webnovel

Lara Laura

Autor: EVA_95
Urbano
Contínuo · 43.9K Modos de exibição
  • 12 Chs
    Conteúdo
  • Avaliações
  • NO.200+
    APOIO
Sinopse

" U Laura kan! my wife!" Exander menjerit untuk mendapatkan perhatian.Laura ketawa sebelum membuka mulut,"Kisah u dengan i dah lama terkubur Izz Exander!. Tolong la berpijak dibumi yang nyata." melangkah pergi meninggalkan lelaki itu. Masih ada atau pun tidak peluang kedua untuk lelaki ini. Semua itu terpulang pada Laura. Perjalanan kehidupan Laura seperti kitaran hidup seekor Rama - rama yang bermula dari beluncas yang di takuti kemudian bertukar kepada kepompong yang lemah tanpa perlindungan, setelah melalui perjalanan tranformasi yang panjang akhirnya terbang lah seekor Rama - rama yang cantik dan di kagumi. Dapatkah Laura mengubah haluan takdir kehidupan seperti Rama - rama?. p/s : Saya masih lagi perlu banyak belajar untuk memperbaiki penulisan. Maaf jika ada kekurang dan kesilapan. Jika sudi boleh nyatakan kekurangan dan kesilapan. saya amat menghargainya. ❤️❤️

Tags
1 tags
Chapter 1chapter 1

Loceng berbunyi , lalu Laura mengemas barang- barang masuk ke dalam beg sekolah untuk bergegas pulang ke rumah. Berlari selaju yang boleh keluar dari kelas menuju ke pagar luar dengan bibir terukir senyuman manis . Setiba dia dipagar , Laura menoleh ke kiri kemudian ke kanan sambil anak mata meliar mencari kelibat ibunya tetapi hampa bila tiada wajah ibu nya terlihat . Laura menuju ke pondok menunggu sambil bibir kecil itu mengomel " hurmm ..ibu janji nak ambik Gee hari ini lepas tu pergi beli beg baru . Tapi ibu tipu." Lalu menundukkan kepala ke bawah dengan mulut muncung.

" Laura ! jom". Pekik Hussien. Dia menoleh ke arah suara yang nyaring tersebut, senyuman kembali terukir setelah melihat kelibat Nek Nab dan cucunya. Tanpa berlengah lagi Laura berlari- lari anak menuju ke arah motor yg di tunggang orang tua itu.

Sampai sahaja di halaman depan rumah Nek Nab , dengan segera Hussein melompat turun dari motor . " Opp mak engko " jerit Nek Nab sambil mengurut dada terkejut akan kelakuan cucunya. " Bertuah punya budak , kalau tergolek aku tadi siapa yang nk mengangkatnya". Laura tersenyum lalu ketawa melihat gelagat Hussein yang selalu menyakat neneknya.

" Sein lompat turun sebab tak sabar nk makan. Tunggu Nenek berhenti lambat sangat . Ehh, Ra hari ni nenek masak makanan kegemaraan aku tau, jantung pisang masak lemak dengan ikan keli sambal. werkk aku makan dulu sampai habis."

" Sein tunggu la, tak aci la. Aku nak jugak !." jerit Laura sambil terbongkok - bongkok membuka kasut sekolah.

Mereka berdua berlari menuju ke dapur. Nek Nab membuntuti ke dua - dua cucu kesayangan ke dapur. " Gee, lepas makan mandi ye. kita nak keluar ni." ujarnya dgn suara yang lembut penuh kasih sayang sambil mengusap lembut rambut gadis kecil yang sudah seperti cucunya sendiri.

" Kita nak kemana Nek? " sambil menyuap nasi ke mulut .Tanya Laura dengan dahi berkerut tanda hairan. Hussein dan Nek Nab berpandangan sesama sendiri. Dengan hati yang berat Nek Nab pandang ke arah Laura , belum sempat buka mulut .

Hussein dah potong dulu , " Alah , Ra makan lah dulu kasi kenyang perut kau tu dulu. Banyak tanya la. Nanti aku bagi tahu kau."

" Janji ? nanti kau tipu. kau selalu tipu aku. sedih lah macam ni dah ibu tipu . Kau pun nak tipu jugak ? Dengan muka mencebik .

Hussein menghulurkan jari kelingking tepat depan muka Laura. Dengan riak muka sedikit terkejut dia menyambut jari yang di hulur kepadanya ,lalu jemari mereka bertaut. Laura tersengih memandang ke arah Hussein.

Bila tiba di pekan , teksi yang di naiki mereka menghala ke perkarangan bangunan berwarna biru putih . Matanya tertumpu pada persekitaran. Mencari kunci pada tanda tanya .

" Buat ape kat sini? Sein janji nak kasi tau." tepat pandangan dia ke muka Hussien. Hussien mengalih pandangan ke arah bertentangan dan berpura pura tidak mendengar pertanyaan itu .

" Ra ,cepat la turun."

" iya ,nk turun lah ni."

Dia mendongak ke atas lalu tertera sign board Balai Polis. Nek nab memimpin tangan kecil milik Laura , menuju ke kaunter. Dia mengekori dengan dahi masih berkerut.

" Iya , puan ada apa yang boleh saya bantu? " Sapa lembut pegawai perempuan yang bertugas di bahagian kaunter.

"Saya Zainab waris kepada Sofiah binti Razak. saya bawa anak dia."

" sekejap ye puan, sila duduk dahulu."

Selang beberapa minit ," Waris Sofiah binti Razak ." panggil salah seorang anggota polis.

Setelah melepasi pintu di mana polis lelaki itu berdiri . Bulat mata Laura tanpa satu patah perkataan pun keluar dari mulut si kecil itu.

" Ehh Gorgeous anak ibu pun ada sekali, sini dekat ibu nak." lembut suara ibunya itu.

Laura tertunduk sayu setelah melihat susuk tubuh insan yang paling disayangi berada dalam kurungan bertirai besi. Dengan langkah yang berat dia mengheret kedua belah kaki ke arah ibu yang tercinta. Air mata berlinangan menyeberang kedua belah pipi.

" Ibu.. kenapa ni? kenapa ibu duduk sini? kenapa ? ." sambil menggoncang tangan Sofiah.

" Gee tinggal dengan Nek Nab ye buat sementara ,bila ibu dah selesaikan semua nanti ibu balik ye sayang. Pergi duduk dekat sein. ibu nk cakap dengan Nenek sekejap."

Tanpa membantah , dia menuju ke pintu keluar dari ruang itu tanpa rela. Nek Nab meluru masuk ke dalam dengan tergesa - gesa.

" piah , apa dah jadi?" dengan nada risau.

" Makcik.. saya minta tolong jagakan Gee. sementara waktu sampai Ismail balik. boleh? "

" Aku jaga kan dia sampai ke tua pun boleh . Aku bukan ada siapa - siapa lagi dah selain si Sein tu. macam mana boleh kau kena tahan ni?."

"Saya tolong Sally dari di belasah kawan lelakinya . Bila dia mencekik Sally ,saya jadi cemas lalu memukul lelaki tu dengan pasu . Sally lari katanya dapatkan bantuan . Tapi bila pihak berkuasa sampai, saya jadi suspek utama dan penyebab kematiannya." dengan nada sebak menahan tangisan .Tanpa sedar mereka berdua berendam air mata yang berlinangan tanpa henti.

" Masa melawat sudah tamat ." kata anggota polis yang sama memanggil mereka masuk untuk melawat ibunya sebentar tadi.

" Gee tak nak ! Gee nak duduk sini dengan ibu ! .. ibu !.. ibu.. " teriaknya sambil menepis dengan sekuat hati semua tangan yang hinggap padanya.

" Gee.. Gee.. Gee! " dengan sedikit kasar Hidayah menggongcang tubuh Laura, supaya dia tersedar dari mimpi ngeri.

" aah.. ibu! " jerit Laura dengan keadaan terkejut lalu bangun dan duduk menghadap roommatenya dengan pandangan sayu.

" Dayah , aku rindu ibu.. " tertunduk layu lalu menangis. Kawan baik nya itu memaut kepala Laura ke bahu dan mengusap lembut rambut panjang paras bahu miliknya.

" Iyee. Aku tahu. Menangis lah Gee, tak salah pun kalau sekali sekala tapi jangan la tiap - tiap hari mati kering aku nak mop lantai ni . Sekarang musim panas, kang tak pasal jadi musim banjir pulak. " di ikuti dengan ketawa kecil.

"Eisyhh , kau ni ! aku tengah sedih kau buat lawak pulak." menjeling ke arah hidayah tapi mulut hampir tersenyum. Hidayah yang menyedari mimik muka yang di buat Laura terus dengan niat mengusiknya lagi.

" Eleh tapi lawak aku menjadi kan..kan.." sambil mencuit - cuit pinggang temannya itu. mengekek ketawa Hidayah bersama Laura.

Você também pode gostar

Oh My Crush

Biasanya la kan...kalau kita sukakan seseorang itu, kita yang akan kejar orang yang kita sukakan tu ya tak? Tapi macam mana kalau kali ni, orang yang kita sukakan tu pulak yang kejar kita? Apa yang kau orang akan buat? Macam kisah si Naera Aleena ni..... Naera Aleena ada crush semasa dia sekolah menengah tinggi. Jadi dia berniat hendak lafazkan rasa Sukanya kepada crushnya itu. Cubaannya itu Berjaya. Crush dia sudi untuk menerima permintaannya untuk keluar dating Bersama. Tapi itulah...manusia hanya sekadar mampu merancang, Tuhan yang menentukan segalanya. ********************* Seperti biasa awal-awal pagi dia akan bersiap untuk ke pejabat bagi membuat persiapan bosnya. Selaku setiausaha, dia gemar hadir sejam lebih awal sebelum bosnya tiba. Namun kehadirannya itu disambut oleh orang lain, bukan bosnya. "Apa maksud tuan ditukar hak milik?"soal Naera dengan muka tergamam. "Ya Naera...mulai hari ini, Syarikat Di Clove berada di bawah pengurusan Triad Convenant...presiden baru syarikat ini adalah Tuan Seth Cain ini..." Seperti baru di siram dengan air sejuk dan ais ke atas kepala, Naera pandang lelaki di belakang meja bosnya Bersama mata terbutang luas. Oh my crush! Macam mana semua ni boleh berlaku? "Se-th?"sebut Naera tergagap sendiri. Kecik betul dunia ni kan?Elok dia nak larikan diri, boleh pulak ada didepan matanya! "Sila beri tunjuk ajar..."sapa Seth semasa memberi renungan tajam ke Naera dan tersenyum sinis. Susah payah, Naera menelan air liur. Sh*t betul! Tak boleh jadi ni! Esok pagi jugak dia pergi jauh dari sini! Naera mengetap gigi seeratnya!Kenapa la dia boleh bertemu semula dengan crushnya di sini?Di syarikat yang sama?Bos dia lagi tu! "Mulai hari ini kamu adalah setiausaha saya..."maklum Seth. Naera pandang tidak berkedip. Masih belum sober dari terkejutnya!

TintaHitamTanpaAra · Urbano
Classificações insuficientes
57 Chs

THE MAFIA IS MY HUSBAND

Tengku Melissa Bin Tengku Razlan merupakan seorang gadis yang cantik, lemah lembut dan peramah... Tetapi, kejadian yang menimpa mama kesayangannya iaitu Tengku Maria ketika dia berumur 15 tahun membuatkan gadis itu menjadi gadis yang paling kejam dan digeruni.. Dia bersama-sama dengan abang kembarnya iaitu Tengku Danial dan Tengku Danish mula berkecimpung dalam dunia gelap. Tidak lupa juga, dua orang sahabatnya yang selalu menyokongnya dan turut serta dalam dunia gelap ini, tak lain tak bukan, Zahirah dan Amanda.. Mereka berkawan sejak dari tingkatan satu lagi, tetapi selepas mengetahui tentang kemalangan yang menimpa mama Melissa, mereka bernekad untuk turut serta dalam perjuangan untuk membalas dendam... Tetapi, dalam dia mencari jawapan, Melissa terpaksa berkahwin dengan Tengku Amirul yang merupakan adik kepada Tengku Hafiz.. Tujuan utama Tengku Razlan (papa Melissa) menyatukan anaknya Tengku Melissa dengan Tengku Amirul ialah untuk membalas dendam kepada keluarga itu, tetapi keluarga itu sedikit pun tidak menyangka tentang hal itu... Melissa akur, kerana itu merupakan peluang keemasan dia untuk membunuh Tengku Hafiz yang telah membunuh mama kesayangannya. Tengku Razlan memberi tahu kepada Tengku Harith, merangkap daddy kepada Tengku Hafiz dan Tengku Amirul yang dia mahukan Melissa dan Amirul bersatu untuk mengukuhkan lagi urusan business diorang... And Tengku Harith bersetuju dengannya.. Tetapi dia tidak tahu, yang ajal anak sulungnya sudah dekat.. Tengku Amirul merupakan lelaki yang kejam, turut berkecimpung dalam dunia gelap dan merupakan ketua mafia yang terkenal dan digeruni.. Dia tidak menyukai perempuan and selalu berwajah dingin, tetapi wajah dinginnya itulah yang membuatkan ramai perempuan diluar sana cair... Adakah Melissa akan turut cair? Adakah Dendam Melissa akan terbalas? Adakah mereka akan jatuh cinta diantara satu sama lain? Kalau korang nak tahu, korang wajib baca...

Syafika_1111 · Urbano
Classificações insuficientes
37 Chs