webnovel

Chapter 8

Setelah seminggu Laura bercuti , ini lah masa yang ditunggunya. Laura sudah boleh mula kerja kembali. Dia yang sudah lengkap beruniform kerja itu menghirup udara pagi yang segar sebelum memulakan perjalanan ke tempat kerja. kalau dulu dia hanya perlu berjalan kaki tapi tidak lagi sekarang kerana dia harus mengambil bas untuk ke tempat kerjanya. Selepas 20 minit bas yang di naikinya sampai ke destinasi yang hendak dituju. Laura melintas jalan dengan berhati - hati dan seperti biasa dia harus mendaki bukit taman tema tersebut. Laura mengukir senyuman semasa melangkah masuk ke dalam restoran tempatnya berkerja.

" Hi miss," suaranya kedengaran ceria. Dia berjalan ke pejabat managernya itu

" Haa.. kaki kau dah okay ke yang kau datang kerja ni? " tanya Eddy sekilas pandang pada Laura.

" Dah.. Kalau tak, kena bertongkat macam orang patah kaki. Nak kad ID." Dia menghulurkan tangan. Eddy hulur kad tersebut tanpa menoleh padanya. Laura mengakses IDnya sebelum memulakan tugasan.

Hidayah yang masih lagi di ulit mimpi terjaga kerana bunyi telefon pintarnya yang berdering tanpa henti. Dia terpisat - pisat bangun mencari lalu melihat siapa yang membuat panggilan . Tertera nombor talian tetap. Dia yang masih lagi mengantuk menjawab panggilan tu.

" Hello dan selamat pagi..ini Cik Saffi Hidayah Binti Abdul Kadir ke? lembut suara wanita itu bertanya.

" ya.. saya.." pantas Hidayah menjawab.

" Saya Maya dari syarikat IZZ GROUP ingin memaklumkan bahawa cik di terima bekerja. Cik boleh mula bekerja pada hari Rabu minggu ini." jelas wanita itu lagi.

" Bukan ke pihak awak akan menghantar surat sebelum pemohon berkerja? " tanya Hidayah yang masih ragu - ragu.

" Saya hanya menjalankan tugas yang di arahkan oleh pengusaha syarikat ini. Jika ada apa- apa kemusykilan cik boleh terus datang ke syarikat. Maaf Mengganggu." wanita itu memutuskan panggilan. Hidayah melompat turun dari katil lalu mencapai tuala dan menuju ke bilik air. Dia mengenakan blouse putih berjalur biru dan berseluar jeans berwarna biru gelap. Selesai berdandan dia berjalan ke bus stop untuk pergi ke syarikat IZZ GROUP. Hidayah masuk ke dalam bangunan syarikat yang bakal menjadi tempat kerja barunya.

" Selamat pagi cik, saya baru saja dapat panggilan dari syarikat ini yang mengatakan saya di terima berkerja jadi, saya inginkan kepastian sebab saya tidak menerima apa - apa surat tawaran." Jelas Hidayah panjang lebar.

" sekejap ye, cik boleh duduk dulu" jawab penyambut tetamu syarikat itu. beberapa minit kemudian pekerja syarikat itu memanggil Hidayah dan menyerahkan surat tawaran. Hidayah membaca berkali - kali surat tersebut sebelum melompat kegirangan. Dia tidak mengendahkan mata - mata yang memandangnya. Dia berjalan keluar.

" Tak sabar nak bagitahu Gee.. Ahh.. boleh guna separuh duit yang masih ada lagi tu untuk beli makanan. kan dah dapat kerja.." katanya sambil berjalan ke bus stop.

Laura melihat jam di tangannya , sudah pukul 2. Dia ke belakang mencari seseorang tapi hampa kerana yang timbul adalah Ziqri. Laura kembali ke kaunter. Beberapa minit kemudian dia menjenguk ke luar restoran dan kembali semula ke kaunter. Eddy yang perasaan perubahan tingkah laku gadis itu hanya memerhati. Lama Laura menatap jam tangannya. Sebelum menoleh ke arah managernya.

" Err.. Miss.. err.. Ajim cuti ke hari ni?" tanya Laura yang kegelisahan.

" Tak.. Dia lambat sikit sebab tayar motor pancit. Kenapa? Soal Eddy kembali.

" Err.. tak ada apa. Saja tanya." Laura mengalihkan pandangan ke luar dengan pantas takut di soal lagi oleh Eddy. ' Ape kena dengan budak ni tiba - tiba tanya pasal musuh ketat dia' tanya pada diri sendiri. Laila yang baru saja kemas meja - meja ditingkat atas turun ke bawah. Dia juga perasan akan sikap Laura yang pelik dari kebiasaan.

" Kak Gee okay tak ni? Kalau sakit kaki Kak Gee rehat lah kejap, Laila boleh tolong gantikan." Dia mempromosikan diri sendiri sebagai ganti.

" Ahhh.. haaa.. Kak Gee sakit kaki.. Laila tolong ganti sekejap je. betul sekejap je.." Laura terus meninggalkan kaunter lalu ke pintu belakang restoran. Laila segera berdiri di kaunter sebagai ganti. Sudah sekian lama dia berdiri nantikan pelanggan baru tetapi tiada yang kunjung tiba. Laila mendekati pintu pejabat.

" Miss.. Kak Gee tu kenapa pelik aje hari ni? dia tak sihat ke?" perlahan suara Laila menanya pada Eddy.

" Entah , Aku pun tak tahu. Dia kata dirinya sihat - sihat aje. Tapi memang perangai dia pelik pun hari ni." jawab Eddy dengan bersahaja sambil menyusun kertas kerja.

Laura keluar dari pintu belakang restoran menuju ke tangga di sebelah kanan. Dia menolak daun pintu lalu masuk duduk di tangga. Laura menepuk - nepuk dadanya yang berdebar itu. Matanya di pejam rapat. ' kenapa dengan aku ni.. Kenapa perasaan aku sekarang macam ni bila terfikirkan Ajim.' bisiknya perlahan. Dia menarik nafas yang dalam dan melepaskan berulang kali supaya pernafasnya terkawal juga mengurangkan kadar degupan jantungnya. Laura keluar dari situ apabila keadaannya okay sedikit. sebaik saja Laura melangkah keluar , Ajim tiba dengan motorsikalnya. Secara automatik senyuman di bibir Laura terukir. Ajim menongkat motorsikalnya dan perpaling memandang Laura yang sedikit jauh di belakang.

" Gee, sini." panggil Ajim sambil menguit - guit jarinya. Laura berjalan perlahan ke arah Ajim dan berdiri disebelah kiri.

" Ingat tak datang kerja." lalu tunduk memandang tangannya yang memintal - mintal hujung uniform Ajim.

" Datang la.. Ajim lambat sebab tayar pancit." Ajim mengangkat dagu Laura supaya kepalanya mendongak sedikit.

" Senyum.. Senyum la." lembut suara Ajim.

" Hmmmmmm.." Laura mengeleng - gelengkan kepalanya. Ajim turun dari motorsikal, berjalan ke pintu belakang restoran. Laura yang mengekori langkahnya masih lagi menarik hujung baju uniform miliknya. Ajim membiarkan saja gadis itu. Bila sampai di mesin punch card, Ajim mencari kad yang tertera namanya. Laura masih tidak melepaskan hujung baju uniform Ajim. Bulat biji mata Eddy dan Laila melihat adegan mereka berdua. Eddy berjalan perlahan menghampiri Laila.

" Betul ke apa yang aku tengok ni? " bisiknya pada Laila.

" tak berapa nak pasti lah Miss." balas Laila yang tidak berkelip memandang mereka berdua.

" kau orang berdua ni sihat tak?" tegur Eddy pada mereka berdua. Laura yang terkejut pantas menarik tangannya ke belakang dan menapak selangkah menjauhi Ajim sejurus mendengar suara Eddy.

" Err.. sihat.. kenape?" gagap suara Laura.

" tu sihat jugak ke? " muncung mulutnya menghala ke arah Ajim.

" Arr.. mana saya tahu. Miss tanya lah dia. hmm.. ahhh sorry Laila.. Lambat sikit." laju berjalan ke arah Laila. Dia menolak lembut Laila yang masih tercegat berdiri disitu supaya beralih. Ajim tersenyum melihat gelagat Laura yang cemas dengan hujung matanya.

Shift kerja Laura tamat pada pukul 5 petang. Dia mengambil beg sandang yang di bawa dan keluar dari restoran melalui pintu belakang. Sebaik saja dia melangkah keluar , telefon pintar nya berdering . Laura pantas mengeluarkan dari beg dan menerima panggilan itu.

" Hello Dayah, ada apa? aku dah nak balik ni." jelasnya pada Hidayah.

" Gee.. kau ajak semua kawan - kawan sekerja kau datang rumah kita. Aku ada surprise malam ni." ceria sekali suara Hidayah.

" haa.. okay, nanti aku sampaikan. bye" Laura memutuskan talian. Laura menelefon Ajim tapi tidak berjawab. ' Apa aku ni. Barang staffkan dalam locker, macam mana nak dengar.' omel Laura sendiri. Dia masuk semula ke restoran mencari Ajim. Entah mengapa hatinya berbunga - bunga kalau melihat Lelaki itu. Laura berdiri di depan frozen chiller, kepalanya menjenguk bahagian kitchen.

" Ajim.. Ajim.. sini la " panggilnya perlahan sambil melambai tangan. Takut rakan sekerja dan managernya dengar.

" hmmm.. kenapa tak balik lagi?." tanya Ajim yang berdiri hanya sejengkal jauhnya dari Laura. Air mukanya berubah mendung apabila mendengar soalan Ajim.

" Hidayah suruh datang malam ni. Dia cakap ade surprise. Tahu lah tak suka tapi jangan la tunjuk sangat." Laura menjeling tajam pada Ajim sebelum pergi ke kaunter meninggalkan Ajim yang kebingunggan.

" Gee.. bukan macam tu." panggil Ajim tapi tidak di endahkan..'ishh budak ni.apa salah aku pun tak tahu.' Dia mengetap giginya tanda geram.

" Laila !!." sergah Laura yang datang dari belakang.

" Kak Gee ni.. nak tercabut jantung Laila." marah manja Laila pada Laura.

" Laila datang rumah Kak Gee malam ni boleh?. Ade surprise. Datang la. eh..eh.." pujuk Laura pada gadis manis itu.

" Laila kena minta izin ayah dulu. Kak Gee hantar location." lalu menghadiahkan senyuman manisnya. " Okay.. " ringkas jawab Laura.

Dina keluar dari bilik locker menuju pintu masuk ke bahagian Kaunter. Laura yang melihat kehadiran Dina , melangkah pergi dari situ kerana dia tahu mesti akan berakhir dengan berperang mulut. Dina sengaja mempercepatkan langkahnya dan menghalang laluan Laura.

" Elok sangat lah tu seorang gedik, seorang lagi kaki ampu." katanya dengan suara yang kuat. Laila hanya mendiamkan diri. Manakala Laura hanya membiarkan kerana malas hendak melayan perangai gadis itu. Laura berjalan melepasi Dina. Bahunya bertemu bahu Dina. serta merta api kemarahan Dina meluap - luap. Dia mengekori Laura sambil memerli tapi Laura hanya memekakkan telinganya dan meneruskan langkah ke pintu belakang. Dina bertambah berang dengan sikap Laura yang tidak mengendahkannya lalu menolak Laura.

" Hoi perempuan , mak kau memang tak reti didik kau kan. sebab tu kau biadap! " pekik Dina. Serta merta langkah kaki Laura terhenti sejurus mendengar perkataan 'mak'. Dada Laura berombak menahan api kemarahan yang meluap - luap membara hanya tunggu masa yang sesuai saja untuk meletus.

" kau pekak ke? " sambung Dina. Laura tidak dapat menahan lagi amarahnya terus menerkam Dina seperti singa yang lapar.

" Kau nak apa!! jerit Laura yang mencekik kolar baju Dina. Dina yang tersandar pada dinding itu meronta - ronta kemudian dia menampar muka Laura. Laura bertambah berang serta merta tidak dapat mengawal diri maka memukul Dina dengan apa yang dia belajar dari Danny. Laila yang menyedari mereka bergaduh berlari mendapatkan pertolongan.

" Ajim!.. Miss!. cepat.. Kak Gee dengan kak Dina bergaduh" jeritnya Laila sekuat hati. Ajim dan Eddy bergegas mengekori langkah Laila. Ziqri yang baru selesai menghantar pesan pelanggan juga mengekori kerana ingin tahu apa yang berlaku. Mereka melihat Laura dan Dina bergumpal di lantai belakang luar restoran itu. Beberapa orang pengunjung yang lalu lalang di situ menyaksikan pergelutan mereka berdua.Sepantas kilat Ajim merangkul pinggang Laura dan mengangkatnya jauh dari Dina yang sudah terbaring dilantai dengan rambut kusut masai.

" Kau tak puas hati apa dengan aku! aku buat apa dekat kau!" jerit Laura yang meronta sekuat hati itu. Ajim membawa Laura ke lorong tepi restoran.

" Lepas lah! Lepas lah Ajim! jeritnya lagi tapi tidak di endahkan lelaki itu. Ajim melepaskan Laura yang masih meronta.

" Lara Laura stop it!" jerit Ajim bukan kerana marah tapi untuk menghentikan Laura yang meronta seperti di rasuk hantu itu. Laura seperti baru tersedar dari mimpi ngeri itu hanya berdiri kaku. Tanpa menyedari air matanya mengalir seperti sungai menyeberangi kedua belah pipinya yang putih bersih itu.

" Ajim minta maaf.. Dah la jangan menangis." Ajim mengangkat wajah manis Laura supaya dia dapat memandang dengan jelas. Dia menyelit rambut Laura yang mengurai itu ke telinganya. Lama dia menatap wajah Laura yang bercalar kecil mungkin terkena kuku si Dina sebelum menyapu air mata yang laju membasahi pipi gadis tersebut .Hatinya tersentuh dan terluka melihat keadaan Laura yang menangis kesedihan. Ajim mengusap lembut rambut Laura yang kelihatan tidak terurus dek kerana di tarik Dina.

" Jangan la menangis. Dina buat apa dekat Gee? cakap la. please. " dia meraih tangan Laura.

" Di..dia.. cakap ibu tak pandai didik Gee.. Gee biadap." tersekat - sekat suara Laura menahan kesedihan. Ajim meminta izin majikannya untuk menghantar Laura pulang. Dia kembali semula ke restoran bagi menyambung semula tugasnya.

" Dina, mulut kau memang tak boleh jaga ke? Mak dia dah meninggal lah. kau yang bercakap menghadap cermin tak sedar ke!." marah Ajim pada Dina dan berlalu masuk ke kitchen . Eddy dan Laila menjadi saksi yang melihat sikap pelik Laura juga Ajim itu berpandangan sesama sendiri.

Izz Haime pewaris bongsu IZZ GROUP adalah salah seorang pengunjung yang menyaksikan pergaduhan antara Laura dan Dina. Haime yang kurang pemantauan itu mengikut rakan sebayanya mengunjung taman tema itu bagi menghabiskan masa lapang.

" Hebat ahh Kakak tu tadi. Rugi tak rakam." kata salah seorang rakannya. " Hiya.. hiya.." sambil tangannya menumbuk - numbuk badan Haime.

" Sakit lah." Haime menepis tangan rakannya itu.

" relax ahh.. tu pun nak marah ke?" tanya rakanya itu seperti tidak puas hati.

" Kau usik lah dia ni. nanti dia mengadu dekat Mr.Exander padan muka." sambil ketawa. rakannya yang berempat itu ketawakan Haime.

" Dah arhh.. Aku balik." Haime berjalan meninggalkan rakan - rakannya dengan hati yang sakit. Keluar saja dari perut kereta , yang di pandu pakcik Rahmat, Haime berlari masuk mencari abg keduanya itu.

" Xander.. Xander.. " Haime menjerit memanggil Exander sambil menaiki tangga menuju ke bilik bacaan. Dia masuk ke bilik itu tanpa mengetuk pintu. Exander memandang Haime yang tercungap - cungap seperti ikan tidak cukup air. Haime duduk tanpa menghiraukan sama ada Exander mengizinkan atau tidak.

" Xander.. Haime nak berlajar karate macam Kakak tu. boleh lah. Tadi kan Haime tengok dia sepak.. lepas tu tumbuk.. musuh kakak tu terbaring kalah. Dia boleh tarik rambut je." cerita Haime dengan tangannya meniru gaya Laura tadi.

" Habis kau nak jadi macam tu la. jadi gangster pukul - pukul orang. Dah habis cerita? tanya Exander.

" Hmm.. dah habis." jawab Haime Perlahan.

" Tunggu apa lagi keluar lah." Exander menghalau adik bongsunya itu. Haime keluar dengan perasaan hampa dan masuk ke bilik tidurnya. Exander menggelengkan kepala sebelum menyambung kembali kerja.

Laura mengetuk pintu bilik sewa. Hidayah yang sedang menyediakan bahan - bahan untuk bbq sebentar lagi berlari membuka pintu. Hidayah terkejut melihat wajah sugul Laura dengan kedua matanya bengkak.

" Gee.. kenapa ni? kenapa kau nangis? siapa buat kau nangis biar aku penyek dia." pujuk Hidayah. Laura hanya menggeleng kepala melangkah masuk ke bilik tanpa sepatah kata yang keluar dari mulutnya. Dia baring diatas tilam miliknya. ' Kau yang buat salah tapi orang salah kan ibu, kau memang anak tak guna Gee.' bentaknya di dalam hati lalu memejam mata yang masih lagi mengalirkan air mata. Laura kepenatan kerana menangis tertidur dengan baju kerja masih tersarung di badan.

Tanpa Hidayah sedar sudah 2 jam berlalu bermula dari dia memotong bahan semua keperluan untuk majlis kecil yang di rancangnya. Hidayah menyusun tupperware yang di isi ayam dan daging kambing yang sudah di perap atas pangkin depan biliknya. Dia juga memasang lampu led berbentuk bulat- bulat kecil supaya kelihatan meriah. Semua sudah tersedia. Selang beberapa minit, Hidayah mendengar suara seperti beberapa orang sedang bercakap, lalu menjenguk ke bawah , dia melihat Ajim dan juga beberapa orang rakan kerja Laura memasuki halaman.

" waaa.. cantiknya rumah Kak Gee." puji Laila sambil memusingkan badannya ke kiri dan kanan.

" Dayah, ini Laila, Rose, Ziqri and Daus." Ajim perkenalkan kawan - kawannya. Hidayah berjabat tangan dengan mereka semua. Dia juga memperlawa mereka duduk dan minum. Hidayah menarik Ajim jauh sedikit dari mereka.

" Ajim.. Gee tu kenapa sebenarnya. aku tanya dia tapi tak jawab terus menonong masuk bilik. Angguk tak geleng tak. haish risau aku." Tanya Hidayah yang ingin tahu punca kawan baiknya itu menangis.

" Dia bergaduh dengan Dina kat tempat kerja tadi. Gee pukul Dina sebab tak dapat nk tahan marah bila Dina kaitkan perangai Gee dengan ibunya." jelas Ajim pada Hidayah.

" Oh.. patutlah. Kesian Gee dari kecil sampai ketua asyik menangis je. Ade bapak pun tak ambik tahu..hmm." dia mengelengkan kepala.

" Eh, semua dah siap tu tinggal nak hidup api aje. lepas tu dah boleh bakar lah ayam dengan daging kambing tu. kau tolong bakar eh. aku nak masuk panggil Gee." Hidayah menepuk lengan Ajim sebelum meninggalkannya.

Tuktuk..tuktuk.. bunyi ketukan halus di pintu. Laura yang sudah lama tersedar dari lenanya bangun membuka pintu. Hidayah memandang lembut wajah temannya itu sebelum menghadiahkan senyuman. "

" Gee.. kau okay? semua kawan - kawan kau dah sampai. Pergi mandi lepas tu join kite orang ye." lembut suara Hidayah memberi arahan. Laura mengangguk perlahan. Dia melangkah menuju ke bilik air . Sambil berjalan dia menghalakan pandangan ke luar bilik, dan matanya menangkap kehadiran satu sosok tubuh lelaki yang mampu membuat hatinya bergetar. Bibirnya mengukir senyuman.

" Kak rose.. Tadi kan Kak Gee bergaduh dengan Kak Dina. Kak Dina kena belasah terbaring dia atas lantai." Laila tergelak perlahan.

" Kau biar betul. Selama ni Gee buat tak tahu walaupun kena maki macam - macam. Tak percaya la aku." sambil menuang minuman berkarbonat yang di sediakan Hidayah.

" Betul.. Ziqri kan.. lepas tu kan Ajim peluk Kak Gee bawak lari. Kalau tak teruk lah kena ganyang Kak Dina." cerita Laila bersungguh - sungguh. Ziqri menggangguk dan mengiyakan kan cerita Laila.

" Ajim buat macam tu? iya ke kau ni." Rose menggeleng tak percaya.

" Eishh, Kak Rose ni semua tak percaya. Laila cerita benda betul la. Sebelum tu kan.. Kak Gee pegang baju Ajim lepas tu ikut je mana Ajim jalan. Miss pun tercengang tengok. Laila lagi lah tak boleh nak berkelip. Sebab tak percaya Kak Gee dengan Ajim kan musuh ketat tapi hari ni perangai masing - masing pelik." tambahnya lagi.

Laura keluar dengan memakai evening dress berwarna kuning terang dan juga t- shirt putih didalam. Manakala Hidayah membawa pinggan kertas mengekori dari belakang. Laila dan Rose yang sedang rancak bergosip perasan akan kehadiran Laura.

" Hi Kak Gee.." sapa lembut Laila.

" Hi guys. Sorry tertido tadi." Sambil tersenyum. Laura mengalihkan pandangan pada Ajim yang sibuk mambakar ayam itu. Laila dan Rose memandang Laura lalu tersenyum - senyum sesama sendiri.

" Kak Gee.. tak ade apa - apa berita nak di kongsi ke ?." tanya Laila dengan harapan Laura akan nyatakan status hubungannya dengan Ajim.

" Tak ada.. Dayah yang ada surprise bukan Kak Gee." dengan selamba saja Laura menjawab sambil makan snek yang disediakan mereka.

" Oh.. Laila nak ayam Kak Gee.. tolong ambik kan , please.." Laila seakan merayu. Laura yang tidak syak apa - apa menurut saja kehendak Laila. Laila membisik pada Rose supaya memerhati Laura dan Ajim.

Laura mendekati dan berdiri di sebelah Ajim. Lama dia nantikan Ajim membalas pandangannya. Tapi Ajim hanya buat tak tahu saja.

" Nak ayam." lembut suara Laura meminta.

"Ambik la." pendek jawab Ajim.

" Nak ayam." mintanya lagi. Ajim memandang

Laura dengan ekor mata kemudian menghalakan kembali pandangannya pada ayam yang di bakar.

" Nak ayam." Laura merapatkan dirinya pada Ajim. Ajim memandang kawan - kawan yang lain.

" Kann dah cakap ambik." perlahan suaranya.

"Ambik kan lah.. Pandang sini la, yang pandang sana kenape? takut yang lain perasan Ajim baik dengan Gee. it's okay." Laura mengangguk perlahan lalu berpusing ke belakang, berdiri di tepi birai tembok rooftop itu menikmati langit malam yang di penuhi kerdipan bintang.

" Lamanya Kak Gee ambik ayam?." tanya Laila yang pura - pura tidak tahu tentang mereka berdua.

" Minta la sendiri." laung Laura tanpa menoleh. Laila bangun mendekati Ajim.

" Ajim.. Laila nak ayam." melompat sambil memeluk tangan lelaki itu. Laura melihat Ajim dengan jelingan tajam sambil mengetap bibirnya. Laila sengaja melakukan begitu kerana mahu melihat reaksi mereka berdua.

"Eh, Laila jangan la.. lepas la." dia cuba leraikan cengkaman Laila.

" Biar lah .. Ajim kan single lagi apa masalahnya. Ajim tolong la isikan." Laila sengaja menguatkan suaranya. Hidayah dan yang lain terus memandang ke arah mereka. Rose yang sudah dimaklumkan Laila akan niatnya mahu mengusik mereka berdua itu tersengih - sengih.

" hmmm.. Panas la malam ni.." suara Laura yang sedikit kuat tapi jelas di dengar semua yang ada disitu. Hidayah segera menghantar cawan berisi air pada Laura. Dia yang perasan semua mata memandang ke arahnya, mengosok - gosok leher yang kononnya dahaga itu.

" Ahhh... Minta maaf .. kuat ke? tanya Laura yang dilanda perasaan malu itu.

" sambung makan.. sila.. sila.. buat macam tanah sendiri" sambung Laura.

Hidayah berjalan di hadapan Ajim dan Laila." warning sign.. Typhoon is coming." Hidayah bercakap dengan senyuman yang dibuat - buat dan mengetap giginya. Ajim dengan segera mengambil ayam lalu meletakan di atas pinggan dan menolak lembut Laila ke arah pangkin. Hidayah masuk ke dapur mengambil sebiji kek.

" Okay.. sebenarnya i buat majlis ni.. cewahhh practice make perfect orang kata. Sebab aku di terima bekerja di IZZ GROUP", segera meletakan kek tersebut di pangkin. mereka semua menepuk tangan dan mengucapkan taniah..

" Gee.. jawatan kosong yang kita tengok tu ke? Rose berpaling pada Laura.

" ha,ah yang kita tengok dekat phone kau tu la." jawab Laura lalu berpaling ke belakang semula. Ajim melihat Hidayah yang sibuk bercerita dan melayan kawan - kawannya.

Dia mendekati Laura yang selangkah saja jarak darinya. Tangan dia mencapai jari jemari Laura dan menarik ke arahnya. Laura hanya menurut, melangkah perlahan ke sisi Ajim. Tangan Ajim erat mengenggam jari jemari Laura.

" Why don't you stay by my side?". soal Ajim pada Laura. Laura hanya senyum memandang lembut wajah Ajim yang sibuk membalik - balik ayam atas pembakar itu. Laura cemas melihat Daus , Ziqri dan Laila menuju ke arah mereka. Dia terkial - kial cuba melepaskan tangannya dari genggaman Ajim tetapi gagal kerana lelaki itu mengenggam dengan erat.

" Ajim.. nanti orang nampak." Dia menampar lembut tangan Ajim tetapi dia lagi mengeratkan genggamannya.

" Kami nak ambik ayam je. Kami tak nampak apa- apa." Ziqri dan Daus menghulurkan pinggan masing - masing dengan mata terpejam. Mereka membuka mata apabila sudah membelakangkan Laura dan Ajim . Laura merasa bahang panas di mukanya kerana perasaan malu itu.

" haaa... Masing - masing ego tinggi melangit, patut lah pelik semacam perangai masing - masing rupanya hehem.. hehem.." usik Laila yang mengambil beberapa keping daging.

" kenapa diam? penat? kalau penat, pergi la duduk." Ajim melepaskan tangan Laura. Tapi dia tidak berganjak walaupun setapak malah Laura menggenggam jari terlunjuk Ajim. ' Haishh... tak boleh focus aku kalau ada budak ni.' hati kecilnya berkata.

"Gee .. Lapar kan." teka Ajim. Laura memandang ke arahnya serta mengangguk seperti burung belatuk. Ajim menghulurkan pinggan berisi ayam dan daging bakar pada Laura.

" tak nak makan seorang." sambil menggoyang kan tangan lelaki itu.

" Daus tolong tengok kan ni, aku nak makan." dia menarik tangan Laura ke sofa favorite gadis itu. Laura yang malu melarikan pandangan ke tempat lain. Kalau boleh dia tidak mahu bertemu lagi dengan mereka semua. Laila dan Rose berbisik sambil tersenyum. Hidayah menggelengkan kepala melihat gelagat si Laila juga Rose.

Laila dan Hidayah mengambil beberapa keping gambar untuk di jadikan kenangan.

" Kak Gee senyum.." dia menghalakan kamera telefon pintar miliknya ke arah Laura dan Ajim. Mereka berdua senyum memandang ke arah Laila. Setelah beberapa jam mereka bersantai sudah tiba masa untuk pulang. Mereka mengemas ,mengutip cawan dan juga pinggan kertas yang telah digunakan ke dalam plastik sampah. Apabila semua sudah rapi seperti biasa . Hidayah mengucapkan terima kasih kepada mereka semua kerana sudi hadir.

" Ajim jom lah balik sekali dengan kami semua." Laung Ziqri yang menunggu giliran untuk turun tangga.

" Kau balik lah dulu. Aku nak balik jugak ni." jawab Ajim. Dia mencapai kunci motor dan jaket yang ditinggalkan di atas pangkin, segera berjalan ke tangga. Laura mencapai baju Ajim. Gadis itu memandang lama wajah Ajim.

" kenapa Ajim tiba - tiba layan Gee baik - baik? tak macam sebelum ni? Ke sebab Ajim kesiankan Gee sebab dah tak ada ibu?" soalnya bertalu - talu pada Ajim.

" I'm sorry for hurting u. i don't know why but you make my heart flutter. Everytime when i see u.." jelas Ajim yang mengusap rambutnya.

Laura masuk bilik sebaik saja Ajim pulang. Hidayah yang baring di atas katil bersedia untuk tidur memanggil Laura duduk di katilnya

" kau betul - betul serius ke dengan si Ajim tu? berkerut dahinya menanti jawapan dari Laura.

" Aku pun tak pasti lah Dayah. Tapi aku akan rasa gelisah kalau tak dapat jumpa dia. Aku rasa nak melekat dengan dia je 24 jam. Aku tak tahu kenapa perasaan aku macam ni. Dengan Mikail aku tak pernah rasa macam tu. perangai aku macam budak tadika kan Dayah.." Laura menyatakan apa yang terbuku dalam hatinya.

" habis tu Mikail macam mana? kalau dia tahu kau nak buat apa? soal Hidayah lagi.

" Aku sayangkan dia Dayah. 3 tahun aku bercinta dengan dia tapi kau tengok lah sekarang perangainya berubah. Bukan nak tanya khabar berita dari aku yang dia tahu cuma duit.. duit.. duit aje." dia meluahkan segala - galanya pada sahabat baiknya itu.

" Aku bukan nak campur tangan urusan kau Gee tapi ada baiknya kau berterus terang dengan si Mikail yang kau sudah tidak ada hati pada dia. Apa yang kau rasa terbaik untuk diri kau, aku sentiasa sokong." Hidayah memeluk Laura. Ting.. bunyi notification akaun instagramnya. Laura membuka laman instagram di telefon pintarnya. Laila memasukan gambar - gambar yang di ambilnya dan mengeteg nama Laura pada gambar dia berdua dengan Ajim berserta tajuk ' LOVE BIRD' . Laura menggelengkan kepalanya beserta senyuman.

" Kau tengok budak ni Dayah. Nak kena penyek dengan aku ni." sambil menunjukkan gambarnya itu pada Hidayah. Mereka berdua ketawa. Selepas puas ketawa Laura masuk ke bilik untuk tidur.

Próximo capítulo