, kita jumpa nanti di tempat biasa, dan jangan bagi tahu para trainer night raven yang lain, ini semua dirahsiakan, faham!"

"Baik lah Tuanku," Harin menunduk perlahan, dia tidak pernah berdepan dengan Youngjo dan tidak pernah tahu bahawa Youngjo adalah Putera Mahkota sepanjang dirinya menjadi ahli rasmi yang dilantik sendiri oleh Late Emperor Kim,

"Harin-ahh, kamu dah jumpa Tuanku?"

"Ahh, Yonghoon-hyung, Dah, kita kena bersedia, Tuanku nak teruskan dengan rancangan dia,"

"Hah? Tuanku betul-betul nak ikut rancangan dia tu? jadi kita, akan buat rancangan dia Berjaya..walaupun nyawa kita yang tergadai" Yonghoon memandang ahli-ahli Night Raven yang lain, dari Harin, Hyun Gu ke Gi Wook ,

"Kita ke sempadan sekarang" arah Harin dan mereka semua begerak dengan pantas,

Youngjo yang memerhati dari jendela tingkap biliknya, memandang kepergian mereka dengan pandangan gusar, dia risau sangat kalau mereka gagal kemungkinan akan ada kemalangan jiwa berlaku, atau mungkin lebih teruk daripada itu,

"Aku akan kembali rebut tahta ni suatu hari nanti dan hapuskan Kim Clan di tangan aku sendiri, korang tunggu lah, itu janji aku"

Keesokkan harinya, Youngjo dengan rasminya membuat kenyataan akan pergi ke tapak pelarian dan para pemerontak kerajaan yang sedang dalam perjalanan untuk menyerang kawasan desa tersebut, dengan kata lain, kenyataan yang akan diberikan oleh Bendahara Kim kepada penduduk adalah keberangkatan Putera Mahkota untuk pergi berperang bersama Pengawal istana,

Beberapa dari kelompok pengawal istana adalah ahli Night Raven sendiri, Mereka menaiki kuda, dan berpakain biru tua, para penduduk melambaikan tangannya mengucapkan maju jaya, walaupun pada masa yang sama mereka agak takut, takut sangat jika Putera Mahkota tak pernah kembali lagi,

Semuanya berjalan lancar seperti yang difikirkan oleh Bendahara Kim dan memberi signal untuk para assassin untuk menunggu di sempadan, dan sebagian assassin nya mengikuti Youngjo dari belakang.

Pasukan Youngjo menggunakan kawasan pergunungan untuk mengelak laluan sempadan yang mereka sudah letakkan perangkap buat para assassin milik Kim Clan, namun malangnya bagi mereka, panahan dilepaskan dan terkena salah seorang pengawal istana, membuatkan kuda-kuda panik dan hampir melambungkan penunggangnya,

Nasib lah para Night Raven sudah terlatih dan boleh mengawal keadaan,

"Lindungi Tuanku!" ujar Ketua pengawal istana dan para Night raven terus membawa Youngjo keluar dari situ, para assassin mula berpecah dan mengejar mereka dari belakang,

"Gunhak kau bawa Tuanku ke tempat selamat, kami akan halang dari sini, walau apa pun yang berlaku jangan toleh belakang"

"Yonghoon-hyung.."

"Ka!"(Go!)

Kelihatan dari jauh, para Night Raven mula menghalang assassin milik Kim Clan, kelihatannya Harin sangat pantas melayang pedangnya untuk melindungi Yonghoon dan begitu juga dengan Yonghoon mengunakan panahnya dan memanah ke arah badan assassin tersebut dan melumpuhkannya agar mereka boleh melarikan diri dan melindungi Youngjo,

Mereka bertarung umpama duo dalam cerita filem aksi kungfu yang mengeluarkan aura seperti pemangsa yang akan memangsa mangsanya bila-bila masa sahaja,

"Baik korang menyerah je, Putera tu tak akan selamat walaupun dia terlepas dari kami, Kim Clan tak akan hantar sedikit assassin nya hanya untuk melengahkan korang" Yonghoon segera menunggang kudanya untuk mengejar Youngjo dan Leedo yang sudah menuju ke perangkap besar milik Kim Clan,

'Tolong lah, aku mohon agar korang selamat'

Di hadapan Leedo dan Youngjo hanya lah jurang tebing yang tiada jambatan gantung yang digunakan oleh para pelarian untuk merentas sempadan dan daerah itu, jambatan tersebut telah diputus dengan sengaja oleh para assassin,

"Cis, mereka tahu kita akan guna jalan ni" Youngjo mengengam penumbuknya

"Ahh, tak sangka tekaan aku betul" bunyi tepukan dan suara ketawa itu membuat Youngjo dan Leedo menoleh kebelakang, kelihatan ahli night ravennya diikat dan berlumuran darah di sekitar kepala dan lengan baju mereka,

"Tak guna!" Leedo ingin melepaskan serangan namun Youngjo menghalangnya,

Leedo mendengarkan bisikan Youngjo yang bertanya apa Leedo mempercayainya? Signal mata yang Youngjo berikan membuat Leedo terkedu seketika,

"Yah! apa maksud Tuanku!?"

"Kamu nak sangat tengok aku mati kan, aku akan bunuh diri aku sendiri, supaya tangan korang tak kotor"

Youngjo mula menjatuhkan dirinya dari tebing tersebut, para assassin dan pengawal istana melihat ke bawah, kelihatannya air sungai tersebut sudah bertukar warna ke warna merah, betul ke Youngjo cedera parah lalu meninggal?

Operasi pencarian pun dimulai sebaik sahaja mereka melihat kesan darah di sekitar sungai, para pengawal istana dan para assassin mula mencari mayat Youngjo dimana-mana hanya pakaiannya yang terkoyak dan kesan darah sahaja yang ditemui, lalu dibawa ke istana dan terus diumumkan kemangkatannya dengan meninggal kerana pemerontak,

Sebaik sahaja pengumuman itu dibuat, akhirnya bunga ros itu mekar ketika terkena cahaya bulan yang menerangi kawasan Rose Palace yang mula ditutupi oleh bunga ros yang tumbuh secara misteri, dan akhirnya diistiharkan bahawa kawasan Rose Palace itu merupakan kawasan larangan dalam istana,

Pada masa yang sama,

"Mana Leedo ni, haish aku suruh dia ambikan pakaian je pon" Youngjo masih menunggu Leedo di kawasan gua tertutup berdekatan dengan tebing tersebut,

Apa yang dah terjadi? ini adalah rancangan Youngjo sebenarnya yang hanya Leedo yang tahu,

Selepas perbincangan mereka dengan ahli night raven , Youngjo turut merancang rancangan yang akan buat dirinya seperti bunuh diri, walaupun macam bahaya, tapi mereka terpaksa lakukan untuk mengelakkan orang lain yang menjadi mangsa Kim Clan dan,

Youngjo turut mengcop mohorkan segala perutusan rasmi yang Late Emperor ingin dia uruskan, Dari pelantikan Moon Family sebagai pemerintah seterusnya setelah berita kemangkatan keluarga diraja Kim tersebut,

"Macam mana kalau mereka syak Tuanku masih hidup?" tanya Leedo dan Youngjo memandangnya dengan wajah bersahaja,

"Biar mereka syak aku masih hidup, supaya mereka akan fokus dengan aku bukan dengan keluarga baru diraja nanti, dan kau tak pernah cakap kan nama Putera mahkota Kim Youngjo dengan semua ahli dan pelatih Night Raven?"

"Tak, aku hanya cakap Night Raven adalah pasukan yang diutuskan untuk berkhidmat untuk Putera Mahkota, dan Late Emperor sendiri yang memilih ahli-ahlinya," Youngjo tersenyum mendengarnya,

"Jadi lepas rancangan kita berjaya aku nak kau buang adap kau ke laut dan cakap macam biasa dengan aku,"

"Tapi Tuanku.." Leedo teragak-agak untuk berbuat sedemikian kerana masih menghormati Youngjo sebagai putera mahkota,

"Janji dengan aku, kau kena rahsiakan identiti aku sampai bila-bila, kalau ya pun semuanya bocor, aku tak salah kan kau, sebab aku tahu kau macam mana, aku kenal kau sejak kau masih budak lagi," Kenyataan Youngjo itu agak menyentuh hati Leedo,

"Aku akan terus berkhidmat untuk Night Raven bersama dengan kau,"

"Wah sepertinya kau dah boleh bercakap dengan biasa dengan aku, apa-apa pun, mari jayakan rancangan ni!" Leedo mengangguk perlahan,

Berbalik ke situasi Youngjo,

"Ahh mian-mian, tersesat tadi, tapi kan rancangan kita berjaya, semua mereka percaya yang kau dah mati sebab binatang buas, mereka siap jumpa mayat seperti di makan binatang dengan baju kau"

"Ahh yang tu, aku yang rancang, semasa aku mencuba untuk stabilkan tenaga Chi aku, aku terus muncul dekat kawasan pinggir sungai, masa tu aku nampak ada beruang yang serang salah sorang assassin yang melalui kawasan tu, aku apa lagi tarik lah mayat tu ke pinggir sungai dan pakaikan dia pakaian aku, sebab baju dia musnah aku tak boleh pakai, jadi aku pun jumpa gua ni dan berendam dalam sungai ni menunggu kau tak kunjung tiba, kau nak aku mati kesejukan ke apa?!"

Leedo hanya tersipu-sipu malu, dia masih belum mahir untuk menggunakan tenaga chi dengan betul membuatnya muncul di kawasan lain tak seperti di dalam mindanya,

Youngjo menyarung hanbok lusuh seperti pengendala tersebut dan mula melukis kesan comot dan mula mengunting atau memotong rambutnya,

"Yah kenapa kau gunting rambut?"

"Wae? kau nak orang cam aku ke? kau cari bahan-bahan ni dan jumpa aku di tapak latihan Night Raven" Youngjo mula menghilang dari pandangan Leedo

"Ahh jangan lah buat aku cemburu kau dah boleh guna jurus tu" Leedo akhirnya berjalan keluar dari gua dan mencari bahan-bahan yang Youngjo minta,

"Dia nak buat apa dengan bahan-bahan ni? nak buat perwarna ke?"

"Ya, aku nak buat perwarna?" setibanya Leedo dengan bahan-bahan natural yang diminta oleh Youngjo tadi,

"Kau, dah tak waras ke ? sejak jatuh dari tebing tu?" Leedo memandang Youngjo dengan pelik,

"Ahh, tak lah aku nak buat penyamaran, dengan warna rambut aku dan guna benda ni" Youngjo mula mengunakan anting-anting yang boleh dikatup bergitu sahaja di telinganya, anting-anting dengan corak bunga ros tersebut kelihatan elegant di mata Leedo,

"Aaa..aku, aku pun nak ubah pernampilan" Leedo pun turut membancuh beberapa bahan untuk dijadikan pewarna rambut,

Akhirnya begitu lah cerita bagaimana mereka berdua tidak boleh dikesan oleh Kim Clan selama beberapa tahun sehingga kini, namun mereka mula dihantui beberapa memori dari kejadian berikut yang membuat mereka sangsi dengan siapa Puteri Haemin yang sebenar.

Dijadikan cerita, setelah berita kemangkatan crown prince mula disahkan, night raven pula di letakkan dalam list pencarian, tiada siapa tahu siapa night raven ,ahlinya dimana , sehingga lah satu hari tu,

kem latihan lama Night raven diserang oleh pengawal istana atas arahan Bendahara Kim, semasa itu pelatih night raven berada di situ, siapa perlatih night raven?

Semasa serangan dilakukan, Seoho dan Keonhee berada di situ untuk sesi latihan mereka berdua, namun didatangi oleh tetamu yang tak diundang, lalu sesi latihan menjadi sesi perlawanan,

Ahli-ahli Night Raven sentiasa memakai topeng muka untuk menutupi sebahagian wajahnya, semasa bertarung,

entah bagaimana ada saksi mata yang memerhatikan kejadian pada malam itu, ketika itu Seoho seakan bertentang mata dengan seorang perempuan yang sepertinya melalui kawasan gunung itu untuk mengutip buah-buahan dan tanaman herba, namun dia tak sangka akan berada di kawasan pergunungan ketika itu, kawasan gunung agak berbahaya ketika sudah lewat petang ,

Seoho yang ingin berlari menyelamatkannya namun terlebih dahulu Keonhee muncul di hadapan budak tersebut dan membelakangi Seoho dan ketika itu belakang Keonhee terkena serangan pedang dari pengawal istana tersebut,

'daash'

Darah terus mengalir, Keonhee tanpa ada jeritan sedikit pun dan terus melindungi gadis tersebut yang berlindung di bawah pokok.

Seoho terus melepaskan panahan di bahu kanan pengawal tersebut, walaupun mereka berdua masih muda dan umur berbelasan tahun, mereka tak gentar untuk bertarung layaknya seorang pahlawan pedang yang sebenar,

"Yah! tahu tak apa kau buat tu bahaya!" marah Seoho namun Keonhee hanya tersenyum,

"AKu tak boleh biarkan sesiapa cedera terutamanya budak perempuan, gadis atau wanita," itulah jawapan Keonhee kepada abangnya ketika itu, air mata Seoho mengalir jua melihat tubuh adiknya yang lemah lalu mendukungnya dibelakang untuk segera merawat lukanya, agak lama Keonhee tak sedarkan diri dan tak menjalani latihannya,

namun setelah diselamatkan malam itu, budak perempuan tersebut datang berjumpa dengan Seoho dan memberi sesuatu seperti ubat-ubatan,

"Kau pasti ke ubat ni berkesan? ahli perawat tu cakap tak mungkin boleh sembuh dengan cepat sebab luka tu sangat dalam" budak perempuan tersebut hanya mengangguk lalu melarikan diri,

Then... di suatu tempat dalam hutan,

"Kamu pergi ke gunung lagi? kan sya dah cakap tempat tu bahaya?"

"Yoonnie ahh, jangan lah risau sya okay"

"Hae-ahh jangan lah macam tu, awk tahu kan kita ni pelarian, sya tahu awk ke gunung sebab nak cari makanan untuk kita tapi, awk jangan lah balik lewat sangat"

Yoonmin memandang gadis dihadapannya, mereka nampak seumuran namun wajah Haemin sangat muda,

"Awk pasti ke? kita seumuran?" tanya Yoonmin dia masih tidak percaya

"Ye, kenapa, ahh awk pun mesti rasa sebab wajah sya terlampau muda kan? ye, semasa sya di pusat kebajikan sebelum dibawa jadi hamba untuk bekerja, sya selalu dibuli sebab wajah sya" luah Haemin ketika itu,

"Hae-ahh, janji tau jangan ke gunung lagi, tapi kan kenapa awk bagi awk punya elixir kepada namja tu?"

"Ahh, sebab sya terhutang budi dengan dia, nampak cam muda lagi tapi dah jadi pahlawan pedang, tak pasti tapi sya ingat sya akan terkena serangan pengawal tu, tapi tiba-tiba namja tu selamatkan sya, bergaya sangat?" Yoonmin tergelak kecil mendengarkan luahan Haemin di sebelahnya,

"Awk kan, belum jumpa abang sya lagi, dia pengawal istana dan pernah jadi orang kanan putera tau"

"Wahh,"

sudah berapa lama agaknya mereka hidup di temple lama itu, temple dengan nama lainnya kuil itu terletak di dalam hutan yang dikelilingi oleh tumbuhan herba dan bunga yang langka,

salah satunya bunga yang hanya mekar sekali dalam 100 tahun turut tumbuh dengan kuantiti yang boleh dikira banyak,

namun hanya mampu membuat lebih kurang 3-6 elixir kerana beberapa cubaan yang Yoonmin lakukan gagal,

"Tapi, kenapa awk nak sangat selamatkan mereka? mereka kan haiwan?" tanya Haemin ketika melihatan Yoonmin bertungkus lumus untuk membuat ubat-ubatan untuk merawat haiwan yang cedara,

"Sebab mereka pun layak untuk hidup, sama macam manusia, mereka ada hak untuk bertahan hidup di habitat liar, yang membezakannya, mereka tak boleh pilih takdir mereka, tapi manusia boleh,"

" jadi, awk kena pilih tau takdir yang akan awk hadapi sekirannya kita terpisah nanti," Haemin agak mencurigai dengan apa yang Yoonmin katakan,

"awk cakap macam ni, macam nak pergi je?" Yoonmin memandang Haemin di hadapannya,

"Sya selalu perhatikan abang saya selama ni, sya tak berani nak berdepan dengan dia, ye lah sya tak pasti macam mana reaksi dia bila dapat tahu yang selama ni sya masih hidup, disebabkan.."

"Sya selamatkan awk dan jumpa kuil ni?"

"Ye, sya terhutang budi sangat dengan awk, walaupun kita baru je kenal"

"Heh mana da, kan kita kenal sejak umur kita 10 ke 11 tahun kan? awk jadi hamba sejak umur 9 tahun kan? awk ada cerita sebelum ni?" Yoonmin hanya mendiamkan dirinya,

"Ya, bayangkan abang sya tak mampu terima hakikat, dia diambil jadi anak angkat, dan dia tak mampu nak buat apa-apa, sebab sya bukan keluarga dia lagi,"

"Sya kan ada, sya boleh jadi keluarga awk" ujar Haemin dengan senyuman yang terukir di bibirnya membuatkan Yoonmin hilang kata-katanya,

'kenapa dia sangat cantik, aku tak mampu nak tolak hakikatnya yang dia kelihatan sangat muda tapi matang'

"Oh ya lupa nak cakap, awk jangan pergi ke kawasan larangan tau" Haemin mula menoleh ke arah Yoonmin dengan pandangan penuh tanda tanya,

"wae?"

"Jangan banyak tanya, dengar je ckp sya" Sepertinya Haemin tak puas hati, disebabkan dirinya sangat tertanya, esok petang dia pun pergi ke kawasan yang dikatakan kawasan larangan yang penuh misteri itu,

"Wah, cantiknya tempat ni, seperti di alam lain? Pokok tu? melanggar hukum alam?" Haemin memerhati sekitar kawasan tersebut dan matanya mula terpandang seorang namja yang berjalan sambil memandang scroll, sepertinya akan terjatuh ke dalam tasik tersebut,

"Hey, hati-hati!" jerit Haemin dari seberang jambatan dan terus terjun ke dalam tasik untuk menyelamatkan namja tersebut. Haemin cuba untuk membuat namja tersebut sedar, namun Haemin melarikan diri setelah mendengar bunyi orang bercakap dan menuju ke kawasan tersebut.

Haemin memerhati dari jauh, kelihatannya seperti kawan-kawan namja itu, sekurangnya Haemin tahu bahawa namja tersebut selamat daripada lemas, namun Haemin tak mampu berhenti tersenyum kerana kelihatan agak lucu kerana namja itu tersadung batu dihadapannya dan terjatuh ke dalam tasik,

Dalam perjalanan balik ke temple, Cahaya bulan pun menyinari laluannya, seolah-olah kawasan itu dipenuhi dengan tumbuhan-tumbuhan mistik dan kunang-kunang berkelip-kelip mengelilingi kawasan itu, terasa seperti menuju ke alam lain,

"Huh, bunga ni dah mekar, tapi kenapa dia satu-satu je kat sini, bunga apa ni peliknya, dia mekar di bawah cahaya bulan?" tanpa merasa ragu Haemin pun memetik sahaja bunga yang kelihatan sangat besinar tersebut tanpa menyedari bahawa dirinya sudah terluka kerana duri bunga tersebut,

Haemin merasakan badannya sangat lemah semasa dalam perjalanan balik ke temple, pandangannya kelihatan kabur, tangannya berdenyut dan kakinya kebas-kebas,

"Ahh, Yoonie, ahh sya ada bawa..." belum sempat sampai di hadapan temple, Haemin rebah di pintu masuk ke halaman tempel,

Yoonmin yang baru balik memetik herba di kawasan sekitar terus menghampiri sekujur tubuh yang mula membiru di hadapan pintu masuk tersebut, dengan paniknya dirinya terus berlari mendapatkan Haemin.

"Hae-ahh, ireona!" Yoonmin melihat Haemin mengenggam bunga ros malam yang hanya mekar di malam hari itu, kawasan itu merupakan kawasan larangan atas sebab-sebab tertentu, walaupun bunga tersebut sangat jarang di jumpai dengan tangkai, kebanyakan ros malam melilit perumah dan dijadikan perumah untuk bertahan hidup dan hanya mekar di malam hari,

Bunga ros malam umpama parasit yang hanya menumpang rumah tumbuhan disekitarnya, dan akhirnya tumbuhan disekitarnya mati sedangkan ianya bertahan hidup dan terus bersinar talkala mekar

"Ni, bunga ros malam yang beracun, yang hanya tumbuh sendirian, mana kau jumpa bunga ni hae-ahh..." Yoonmin memapah tubuh Haemin ke temple, dengan air matanya yang mengalir tanpa ada tanda-tanda untuk berhenti, ketika membuat elixir yang mampu membuat Haemin bertahan hidup, Yoonmin berharap agar dirinya mampu membantu Haemin,

"Aku akan selamatkan kau Hae-shii, bertahan lah, aku harap dengan elixir ni kau boleh hidup seperti sedia kala dan ubah takdir kau dan jadi orang yang baru, kalau kau berpeluang jumpa abang aku, tolong cakap, yang aku sayang dia sangat-sangat" cecair ubat diberikan kepada Haemin,

Yoonmin pun baring disebelah Haemin dengan memegang erat jari-jemarinya dan berdoa sangat-sangat bahawa Haemin boleh hidup walaupun dirinya yang pergi,

Tidak lama kemudian, badan Haemin seperti menjadi lebih muda dan menjadi seperti budak-budak perempuan yang berumur lebih kurang 7 atau 8 tahun, walau bagaimana pun wajahnya terlampau muda membuatkan keluarga yang memjumpainya di kuil tersebut mengingatkan dirinya berumur lebih kurang sebaya dengan anak mereka yang telah meninggal dunia,

"kita jadikan dia anak kita, tak mungkin orang akan tahu" ujar sang isteri

"tapi bagaimana kalau anak ini tersedar dan dia teringatkan dirinya bukan anak kita?" kata sang suami pula,

Akhirnya mereka hanya membawa sahaja budak tersebut bersama mereka dan pergi ke tempat perawat untuk merawat luka dan menunggu kesedarannya,

"Tuan Moon, anak tuan tidak apa-apa cuma dia, tidak ingat siapa dirinya, yang dia ingat hanya lah namanya Haemin," Tuan Moon hanya mengangguk perlahan dan dia dengan isterinya menemui Haemin,

"Haemin, ini mama, mama kamu" kata Puan Moon dan memeluk Haemin, sepertinya dia merindui sangat anak perempuanya yang baru meninggal setelah melihat wajah Haemin di hadapannya,

"Mama?" disebabkan Haemin hilang ingatan dia tidak ingat apa-apa kecuali namanya,

"Ni papa, nak" sungguh sayu suara Tuan Moon memandang Haemin ketika itu, dia rasa bersalah namun gembira pada masa yang sama, mungkin semuanya sudah ditakdirkan kerana nama anak mereka pun Moon Haemin,

Dan sejak itu lah Haemin diangkat menjadi Puteri Mahkota Emperor Moon dan Empress Moon yang akan dimartabatkan pada minggu yang sama, tiada siapa tahu bahawa anak kandung pasangan suami isteri itu telah meninggal dunia , dan tiada siapa tahu bahwa Haemin merupakan saksi perbuatan Kim Clan pada malam tersebut,

Berbalik ke masa kini, Min yang termenung di gazebo, bunga rose di taman tersebut di tenungnya perlahan,

'Apa benda semua tu tadi, kenapa aku ada memori tu, Keonhee selamatkan puteri ni? tapi kenapa puteri ni ada di situ? jap? Jadi, adik Leedo, Yoonmin dan Haemin pernah berjumpa?'

'Dan Yoonmin yang cipta elixir tu? untuk apa? puteri tu,'

"Hah! puteri tu anak angkat!" Min menutup mulutnya dengan kedua-dua mulutnya memandang sekelilingnya

'Ahh Haemin saksi besar dalam kegiatan haram Kim Clan, hah, Kim Clan betul-betul tak berhati perut, kebanyakan budak perempuan mahupun gadis di paksa dan dipisahkan dari keluarga masing-masing untuk dijadikan dayang istana mahupun buruh perkasa,'

'Haemin anak yatim, jadi, kejap kejap, macam mana Hyekyo dan Rena berkawan dengan Haemin? kalau Hyekyo mungkin mereka sama rumah ke? hah seolma, mereka bertiga anak yatim?'

'Ehh, tak mungkin lah Rena kan dari keluarga Park, tapi Rena cakap mereka dah lama berkawan sejak kecil, ahhh betul lah dorang anak yatim, haish tak patut lah Kim Clan ni, mungkin Haemin tak bernasib baik dan jadi buruh dan berjumpa Yoonmin,'

'Ahhh, tapi, kenapa Keonhee dan Seoho di situ? jap, dorang dah jadi Night Raven ke time tu? kenapa mereka macam pertahankan kawasan tu,'

'Wait, putera mahkota? Youngjo, Kim Youngjo, dia putera yang hilang tu, tapi dia selalu je muncul di istana? tak ada orang perasan tu dia ke?'

'Jap, kenapa aku rasa macam ada benda yang berlaku antara puteri tu dengan youngjo?'

"Aku yakin tu bukan kali pertama bukan?" Min ingin berjalan keluar namun terpandangkan sesuatu,

"Huh? asal benda ni ada kat sini?" Min mengambil pandant yang seperti anting-anting itu dan keluar dari situ tanpa ada yang tahu keberadaannya di taman bunga ros larangan itu, namun di sebalik timbunan tumbuhan tersebut terdapat sebuah kediaman yang tak teruruskan, iaitu Rose Palace yang dikunci selamanya,

Tidak lama kemudian,

"Ahh macam mana aku boleh hilangkan benda tu, aku selalu bawa benda tu kemana-mana sebagai azimat" Youngjo mencari di kawasan seluruh taman bunga ros, kerana hanya kawasan itu adalah kawasan terakhir dia dengan benda yang dicarinya

"Kau hilang benda tu lagi?" bunyi kipas dibuka dan kelihatannya seseorang sedang duduk memandangnya dari atas pokok berdekatan

"Hwanwoong,ahh, sejak bila kau di situ?"

"Ahh, sejak dari tadi, kau cari 'azimat' kau lagi? aku sejak tadi di sini, jadi aku tak nampak apa-apa pun"

'kenapa aku nak tipu hyung? padahal aku nampak pompuan tu ambik,'

"Ahh mungkin aku hilang semasa meronda, hah, benda tu satu-satunya clue aku tentang budak perempuan yang selamatkan aku semasa tu"

"Penting sangat ke, benda tu dah lama, masa tu kitaorg masih pelatih lagi, sudah-sudah lah, boleh jadi sesiapa je, " Hwanwoong turun dari pokok dan pergi kepada Youngjo

"Kau ingat semudah tu ke aku nak lupakan dia? kau tak akan faham perasaan aku" Youngjo menghilangkan diri meninggalkan haruman bunga ros yang mula menyelubungi kawasan tersebut

"Aku takkan biarkan kau Hyung, apa-apa pun rancangan kau, aku akan masuk campur hal kau,"

Beberapa hari yang lalu,

"Utusan?" Hwanwoong mengambil gulungan utusan dan membacanya,

'Kim clan nak apa? nak cederakan pompuan tu lagi? Tapi kenapa? Kenapa mesti haemin? Tak pe aku akan ikut laluan aku sendiri'

then...

"Mwo, yah! kau dah kenapa ikut aku!?"

"Aku tak ikut lah!"

Min yang mula keluar dari istana dengan pakaian namja itu diikuti oleh Hwanwoong setelah dirinya melompat tempok istana sebentar tadi,

Hwanwoong terus mengikutinya, apabila Min berlari, dia pun ikut berlari, Min berhenti dia pun berhenti, Min melompat, duduk baring berguling semua diikutnya,

"Yah!! neo Wae!! jangan ikut aku lah!!" Min mula melarikan diri dari Hwanwoong dan Hwanwoong mengejarnya, sudah seperti aksi larian di olimpik,

pada masa yang sama di suatu tempat yang lain,

"Lama dah kita tak minum dan makan macam ni kan Hyung" ketika itu di sebuah cafe yang sepertinya penuh dengan gaya britsh, cafe yang baru dibuka itu mula dipenuhi oleh tetamu-tetamu kerana kehadiran Keonhee dan Seoho yang menjadi tumpuan dan tarikan para gadis untuk minum dan makan di cafe tersebut,

Hwanwoong sepatutnya bersama mereka, namun dia masih belum menunjukkan batang hidungnya lagi,

Hwanwoong ketika itu sedang mengejar Min di sepanjang laluan kedai di pekan tersebut,

"Yah!! jangan kejar aku lah!!" jerit Min

"Aku tak kejar kau lah!"

"yah! kau ni dah kenapa" Min akhirnya berhenti di khalayak ramai, mereka seakan sama tinggi ketika itu, walaupun hakikatnya tanpa pelapik kasut Hwanwoong akan nampak lagi tinggi dari Min, Min sudah seperti Putera kayangan dengan baju biru muda dengan perkhiasan emas di rambutnya,

"Yah, jangan ikut aku lah" marah Min dan mula ingin berlalu pergi namun Hwanwoong menghentikan langkahnya dengan memegang tangan Min

"Aku tak ikut kau lah, aku cuma..." belum sempat Hwanwoong mengatakan tujuannya kerana takut Min diperhatikan oleh Kim Clan bertukar jadi nasib malang buat Hwanwoong,

"Yah! Kau Gay eh!!" jerit Min ketika itu, terus suasana yang sibuk mula menjadi krik krik cengkerik dan banyak mata memandang mereka berdua ketika itu dengan Hwanwoong yang memegang tangan Min, sudah seperti akan ada salah faham di mata mereka,

beberapa penduduk mula berbisik,

"Gay? apa tu?"

"Gay..gay..hah Byuntae!?"

"Haa, nappen namja!" jerit salah seorang ajuhma dan mula mengejar Hwanwoong, lalu penduduk yang lain pun turut mengejarnya dan menjerit 'byuntae'

"Yah! jangan lari!!!"

"Huhuhu apa salah aku!!!" Hwanwoong lari dengan pantas meninggalkan Min,

Min yang masih terpinga-pinga di situ di sambut dengan manis oleh makcik dan pakcik yang mempelawanya makan di kedai mereka,

"Ahh agashi, maaflah kamu mesti dari negara seberang datang ke sini, mesti kamu terkejut jumpa Byuntae namja kan?" ujar makcik tersebut dan menghidangkan semangkuk mee kepada Min, dan mengatakan ianya percuma,

Mereka di kedai asyik berbisik tentang diri Min,

'Errr, aku rasa mereka ingat aku yeoja, walaupun aku dah berpakaian seperti namja dari kerajaan seberang pun tak dapat tutup wajah aku yang baby face ni, mianhae Hwanwoong ahh, aku tak patut jerit macam tu tadi,'

'tapi kalau aku tak buat macam tu, macam mana aku nak gi jumpa Xion untuk ambik peralatan yang aku minta kalau dia ikut aku, kan Xion cakap Hwanwoong tak boleh tahu yang dirinya berada di Moon Palace and aku kena rahsiakan bahawa Xion bukan member Night Raven lagi,'

'Aduhai, aku cakap Gay, dorang fikir Byuntae, tang mana bunyinya sama tu? lain lah, totally different sound and meaning, haish, nasib malang betul lah dia tu, rasa bersalah pula, patut ke aku selamat kan dia? err tak yah lah, makan percuma ni seronok juga,'

Ketika Hwanwoong dikejar penduduk kampung yang mengatakan dirinya Byuntae itu mula melihat Seoho dan Keonhee sedang minum berduaan di cafe baru itu, lalu menjerit melambaikan tangan dia agar mereka menyelamatkan dirinya yang sudah hampir kehabisan tenaga itu,

"Mana Hwanwoong ni? cakap nak jumpa, ni dah lama sangat ni" keluh Seoho yang sudah hampir menghabiskan makanannya,

"Jap ada dengar bunyi tak?"

"Bunyi?" Seoho dan keonhee mengerutkan dahi mereka dan mendiamkan diri untuk mendengar dengan jelas

"Seoho Hyung!! Keonhee ahhh!! tolong!!!!" itu apa yang Hwanwoong jeritkan ketika melihat kelibat mereka berdua, namun apa yang didengari oleh mereka berbunyi seperti ini

"Sosej satu"

"Honey Dew"

"Lelong lelong"

Itu ialah apa yang mereka dua dengarkan ketika itu,

"Ahh tak da lah just dengar bunyi orang lelong barang adalah?" Keonhee dan Seoho masih duduk dan minum dengan tenang di cafe ala-ala kerajaan british itu,

'Malangnya nasib aku,ada kawan tapi tak tolong masa susah, terserah' Semasa penduduk ingin memukul Hwanwoong, Min muncul di hadapan Penduduk menghalang mereka untuk terus mengejar Hwanwoong,

Min menjelas kan bahawa Hwanwoong adalah kawan dia, and Min adalah namja, bukannya Yeoja, baru penduduk desa perasan bahawa perhiasan dan baju yang digunakan adalah baju namja seperti hanbok kerajaan Goryeo,

"Lah, kita salah anggap rupanya, ingatkan Byuntae namja,"

"Tu lah ,dulu kita mana lah pergi sekolah macam budak-budak sekarang ni"

Min mengeluh perlahan dan menghulurkan tangannya, Hwanwoong menjelingnya,

"Kawan? tsk, aku tak perlukan kawan macam kau lah, kau, kenapa kau selamatkan aku!? ahh sebab kau kasihan? kasihan sebab aku akan dipukul dan belasah?" Min hanya menebalkan telinganya mendengar segala tuduhan yang Hwanwoong berikan,

"Hey, boleh tak kau senyap untuk seketika, aku rasa ada yang ikut kita dari istana" bisik Min perlahan, Hwanwoong menoleh kebelakangnya, seperti ada beberapa namja dari kejauhan seperti tercarikan sesuatu,

"Baik kita larikan diri atau cari tempat untuk bersembunyi" Hwanwoong baru ingin menarik tangan Min untuk berlari bersama, namun ternyata Min sudah dahulu pergi melarikan diri,

"Aaaa, Byuntae!" jerit gadis yang Hwanwoong pegang tangan, dan akhirnya walaupun sudah diselamatkan nasib Hwanwoong masih malang dan dipukul dan dibelasah oleh penduduk kampung,

"Tak guna punya Haemin, tinggalkan aku, haish kalau aku jumpa lagi kau, aku kerjakan kau cukup, cukup" Hwanwoong tak puas hati lalu pulang ke pangkalan kem rahsia Night Raven,

Awalnya Hwanwoong rasakan Kim Clan menyasarkan Min namun sekarang sepertinya dirinya mula diperhatikan sekali, mungkin sebab Kim Clan mula mencurigai tindakannya yang merupakan calon raja yang baru,

'Aku diekori ke? tak boleh jadi ni, aku tak boleh tertangkap bahawa aku ahli Night Raven, kalau tak habis lah rancangan aku,' Hwanwoong mula berlari dengan sepantas mungkin dan mula menggunakan jurus asap untuk mengabuskan kawasan tersebut dan mula bertukar pakaiannya kepada pakaian rasmi Night Raven dan memerhati dari atas pokok,

Sepertinya Kim Clan mula menukarkan sasarannya,

"Cis, mana budak tu pergi!" Hwanwoong mula membaling sesuatu ke arah lain agar mereka tidak meneruskan pencarian terus ke dalam hutan,

'Aku kena teruskan penyamaran aku sebagai wakil calon raja yang baru, tapi aku tak pasti apa rancangan Youngjo hyung, aku tak boleh biarkan dia teruskan rancangan dia,'

Hwanwoong menghilangkan diri umpama kabus malam tanpa meninggalkan jejaknya,

Tanpa dia sedari , Youngjo telah pun memerhatikannya dari awal sejak dirinya bersama Min dari tadi,

'Kau sorok apa lagi Hwanwoong? kenapa orang-orang Kim Clan kejar kau? jangan cakap kau terlibat dalam plan Kim Clan?'

"Kenapa Kim Clan hantar pasukan untuk mengintip Hwanwoong?" Min masih dalam dilema, dihirup perlahan air teh hijau yang dibancuhnya itu,

"Aku yakin ada sesuau yang terjadi, ye lah masa Hwanwoong muncul di istana time tu kenapa bendahara kim dan ketua dayang macam shocked semacam?"

"Jangan cakap Hwanwoong salah satu calon yang diutuskan tu!?"

"Tapi tak mungkin lah, kan Hwanwoong ahli night raven?"

"Tak mustahil kalau dia calon yang diutuskan!?" Haruman bunga ros mula memenuhi ruangannya

"Yah! boleh tak kau muncul macam biasa guna pintu? ni muncul tetiba di tingkap bilik aku dah kenapa?" Youngjo muncul di jendela bilik Min dan hampir membuat Min tersedak minumannya,

"Hwanwoong salah sorang calon raja baru milik Kim Clan, aku nak kau bagi arahan untuk batalkan percalonan tu nanti, aku tak nak Hwanwoong terlibat dalam percalonan tu, benda tu akan bahayakan Night Raven, dan juga kau sekali"

"Asal aku pula yang bagi arahan?"

"Sebab aku tak boleh? kau kan 'Puteri' , jadi kau lah yang bagi arahan?"

"Masalahnya aku tak boleh, sebab aku yeoja, p e r e m p u a n, yeoja arraseo?" Min mengeja satu persatu huruf perempuan agar Youngjo faham kondisinya,

"Jadi kau nak buat apa? kau nak aku cakap dekat semua orang aku crown prince, dorang tak akan percaya, tak ada bukti aku crown prince yang hilang tu, aku dah tanggalkan segala yang aku pakai masa tu termasuk gelang dan cincin aku,"

"Kau pasti ke? " Min mengeluarkan sesuatu dari lengan bajunya, benda bersinar dengan ukiran pheonix itu membuat wajah Youngjo terkesima,

"Kau...macam mana kau jumpa ni? kau kan tak boleh masuk Crown Hall?"

"Ahh, well... ada lah" Apa yang sebenarnya berlaku? kenapa Cop mohor diraja ada ditangan Min? Bendahari Kim sememangnya sudah menyorokkan harta benda dan peralatan yang diperlukan untuk perlantikan raja baharu tapi kenapa Min mempunyainya?

Apa lagi rahsia yang belum terungkaikan?

To Be Continued,