webnovel

Perdagangan Tukul

Editor: EndlessFantasy Translation

"Perdagangan Tukul"? Shi Feng menginginkan kepastian sekali lagi.

"Betul. Dia juga telah meletakkan thread pada salah satu forum yang mengkritik si penempa zalim yang telah membuat Perisai Garison. Kini, thread tersebut telah mendapat lebih tujuh juta klik. Disebabkan ini, lelaki itu telah menjadi terkenal di Bandar Sungai Putih. Saya dengan ramai Kesatuan telah menghantar dahan zaitun kepadanya, dan cuba merekrutnya dengan harga yang tinggi." Air muka pemain logistik tersebut penuh dengan iri hati sambil berkata. Dia tidak dapat menahan keinginannya untuk menjadi Perdagangan Tukul. Jika begitu, dia boleh mengalami kehidupan yang penuh dengan wanita dan kekayaan.

Shi Feng hanya tersenyum kepadanya sambil dia berpusing untuk berjalan ke arah sebuah kerusi kosong. Dia duduk dan menaikkan forum rasmi permainan.

Dia ingin melihat Perniagaan Tukul ini yang telah hampir merompak perniagaannya dengan teliti.

Dalam hayat lampau Shi Feng, Perdagangan Tukul tidak mendedahkan dirinya secepat ini. Sebelum Bayang-Bayang memantaunya, dia telah bermain Kawasan Tuhan dengan berpuluh-puluh rakan sekolah. Dengan sokongan rakan-rakan tersebut, tambahan lagi dengan beberapa perjumpaan secara kebetulan yang telah membenarkannya menjadi seorang Perantis Penempa Menengah, dia kenal dengan golongan atasan Bayang-Bayang. Pada ketika itu, terdapat hanya segelintir Perantis Penempa Menengah. Peralatan Gangsa yang telah ditempa pada waktu itu juga sangat popular. Melihat situasi sebegini, Bayang-Bayang juga menginginkan sebahagian daripada keuntungannya. Jadi, mereka membayar dengan harga yang besar untuk mengupah Perdagangan Tukul. Bersama dengan sokongan berterusan daripada Persatuan Bayang-Bayang, Perdagangan Tukul membesar untuk menjadi tokoh yang mengejutkan, serta menjadi seorang Penempa yang serba terkenal dan menarik untung yang besar untuk Bayang-Bayang.

Kemudian, Perdagangan Tukul juga telah memperoleh Bakat Menempa [1] selain daripada sokongan kuat daripada Bayang-Bayang, yang membantunya menjadi seorang Penempa Pakar. Pada ketika itu, dia tidak memiliki walau sedikit pun rasa hormat terhadap Shi Feng, yang merupakan Ketua Kesatuan Bayang-Bayang.

Akhirnya, dengan sokongan kuat Perdagangan Tukul, dengan beberapa Penempa Pakar dan Pakar Pembuat Ubat, Kumpulan Kewangan Lan Hua dengan senang hati memperakui kumpulan Bayang-Bayang. Jika tidak, Kumpulan Kewangan Lan Hua tidak akan bersetuju dengan keputusan ini dan tidak akan membuang Shi Feng pada masa yang sama.

Shi Feng membuka forum Kerajaan Bintang-Bulan, hatinya sedih di atas takdir yang mempermainkannya.

Dalam hayat ini, sebaik sahaja Perisai Garison mula dijual seperti kek panas, Perdagangan Tukul muncul untuk memutuskan jalannya menuju kekayaan.

Shi Feng terpaksa mengaku dia dengan Perdagangan Tukul merupakan pesaing dalam hidup.

Shi Feng mencuri Bakat Menempa daripada Perdagangan Tukul, manakala Perdagangan Tukul membalas dengan memutuskan jalannya menuju kekayaan.

Semasa melihat forum Kerajaan Bintang-Bulan, Shi Feng menjumpai satu thread yang ditandakan merah, yang berada pada bahagian atas sekali dalam forum tersebut.

Tugas mempertahankan keadilan jatuh pada kami! Kami memang tak boleh membenarkan si penempa zalim ini bertindak sesuka hati! Saya merupakan penempa dengan hati yang mulia!

Perkataan-perkataan merah pekat ini menyebabkan dahi Shi Feng berkerut.

Apa jenis kekacauan yang dia cuba buat di sini?

Bilangan klik mencecah sepuluh juta!

Oleh sebab ingin tahu, Shi Feng membuka thread tersebut.

Shi Feng melihat kutukan yang telah ditulis dengan baik yang mengandungi lebih sepuluh ribu perkataan. Artikel tersebut telah menyebut dengan wajar kos pembikinan sebuah Peralatan Gangsa tidak mencecah walau 1 Syiling Perak. Namun, Shi Feng yang zalim telah menjualnya dengan harga sehingga 30 Syiling Perak. Dia telah menipu para pemain lain. Justeru, Perdagangan Tukul ingin melawan Shi Feng sehingga ke tahap dia sanggup menjual Peralatan Gangsa Tahap 3 tanpa had. Cuma, disebabkan kadar kegagalan yang tinggi, dia tiada pilihan kecuali untuk menjualnya pada 4 Perak setiap satu bagi mendapatkan semula kos pembikinannya.

Artikel tersebut mendapat sambutan hangat daripada ramai pemain. Mereka semua telah mengisytiharkan mereka tidak lagi akan membeli Perisai Garison dan mereka akan menyokong perbuatan-perbuatan baik hati Perdagangan Tukul.

Shi Feng terdiam setelah membaca seluruh artikel.

Keseluruhan artikel ini hanya untuk mencemarkan reputasinya sambil meninggi-ninggikan status Perdagangan Tukul. Pada masa yang sama, Perdagangan Tukul ingin menyatakan dia juga mampu menempa Peralatan Gangsa.

Dia jelas cuba menggunakan Shi Feng sebagai batu loncatan demi menaikkan nilai dan kemasyhurannya dirinya sendiri. Dia ingin banyak Kesatuan-Kesatuan yang untuk memanjangkan dahan zaitun kepadanya, lantas memberikannya keuntungan.

Namun, Shi Feng terpaksa mengaku Perdagangan Tukul telah berjaya. Bukan sahaja kemasyhurannya melambung dengan cepat, tetapi ramai Kesatuan kelas kedua telah juga menghantarnya jemputan. Terdapat juga beberapa Kesatuan kelas pertama yang sanggup membicarakan hal-hal kerjasama dengan Perdagangan Tukul.

"Sial, sudahlah dia memutuskan jalanku menuju kekayaan, dia masih nak guna aku sebagai batu loncatan?!" Shi Feng tidak dapat menahan kemarahannya yang telah terkumpul selama dua hayat. Dia betul-betul mahu mengajar Perdagangan Tukul.

Dia ingat dia hebat sangat kerana dapat menjual Peralatan Gangsa Tahap 3 tanpa had?

Shi Feng tidak akan mempunyai apa-apa hubungan dengan Perdagangan Tukul jika dia tidak mencuba menggunakan Shi Feng sebagai batu loncatan. Namun, kini memandangkan dia telah memprovokasikan Shi Feng, dia harus bersedia menghadapi akibat yang setimpal.

Shi Feng merasai hal tersebut cukup kelakar apabila dia melihat kenyataan-kenyataan dan nombor-nombor yang telah diberi oleh Perdagangan Tukul.

Perantis-Perantis Penempa Asas hanya mempunyai kadar kejayaan 5% apabila menempa sejenis Peralatan Gangsa Tahap 3. Namun, melihat nombor-nombor yang diberi Perdagangan Tukul, jelas dia tidak hanya memiliki Rekaan Menempa bagi sebuah Perdagangan Gangsa. Dia juga pasti telah memperoleh sebuah alat yang meningkatkan kadar kejayaan penempaannya. Tambahan pula dengan penggunaan Bilik Penempaannya, kadar kejayaannya patut berada sekitar 20%. Itulah sebab dia berani bercakap benda mengarut dan mengeluarkan beberapa peralatan untuk dilelong untuk membuktikan kata-katanya.

Akan tetapi, menurut anggaran Shi Feng, demi menaikkan reputasinya, Perdagangan Tukul mengalami kerugian 1 Syiling Perak bagi setiap buah Peralatan Gangsa yang dijualnya. Walaupun Shi Feng tidak mengetahui berapa banyak dana yang dimiliki oleh Perdagangan Tukul, dia masih sepuluh tahun terlalu jauh untuk menyaingi Shi Feng.

Jual pada harga 4 Syiling Perak, ya?

Shi Feng akan menjual peralatannya pada harga 4 Syiling Perak juga. Dia memiliki Batu Ahli Falsafah dan Buku Menempa, jadi kosnya hanya sedikit tinggi daripada 10 Tembaga. Termasuk kadar kejayaannya yang menggerunkan, Shi Feng mengalu-alukan keputusan perlawanan ini.

Tanpa menahan apa-apa, Shi Feng terus meletakkan sebuah thread pada forum tanpa meletakkan namanya. Artikel tersebut membawa tajuk "Perisai Plat Berkualiti Tinggi Tahap Mengejut di Rumah Lelong." Kemudian, dia menaikkan interface Rumah Lelong, dan meletakkan dua puluh buah Plat Dada Berkerdip yang paling buruk untuk dilelong.

Kuasa Merawat pada Plat Dada Berkerdip memberi kesan yang menakjubkan kepada MT apabila berada di dalam Dungeon. Ia lebih bagus jika dibandingkan dengan Perisai Garison. Apabila dibandingkan dengan Plat Dada Ganas Perdagangan Tukul, ia dua kali ganda lebih bagus. Para pemain tentu mengetahui mana satu yang patut dibeli apabila melihat Plat Dada Berkerdip.

"Perdagangan Tukul, bukankah awak mahu jadi terkenal? Aku bagi kau cukup terkenal. Aku bagi kau jadi selebriti." Shi Feng mendedahkan senyuman yang dingin sambil menutup interface tersebut. Dia berpusing dan meninggalkan Rumah Lelong, lalu membuka gerai di luar untuk membeli Batu dan Batu Keras.

Dua minit selepas Shi Feng memaparkan threadnya…

Beberapa pemain ternampak paparan Shi Feng. Pemain-pemain sederhana masih sangat peka terhadap peralatan berkualiti tinggi. Kini, seseorang pemain sederhana tidak memiliki walau satupun Peralatan Gangsa, jangankan peralatan berkualiti tinggi. Jadi, sudah tentu mereka berminat untuk melihatnya.

Sebaik sahaja pemain-pemain ini tiba di Rumah Lelong, mereka tergamam dengan apa yang dilihat.

Atribut Plat Dada Berkerdip terlalu bagus, terutamanya Kuasa Merawat. Kuasa tersebut pasti merupakan Kebolehan yang paling disukai bagi seorang MT apabila berada di dalam sebuah Dungeon.

Setelah mereka selesai melihat Atribut-Atribut tersebut, mereka cuba memakainya.

Mereka melihat penampilan mereka apabila memakai Plat Dada Berkerdip. Acuan yang begitu halus, bentuk yang kemas, dan juga sedikit kilauan yang dikeluarkan daripada badan mereka. Terdapat juga api hitam berkelip pada bahagian kiri dada. Mereka betul-betul kelihatan hebat! Mereka telah seolah-olah menjadi wira lagenda apabila memakai Plat Dada Berkerdip, rasa berani dan berkuasa.

Kemudian, mereka ternampak harga jualan. Hanya 4 Syiling Perak sahaja.

Pemain-pemain tersebut tidak mempercayai mata mereka. Peralatan berkualiti tinggi sebegini hanya dijual pada harga 4 Syiling Perak. Jika mereka tidak membelinya, ia merugikan mereka. Walaupun mereka tidak memiliki banyak wang, mereka sanggup berkorban segalanya supaya dapat membeli Plat Dada Berkerdip.

Dalam masa lima belas minit, paparan Shi Feng telah menjadi topik hangat forum. Terdapat juga pemain-pemain yang memaparkan maklumat dan rupa Plat Berkerdip, dan peralatan tersebut terus menarik hati semua orang. Pahlawan Pelindung dan Kesatria Penjaga hanya mampu berhajat untuk memiliki peralatan tingkat teratas ini dengan serta-merta.

Namun, apabila mereka mahu ke Rumah Lelong untuk membelinya, terdapat hanya empat buah peralatan tersebut yang tinggal. Lebih-lebih lagi, setiap satu daripada peralatan tersebut telah dinaikkan harga lelong hingga lebih 6 Syiling Perak…

Seorang MT daripada sebuah kumpulan Elit telah memilih dengan berat hati untuk meminjam wang dari merata-rata tempat. Akhirnya, dia berjaya mendapatkan satu dengan harga 7 Syiling Perak. Apabila Plat Dada Berkerdip telah sampai ke tangannya, dia tidak lagi memikirkan wang hutang yang perlu dibayarnya. Dengan segala Atribut dan rupa yang kemas, dia tidak akan mempunyai apa-apa masalah kewangan kelak.

Tiba di saat ini, senyuman pada Pahlawan Pelindung ini menjadi lebar.