webnovel

Chapter 7

Ajim yang sedang baring di katil itu ligat memikirkan tentang Laura. ' Lara Laura.. tapi kenapa nama timangannya Gee?.' Dia menukar posisi mengiring pula. ' comel jugak dia kalau merajuk.' Ajim berbisik dalam hati. Bibirnya mengukir senyuman. Dia bangun mencapai telefon pintarnya, membuka contact list dan call Laura tapi tidak berjawab. Ajim mencapai kunci motorsikal lalu keluar menuju ke rumah Aunty Marion.

Laura gelisah kerana bosan . Dia pusing ke kanan. Dia pusing ke kiri. "Arghhhh!! " jeritnya dengan muka masam dan mulut muncungnya. tidak lama kemudian, Laura bangun berjalan menuju birai rooftop tempatnya berdiri untuk melihat ke bawah. Dia melihat Aunty Marion sedang duduk di meja bulat yang terletak tengah - tengah laman rumahnya sambil membelek pokok bunga. Laura berjalan perlahan dan berhati - hati dengan memegang dinding menuju ke bawah. Setelah sampai dibawah, langkah kecilnya terhenti. ' macam mana aku nak jalan ni dinding tak ade. dinding kiri penuh dengan pokok bunga. tongkat tak bawak. telefon dalam bilik.' Dia mengetuk lembut kepalanya beberapa kali kerana cuai. Ajim yang baru sampai itu menuju ke arah Laura.

" Gee.. kenapa ni? ' sapa Ajim sambil berjalan menuju padanya. Laura berpaling dan melepaskan rasa lega selepas melihat Ajim.

" Ajim..tolong.. aku bosan duduk aje kat atas. aku turun bawah sebab nak berbual dengan Aunty tu." sambil menunding jari ke arah meja bulat di laman itu . "tapi lupa bawa tongkat, sampai bawah baru ingat." manja suaranya. Ajim menghulurkan tangan pada Laura. " Dah tahu kaki sakit kan. sabar lah sikit. " nasihat Ajim sambil berjalan memimpin Laura ke meja tersebut.

" Hello , Aunty." tegur Laura yang terhincut - hincut menghampiri meja.

" Aiyaa. apa sudah jadi pada kaki u? " tanya Aunty Marion. Laura senyum dan duduk di kerusi sebelah kanan meja itu.

" I terseliuh aje Aunty." balas Laura lembut. dia menyambung lagi. " Ajim, ni Aunty Marion tuan rumah ni, Aunty ni kawan 1 tempat kerja dengan i." Ajim dan Aunty Marion saling membalas senyuman.

" Aunty, tinggal seorang aje ke? i tak pernah nampak orang lain pun." sambil melihat pokok - pokok yang ditanam wanita itu.

" yaa. i tinggal seorang saja, anak - anak i semua sudah ada family sendiri. mereka ada ajak tinggal bersama tapi i tak mau la. rumah tinggi - tinggi. tinggal sini i ada kawan- kawan." di ekori ketawa kecil sambil memangkas ranting pokok bunga yang di beleknya sedari tadi. Aunty Marion bangun untuk meletak kembali pasu bunga yang diangkat ke atas meja. Cepat - cepat Ajim mengambil dan tolong letakkan di tempat asal. Laura senyum melihat sisi kebaikan yang ada pada Ajim. ' 'Dalam kasar ada juga sikap lembut pada lelaki ni.' bisik hati kecilnya.

" Aunty pokok bunga ni nak disiram ke?" tanya Ajim.

" Kalau u rajin la. I nak masuk sudah .kerana hari mau senja." berjalan menuju ke pintu rumah.

" tak apa i boleh tolong siramkan.. sekejap aja ni. " Ajim memusing - musingkan kepala mencari pili air. Laura hanya memerhati Ajim menyiram pokok - pokok dilaman. Sesekali Ajim memandang Laura yang asyik melihat dirinya. Dia tersenyum nakal kerana berniat untuk menyakat Laura dengan memercikkan air ke arah si gadis itu.

" Ajimm! .. iishhh.. " dia membulatkan mata tepat arah lelaki tinggi lampai itu.

" hmmm.. tak takut pun." sambil mengeleng kepala dan menyambung menyiram. Habis menyiram, mereka berdua naik keatas. Ajim memimpin Laura sampai ke sofa di hadapan bilik. Mereka berdua duduk di situ.

" Gee.. ada air tak? dahaga la." tanya Ajim yang mengurut leher.

" Dalam peti sejuk.." ringkas jawab Laura. Ajim masuk ke bilik lalu menuju ke dapur. apabila membuka peti sejuk alangkah terkejutnya dia kerana hanya ada beberapa botol air mineral saja. Tempat sejuk beku juga kosong. Dia mengambil 2 botol Air mineral lalu berpaling ke belakang dan membuka kabinet atas juga bawah semua kosong. hatinya berbisik, 'semua kosong habis kau makan apa Gee hari ni? tak kan minum air je. haish.. budak ni'. Ajim keluar dari dapur mengorak langkah ke luar.

" Gee!.." Ajim menghentak botol air yang di pegang ke atas meja.

" kenapa tiba aje marah ni?" tanya Laura yang binggung. Ajim yang membisu hanya memandang tepat ke arah mukanya. Laura menelan air liur kerana air muka Ajim yang tiba - tiba berubah.

" Cakap lah .. Aku ada buat salah ke? Ajim.." pelahan nada suara Laura seakan memujuk.

" Yee.. kau memang ade buat salah. Salah kau sebab tak makan hari ni. Aku tengok peti ais kau kosong. Semua kabinet dapur kau jugak kosong. Kenape kau tak call aku, cakap kau lapar?." dengan nada yang sedikit keras. Laura menunduk bisu beberapa saat sebelum memandang kembali muka Ajim yang tengang itu. Belum sempat Laura buka mulut untuk memberitahu hal sebenar, Ajim bingkas bangun lalu berjalan ke tangga.

" Ajim..Ajim.." Laura memanggil tapi tidak di endahkannya. Laura mengeluh, 'Aku dah makan roti dan bubur nasi kosong la Ajim.' perlahan saja suaranya. Hidayah berjalan seorang diri menuju ke bus stop. Lemah langkahnya kerana tidak berjaya mendapatkan 1 kerja pun. Gaji terakhir yang di terima sebelum dibuang kerja tempoh hari sudah semakin surut. 2 minggu lagi perlu membayar sewa bilik. kesemua barang makan sama ada basah atau kering sudah habis ini kan pula beras. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Fikirannya kusut memikirkan masalah yang dia hadapi. sebelum sampai bus stop, Hidayah menyinggah kedai untuk membeli roti berperisa coklat favorite Laura dan sebungkus besar maggi berperisa kari. Selesai membeli dia menunggu bas untuk pulang ke rumah.

Laura terkial - kial cuba bangun untuk masuk ke bilik. Ajim yang baru menjejakkan kaki di kemuncak tangga menjerit namanya. Laura terduduk semula kerana terkejut. Dia mengurut dada sambil memejamkan mata.

" Kau makan semua ni." Ajim meletakkan semua bungkusan plastik yang di jinjingnya. Pantas dia masuk mengambil sudu juga pinggan dan segera kembali kepada Laura. Ajim membuka semua bungkusan. Bulat mata Laura memandang kesemua makanan yang di bawa Ajim.

" Kau nak buat kenduri ke? tanya Laura sambil memandang Ajim yang sibuk mencedok nasi juga semua jenis lauk ke atas pinggan lalu dihulur pada Laura.

" Nah, ambil ni.. Makan. Makan sekarang." tegas suaranya. Tanpa membantah Laura menurut arahan Ajim. Setelah menyuap beberapa sudu nasi ke mulut, Laura perasan Ajim tenung ke arahnya. Dia mula merasa tidak selesa.

" Ajim.. meh duduk sini." menepuk lembut sofa ditepinya. Ajim menggeleng pada mulanya. Laura mengesot ke depan sedikit agar tangannya sampai untuk mencapai jari jemari Ajim lalu menarik tangan lelaki tu ke sisi kanannya. Ajim duduk tegak menghadap ke hadapan tanpa menoleh pada Laura berada di sisi kirinya. Laura hanya membiarkan saja Ajim begitu. ' nak tengok berapa lama boleh tahan' ,bisiknya kepada diri sendiri. Dia menyambung makan semula , sesekali dia melihat Ajim dengan ekor matanya. Akhirnya Laura mengalah segera memujuk Ajim yang sudah seperti tugu negara itu.

" Ajim.. Ajim.." panggil Laura lembut tapi tiada respon. Lalu dia memicit kedua pipi Ajim dengan jari jemari tangan kirinya sehingga mulut Ajim muncung bagaikan paruh burung.

" Pandang sini !." tegasnya. " Gee dah makan hari ni la.. breakfast roti coklat and lunch makan bubur nasi yang Dayah masak sebelum dia keluar. Yang Ajim nak marah sangat ni kenapa huh?" Laura mengeratkan cengkaman.

" ishh..geram aku." dia segera melepaskan cengkamannya.

" Orang risaukan dia." perlahan suara Ajim kedengaran.

" Nah.. ahhh.. cepat la.. bukak mulut tu." Arah Laura dengan tegas. Ajim akur dengan arahan yang di beri. Hidayah melihat motorsikal berkuasa tinggi milik Ajim di pakir berhampiran pagar tepi rumah itu. ' hmmm, kemain kau ye Gee.." sambil tersenyum dan pantas memanjat tangga menuju ke rooftop rumah itu.

" Wow.. merpati dua sejoli sedang hangat menikmati malam suram yang di temani cahaya lampu kalimantang." jelas sekali suara Hidayah kedengaran walaupun dia baru saja melangkah anak tangga yang terakhir. Dia berlari menuju ke arah Laura dan Ajim.

" waaa.. ade nasi , ada sup, ada telur dadar, ada paprik ayam.. Kemain kau ye Gee.. tak reti nak tunggu aku balik dulu." katanya sambil masuk ke dapur untuk mengambil pinggan. Tiba - tiba telefon Laura berdering. Laura meminta tolong Hidayah bawakan padanya. Laura melepaskan keluhan berat setelah melihat nombor panggilan masuk itu. Dia meletakan pinggan yang dipegang ke atas riba dan menjawab panggilan tersebut.

" Hello," jawabnya ringkas

" U ada dekat mana? i cari kat rumah senyap tak berjawab." Keras nada suara Mikail, tidak seperti biasa.

" I tak ada kat rumah, i kerja la." bohong Laura.

" We need to talk, i datang tempat kerja u." balas Mikail yang kelihat seperti terdesak ingin bertemunya.

" Eh, tak boleh.. i tak boleh tinggal kaunter sebab ade bos dari HQ." bohongnya lagi. Tanpa sepatah kata Mikail terus memutuskan panggilan.

" Nak duit lah tu.. kite makan pun tidak sebab duit tak ade, Eh dia senang - senang aje mintak-mintak. Kau jangan nak bagi yee Gee.. keraskan sikit hati kau tu. kalau aku tahu.. siap kau." bebel Hidayah sambil mencedok nasi juga lauk.

" Iyee.. aku tak bagi dah.. " Laura memandang Ajim dengan senyuman manis. Dia menyambung menyuap Ajim. Ajim menggeleng kerana malu pada Hidayah. Tetapi tetap di paksa.

" Bukak mulut cepat." sambil menjegil biji matanya. Hidayah tergelak- gelak melihat Ajim yang tersipu malu.

" Baik kau nganga Ajim sebelum Thypoon melanda." seloroh Hidayah. Akhirnya dia ketepikan perasaan malunya lalu memakan nasi yang dihulur Laura.

Próximo capítulo