webnovel

chapter 4

Setelah siap mandi , Laura menghempaskan badannya yang sudah segar itu ke sofa. Dia mengeringkan rambutnya yang sedikit basah. " Arghh , susahnya nak kaya. kalau kaya kan best goyang kaki je . Makan orang masak , orang hidang ,pingan orang basuh. semua lah orang buat. " mengomel dia seorang diri dalam keadaan baring kemalasan.

Tik.. tik..tik.. kedengaran bunyi digital doorlock rumahnya. Itu pasti si Hidayah. Laura membingkas bangun lalu menyapa Hidayah. " hah ,kau pukul 2.30 pagi baru balik pergi mana makcik?."

"Aku pergi rumah makcik aku lah. ingat nk tidur sana tapi tak selesa la anak - anak makcik aku ramai. Aku bagi alasan esok kerja , itu yang aku balik jugak ni. "

" Dayah, tuan tanah naikkan sewa. nk buat macam mana ni?." sambil menjuihkan bibirnya.

" Pasal apa pulak? mana boleh tiba - tiba aja."

" Mesti la boleh , kita sewa dulu bukan ada Agreement paper pun.Jadi RM1100 lah sebulan sekarang ."

" Hurmm , kita sewa bilik aja lah Gee ,boleh? aku pun tak dapat banyak ot sebab pekerja ramai. "

" Okay , asalkan kau ada. Duduk bawah jambatan pun aku okay aja." dia menyengih sambil memeluk tangan hidayah.

" Mengada, aku nak masuk tidur. penat ni jalan kaki."

" Eleh 200 meter je rumah makcik kau dari sini." sambil mereka berdua bangun menuju ke bilik masing- masing.

Ding dong.. ding dong.. ding dong. Laura terjaga dari tidur kerana loceng rumah berbunyi tanpa henti. Dia meraba - raba telefon yang ada di atas meja kecil sebelah kanan katil . Melihat jam yang sudah menjangkau pukul 8.00 pagi dengan mata sebelah tertutup. " Siapa pulak datang pagi - pagi ni" rungutnya. Laura bangun dengan diri tidak berapa stabil menuju ke pintu.

Dia membuka pintu rumah sedikit dan melihat ke luar satu sosok badan seorang lelaki berdiri tegak di hadapannya. " yaa, cari siapa?"

" hi, selamat pagi. Hidayah ada? "

" Tak ada , Dia pergi kerja dah. kan dah pukul 8 ni."

" Oh. okay, terima kasih dan maaf menganggu." menghadiahkan senyuman dan berlalu pergi.

Laura kembali menuju ke bilik dengan hasrat ingin menyambung semula tidurnya.Tidak sampai 10 minit dia memejamkan mata, Cuckoo..cuckoo..cuckoo.. Telefonnya pula berbunyi. Laura yang berang itu membaling bantal lalu menggelupur. " ishh... apa lagi lah !! " jeritnya yang bangun dan duduk di birai katil.Tanpa melihat siapa gerangan yang membuat panggilan tersebut , dia mengangkat panggilan masuk itu .

" hah , nak apa lagi! orang nak tidur lah " suara yang lantang kerana panas hati.

" U kenapa ni Laura? Danny ni. U punya class pukul 10 lah. Berapa lama u skip? jawab i."

Terbuntang biji mata Laura bila dengar suara milik Danny. " Arhh..errr.. i'm sorry tadi ada yang spam call. I datang hari ni u jangan risau. See u later Danny." pantas dia menutup telefon.

Menghempas badan ke katil dengan kedua - dua tangan di depa . Laura menghela nafas yang berat tanda dirinya malas . Tiba - tiba teringat akan Nek Nab di kampung, Laura bangun dan membuat panggilan. " Hello , nek.. Gee rindu.. nek sihat ?.

" Iya , kalau rindu balik la kampung ni, nenek sihat. kamu tu makan cukup ke tidak?."

" Gee , nak balik tapi cuti 1 hari aje nek. cuti yang Gee mohon tu belum lulus lagi. sein mana nek? diam je . "

" Dia kerja la, orang lelaki mesti la kena kerja nak tanggung diri sendiri nanti anak bini pulak nak di tanggung makan." ketawa senang hati.

" Nenek, Gee letak dulu ya? ada kerja ni . bye ."

Laura menyusun langkah menuju bilik mandi untuk bersiap ke kelas martial art yang di ajar oleh Danny pemuda berketurunan chinese itu.

Laura mengenakan t-shirt putih dan berseluar track , menuju ke wardrobe mengambil pakaian taekwondo menyumbat ke dalam beg sandang berwarna hitam. selesai mengemas barang yang perlu di bawa, dia membuka peti sejuk untuk melihat apa yang ada untuk sarapan. Sambil memeriksa setiap ruang dengan mulut yang muncung mengharapkan ada sesuatu tetapi hampa. "ermmm.. kena minta belas kasihan miss ni."

Laura menuruni tangga , berjalan menyusun langkah menuju ke tempat kerja. Hari ini kabus agak tebal, suasana yang nyaman. Dia menghirup nafas yang dalam sambil memejam mata untuk menikmati keadaan sekeliling yang tenang. Kebiasaan Laura kelam kabut berlari sebab sudah lambat ke tampat kerja. Laura menoleh ke kiri melihat taman yang bertasik itu sambil berjalan mendaki bukit taman tema itu.

" wow..Cantik.. 4 tahun dah aku tinggal kat sini tapi tak perasaan pun. Yela.. cuti pun jarang sebab takut gaji sikit, balik kerja dah malam. Kalau cuti sekali pun habis masa untuk tidur aje". mengomel pada diri sendiri sambil menggelengkan kepala.

Laura melangkah masuk ke dalam restoran, Rose yang sibuk mengatur tray dan sudu menyapa tanpa sedari siapakah gerangan yang masuk itu. " Hi , selamat datang" Rose membuka mulut.Laura mendekati kaunter dengan senyuman.

" hot coffee ,please."

Rose segera berpaling takut dikatakan tidak beradap dengan customer.

" Eh, kau ni suka mainkan aku kan."

Dia ketawa kecil melihat Rose yang menjeling, lalu menanyakan keberadaan bos mereka. Rose menuju ke bilik yang pintu nya ditutup rapat .Selang beberapa minit Eddy keluar dari situ yang di ekori Rose.

"Gee, kenapa kau cari aku pagi-pagi ni?"

" Lapar, minta ehsan 1 breakfast meal ?. please.. boleh eh?." membuat mimik muka yang comel dengan harapan berjaya.

" Itu lah kau cakap aku tak dengar. Banyak kali aku larang habiskan duit untuk si sengal tu. Yela boleh." Eddy menghulurkan sebiji burger dan di sambut lembut oleh Laura. Dia tak menjawab sepatah pun, di tadahkan aja telinga dengar bebelan si Eddy.

" kau nak air ape?"

" hot coffee."

" hmm, nih. Aku dengar dia call kau minta duit lagi , betul ke? kau bagi lah?."

" Ha,ah, dia ada call. Tapi saya tak bagi pun sebab kan belum gaji ." suaranya perlahan

kerana bercakap dengan bibir yang muncung. Ini tak lain tak bukan mesti si Ajim yang bagitahu. ishh, tak guna. Katanya didalam hati.

" Aku bukan nak sibuk tapi kau dah macam adik aku."

" Yee tahu, saya tak marah pun. Thank you, bye Miss". bibirnya mengukir senyuman dan menuju keluar.

Laura menghirup kopi itu sambil berjalan. Dia melihat Ajim berjalan menuju ke arahnya. Segera dia melajukan langkah.

" Hoi , kau apahal membawang pasal aku? seronok?" katanya dengan riak muka tidak puas hati.

" Apa kau ni?"

" Eleh, buat muka innocent pulak. malam tu kau dengan aku je yang ada kat belakang."

berkerut kening Ajim untuk mengingati apa yang dimaksudkan Laura.

" Hmm, oh yang tu. kenyataan memang menyakitkan , baby." terus berlalu pergi. Ajim berpaling kebelakang untuk melihat reaksi muka Laura yang mengetap bibir dan menghentakkan kaki itu . Dia ketawa dan menggelengkan kepala. Tak padan dengan kecil dia ni. katanya perlahan.

"Nasib kau baik hari ni sebab tangan aku penuh and then aku lapar. Kalau tak aku baling je hot coffee dengan burger ni kat kau." bebel dia yang menuju ke bus stop.

Próximo capítulo