39 Bab 39

Keputusan SPM sudah pun keluar hari ini. Tapi Tia masih lagi tidak bersedia untuk mengambilnya. Selepas apa yang terjadi, Tia ambil keputusan untuk berdiam diri. Apa yang terjadi buatkan dia betul-betul tidak kenal siapa dirinya.

"Kosong..." Satu perkataan yang di sebutkan Tia setiap hari. Dia hanya berkurung dalam bilik tanpa berbuat apa-apa.

Tok! Tok! Tok!

Ketukan pintu hanya di biarkan. Mak Ngah membuka pintu sambil membawa dulang di isi dengan makanan tengah hari.

"Tia... makan jom. Ni Mak Ngah ade bawakan soto, sedap tau." Tia hanya biarkan Mak Ngah bercakap seorang diri. Setiap hari, dia akan berdiri mengadap luar tingkap biliknya.

Mak Ngah menghela nafas perlahan. Makanan sarapan pagi tadi langsung tidak di usik Tia. Mak Ngah mengangkat dulang tersebut lalu di letaknya pula dengan makanan yang baru.

Mak Ngah tidak tahu lagi macam mana hendak memujuk Tia. Apa yang Mak Ngah katakan, Tia sikit pun tidak mendengarnya. Hanya membisu.

"Assalamualaikum..." Seseorang memberi salam dari luar rumah. Laju Mak Ngah menuruni tangga untuk membuka pintu.

"Walaikumsalam. Hah Mirul... Nasib kau datang." Kata Mak Ngah sedikit lega.

"Kenapa Mak Ngah?" Amirul sudah terbiasa memanggil dengan panggilan Mak Ngah sejak pertama kali dia berjumpa hari itu.

"Cubalah bercakap dengan Tia, Mak Ngah ni puas da bercakap dengan die. Tapi... tahulah kan Tia... Diam jek..."

"Oh... Ni makanan die ke? Sini saye bawakan."

"Eh bukan-bukan. Ni pagi tadi punye. Tengok la sikit pon die tak usik. Risaulah Mak Ngah... tapi Mak Ngah da letak yang baru... ade atas meja die. Mirul pujok die makan eh?" Beritahu Mak Ngah sambil menepuk-nepuk bahu Amirul.

"Baiklah... Saye cube." Perlahan Amirul menaiki tangga menuju ke tingkat 2. Amirul menghela nafas perlahan.

"Assalamualaikum..." Amirul membuka pintu perlahan.

"Zafril?" Laju Tia memusing badannya ke belakang. Tapi hatinya semakin rapuh bila suara tersebut milik Amirul. Tia kembali mengadap luar tingkap semula.

"Kau ok beb?" Tanya Amirul. Tapi macam biasa, Tia hanya biarkan soalan tersebut tidak di jawabnya.

"Kau tak nak ambil result kau ke?" Tanya Amirul sekali lagi. Tia masih lagi tidak jawab.

Mengeluh. Amirul menghampiri Tia.

"Tia..." Kali ini Amirul menarik lengan Tia. Badannya laju bergerak mengadap Amirul. Kedua belah tangan Amirul di letakkan di bahu Tia.

"Dengar..." Tia mula menundukkan kepalanya.

"Dengar aku nak cakap ape!" Kali ini Amirul sedikit tegas. Tia mendongak semula kepalanya memandang Amirul.

"Kau pergi sekolah sekarang... Mane tahu tuhan temukan kau balik dengan die." Kata Amirul. Apa yang Amirul katakan sedikit terkesan pada Tia.

"Aku kalau boleh tak nak... tak nak kau ingat die langsung... langsung... die da sakitkan hati kawan aku... tapi pikir balik... siapelah aku ni nak halang kau kan? aku tak kisah kau nak pikir pasal die. Tapi tolonglah jage diri kau... pikir kesihatan kau..." Mata Tia mula berkaca.

"Kau tak bercakap... kau tak makan... dalam otak kau cume Zafril! Zafril! Zafril! Tolonglah pikir diri kau sikit. Mase depan kau... dekat mane kau nak belajar lepas ni? Kau nak bekerje ape lepas ni? pikirlah... Mak Ngah kau 24 jam risau pasal kau... kau sikit pon tak pikir pasal Mak Ngah kau..." Amirul menurunkan semula tangannya dari bahu Tia.

Tia menyeka air matanya.

"Ak... aku minta ma... af..." Kata Tia dengan sebaknya.

"Ak... aku."

"Dah dah dah..." Bahu Tia, Amirul usap perlahan."

Mak Ngah yang berada di balik pintu, turut sebak dengan apa yang Amirul katakan. Tia hanya menangis, menangis dan menangis untuk melepaskan segala peritnya hati. Selama ini, pendam adalah satu-satunya cara untuk dia selesaikan masalah. Tapi tidak hari ini, bila Amirul berjaya pecahkan peti kesedihan yang selama ini Tia simpan dengan rapi.

"Nangis la Tia... nangislah puas-puas..."

avataravatar
Next chapter