webnovel

Back To Febuary

Tia yang kehilangan seseorang secara tiba-tiba. Tanpa kata tanpa ucap. Membuatkan Tia tertanya-tanya. Kemana dia pergi? Beberapa tahun berlalu. Akhirnya dia muncul kembali dengan perwatakan yang agak berbeza. Tia mula berasa hairan dengan sikapnya. Dia berusaha untuk mendekatinya semula. Tapi sikap barunya yang pura-pura bersahaja membuatkan Tia tiada harapan. Seolah-olah perkara yang lepas tak pernah berlaku antara mereka. Mereka yang berubah sikap dengan sebab yang tertentu. semuanya berlaku hanya di bulan febuari. Bolehkah kita kembali ke febuari yang lalu?

scvrlet · Teen
Not enough ratings
60 Chs

Bab 41

Tiap kali aku duduk seorang diri, tiap kali aku melihat awan. Mesti nama kau yang aku ingat, berkali-kali aku fikir kesilapan aku dan berkali-kali jugalah aku cuba lupakan.

Tapi, kesilapan aku nilah yang buatkan kau derita. Masihkah aku diberi kesempatan untuk kembali? Apa masih ada ruangkah aku di hati kau?

"Hey Zafril!" Tegur seseorang dari belakang.

"Fahmi!" Mereka saling bersalaman.

"Lama gile tak jumpe eh. Sihat kau?"

"Alhamdulillah, macam ni lah Fahmi. Kau cam mane? Ok?"

"Aku ok. Kau tu, tengah layan hatikan sekarang?" Perli Fahmi.

"Layan hati?" Zafril tidak faham dengan ayat Fahmi. Fahmi hanya mengangkat keningnya berkali-kali.

"Alarh kau ni, biaselah tu. Ade jodoh tak kemane. Kan?" Fahmi memeluk bahu Zafril sambil berjalan memasuki ruang sekolah.

"Kau cakap pasal Tia ke?" Zafril mengagak.

"Da tu siape lagi yang kau pernah bertunang kan?"

"Aku redha." Jawab Zafril perlahan.

"Mane tahu jodoh die dengan aku, kan?" Fahmi mencuba nasib. Zafril hanya senyum tanpa kata.

Mereka berkumpul di dalam sebuah dewan mendengar taklimat sebelum keputusan pelajar cemerlang di umumkan. Tia hanya termenung, sepatah perkataan pun tidak kemasuki ke dalam otaknya, malah keluar semula dari telinga kiri.

"Ape maksud kau ok?" Tia menanyakkan semula soalan yang diberi Tasya sebentar tadi.

"Mak dengan ayah kau da meninggalkan? Lagi pula aku dengar kau baru pu..."

"Aku redha." Jawab Tia dengan kepala hanya memandang kakinya. Belum sempat Tasya menghabiskan ayat. Tapi Tia lebih pantas menjawabnya.

Tasya hanya mengusap bahu sahabatnya.

"Eh jom lah masok, berdrama kat sini buat apekan?" Kata Tia, cuba untuk sembunyikan kesedihannya. Laju tangan Tasya di tariknya.

"Keputusan pelajar cemerlang kini berada di tangan saya." Kata pengetua sambil mengangkat sampul yang berisi kertas keputusan SPM pelajar.

"Saya akan umumkan pelajar pertama yang berjaya merangkup 12 A1. Yang kita sudah tahu kemahirannya dalam pelajaran kesukanan dan aktiviti dia yang lain..."

'Aku redha Ya Allah.'

"Tak lain tak bukan..."

'Aku redha...'

"Siape lagi....."

'Jika benar dia jodoh ku, kau temukanlah kami semula...'

"Muhammad Iman zafril Bin Iman Zikri!" Semua orang mula berdiri sambil menepuk tangan. Dan Tia mula tidak sedarkan diri.

"Tia!" Jerit Tasya bila Tia tiba-tiba rebah. Saat Zafril mengambil keputusan tersebut. Segelintir pelajar mula beralih ke arah Tia.

Cikgu yang berada di situ mula panik lalu memanggil pengetua. Zafril hanya kebingungan bila suasana menjadi huru hara. Fahmi melambai-lambai tangan pada Zafril.

"Tia pengsan."Jerit Fahmi perlahan. Zafril terkejut.

Tia di bawa ke bilik kesihatan sementara itu penyampaian keputusan masih lagi berjalan seperti biasa.

'Ape salah aku Zafril?' Tanya Tia bila Zafril berada di hadapannya.

'Kau tahu tak seksanya aku, seksanye hati aku nak pendam bende ni semue.'

'Maafkan aku Tia... Maaf...'

'Cume tu je ke yang kau boleh ucapkan.'

Dan bayangan Zafril mula hilang sikit demi sedikit.

'Aku...' Perkataan terakhir yang Zafril ucap sebelum dia pergi.

"Zafril!" Jerit Tia, lantas terus menyedarkan diri.

Zafril yang berada di penjuru katil bilik kesihatan turut terkejut. Dia mula menghampiri Tia.

"Awak ok?" Tanya Zafril. Tia hanya bisukan diri. Kepalanya hanya menunduk.

"Tadi awak pengsan. Tu yang awak ade kat bilik kesihatan." Beritahu Zafril lagi tanpa perlu menunggu soalan dari Tia. Hampir 5 minit suasana dalam bilik tersebut sunyi.

"Kau buat ape kat sini?" Kini giliran Tia pula yang bertanya. Zafril hanya diam menundukkan kepale.

Maaf bagi mereka yang lama menunggu. Aku terlupa password. Tu yang tergendale sekejap. Maafkan saye. Jangan lupe vote ye. TQ!

scvrletcreators' thoughts