Satu keluhan dilepaskan, Min tak faham dengan apa yang dirasanya saat itu, apakah perasaan takut? gusar? bingung?
Kilat mula sambar menyambar, bunyi guruh saling bersahutan, Min masih merenung dirinya di hadapan cermin,jari jemarinya digengam perlahan, gigi diketap tanda geram dan tak percaya akan apa yang terjadi dengan nasibnya,
Keraguan yang dirasakan semakin membuak-buak, dia seperti mencari sesuatu,
jawapan? ya jawapan lah yang dicarinya,namun satu pun tidak seperti yang difikirkan, dia inginkan perubahan,
apa kan daya masanya semakin singkat, sepatunya dia sudah berjumpa dengan Bendahara Kim tentang senarai calon, namun disebabkan dia telah gagal, dia terpaksa menerima cadangan untuk berkahwin, namun sudah pasti dia tidak mahu meneruskan perkahwinan paksa itu,
Min sedaya upaya untuk memikirkan cara untuk mengelak dari dijodohkan dengan pilihan yang Kim Clan pilih, Sepertinya takdir puteri ini tidak mampu diubah dengan lebih jauh lagi, Seoho yang mengetahui rancangan Min itu mula menghalangnya untuk pergi lebih jauh,
"Apa maksud kau?" Min mengingat kembali perbualan dengan Seoho petang tadi,
"Kau, jangan cuba ubah apa-apa lagi, terima je lah takdir kau"
"Seoho-ahh, kau nak suruh aku kahwin dengan Hwanwoong ke?" Min memandang Seoho dihadapannya, lengan baju Seoho digengam perlahan,
"kau sebenarnya dah tahu dari awal kan?Kenapa, kenapa kau rahsiakan dari aku!? aku ingat kita ni kawan!?" Seoho memandang Min dengan wajah bersahaja, Min mula berasa seperti terkhianati, selama ni dia ingatkan Seoho adalah kawannya, namun Seoho sanggup merahsiakan pekara penting sebegitu dari pengetahuannya,
"Kahwin je dengan Hwanwoong, sekurangnya kau selamat," hampir gugur air mata Min ketika itu mendengar apa yang Seoho ucapkan
"Ani-mida," Seoho baru ingin melangkah pergi namun Min menghalang laluannya,
"aku , aku takkan ikut rancangan Kim Clan, aku tak akan berkahwin!" Seoho masih mampu mendengarkan apa yang Min katakan walaupun suaranya tersekat dan perlahan,
"Cukup-cukup lah dengan rancangan kau nak tolong Youngjo naik tahta, rancangan korang tak akan pernah berjaya! kau buat macam tu sebab perasaan dan kehendak kau sendiri Min, biarkan takdir kau berjalan dengan sendiri, "
"kau akan mati!"
"bukan kau je, kita semua akan mati kalau kau buat macam tu!"
Seoho mengengam kedua bahu Min dan memandang Min dengan serious supaya Min faham yang nyawa nya sangat terancam sejak dirinya menjejakkan kaki ke istana,
" itu takdir kau, jangan teruskan rancangan kau nak gugurkan gelaran 'puteri' kau dan letakkan Youngjo sebagai pemerintah semula, dan jangan buat perkara bodoh macam kau selalu buat, kau menyusahkan aku tau.."
Seoho keluar dari kediaman Daisy meninggalkan Min yang terduduk di lantai, perasaan Min bercampur baur ketika itu, marah? sedih? terkhianati? semuanya ada,
Min merenung cermin di hadapannya, apa yang Seoho katakan kepadanya petang tadi sangat menguriskan hatinya, masih segar dalam ingatannya, seolah-olah baru sahaja berlaku di hadapannya,
'Menyusahkan kau? apa kau cakap ni Seoho? bukan ke aku ni kawan kau?'
'haish...sekarang ni apa aku kena buat? aku tak nak lah berakhir sebagai isteri Hwanwoong'
'Andae, aku mesti fikirkan cara nak elak dari berkahwin, fikir, fikir,'
'parut? perkahwinan tak akan diteruskan kalau aku ada parut di badan,'
Cermin dihadapannya ditumbuk sehingga bekecai kacanya, tangan Min berlumuran darah setelah Min mengengam serpihan kaca itu,
Min hanya memandang tangannya yang luka, bukan sahaja di tangannya di wajahnya turut terkena serpihan kaca, membuatkan pipinya tercalar sikit
"Kalau ni adalah memori atau mimpi sekali pun, aku akan ubah, walau nyawa aku perlu dipertaruhkan," Luka Min sangat dalam sehingga kan pandangannya mula menjadi kabur dan rebah ke lantai,
Seperti biasa, Seoho meronda lagi pada malam itu, Seoho agak terganggu dengan apa yang mereka bincang tentang Min sebentar tadi di Nightfall lalu meminta diri untuk meronda lagi,
"Tsk, kau betul-betul menyusahkan aku Min," Seoho mula berjalan di sekitar Daisy Palace dan mula berlari ke dalam kediaman Daisy setelah terdengar bunyi pecahan kaca,
"Min-Ahh!" Seoho meluru masuk dan memangku Min yang sudah pengsan, darah Min mengalir dengan banyak, jika terlambat dirawat, mungkin Min betul-betul pergi kali ni,
Seoho pun berlari keluar mendukung Min dan menunggang kudanya bersama Min di dalam dakapannya,
"Min-ahh bertahan lah!"
Hyekyo dan Rena terpinga-pinga seketika setelah kuda tunganggan Seoho yang memecut laju melintasi kediaman dayang istana ketika itu,
Rena terus pergi menunggang kuda bersama Hyekyo yang sememangnya sudah terlatih untuk menunggang kuda, Mereka terus mengejar Seoho dari belakang tanpa pengetahun pengawal istana,
Seoho pergi ke tempat perawatan, namun sepertinya tiada sesiapa yang mendengar panggilannya dari luar,
"Ikut kita orang," ujar Rena yang menungangi kuda Hyekyo,
'Pembantu Min? apa mereka buat di luar istana? ahhh lupakan yang penting Min selamat dulu,'
Seoho pun mengangguk dan mengejar kuda mereka dari belakang tanpa memikirkan perkara lain, yang penting Min sempat diselamatkan,
"Min bertahan lah, jebal..." bisik Seoho ketika itu, Rena yang memerhati seoho dari depan berfikir sejenak,
'Tuan Besar Lee, ke yang ada kenangan dengan, Min? ke Tuan Muda lee?'
Mereka pun tiba di kawasan seperti kuil lama yang terletak di kaki bukit,
'tempat ni, tsk, macam mana aku boleh lupa, kawasan ni tempat dia jumpa aku, budak perempuan tu ternyata Puteri Haemin, tapi kau, Min, personaliti kau dengan puteri tu sangat berbeza, aku tak tahu kenapa aku ambik berat tentang kau Min, tapi bukan Haemin'
Seoho menunggu di luar kuil sementara Rena dan Hyekyo merawat luka Min, dapat didengar dari luar suara Hyekyo yang menangis dengan keadaan puterinya itu,
"Cik Rena, tuanku puteri akan baik-baik saja kan?"
"Jangan risau, luka dia agak dalam, tapi kita sempat rawat dia, kamu duduk lah dulu"
'Jangan cakap kau nak bunuh diri Min? aku tahu tentang rancangan Bendahara Kim yang nak satukan kau dengan cucu late emperor Yeo, Tuan muda Yeo, tapi bukan ke ni perkahwinan paksa?'
Seoho masih merenung sisa darah di bajunya dan di tangannya, hanya mampu berharap agar Min dalam keadaan yang selamat,
"Nah, pergi lap sisa darah tu, " Rena memberi tuala dan semangkuk air untuk Seoho membersihkan sisa darah di tangannya,
"Kalau kau tak ada dekat situ, Min..." Rena tak meneruskan kata-katanya, air matanya gugur bak mutiara yang jatuh, dia ingat mereka tak berjaya selamatkan Min,
"Kalau kau lambat sikit, mungkin aku, dah tak boleh tengok dia lagi," Rena mula menangis di sebelah Seoho, Seoho hanya mengeluh perlahan dan menghulurkan sapu tangannya,
"Apa guna aku jadi Pahlawan, kalau aku tak mampu nak lakukan tugas aku dengan betul"
'Tugas? adakah aku selamatkan dia sebab tugas aku sebagai pelindung dia? atau mungkin sebab aku pun ada perasaan kat dia? tsk tak mungkin lah aku jatuh cinta dengan pompuan tu,'
"Kau, suka Min?" Sekian lama berdiam, Rena pun menanyakan soalan yang sudah lama teringin nak ditanya olehnya setelah melihat Min dengan Seoho di luar istana dan kadang-kadang di dalam istana,
"Suka? Aku dengan dia, macam kawan je" itu lah jawapan yang Seoho berikan, untuk mengatakan 'hanya kawan' itu sedikit sebanyak membuat hati Seoho seakan retak seribu,
'aku dah kenapa?? tak mungkin lah aku pun suka dengan pompuan tu, kalau aku suka dia, tak mungkin perasaan aku terbalas, dalam hati dia dah ada seseorang yang selama ini dia suka,'
Sang fajar mula menyinsing, Seoho meminta diri untuk balik ke istana terlebih dahulu dan akan datang melawat nanti, sementara Rena dan Hyekyo menemani Min di Kuil lama tersebut sehingga keadaan Min pulih,
Keadaan di istana mula kecoh setelah tidak menjumpai tuan puteri mereka dimana-mana, bukan puterinya, dengan orang kanannya juga lesap umpama angin malam yang menghembus perlahan,
Sepertinya Min lebih rela membuang gelarannya sebagai puteri dan hidup seperti orang biasa daripada mengahwini Hwanwoong yang merupakan calon pilihan Kim Clan,
Seoho kembali ke kediaman Night raven pagi itu dengan wajah bersahaja, dia pun hanya menggunakan baju Hanbok biasa seperti para cendiakiawan dengan buku ditangan,
"Kau keluar ke malam tadi?"
"Haah macam biasa aku pergi meronda, kenapa?" Seoho sudah sepertinya tahu apa yang akan Youngjo tanyakan,
"Haemin hilang dari biliknya, kau tak da nampak dia larikan diri kan?"
"Kau ingat pompuan tu asyik nak larikan diri je ke, kot-kot keluar bersiar di taman lah tu," Seoho masuk ke dalam biliknya dan memandang dirinya di cermin dan mengeluh perlahan,
'aku dah kenapa? nak sorokkan pompuan tu ke? hah, Gumin-shii kau dah kenapa??'
Seoho hanya mampu pendamkan sahaja segala persoalan dalam hatinya,
Pada masa yang sama Bendahara Kim sudah mula menetapkan tarikh untuk perkahwinan Min dengan pilihan mereka iaitu Hwanwoong dari Yeo Clan, mereka utuskan untuk mengikut scroll rancangan dari emperor yang terdahulu, Yeo ke Kim ke Moon Clan,
Hwanwoong yang mendengarnya sepertinya sangat gembira, dia diberi kebenaran untuk tinggal di Lilac Palace yang merupakan kediaman para putera suatu ketika dahulu selain Rose Palace yang sudah dijadikan kawasan larangan itu,
"Kau dah tahu rancangan ni dari awal?" mendengar suara Youngjo ketika itu membuat Hwanwoong tersenyum sinis,
"Hyung, aku tak suka kau rapat dengan pompuan tu, apa yang aku buat ni untuk kebaikan Hyung juga" Hwanwoong mengengam jari jemari Youngjo,
"Tsk, untuk kebaikan aku? Kau tahu kan aku siapa?" Youngjo merenung dekat wajah Hwanwoong,
"Crown Prince, Kim Young Jo, bandingkan hyung dengan aku, aku masih ada keluarga yang akan membantu aku, kalau Hyung? hyung ada apa? Night Raven? ahh Haemin-shii?" Youngjo hanya tergelak kecil mendengarkan nya
"Tak sangka eh, macam ni rupanya perangai kau" Seoho muncul dengan tiba-tiba dengan secangkir air teh bunga di tangannya, haruman teh bunga itu diikuti dengan haruman madu manis,
"Ahh.. nak tanya aku, sejak bila aku di sini? hah tanya-tanya" Seoho buat lawak lah pula,
"Kau tahu kan, kat mana Min?" Youngjo seperti dapat membaca air muka Seoho ketika itu,
"Kenapa kau nak sangat tahu sangat di mana Min sekarang?" Seoho sepertinya tidak mahu Min dalam posisi yang bahaya, dia tahu di istana tu ada mata-mata yang memerhati mereka dan juga puteri malang tu,
Jika Min memilih untuk bersama Youngjo dan letakkan Youngjo di tahta semula, Nyawa Min dan Youngjo sama-sama dalam bahaya,
Jika Min memilih untuk bersama Hwanwoong, sama je Min tetap akan dibunuh oleh Kim Clan, kedua-dua jalan yang dipilih membawa kepada kematian,
'jadi Min, aku tanya kau lagi sekali...jalan mana yang kau pilih'
Ketika itu....
Min seperti berada di tempat asing, dipenuhi dengan bunga Daisy yang mekar dengan cantik, angin terasa sungguh sejuk ketika itu,
'Aku disini lagi, aku kat mana ni? dalam minda separuh sedar ke apa?'
Bunyi bingit dirasakan membuat Min pening seketika, kali ni Min berada di kawasan desa, Min terlihat seseorang, ya itulah puteri Haemin, sepertinya Haemin sentiasa curi-curi keluar dari istana dalam pelbagai bentuk penyamaran, tak kisah lah namja mahupun yeoja sekali pun,
'Jadi dia memang selalu curi-curi keluar istana? tapi apa jadi? kenapa dia macam orang hilang ingatan? dia hampir tak mengingati zaman childhood dia, dia mungkin lupakan Keonhee juga..'
Kali ni scene dia berubah, sepertinya Kim Clan memang target puteri tu sejak dari permulaannya pemerintahan Moon Empire,
puteri tu awalnya disayang dan disanjungi kerana wajah innocent dan sucinya, namun disebabkan effect atau supplement yang diberikan oleh perawat istana milik Kim Clan itu, puteri itu sepertinya mula mengalami ganguan dan menghantukan kepalanya sendiri, dan selalu dalam keadaan menyedihkan, mungkin sebab itu lah dia hilang ingatan,
'Tsk aku dah agak dah, Kim Clan punya angkara, tak sampai setahun pun puteri tu di istana Kim Clan already lay their hand on her, such a poor girl...'
'Dasar Kim Clan, sekarang ni dah kenapa aku nampak kejadian ni? ahh mungkin ni memori dalam minda empunya badan, aku memang dah agak Haemin dan Keonhee sama-sama ada kenangan bersama,'
'tapi kenapa Keonhee tak jumpa Haemin semasa malam krismas tu, kalau tak silap itu hari terakhir mereka berjumpa sebelum Keluarga Lee berhijrah ke luar negara,'
'jap tu..'
Min melihat ada seseorang mengikuti puteri itu dan memerhati dari jauh, Min apa lagi mula mengikuti dari belakang, walaupun dia tak akan tertangkap dalam minda sendiri,
'Huh? Seoho? jap? kenapa Seoho? dia perhatikan puteri tu? ahh,mungkin sebab semasa kisah silam mereka masih pelatih tu, Keonhee kan selamatkan puteri tu, jadi sejak tu lah Seoho perhatikan puteri tu dari jauh, ahh kenapa aku baru perasan'
'dan betul lah Haemin dan Keonhee ada kenangan bersama, mereka buat perjanjian untuk berjumpa setiap musim sejuk di tembok belakang istana,'
'tapi...tapi keonhee tak muncul-muncul,'
'jadi dah masuk tahun keberapa? 10 tahun? dan Keonhee tak tahu tu Haemin sang puteri, sebab Haemin selalu keluar dalam penyamarannya,'
'jadi...apa yang patut aku buat? aku dah tahu pengakhirannya tetap meragut nyawa aku, tak kisah lah kalau aku pilih Youngjo sekali pun, belum pasti rancangan aku berjaya untuk buat Youngjo naik tahta yang sah,'
'Tak kan aku nak kalah dengan Kim Clan, kalau aku terima permintaan mereka, kirannya aku dah kalah lah, kalau aku kahwin dengan Hwanwoong,'
'Aniya, aku tak boleh menyerah macam tu je..Jalan yang aku pilih, adalah untuk akhirkan semuanya,'
Min kini mula melihat keadaan pengakhiran yang berbeza, kedua-dua jalan yang mungkin dia pilih akan menyebabkan kematian,
"Aku akan pilih jalan aku sendiri" Min akhirnya sedar dari tidur yang panjang, melihat balutan kemas tangannya, membuatnya sedar betapa bodohnya tindakannya untuk mencederakan diri sendiri ketika itu,
"Tuanku!" Hyekyo yang membawa ubat-ubatan itu terus meluru masuk ke dalam bilik untuk memeluk Min,
"Tuanku...kenapa tuanku nak bunuh diri"
'Huh mwoya? aku bunuh diri sejak bila? ahh lupa aku pecahkan kaca dalam bilik sampai tembus, no wonder luka aku dalam, tapi siapa selamatkan aku?'
'Youngjo? tak mungkin lah, takkan Seoho pula, dia akan cakap ' kau ni menyusahkan aku je'
"Ye memang betul, Aku yang selamatkan kau, kau betul-betul menyusahkan aku.." Seoho muncul dengan sejambak bunga di tangannya, sepertinya masih segar dan baru di petik,
'Aik sejak bila dia dapat baca fikiran seseorang lak ni?'
"Jadi kau dah sedar, kau patut duduk je di sini, untuk sementara waktu tinggal di luar istana," Min melihat sekeliling bilik tersebut,
"Jap ni..."
"Kediaman rahsia milik Moon Clan" ujar Rena perlahan,
"Emperor Moon, hadiahkan kediaman di luar istana ni untuk perkahwinan kamu di masa akan datang," Rena membuka balutan luka Min dan mencuci lukanya,
"Kita guna jalan rahsia dari kuil bawah bukit tu untuk bawa Tuanku ke sini" jawab Hyekyo pula, Seoho meletakkan jambangan bunga itu di dalam pasu,
"Seoho ahh, mana kau jumpa bunga daisy, bunga ni jarang tumbuh di kawasan ni kan?"
"Ahh dekat kawasan ibadat lama di kaki bukit tu, cantik je kawasan tu" Min memandang Seoho dengan pelik, seketika Min mengingati sesuatu,
'Kawasan ibadat lama? kejap,'
'dalam mimpi aku tu, aku pun berada di kebun daisy dan kalau tak silap di jalan dia tu ada rumah ibadat terbiar tapi masih nampak cantik dan bersih,'
"Kenapa? kau nak pergi tengok tempat tu ke?" Seoho seakan memahami isi hati Min,
Mereka semua sama-sama berkelah di kawasan kebun Daisy pada sebelah petang untuk melihat keindahan sunset,
"Wahh, cantiknya," itu lah apa yang keluar dari bibir Min, Seoho menghulurkan tangannya untuk memapah Min untuk turun dari lereng bukit yang agak curam itu,
"Gomawo" bukan seperti sebelumnya, kali ni Min tidak menolak pelawaan Seoho, mungkin sebab Min terhutang budi dengannya, atau mungkin sebab lain,
"Seoho-ahh tak pe ke kau tak ada di istana buat masa sekarang? kalau mereka suspect kau macam mana?" Seoho hanya memandang langit yang kian bertukar warna itu, perlahan-lahan tersenyum mendengarkan pertanyaan Min itu,
"Hwanwoong sekarang dah tinggal di Lilac Palace, Night raven di Nightfall Palace, Bendahara Kim jadi pemerintah sementara Kau pergi bercuti, itu lah apa yang tertulis dalam scroll yang telah dicop mohorkan"
"cop mohor tu ada di tangan kau kan?"
Min memandang Seoho di sebelahnya dan tersenyum kelat, Seoho tak faham dengan apa yang Min fikirkan, kadang-kadang Min bertindak diluar jangkaannya
"Aku pilih untuk selamatkan korang semua, orang-orang yang pernah hadir dalam hidup aku,"
"Kau tahu kan, apa maksud aku"
Seoho mengengam jari jemari Min, memandang Min dengan wajah yang serious, dia tahu apa yang Min nak buat tapi kalau dia masuk campur sekali pun, takdir mereka akan berakhir macam itu juga walau bagaimana pun Min cuba untuk mengubah jalan takdir tersebut,
"Aku pernah bermimpi, yang Youngjo naik tahta sebab dia sememangnya masih Crown Prince yang sah, tapi...aku tak nampak kau di mana-mana..."
Min menepuk bahu Seoho dan memandangnya lalu tersenyum perlahan,
"Aku nak kau jaga keonhee untuk aku, boleh kan.." entah mengapa Min berasa sebak ketika menyebut tentang tkeonhee ketika itu, adakah mungkin sebab memori yang dirinya nampak sebelum ini? Ataupun sebab lain?
"Uljima, kau pun tahu aku macam abang dia kan, aku akan jaga dia, jangan risau, Tapi tak boleh ke, kalau tak berkahir dengan kematian?" Min berhenti melangkah dan memandang Seoho di sebelahnya,
"Kau pun cakap dengan aku, jangan cuba ubah takdir lagi, kahwin ke tak kahwin ke sama je, aku akan mati juga" Seoho agak terkilan ketika itu,
"Min-ah" Seoho mula menarik lengan Min dan terus kedalam dakapannya,
"Jangan teruskan perkahwinan tu kalau kau tak suka, kita...kita boleh fikir rancangan lain, aku tahu, kau tak akan dengar cakap aku kan? tapi takkan kita tak nak mencuba?" Min hanya memejamkan matanya, dia pun tak pasti mengapa dirinya tidak menolak Seoho seperti mana yang dirinya selalu lakukan.
'Apa kena dengan diri aku ni?'
'Kenapa...kenapa aku rasa sakit sangat...'
'Wae?'
Rena dan Hyekyo memerhatikan dari jauh,
"Mereka nampak serasi bersama" bisik Rena perlahan, Hyekyo sepertinya mula berangan umpama ada pangeran yang akan jatuh dari langit,
"Aduh-duh duh..." Sepertinya perumpamaan 'pengeran jatuh dari langit' itu bukan sekadar kata-kata kerana ada betul-betul jejaka yang jatuh dari langit,
Xion datang bersama Leedo untuk berjumpa dengan Min yang dikatakan 'disorok' oleh Seoho itu, namun sepertinya mereka berdua salah landing dan jatuh di hadapan Rena dan Hyekyo yg sedang duduk minum teh itu,
"Kan betul, kau 'sorokkan' Min" ujar Leedo dari jauh,
"Aku tak sorok lah" ujar Seoho pula,
"Orabeoni!" Min teruja dapat berjumpa dengan Leedo dan pergi ke arah mereka berdua,
Xion sepertinya tak puas hati kerana Min tidak menegurnya,
"Min-nui..." Xion mencebik dan memuncungkan bibirnya tanda protest,
"Arraseo," Min pun memeluk Xion yang kini berpakaian lelaki,
"Nui-ahh eottae?"(Sister,How do i look?)
Xion mula memperagakan pakaian hanboknya itu, Min hanya tergelak kecil,
"Mwoya, dulu aku suruh panggil 'nui' tak nak pula"
"Yah! nui panggil Gunhak hyung 'orabeoni' dia hyung dongju juga, jadi kena lah panggil kakak kan?" Min hanya tergelak kecil mendengarnya, Min tersenyum mendengarkannya, sepertinya dia sudah pulang ke rumah, dia dah jumpa jalan pulang kepada Keluarganya,
"Korang tahu tak, sepertinya aku dah jumpa jalan pulang"
Seoho yang mendengarkan luahan Min membuka dakapannya,
"Min-ahh" Min pun memeluk Seoho, leedo dan Xion kelihatan tak puas hati di situ lalu memeluk mereka berdua sekali.
'Aku tak sendirian, aku ada mereka semua sebagai keluarga aku, Seoho ahh go-mapda..'
Terasa pulang ke rumah, keluarga adalah rumah bagi semua orang, tak bergitu?
Dalam perjalan balik ke kediaman rahsia Moon itu, sepertinya sudah tidak mampu nak disembunyikan lagi keberadaan Min, para utusan diraja sudah menunggunya di hadapan pintu masuk rumah bersama Hwanwoong, sang Putera dari Yeo Clan itu,
"Pergi balik, beta tak mahu mendengar apa-apa yang diutuskan" Min meluru masuk ke dalam perkarangan kediaman tanpa menghiraukan mereka,
"Tarikh perkahwinan sudah di tetap kan, kau kena kahwin dengan aku, aku akan menjaminkan keselamatan untuk kau dan pembantu-pembantu kau.." itu lah apa yang Hwanwoong katakan,
Min hanya mengenggam penumbuknya, ingin saja dia melepaskan penumbuknya namun Seoho menghalangnya,
Seoho memegang tangan Min, membuatkan Min mampu bertenang dan tidak bertindak terburu-buru,
"Ahh, jadi kau pilih jalan untuk lari lah?" Hwanwoong berjalan perlahan menuju ke arah Min, Leedo dan Xion mula menghalang jalan
"Tepi, kau berdua bukan lawan aku," melihat sahaja wajah Leedo yang bertukar expresi itu, membuatkan Rena faham bahawa ada yang tak kena dengan keadaan mereka,
"Aku, tak akan maafkan kan kau, kalau kau sentuh keluarga aku" Min memberikan pandangan tajam kepada Hwanwoong namun itu membuat Hwanwoong ketawa perlahan,
"Min..Min..Min sejak bila kau ada keluarga, kau tiada keluarga, ahh Gunhak shii? Dongju Shii keluarga kau? Tsk..menyedihkan.. Keluarga tu, adalah Clan... Moon Clan dah punah...kau dah tak ada keluarga...Tapi..aku boleh jadi keluarga kau, dan juga Suami yang baik, Hahaha... "
Hwanwoong membaling scroll yang Min perlu tandatangani persetujuan itu, Min terasa meluat melihat senyuman yang diberikan oleh Hwanwoong, ingin saja dia meludahi wajah itu ketika itu,
Min mengambil scroll tersebut dan mengigit jarinya, dengan darah yang mengalir itu dijadikan cop tanda mensetujui persepakatan mereka,
'Aku akan ikut permainan korang, aku ada sesuatu yang aku kena lindungi dan aku akan terus lindungi sehingga lah akhir hayat aku,'
"Hah macam tu lah kan senang"
'busssh'
Tiba-tiba scroll itu terbakar saat Hwanwoong ingin mengambilnya,
"Tsk, not bad, kau ingat kau boleh tipu aku?" Hwanwoong tersenyum perlahan mendengar apa yang keluar dari bibir mugil Min itu,
"Jadi kau tahu, yang tu bukan persetujuan perkahwinan, tapi persetujuan serahan tahta kau?"
"Well, aku bukan bodoh, pergi balik sebelum aku bakar korang jadi ayam panggang pula lepas ni," jelingan maut Min itu membuatkan para utusan diraja dan pengawal mula lari ketakutan, mata Min apabila terkena cahaya bulan sepertinya memberi glaring seakan-akan bertukar warna merah,
"Wae? kau terkesima dengan aku, kau pun tahu aku bukan calang-calang orang"
Hwanwoong mengalah dan mula berpaling sebelum menghilang bersama kabus malam yang mula kelihatan setelah tak mampu nak berdepan dengan Min sendirian,
"Jangan gunakan tenaga chi kau banyak sangat" Melihat Min terduduk di tanah membuat Seoho memapahnya, Min membatukkan darah, namun kondisinya masih dapat dikawal,
Min tak pasti kalau dirinya mampu mengawal lagi tenaga chi dalam badannya di masa akan datang, Elixir itu semakin memakan masanya,
"Aku tahu kau gunakan tenaga chi kau untuk lakukan trik dan ilusi semua tu, kalau kau terlalu letih, kau akan.."
"geokjeong maseyo"(I'm okay don't worry)
"Min-ahh," Min masuk ke dalam biliknya, Seoho hanya mengeluh perlahan,
'Min ahh, jangan paksa diri kau lagi, tolong lah...'
"Apa maksud kau dia gunakan tenaga Chi? bukan ke tenaga tu hanya untuk kita pergi ke suatu tempat?"
"Aniya, dia tahu macam mana nak guna tenaga chi yang berbeza, korang tahu kan, elixir yang diberikan kepada Youngjo tu, Dia mampu jumpa pontential sebenar dari elixir itu"
"Jadi, kalau nui, gunakan banyak tenaga chi dia, masa dia..." Xion tak mampu menghabiskan ayatnya sebaliknya sedar bahawa bintang milik Min semakin lama semakin malap cahayanya,
"Ya, mungkin kita tak akan nampak lagi senyuman dia" Seoho mengeluh dan memandang langit yang cerah dengan cahaya bulan yang mula menerangi kawasan, gengaman tangannya dileraikan, sungguh dia agak kecewa dengan Hwanwoong ketika itu,
'Masa aku dah tak banyak, aku patut berhenti gunakan tenaga aku, elixir tu akan makan tenaga aku dengan lebih kerap,'
'aku dan youngjo masing-masing ada elixir bunga kematian tu dalam badan kita orang, aku dapat gunakan tenaga chi aku pun sebab Youngjo berada berdekatan,'
'dan aku akan tetap teruskan hasrat aku nak jadikan Youngjo sebagai pemerintah pewaris tahta..'
'Mianhae Seoho, aku tak tahu jalan mana yang akan membawa kepada kebahagian selain keperitan yang akan dilalui,'
'Aku tak pasti rancangan kau Seoho, tapi aku pasti yang aku tak boleh nak terima perasaan kau,'
"Min-ahh , apa hubungan kau dengan Seoho?" Youngjo memerhati dari jauh, Min tahu bahawa dia boleh gunakan tenaga chinya ketika Youngjo berada berdekatan,
Hwanwoong kembali ke Lilac palace dengan perasaan membuak dalam dada, dia pasti boleh dapatkan tahta sekiranya Min played together (berlakon bersama)
"Cis! jadi kau memang pilih jalan yang membawa kehancuran,"
" aku tak akan benarkan kau pilih Youngjo hyung untuk dijadikan pemerintah kerajaan ni!"
" Yeo Clan patut memerintah setelah Moon Clan! Youngjo kau hanya Putera yang terlupakan, Haemin- shii aku akan lakukan apa saja untuk dapatkan kembali darjat Yeo Clan yang Kim clan dan Moon clan ambik, dan aku akan pasti kan kau berkahwin dengan aku...aku akan pastikan tu"
Angin malam membawa keperitan, memori semakin lama semakin menghilang, dilupai dan ditinggalkan, malam yang panjang itu mula bersinar terang bulannya, konflik diantara mereka sepertinya tiada pengakhiran....
well, dari awal Hwanwoong ada motif nya tersendiri, hmm sakit ke hati, yeah sakit