webnovel

Back To Febuary

Tia yang kehilangan seseorang secara tiba-tiba. Tanpa kata tanpa ucap. Membuatkan Tia tertanya-tanya. Kemana dia pergi? Beberapa tahun berlalu. Akhirnya dia muncul kembali dengan perwatakan yang agak berbeza. Tia mula berasa hairan dengan sikapnya. Dia berusaha untuk mendekatinya semula. Tapi sikap barunya yang pura-pura bersahaja membuatkan Tia tiada harapan. Seolah-olah perkara yang lepas tak pernah berlaku antara mereka. Mereka yang berubah sikap dengan sebab yang tertentu. semuanya berlaku hanya di bulan febuari. Bolehkah kita kembali ke febuari yang lalu?

scvrlet · 若者
レビュー数が足りません
60 Chs

Bab 40

Zafril menarik kerusi meja makan lalu melabuhkan punggungnya ke kerusi tersebut. Roti yang tersedia di atas meja di ambilnya sekeping. Mentega kacang dan coklat di sapu pada roti sebelum dilipat dua roti tersebut.

"Ni airnya." Kata Bik Mina pembantu rumah tersebut. Semenjak ayah Zafril sakit. Zafril mencari seseorang untuk menjaga makan dan minum ayahnya, memandangkan sekarang dia lagi sibuk dengan kerja sambilan dan mengambil keputusan untuk menangguhkan semula bekerja di syarikat ayahnya. Kemungkinan dia akan menyambung pelajarannya dahulu sebelum melangkah ke alam pekerjaan yang akan menjadi sepenuh tanggungannya.

"Kamu awal-awal bersiap mahu ke mana?" Kata Bik Mina.

"Saye nak ke sekolah sekejap. Nak ambil result peperiksaan." Jawab Zafril lalu menghabiskan kunyahan terakhir sebelum menghirup air milo yang di sediakan.

Walaupun sudah hampir ke tengah hari tapi Zafril lebih suka makan makanan yang bertepung berbanding dengan yang lain.

Zafril laju berlari ke pintu hadapan mencari kasut yang sesuai untuk di pakai.

"Jangan laju-laju terus. Santai-santai aja. Nanti sampai juga loh ke sekolah." Pesan Bik Mina.

"Dah lambat sangat ni Bik. Pukol 3 nanti saye nak masuk keje da. Tolong tengokkan ayah ye Bik. Assalamualaikum..." Zafril melambai.

"Oh iya walaikumsalam... Hati-hati ya..."

Zafril memasuki ke ruangan kereta miliknya. Ayahnya pernah menghadiahkan kereta selepas tamatnya sekolah. Tapi dia masih tidak boleh memandunya pada ketika itu, memandangkan lesen kereta belum lagi diambil.

Gear bertukar ke R. Kereta bergerak perlahan melepasi luar pagar rumahnya. Gear mula bertukar pada D. Laju keretanya bergerak dan mula perlahan bila lalu di hadapan rumah Tia.

Sempat Zafril melihat tingkap di tingkat atas. Tingkap di mana bilik Tia berada. Semenjak apa yang berlaku antara Zafril dan Tia. Zafril sudah lama tidak melihat kedua orang tua Tia. Sihat ke tak? Ayah pun dah lama juga tak melawat diorang semenjak dia sakit lagi. Zafril menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Dah kenape pulak aku pikir pasal die?" Zafril terus menekan laju keretanya memecut terus ke sekolah.

***

Amirul masih setia melihat Tia yang mula berjinak-jinak dengan tudung. Perubahan pertama yang Tia berjaya buat sekarang. Sesudah itu, Tia berdiri lalu menarik nafas dan hembusnya perlahan.

"Asal kau pandang aku macam tu? Tak ok ke?" Tanya Tia.

"Eh tak! Cantik-cantik. Tapi betol ke kau tak nak aku teman?" Tanya Amirul. Memandangkan dia masih risau tentang sahabatnya itu. Dia telah berjanji pada dirinya yang dia tidak akan jatuh cinta lagi pada Tia. Cuma sahabat.

"Tak pe. Kali ni aku nak hadap realiti sendiri." Kata Tia sambil senyum. Amirul hanya mengangguk tanda faham.

"Aku pergi dulu... bye Mak Ngah." Tia terus berangkat ke sekolah dengan motosikalnya. Tangan Amirul di biarkan lambai.

"Doa yang baik-baik jela Mirul. Moga hatinya kuat." Nasihat Mak Ngah.

"Baiklah Mak Ngah."

Tia memarking motornya di luar sekolah. Memandangkan dia tiada lesen motor, jadi dia terpaksa membiarkan motornya di luar pagar sekolah sahaja.

"Bye-bye Violet. Jage diri kat luo. Jangan usha motor lain. Aku lempangkan." Pesan Tia pada motornya. Sebelum masuk dia sempat membetulkan tudungnya semula.

"Ok! Here I come." Tia melangkah melepasi pagar sekolah. Dalam fikirannya, dia sudah memikirkan ke mana arah lepas ini yang dia ingin tuju. Matanya mula melilau sekelilingnya. Apa yang dia perlu buat hanya senyum sahaja. Dari jauh Tasya hanya memerhatikan seorang gadis yang cukup dia kenal. Dia berlari ke arah gadis tersebut.

"Tia?!" Jerit Tasya. Tasya juga terkejut dengan perubahan Tia sekarang. Terlalu lama mereka tidak bersemuka. Sepanjang habis sekolah ni, Tasya hanya meluangkan masa dengan keluarganya. Memandangkan ayahnya terpaksa kerja di Terengganu, maka Tasya terpaksa ikut ayahnya ke sana.

"Rindunyeeeee!" Mereka saling berpelukkan.

"Cantik lah awak pakai tudung." Puji Tasya.

"Eh kejap!" Tasya melepaskan pelukan tersebut.

"Kenape?" Tia mula pelik.

"Tia, awak ok kan?" Tanya Tasya.