webnovel

MMORPG: Kelahiran Semula Pelindung Legenda

Pheonix ialah makhluk legenda, satu keajaiban dunia, gambaran kehidupan dan kemusnahan. Makhluk kisah dongeng ini menandakan kebangkitan seorang hero dalam dunia maya di mana pertempuran berlaku demi kehormatan dan kemuliaan! Zhang Yang ialah seorang pemain dalam permainan yang pertama dan terbaik merevolusikan dunia: Keajaiban Tuhan. Permainan di mana pengetahuan tradisional tentang RPG tidak penting lagi, pemain perlu mensasarkan dan mengelak serangan secara manual. Menimbulkan jurang yang ketara dalam kemahiran antara pemain profesional dan amatur. Kejatuhan Zhang Yang datang terlalu cepat. Teman wanitanya dirampas, kesatuannya diganggu dan dibubarkan, dan juga didorong untuk membunuh diri! Terjun turun dari tingkat atas hotel, Zhang Yang berasakan dia sedang terbang seperti phoenix. Apa yang dia tidak tahu, pengakhiran hidupnya menandakan kebangkitan dia dari abu! Zhang Yang was a professional gamer in the first and most fantastic game that revolutionized the world: God’s Miracle. A game where traditional knowledge in RPGs did not matter anymore, players would have to manually target and evade attacks, giving rise to a significant gap in skill between a professional and an amateur gamer. Zhang Yang’s downfall came a little too soon. His girlfriend was snatched, his guild was harassed and disbanded, and he was even driven to commit suicide! Jumping off the top floor of a hotel, Zhang Yang seemed as though he was soaring like a phoenix. Little did he know that the end of his life also signified his rise from the ashes!

Flying Alone · Jogos
Classificações insuficientes
856 Chs

Tewas dan Tewas Lagi

Editor: EndlessFantasy Translation

"Gemuk! Ratusan Tembakan! Cepat, tembak awan tu!"

Pada saat genting tersebut, Zhang Yang memberikan arahan sewajarnya kepada pasukannya sambil menyandang tugas ketua pasukan dengan baik. Drizzler berasa sangat takut. Kalau dia terhidu kentuk busuk bos itu walau sedikit mana pun, dia mungkin hilang selera makan selama beberapa hari!

Setelah Zhang Yang memberi arahan jelas tersebut, Ratusan Tembakan dan Han Gemuk berpaling, serta-merta menukar sasaran mereka, dan mula menyerang kepulan awan itu. Namun, pergerakan kepulan awan itu terlalu laju untuk mereka bertindak sepatutnya. Walaupun mereka berjaya mengurangkan separuh HP kepulan awan tersebut, mereka tidak sempat menghentikannya daripada terkena Drizzler. Sebaik sahaja kepulan awan itu terkena padanya, dia meraung meminta tolong.

"TIDAK! TIDAK!"

'Ding! Pemain Drizzler telah menerima kesan <Awan Diseru>: Bau Busuk, Dipegun selama 10 saat!'

Drizzler yang tidak boleh bergerak itu terhuyung-hayang ke depan dan ke belakang sementara <Bom Angin> perlahan-lahan terapung ke arahnya.

'-1200!'

'-1200!'

'-1200!'

'-1200!'

'-960!'

Selain Zhang Yang, HP ahli pasukannya yang lain berada dalam zon merah. Memandangkan Drizzler masih lagi dipegun, dia tidak boleh mengelak satu lagi bom yang terapung mendekatinya.

'-1200!'

'-1200!'

'-1200!'

'-1200!'

'-960!'

'Ding! Pemain Drizzler telah mati!'

'Ding! Pemain Si Salji telah mati!'

'Ding! Pemain…'

Tewas teruk.

Lima roh muncul di titik kebangkitan semula.

"Bleh! Bleh! Bleh! Bos busuk! Bos tak guna! Bedebah! Bedebah! Bedebah!" Raut wajah Drizzler jelas menunjukkan rasa jijiknya. Dia mengeluarkan lidahnya dan tak henti-henti meludah.

"Bertenang, Drizzler. Ini hanya satu permainan video! Ini bukannya betul!" Zhang Yang cuba memujuk Drizzler.

"T-tapi, rasanya macam betul! Baunya busuk! Aku rasa bau busuk itu masih melekat pada aku!" Drizzler meraung. Han Gemuk tersenyum nakal. "Guna sabun XXX! Pastikan anda bersih dan sihat!"

"Jahanam!" Empat jari tengah ditujukan padanya.

Shush! Lima roh baru memasuki titik kebangkitan semula. Pada peringkat penerokaan dungeon ini, terdapat banyak pasukan yang dihantar persatuan lain yang tewas dengan pelbagai cara dan memenuhi titik kemunculan semula tersebut.

Roh yang baru muncul tadi ialah ahli pasukan Amarah Membara!

Pencari Salji menghantar soalan dalam saluran tempatan, "Oh, siapa lagi kalau bukan Zhan Yu, ketua pasukan! Di mana kamu semua mati tadi? Kamu dah tewaskan bos pertama?"

Apabila munculnya seorang gadis cantik, Han Gemuk mula berperangai "gagah". Dia kemudian menjawab, "Sebenarnya, Cik Salji cantik, akulah pemain utama pasukan ini. Akulah yang melatih Yang Kecil ini!"

Zhang Yang mengabaikan komennya dan menjawab soalan tersebut dengan satu lagi soalan. "Hehe, ketua persatuan Salji! Kamu bagaimana? Di mana kamu tewas tadi?"

Pencari Salji menjawab dalam saluran tempatan selepas beberapa ketika, "Kami mula di Sayap Tengah. Kami baru sahaja menewaskan bos pertama dan sedang bertarung dengan bos kedua!"

Mereka mulakan serangan dungeon di Sayap Tengah?

Zhang Yang memikirkannya sejenak dan akhirnya faham keadaan sebenarnya. Mereka telah menyembunyikan kebenaran dalam sebuah penipuan! Sementara mereka semua bertungkus-lumus bertarung untuk Pencapaian Penyelesaian Pertama Sayap Hadapan, gadis-gadis tersebut pula senyap-senyap menyerang Sayap Tengah. Dengan cara tersebut, mereka dapat menjimatkan masa!

Cara ini… bukan, strategi ini ternyata bijak! Satu-satunya halangan mereka ialah pasukan Zhang Yang!

"Wah, kita kebetulan sama! Kami juga sedang bertarung dengan bos kedua!" Zhang Yang mengambil keputusan untuk berkata yang benar memandangkan pasukannya juga melakukan benda yang sama.

Jahanam! Kelima-lima ahli pasukan Amarah Membara mengetap gigi mereka.

Bagaimana mereka boleh sampai ke tahap itu?

"Kakak Salji, mungkinkah dia sengaja bohong kepada kita? Aku rasa dia cuba untuk mengenakan tekanan mental pada kita!" Sejak pertemuannya dengan Zhang Yang sebelum ini, Mawar Berduri mempunyai tanggapan yang buruk terhadapnya.

Pencari Salji memikirkannya sejenak dan menggeleng kepalanya menunjukkan tanda tidak setuju dengan cadangan itu. "Aku tak rasa begitu. Kita nampak dengan jelas betapa pantasnya pasukan Zhan Yu berjaya menyelesaikan Sayap Hadapan. Tidak mustahil untuk mereka sampai ke tahap itu!"

Orkid Putih menjadi gelisah. "J-jadi…kita p-patut…."

"Gunakan semua yang kita ada dan beri yang terbaik! Tiada jalan lain selain terus bergerak ke depan! Kita mesti berusaha bersungguh-sungguh untuk memenangi pusingan ini! Kita kena tewaskan bos ini!" Pencari Salji berpaling dan memandang ahli pasukannya.

"Penari, Wangian! Aku mahu kau berdua tingkatkan kelajuan serangan kau ke atas <Awan Diseru>! Mawar, tolong, tolong beri perhatian kepada <Bom Angin> dan jangan hanya mengejar bos itu!"

"T-tapi Kakak Salji, aku ini cuma ada buah dada…"

Orkid Putih menyampuk kata-kata Mawar Berduri. "Cuma ada buah dada dan tiada otak! Ya, aku sudah beribu kali dengar ayat yang sama! Tolong berhenti guna alasan yang sama untuk menutup kelemahan kau!"

"Aku beri amaran pada kau! Kalau kau buat silap lagi, aku akan naik penerbangan menuju ke Zhou Hang! Aku sendiri akan pergi ke rumah kau dan pecahkan buah dada kau yang penuh lemak itu!"

"Ish!" Mawar Berduri menundukkan kepalanya tanda menyerah kalah dan berbisik, "Buah dadaku ini memang besar…"

Air Wangian tiba-tiba bersuara, "Sebenarnya… kalau kau mahu bandingkan saiz buah dada, Kakak Salji kita inilah juaranya! Hehe! Saiznya 36F!"

"Betulkah ini?"

"Mestilah betul! Sayang Kakak Salji sentiasa pakai pakaian yang longgar. Dia memang seorang wanita yang rendah diri! Hehe! Aku sendiri pernah rasa dan ukur saiznya!" Air Wangian terus bercakap besar.

"Perempuan tak guna! Berani kau mencabuli Kakak Salji! A-Aku sendiri tak pernah menyentuh dia…."

"Kakak Salji! Beri aku peluang sentuh kau!"

Kelima-lima wanita itu membuat suasana yang tenang tadi menjadi kecoh.

...

Pasukan Zhang Yang memasuki dungeon dan memulihkan diri mereka semula.

"Wah! Pergaduhan tadi sangat tegang!"

Ahli pasukannya mula berbual kosong sambil berlari ke arah ruang bos tersebut.

"Yang Kecil! M-Mereka semua sungguh cantik! Apa kata kita bagi mereka menang pusingan ini! Dengan cara begitu, mereka akan rasa terhutang budi pada kita! Siapa tahu, mungkin satu hari nanti mereka akan membalas jasa kita! Masa itulah kita boleh mengurat mereka! Aku boleh dapatkan dua orang! Tak, tiga orang! Argh! Aku nak mereka semua!" Han Gemuk mula hanyut dalam angan-angannya sendiri.

"Hm… apa? Aku tak dengar. Aku rasa aku nak cari Pemburu lain untuk gantikan kau masa aku serang dungeon seterusnya!" Zhang Yang mengeluh dengan kuat.

"Oh bagus cadangan itu! Aku setuju!"

"Aku pun undi cadangan itu diteruskan!"

"Dua tanda setuju daripada aku!"

3 suara menyuarakan pendapat mereka.

"Jahanam! Sejak bila aku pula jadi musuh publik nombor 1?" Han Gemuk menggeleng kepalanya tanda tidak setuju dengan perbuatan mereka.

Apabila pasukan itu tiba di pintu masuk ruang bos itu, mereka berlima duduk dan mengunyah makanan pemulih tenaga sebelum sama-sama masuk ke dalam kawasan tersebut.

"Han Gemuk! Ratusan Tembakan! Aku serahkan <Awan Diseru> pada kau berdua!"

"Kami akan selesaikannya!"

"Aku mulakan!"

Shush! Zhang Yang menggunakan <Serangan > untuk memulakan pertarungan sekali lagi.

Drizzler yang masih teringat-ingat kentut bos tadi masih berang dengan serangan tersebut. Tiada sesiapa yang perlu mengingatkannnya untuk bersungguh-sungguh bertarung dengan bos itu. Dia nampak seperti seorang yang telah hilang siuman sambil bertarung dengan bos tersebut dan menghayun senjatanya dengan penuh semangat. 

"Hahaha! Serangga tak guna datang lagi untuk mengorbankan nyawa mereka!" Ains tertawa mengilai sambil mengangkat lembingnya untuk menusuk Zhang Yang.

"Aku sendiri akan menghantar kalian ke neraka!"

Maka, pertarungan pun bermula!

Selepas seminit pertarungan bermula…

"Gemuk! Ratusan Tembakan! Kepulan awan itu!"

"Tak guna! Aku terkena pegun!"

"Jahanam, ia hampir meletup!"

…..

Mereka berlima dihantar kembali ke titik kebangkitan semula.

"Yang Kecil, aku rasa kami berdua saja tak mencukupi! Bagi Drizzler bantu kami musnahkan kepulan awan itu!" Han Gemuk menyuarakan cadangannya.

"Bleh! Bleh! Bleh! Aku tak akan dekati kepulan awan busuk itu!" Drizzler menggeleng kepalanya dengan pantas. Zhang Yang turut menggeleng kepalanya tanda tidak setuju.

"Penyerang jarak dekat tak boleh menyerang kepulan awan itu. Dia akan dipegun sebaik sahaja dia menyentuhnya! Okey, apa kata kita cuba cara lain. Selepas kepulan awan itu dilepaskan, aku mahu Si Salji berhenti menyembuhkan yang lain-lain dan mula menyerang. Aku rasa aku boleh jaga diri sendiri sementara kau bertiga musnahkan kepulan awan tersebut."

"Hmm… bagus juga tu. Kita cuba!"

Mereka bangkit semula, memasuki dungeon, memulihkan kesihatan mereka, dan mula bertarung dengan bos tersebut.

Dua minit kemudian, mereka tewas sekali lagi.

"Hmm... Boleh tahan… kau bertiga boleh uruskan kepulan awan itu. Ya. Itu caranya. Kita teruskan dengan cara itu!" Zhang Yang cuba menaikkan semangat ahli pasukannya.

"Gemuk! Aku rasa kau patut pertimbangkan untuk berdiet! Kalau kepala kau tak sebesar ini, kepulan awan itu memerlukan 0.1 saat lagi untuk sampai ke tempat kau! Kita masih boleh musnahkan awan tersebut sebelum ia sempat terkena tepat-tepat pada kau!" Drizzler cuba mengusik Han Gemuk.

"Si Drizzler, badan gemuk aku ini sama pentingnya dengan nyawaku sendiri!" Han Gemuk tertawa. "Ada tiga kelebihan apabila seseorang mempunyai badan yang gemuk!"

"Oh, dia dah mula lagi! Abang Gemuk, kau mahu merepek lagi?"

"Tak! Dengar sini! Gemuk ni ada tiga kelebihan! Pertama, lemak ada daya apungan yang tinggi, aku tak akan mudah lemas! Kedua, gemuk membuatkan aku berat yang membantu dalam mengekalkan momentum dan memberi kelebihan dalam pertarungan! Ketiga, gemuk itu bergaya!"

"Bedebah!" 4 ahli pasukan itu mengejek Han Gemuk.

Pasukan itu memulakan pertarungan dan mencuba sekali lagi.

Semua terbunuh. Sekali lagi.

Semua mati. Lagi dan lagi.

...

"Yang Kecil, bos ini terlalu hebat!" Han Gemuk menggeleng kepalanya. "A-Aku tak boleh teruskan lagi. Ketahanan peralatan aku pun hampir habis! Aku perlu pulang ke bandar untuk betulkan peralatanku."

"Tak perlu!" Zhang Yang cepat-cepat menjawab. "Ada seorang NPC di pintu masuk dungeon itu. Dia seorang tukang besi! Dia boleh betulkan peralatan kau. Kita bangkit semula dan keluar dari dungeon dulu!"

"Macam mana kita boleh tewas banyak kali seperti ini?" Drizzler memikirkan perihal ini, tetapi dia tidak dapat memikirkan penyelesaiannya. Strategi pertarungan jelas terbentang, tetapi setiap kali pertarungan bermula, dia kerap tersilap langkah. Dia kerap melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan. Satu-satunya sebab yang dapat difikirkannya adalah <Awan Diseru> yang tidak dapat dimusnahkan dengan cepat dan menyebabkan <Bom Angin> terkena pada mereka dan membunuh mereka semua. 

"Kita dah bertarung untuk jangka masa yang agak lama. Semua mesti penat!" Zhang Yang memikirkan penyelesaiannya dan berkata, "Semua, selepas kita perbaiki peralatan kita, apa kata kita semua log keluar dan rehat selama sejam! Sekarang dah pukul 3 petang dan kita masih belum makan tengahari. Ini bukan keadaan yang sesuai untuk kita terus bermain. Makan dulu, rehat sekejap, dan kita jumpa balik tepat pukul 5 petang! Kita akan tewaskan bos ini dalam sekali percubaan selepas itu!"

"Okey!" Semua mengangguk tanda setuju. Pada mulanya, mereka semua begitu teruja untuk menewaskan bos dan memperolehi Pencapaian "Penyelesaian Pertama". Sudah tentu mereka tidak berasa lapar. Namun, setelah pertarungan itu lama berlanjutan dan mereka berkali-kali ditewaskan, mereka telah hilang semangat dan gagal memberi perhatian dalam pertarungan. Kesilapan pasti terjadi dalam keadaan begitu. 

Mereka bangkit semula dan keluar dari dungeon bagi menghantar peralatan untuk diperbaiki, lantas memulihkan ketahanan peralatan tersebut. Mereka satu persatu log keluar dan berehat.

'Fuh!'

Zhang Yang membuka topi keledar bermain permainan video itu dan mengeluh panjang. Dia teringat Kapsul Permainan Video yang dia gunakan dalam masa 5 tahun akan datang. Dalam masa setengah tahun ini nanti, 'Keajaiban Tuhan' akan melancarkan sebuah siri revolusi!

Pertama, akan ada perubahan dalam cara bermain permainan video ini di mana pemain boleh bermain walau dalam tidur! 

Cara ini memberi peluang ramai orang dewasa yang bekerja untuk menikmati permainan ini sepenuhnya! Tambahan pula, waktu dalam permainan dan realiti telah ditetapkan dengan nisbah 3:1. Tiga jam yang berjalan dalam permainan video ini bersamaan dengan sejam dalam realiti dan ini membolehkan semua orang turut serta meluangkan masa dalam dunia yang menakjubkan ini.

Kedua, Kapsul Permainan Video akan diperkenalkan!

Penggunaan kedua-dua topi keledar untuk bermain dan Kapsul Permainan Video tidak akan meninggalkan apa-apa kesan kepada watak pemain! Kapsul Permainan itu telah dicipta menggunakan teknologi ruang angkasa dan ruang stasis. Ia berfungsi untuk membekalkan nutrisi dan makanan tambahan yang diperlukan tubuh dalam sela masa yang ditentukan. Jika pemain sendiri mahu, mereka boleh terus bermain permainan video ini selama 15 hari tanpa apa-apa kesan sampingan! Semasa Kapsul Permainan Video mula-mula dilancarkan, ia terlalu mahal untuk dibeli oleh orang kebanyakan. Ia suatu kemewahan yang hanya mampu dibeli oleh orang kaya. Satu set Kapsul Permainan Video boleh mencecah berjuta dolar! Mesin tersebut lebih mahal daripada kereta mewah! Pemaju permainan video ini hanya dapat menyelesaikan masalah pengilang dua tahun kemudiannya dan Kapsul Permainan Video menjadi lebih murah dan menjadi produk yang dapat dimiliki ramai! 

Ketiga, Kejohanan Liga Profesional telah dilancarkan!

Zhang Yang menggenggam kuat tangannya. Dia berasa sangat teruja! Dia hanya tinggal setahun untuk menyediakan dirinya. Setahun lagi dan Yu Li akan menyertai permainan video ini! Apabila Zhang Yang teringatkan Yu Li, pandangan matanya menjadi lembut dan fikirannya menjadi tenang seolah-olah sebatang pokok suci tumbuh dalam hatinya.